Monday, February 14, 2011

MGTT dan BSP

Orait hari ni cakap pasal pregnancy lagi.
Biasa orang mengandung kena minum air gula.
Dah pernah cerita dah pasal nih. Tapi malas la nak cari link.
Aku saja2 request nak check glukose level. OK jugak sebab dah masa tu alang2 Doc nak ambik darah pada 2 lengan kan untuk mcm2 jenis test. Masa tu week 24 baru kot, ke 26 entah tak ingat. Yang check up kena charge 446 hengget tu(opocot terkejut sebab ingatkan murah je,nangis!!)
Masa tu check sekali dengan saringan Sindrom Down(alhamdulillah result adalah tak jatuh dlm range yang berisiko SD).

Tapi ade doktor kat klinik lain yang aku pernah pergi sekali(takmau cakap klinik ape) kata diorang tak buat saringan sindrom down sebab takut parent risau. Motip???Buat laaaaa..kan bagus kalau boleh detect awal.

Masa check glukose tu tiba2 minggu tu aku memang rajin sangat melahap ais krim dan makan nasik banyak gila. So memang glukose level tinggi la. Ais krim 1 bekas besar tu selamba je hadap dalam masa sehari, tiap2 pagi melantak milo 3 in 1 lepas tu makan nasi 3x sehari. Lahap kan? So sah2 la result glukose aku tinggi sikit.
Before minum 4.4, after minum 8. 8 tu dalam kategori bacaan glukos yang terganggu.

So doc mintak buat BSP test(blood sugar profile) sebab takut ada diabetis during pregnancy. Tapi sebenarnya kalau bacaan 8(lepas minum glukose), tu sebenarnya kategori glukose level terganggu je, bukan falls under diabetic. Bacaan BSP 4x tu normal je pulak. So memang takde diabetis la(aku sendiri yang cakap tp doc still nak monitor)

Then doktor dpt tau aku ada beli sendiri glukometer.

Beli yang ni je sebab paling murah, diskaun kat Watsons RM99 kot.

So from pemantauan sendiri di rumah, bacaan aku memang 4 to 6 je. Tak pernah pon sampai 6. 5point lebih ada la sebab doktor sendiri cakap, biasanya kalau pre-dinner dan pre-bed, bacaan biasanya tinggi sikit(5+) sebab sebelum dinner(petang) kita biasanya takde buat ape sangat, so badan takdelah bekerja keras so memang glukose level tinggi waktu tu dan pre-bed(malam la), memang bacaan tinggi sebab badan pun tak aktif masa tu.

Bila tengok result aku, doktor ckp kalau mcm ni saya tak risau la sebab bukan diabetic ni, tahniah puan, sebab puan berjaya mengawal pemakanan puan. hikhik..kelaka je doktor ni sebab sebenarnya aku tak kawal apa2 pun, makan mcm biasa, dan aku tak tipu masa nak ambik test tu. Ada sesetengah org, kalau nak buat BSP, diorang akan tipu like, tak makan sebelum test tu or minum air masaaaaaaaaaaaaak je sepanjang hari nak test tu. Itu adalah menipu, OK!! Sebab kau buat macam itu semata2 sebab nak test BSP je, sedangkan hari2 lain melantak bagai nak gila. So, result yang macam tu adalah INACCURATE dan tak boleh pakai!! Setakat nak tunjuk kat doc bacaan saya normal(pada hari tu jelah, buat ape?)

Aku makan mcm biasa, kdg2 3x sehari lagi nasik..hahahha. Minum air pun mcm biasa gak cuma now dah tak ambik jus2 mcm peel fresh tu, sbb dalam tu la gudang gula..banyak gula woooh dia tipu je dlm air tu banyak vitamin c, padahal gula lagi banyak..ais krim pon i makan jeeeeeeeeee tapi takde la melantak hebat sangat.

So kesimpulannya, pola pemakanan saya adalah seperti biasa saja, dan kalau nak buat test BSP saya jugak tidak menipu dengan cara tidak makan, sbb saya nak menilai kandungan gula dalam badan secara normal, bukan tipu2. SO siapa2 nak test BSP tu, takyaaaaaaaaaaaah la tipu2 ok...


Babai!

2 comments:

Anonymous said...

ada baiknya sebenarnya klu ujian DS x dlakukan seawal pregnancy..sebab klu dpt detect awal2..bkannya bleh wat pa2 pn..sebab DS bkan sejenis penyakit, yg boleh drawat..tpi ia adalah sejenis abnormality.abnormality yg kekal seumor hidup..takut2 klu ramai yg detect awal2,mybe makin ramai yg akn amik jalan mudah utk abort pregnancy..dlm islam,mengambil jalan mudah utk abort adlh haram.jadi bagi sya,x hairan jika ramai doct lebih selesa merahsiakn or bagi tau pn ujung2 bila pregnancy dh besar...sebab nk elakkn benda2 mcm ni terjadi..maybe parent akn risau,tpi lmbt laun sya yakin parent tu akn menerima anak DS sebagai satu ujian.=)

Anonymous said...

rsanya x da spa pn yg menipu bila dtg bab BSP ni..sebb x da sebab nk menipu..rsanya awak salah faham concept BSP ni..BSP ni ada 4 kali bacaan kena amik.
-Sebelum sarapan
- Selepas sarapan
- Selepas makan tengahari
- Selepas makan malam
kena makan sebab nk amik perbezaan bacaan glucose sebelum dan selepas mkn..klu x makan..mcm mna nk ada perbezaan?

sekalipun org tu melantak bagai nk gila sblum test BSP..bacaan x kan berubah serta merta hanya dgn dia berpuasa pada hari tu..so kalu sblum ni dia makan bnyk,confirm2 la glucose dlm badan tinggi..tiba2 dia nk wat test BSP..wpun dia berpuasa,glucose x kan turun tiba2 jadi normal..jadi bacaan yg diambil adlh accurate wpun dia berpuasa..klu baru nk check,kita guna MGTT.lepas confirm ada diabetes,baru guna BSP.