Friday, September 28, 2012

Kesian..

Tolonglah tengok video ni..kesian beliau..haha




Malu seumur hidup!

Thursday, September 27, 2012

Adik..

Ok aku rajin update blog. SEBAB....

Aku dah takde kerja urgent kat office. Semua task penting aku dah siapkan. Tunggu next week je nak meeting project. So far aku nak rest sikit arini. Bukanla tak buat kerja langsung tapi buat la..Sikit-sikit sebab dateline lambat lagi haha.

Baru je siapkan 1 dokumen kontrak untuk Penasihat Undang-Undang kementerian semak. Tapi now benda tu ada dengan bos aku. So aku tunggu jela dia review dan mencerca kerja aku dulu(melampau eh mencerca? komen laa), then pastu aku sibuk balik. Tebal gak la dokumen tu ada 76 para/perkara dan 76 pages. Letih la nak review dokumen kontrak ayat lawyer ni. In English pulak tu. Oh tapi kalau dokumen tu dalam BM lagi la tak faham ape sebab lagi pelik bunyi dia.

Tajuk entry ni adik?
Adik?

Adik Imani!!!!!!!!!!!!









Yay!!!

Eh tak payah excited ok sebab TAK ADA! Memang aku tak ada plan nak tambah lagi. Langsung tiada plan. Plan memang ada, tapi plan lain yakni pergi pasang IUCD. Tapi belum buat sebab belum bincang elok2 dengan laki aku. Kalau ikut dia, anytime je ready nak tambah lagi tapi aku personally tak nak. Bukan la tak nak langsung, kalau dah rezeki Allah memang accept tapi belum bercadang nak ada dalam masa terdekat.

So ape kaedah korang guna? Manual? Haha tak silap aku dulu masa belajar Biologi form 5 ada satu kaedah.."kaedah keazaman yang tinggi." kelakar okey. Ni ayat dalam buku, tau. Kaedahnye, lelaki perlu tarik keluar cepat2 sebelum errkkkkkkk..malas nak sambung ala2 kelucahan pula. Banyak je cara. Ni salah satu yang aku ingat la sebab nak tergelak okey ayat camni ada dalam buku.

Aku  nak IUCD kan diri. Tapi dulu Edy tak bagi. Aku nak jugak nak jugak nak jugak. Tapi entahlah aku kena balik slow talk ngan dia. Saja je ni tulis dalam blog kot dia baca so takde lah aku perlu explain sangat.

Now aku agak rely on menstrual apps. Situ ada la record period cycle. Sejak guna android ni aku guna yang nama dia My Calendar. Kalau dulu aku guna yang kat Blackberry tu, yang tu tak silap nama dia Period calculator ke Menstrual Apps gak ke ape tah lupa lah. BB aku tu selamat duk ada dalam lemari sebab Imani dah jahanamkan.

Eh before tu sorry ye kalau entry agak kelucahan atau sulit. Kata dah dewasa so baca jelah. Kan? Jangan pikir bukan2 la saja nak share pada yang pernah bertanya..

Ok nih menstrual tracker aku:
Banner atau tajuk beliau. He He. Go and search kat google play.

Ha siap ada kalendar dengan mood sekali.. Kui..Ni contoh dia bagi la..Bukan aku punya la..
Pastu ada simptom lah ape lah..so kalau rajin add la sendiri like sakit pinggang ke, mood swing ke, happy ke angry ke ape..whatever..
Yang biru putih tu maksud dia ambik pil.
Yang ada love tu maksudnya pada 1/02/2012 ko telah ehem2,..intercourse ye..
Yang ring pink tu ovulation.
Yang pink penuh tu fertile.




Ha ni lah aku cakap..


Ni nanti dia akan mintak la kita masukkan latest period bila..Pastu nanti kita masukkan la bila habis period. Nanti dia akan calculate avg cycle berapa hari, duration tu based on end date la. Macam aku ni lama kan, duration je 13 hari, average cycle aku 33 days. So kalau orang yang jenis period cycle pelik2 macam aku ni memang susah bangat nak kire2 macam orang biasa, nak bajet2 ko lambat datang peod sebab preggy ke ape.

So dengan adanya apps ni dia akan bagi reminder bile tarikh next peod korang datang. Aku aritu lewat 2 ari jek..He he so selamat!

Ni la contoh if korang ada fill up kan ape yg dia tanya tu..Kelaka ok ada icon taik kat situ..ni mesti simptom verak2 nih hahaha.Kat sini ada entry utk intercourse sekali tapi boleh disable kalau malu hahaha. Kot la korang ni manjang jeeekkk ehem2 sampai berderet intercourse sumpah malu okey.Pastu dia tanya with condom ke no. Kalau yes condom tu senyum. Motip? eh perlu ke aku cite detail gini haha. Takpe2 korang dah dewasa..Pastu dia tanya kan ade amek pill ke tak so isi ah. Tak sure la plak kalau tulis amek pill ada effect pape tak. 

Haa kat sini ah main menu dia..Tu nampak dia tulis 2 days to go..Hehe..Dah bagitau next period bila, next fertile...ada ovulation date semua. 


So far ini sahaja yang membantu. Sebab aku check calendar tu la bila ovulation, next fertile semua. Harap la tak terbabas. Tak ambik pill pun sebab still breastfeeding and takut gemuk haha motif? Tapi aku amat positif ke arah IUCD. Suamiku, izinkanlahhh..


Eh tapi IUCD tu boleh konfem bape percent tak berjaya tembus? Mohon pencerahan!!

Ok bye.



Home

Home. Yes. Home. Our home lah.

Ok, fine..dah banyak kali mencari dan hampir memiliki, akhirnya tidak memiliki..
Ada yang dah siap prepare S&P, dah bayar lawyer and booking kat tuan rumah. In the end aku sendiri buat hal tak nak rumah tu. (Tau, Edy bengang gila kot tapi tahankan aje, sebab yang hancus tu duit dia. Maafkan isterimu)..Murah sangat masa tu orang tu nak jual, kira nak jual Desaminium jugak la, area aku tengah rent sekarang ni. RM153,000. Murah kan? Beza 2x ganda ngan rumah korang. And masa tu plan nak loan atas nama aku sorang sebab payment bulan2 tak mahal kan. And aku memang insist nak ada rumah sendiri jugak tanpa kongsi loan(motif?). Lepas tu aku jugak la nanti yang bebel gaji aku tinggal sikit la ape. Well, PEREMPUAN.

Rumah tu ada 5 rooms with 3 bathroom. Ala bathroom memang banyak tapi kecik jelah. One of the reason aku tolak adalah rumah tu type tak sama dengan yang aku sewa sekarang. Yang now ada extended kitchen. Yang kitorang hampir beli tu takde extended kitchen. Kecik je. Aku dah terbiasa duk rumah tu dengan dapur panjang ke belakang. So dalam kepala memang dah planning dah if beli, dapur tu aku akan buat kitchen cabinet cantik2, situ tempat masak, basuh pinggan, keringkan pinggan and laundry. Ada rumah sendiri ape pon boleh kan. And dapur basah tu akan letak fridge, meja makan and buat tiles cantik2 sampai ke atas, curlast kau verangan kan..tema adalah merah putih atau all whites, atau black and white. Tapi rumah nak beli tu dapur pendek la pulak. Bagi seorang perempuan, nak beli rumah, dapur memang satu benda yang amat perlu diconsider. Tak kisah lah perempuan itu kategori rajin masak ke tidak. Aku kategori TIDAK hahaha.

Atas sebab-sebab itu dan beberapa yang lain,  finally aku pun cancel. Semua tu burn. Nasib baik baru ribu belum belas dan puluh ribu. Kalau tak entah macam mana nasib aku kan. Harus kena bebel sepanjang hayat hahhaa. Exaggerate. Kebetulan tuan rumah tu pun tak jadi jual sebab dia cakap sayang. Maybe dia letak harga rendah sangat kot bila dia survey market price, owh sepatutnya saya perlu jual lebih mahal. Janji dia pon dah dapat duit aku book. Cuci tangan la kan..suke lettew.

Rumah siapa ni aku tak tau, aku google je. Sebenanye aku aim jugak rumah sebijik2 ni kat Kota Perdana. Ya rabbi kalau ko tengok rumah ni memang tahap PPRT je, low cost tapi sebijik2 la..Menyesal kemudian tidak berguna sangat sebab awal2 aku duduk sini rumah ni amat murah. (ye ye je yakin amat murah). 
Tapi now harga dia 500K ke atas. Mampus..Rumah ni nak jual 470K. OK dah kot rege dengan tanah yang luas tapi aku bukan nak masuk gitu je nak reno2 la jugak sebab bukan rumah virgin kan (ada ke rumah virgin rumah xde dara? haha). Harus la aku nak transform kan beliau kepada rumah yang banyak bilik sikit ke ape sebab yang ini 3 bilik jek.So perlu gak menilai, kalau rumah je dah rege 470k pastu celah mana kau nak cari lagi nak reno lah nak tambah bilik lah..harusla tak mampooo.mampooosss ada lah.
Itu la , selera nak tinggi je tapi tak mampooo. Tapi sebab aku dah ukur baju kat badan sendiri la aku tak beli2 lagi ni..Tengah cari yang sesuai dan mampu sampai dapat..

Ni haa rumah dia lagi..camni jek..low cost kan..RM477K.. t
Sebab aku maybe ada plan beli rumah dan reno cantik2 sampai puas hati sebab tu la aku tak kisah sangat rumah bekas orang ke ape. Lelong pon takpe. Tengok tu ha dah la rumah ko sebijik2 siap tanah banyak lagi tu nak tambah kitchen sampai 5 ke, bilik sampai 7 ke haha. aku penah pusing2 area sini la n penah tgk ada yang renovate sampai wahhhh! Tapi area ni xde la area yg luxury ke ape. Nampak miskin jek.hahah. Tak kisah ah janji selesa. In terms of security plak konfem kene invest on CCTV skit, autogate, camtu lah..
Actually rumah2 ni adalah rumah anugerah ke ape. Wah ada kan rumah anugerah..Macam untuk pesara Pejabat Hutan ke ape ke camtu lah. Harga dulu dorang kena bayar murah sangat dalam 20-30K ke camtu lah(ni info dari akak yang duduk belah lagi satu kat depan jusco tu, bapak dia dulu dapat la. now rumah akak tu  daboom dan selesa sekali  lepas renovate semua,aku gi umah dia mengurut aritu. Mak dia urut orang.)Kak mas kawan Yaya Pijo hehe. 

--------------------

Kini aku masih mencari..tapi aku memang nak duduk Equine ni je lepas consider pelbagai sebab.

1. Education anak.
Aku dah check area sini ada Enopi, Little Caliph, CIC, Smart Reader Kids, Genius Aulad(Kinrara ke PUJ eh lupa plak).. So mana2 satu pun xpe. Since now anak aku belum lagi betul2 seimbang dunia akhirat(bad momma tapi hakikat, tak salah pun kalau mengaku). Setakat aku baru ajar dia kalau nak makan baca doa dulu(tapi dia belum ikut), salam dengan orang, ajak solat sama, kenalkan dengan alif ba ta dan video nasyid voice of ummi. Tapi disebabkan hidup kat dunia yang penuh dugaan ni aku rasa perlu terapkan dari segi education. Nak cari yang seimbang dunia akhirat. Dulu nak hantar dia sekolah cina supaya boleh congcengcongceng tapi kerisauan plak aku. Takpela bab language kite fikir kemudian mungkin boleh panggil trainer ajak kat rumah ke (banyak ke duit ko??)


2. Office
Office aku dekat sini je, 7 minit dari current home, Edy pun dah sewa office kat Putra Walk, 5 minit je dari rumah. So lepas ni dua2 insyaAllah dekat dengan anak. Senang. Tapi anak baru usia 1 tahun lebih aku dah fikir macam mana nak ambik dia dari sekolah nanti. Haha.

Tuuu ofis aku tepi jalan Putra Permai jek..ni aku google je gambar.

Motif tetibe tepek gambar makmal hidraulik opis aku? hahaha.


Putra Walk. Ha kan senang sini pon dah banyak shoplot, ada MyMydin kat sini, ada Klinik Mediclass, Ada kedai baby, ada a few restoran, ade kedai Hardware. So ape2 hal aku kirim laki aku jek. Kosser nak gi beli dukung2 anak. Tapi kat sini la aritu dalam berita ada tangkapan pusat urut dan tuuut..berselindung di sebalik refleksiologi ke ape. Awazz!



3.Easy acces
Senang nak pergi KL sebab ada MEX. MEX pun dah nak buat new exit dari SK, sebelah ofis aku je. Nak g LCCT/KLIA boleh lalu jalan dalam dengkil tu. Nak gi Subang, guna LDP sebelah je. Nak gi gombak je jauh..dah tu gombak nun ujung selangor nak masuk genting. Takpela aku bukan selalu gi Gombak so why bother? Shopping complex pun ada. Nak hebat sikit pergi la Sunway Pyramid. Aku memang malas masuk KL so dont bother lah kan. Setakat nak gi cari barang kat Alamanda, JJ pun dekat rumah je. so??? Takde masalah. Pasar borong dekat je(ceaa macam rajin masak..)..IOI mall pon dah banyak butik dah, dan siap renovate so dah makin memanjang je..

4. Kedai
Kedai makan tak banyak sangat tapi ada satu kedai tu murah. Dekat dengan rumah ni gak la, nama kedai Restoran Juriah haha ini penting sebab aku memang ada masalah untuk masak. Actually bukanlah aku ni malas sangat tapi sebab tak boleh handle anak, Imani tu memang jenis nak perhatian 100% bila aku balik. Dia nak aku duk sebelah dia je layan tv dia tu la. So aku memang tak boleh buat ape melainkan lipat kain sebab duk depan tv je. Lepas dia dah tido baru aku boleh kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk,dan macam2 lagi. Dah lah tido pukul 2 pagi!!

Then kedai2 lain senang je nak dapat. Dekat je dari rumah janji ada kereta!

5. Hospital dan klinik.
Hospital kerajaan terdekat adalah Hospital Serdang (takmau pegi dah sebab geram kes Imani kena kuning amek darah dulu. Nyampah sangat), then Hospital Putrajaya.

Hospital swasta terdekat:
Columbia Asia , Balakong
Azzahra, Annur, Bangi
Then hospital2 area Subang.
Tapi ape2 pun aku prefer DEMC Shah Alam sebab dah biasa.

Ada klinik pakar kanak-kanak juga. Chinese yang punya. Sekali masuk caj pakar RM60 kot then lain2 tu caj ubat, rawatan jelah. Ok la tu.

Tapi aku selalu pegi Poliklinik Annur sebab doktor tu baik ngan aku walaupun Imani tak suka dia.


Lepas tu aku dah malas dah nak taip. haha to be continued kalau rajin.

Bye!

Wednesday, September 26, 2012

Ngigau

Oh aku baru je baca blog archive aku ni. Pernah cerita dua beranak dalam rumah aku tu kadang2 suka mengigau. Hihi latest malam tadi Imani mengigau..


LIONNN!!!
GRRRR..Grrrrr..

Aigerrrrr!!
Grrrrrrr..grrrrr (siap tangan cakar2).


Haha motif sesi belajar bercakap terbawa-bawa ke dalam mimpi? Sengih jelah aku sebab memang betul la dia tengah belajar cakap kan.


Ok now aku tengah seksa derita sangat sebab Imani TAK MAU:


  1. Duduk dalam high chair
  2. Duduk dalam car seat
  3. Duduk dalam stroller.
Pendek kata semua barang dibeli dan dicipta untuk infant memang dia tak nak. Feeling2 dewasa sangat! Ade ke patut pegi kedai makan nak duduk ala2 lepak2 atas kerusi kedai makan tu? Takmau layan high chair! Lepas tu bangun berdiri. Lepas tu tadaaaaaaaaa...nak terjun..

Nangis mama..


Aku rasa aku ni terlebih makan obimin pluz dengan neurogain. Ceh dan-dan salahkan ubat. Sebabnya, anak aku super active. Dia tido pukul 2 pagi, (no wonder la bangun pukul 11). Then tengah hari memang tak nak tido. Balik rumah lari sana-sini, sepah rumah sana-sini. Kumbah baju dalam lemari dia (aku le tu kena kemas balik. menangis lagi..)dan tak akan pernah berhenti membuas sampai lah aku paksa jugak tidur pukul 2 ke, 2.30 pagi..sedih ok!

----------------

Car seat.
Benda alah car seat ni punye la dulu aku beriya survey siap beli yg Kiddy Infinity Pro tu, memang hayyyybat sangat (mata ke atas) features nye. (Ceh aku terpengaruh dengan video promo masa SA tu promote). Dah la mahal, ratus2 lebih la dari 500 (duit aku okey sebab papa mana nak approve mahal2 camtu untuk angkut dia ke taska je). Sebab tu la aku rasa macam aaaaahhh membazir sangat! Last2 tak mau duduk. Duduk pun kejap je ala2 saja je nak nyakitkan ati aku. Baru gerak sampai guard house dah meronta2 nak turun T_T.

So now memang tak duduk dalam car seat dah. Duduk jela sebelah driver. Tapi cabaran nye pasti la dia melompat ke tempat driver. Siap rampas stereng nak tutup enjin kete bagai. So solution kena berhenti tepi jalan dan pasrah. Sambil berdoa dia dah puas main stereng then pergi duduk balik kat seat, baru boleh teruskan perjalanan. Aku balik keja 5.30, ofis dengan rumah dalam 7 minit je tapi macam mana aku boleh sampai rumah dekat pukul 7? Jawapannya sebab aku tersadai tepi jalan T_T tunggu dia abis main stereng..

Pernah je dia lompat dan cakap tay -teiiiiikkk(hahaha te.tek ok!) Aku la ni tersebut word tu instead of introducing 'susu' or 'milk'. Terus imani asyik mintak tay-teeeeeeeiiikk(dia memang sebut macam ni). So kadang2 aku berhenti susukan tepi jalan tapi kalau lama sangat akhrinya aku drive sambil susukan, dengan kelajun 20-30km/j aje.. Hari tu dia menjerit kat jusco, mamaaaaaa..nak tay-teeeeeeeeeeiiik sambil selak2 baju.. OMG malu sangat!!! belum terlambat kan kalau aku ckp milk or susu...oh anakku tak sangka okey die cepat nak sebut2 dan belajar cakap. aku ingat lambat lagi sebab tu aku tak kisah.. T_T
-------------------------

Stroller
Yang ni tak yah cakap. Fail everytime. FULLSTOP.





Eh tiba-tiba dah malas nak taip walhal(ceh, BM!) ada banyak lagi nak bagitau. Simpan cerita later lah. Ok nak sambung buat kerja.

p/s: rasa macam ada lelemak di pinggang. Tetiba risau. Susah betul perempuan, kurus tak kena, berisi sikit tak kena. Apa yang kitorang nak sebenarnye? Haha tanya diri sendiri. Hari ni duduk dan rasa ada 1 layer nipis lipatan lemak. OMG, itu petanda awal berat akan bertambah pada masa akan datang. Waspada!


Thursday, September 20, 2012

1 tahun 5 bulan

Assalamualaikum..

Hai kawan2..Lama sesangat tak update blog. Takde follower tegar takpe. Kalau ade tu yang kesian.
Nak cerita apa pun tak tau. So macam biasa la cerita pasal anak.

Imani dah masuk 1 tahun 5 bulan dah 11 September hari tu. Next month gi jab. hehehe. Itu jela hadiah yang paling kerap aku bagi dia.

Now Imani tengah nak belajar cakap. Ada lah a few words yang dia dah boleh sebut. Kadang2 kelaka pon ada. Hobi malam2 suka tengok cerita hantu kat astro. Lepas tu menjerit takut tapi gigih toleh2 nak tengok lagi. Kalau tukar channel marah. So apakah motif dan hobi baru suka tengok cerita hantu tu? So tak sesuai k..Tau sebut ghost tapi bunyinye goooohhh..

Antara word yang dia boleh sebut..

Lion : sebab feveret jugak tengok channel 556 (animal planet). Huish kalau tengok animal planet memang penuh perasaan siap sedih2 bagai. Sedih sebab lion eats buffalo..kellas tak? Memula lion ganas2 eat buffalo tu, dia tiru2 aksi cakar tu semua siap buat suara lion grrrrrrr auuuuuuumm semua tu lah. Tetibe sedih plak bila buffalo mati. Mengalir air mata hahaha. Emo!!

Rhinoceros(camni ke eja?): Aku terperanjat sebab dia sebut ghenoseghooohhh(hahah bunyi takleh blah tapi ada sipi2).

Mole: Taik lalat dia tu la kat tangan..if tanye mana taik lalat, mana mole, terus tunjuk kat tangan ngan kaki. memula tanya dia, imani mana taik lalat? masa tu dia tak kenal ape bende taik lalat tu. pastu dia duk haa? haa? aaa? ala2 nak kan confirmation la. funny ok sebab macam borak2 je ngan dia. Now pon boleh ajak sembang..benda dia faham ke ape dia angguk2 or cube sebut kalau tak faham n susah sangat nak register kat otak dia akan tanya aaaa?? aaaaaaaaa??? hahahha.

Mama,papa: yang ni dah lama tau

mamawa: adik aku..nama wawa so panggil mamawa..

Qaira: Nama kawan kat BS, haha terkejut jugak sebab tau sebut huruf R.

Tiger : Aiger (boleh la, janji ada sipi2).

Flower: hihi ade satu hari tu kat kampung dia tunjuk bunga pastu dia ckp kat nenek dia..aaaweeeerrr(nenek ckp amboih ckp omputih ngan nenek). maybe sebab byk tgk tv kot so ade je word yg aku tak pernah ajar tapi dia tau..syukur la camtu so tak perlu banyak effort sangat nak ngajo hihi(mama ngelat).

teacher: icherrrrrrrr...boleh la panggil teacher siti and teacher ain (dua2 babysitter tapi ajar panggil teacher ala2 kat taska). ada tu dia panggil siti je...iskkkk..

upin ipin: sebab tengok iklan je asalnya pastu dah tengok plak cite tu. ok cite ni byk pengajaran, banyak ajar2 semua tapi tak berkenan sungguh la cakap aku-kau kan....imani dah la tengah belajar cakap. so now stop kejap bagi tengok upin ipin..kalau bagi pon yg kat disney..at least i-you..pernah je ada pengalaman akak sama taska ngan imani dulu,,anak dia cakap aku-aku ngan mak sendiri sebab terpengaruh upin ipin..so amat risau gak la..tapi upin ipin ni memang memberi tarikan kat budak2.so how eh?? kenapa cite luar like dragon ball ke ape bila alih bahasa boleh je pulak guna saya-awak..tetap nampak ganas ape.??

betul3..: boleh sebut dah betul3 ni tapi tengok mood.if mood elok asyik duk sebut kalau bad mood memang tak aaaa..

Lepas tu pandai buat muka. suruh muncung mulut buat muncung..suruh buat mata, kelip2 mata..sebut nose terus tangan otometik gi korek idung, boleh??? yang tak menahan kalau cakap mcm mana pretty face? terus kelit2 mata senyum2..pretty ke???


Yang tak tahan teramat sangat, susah sangat nak tido biarpun aktif. Siang memang tak tido. Malam tido pukul 11 or 2.30 pagi, boleh?? Mana la aku tak meroyan kan. Selalu la aku merajuk2 la konon kat dia sebab dah puas buat semua cara takmau tido gak..bila aku merajuk camtu baru dia nangis teresak2 sedu sedan semua. then baru boleh tidokan.

Kalau kat rumah babysitter, BS cakap imani tak suka layan mainan sangat. Kalau bagi buku dia boleh tengok buku tu fokus lama2 sampai setengah jam ke ape. Syukur la kalau rajin membaca..sumpah yang ni tak ikut mama langsung hahaha. Dia suka fokus ape benda dalam buku tu. Gambar2 tu semua dia tengok dengan teliti. Alhamdulillah..

Malam2 pun kalau kat rumah suka ajak mama drawing ke, (conteng2 jelah sebenarnya). Dah habis kertas pergi sendiri bilik papa. dah tau mana papa simpan A4. so senang jela jaga dia takde la susah pun cuma sedih je tak cukup masa sangat kan nak main dengan mak pak..tu pasal kot dia takmau tido awal,nak main ngan kitorang kot..

Ok gambar semua amek kat FB je takde usb connector lah..ulang tayang dah la..


sibuk ikut papa repair2 printer rumah. tau je dia kalau jumpe tempat2 skru tu semua dia tau la mana nak tuju screwdriver tu smue kan. (perlu pengawasan ye,alat2 ni tak sesuai buat main)

balik from babysitter terus on laptop..nk tengok youtube le tu. kenapa mama kedekut nak beli ipad ek? Mama sila beli. Eh papa mohon beli!!!


Pada 1 ketika bersama Rayyan. (Gaduh, ok!)


Atas tu semua gambar lama..ni yang baru dah panjang rambut..dah ada gigi banyak skit..

Gigi kapak agak besar tp rasanya bila dia besar size ni kire standard.gigi lain kecik2 petak2..alhamdulillah takde gigi yang senget ke serpih ke ape. Aku godek2 gak gigi kawan2 dia ada yg terlebih besar, ada yang senget, ada yg tumbuh mcm kembar pastu terbelah..so syukur ok imani awak dpt gigi cantik..

Hobi baru adalah melaram..gi kedai nampak spek ha terus takmau lepas. dah banyak dah koleksi tapi terpaksa ah beli jugak kan sebab dah tak mau lepas.. 
baju ni dah lama sangat beli.since dia frame kecik, baru 10kg, so muat lagi. baju ni mmg untuk usia 1Y pon, papa beli kat Jakarta. Banyak tau baju baby kat sana yang fashionable. Kat sini susah la nak cari..bosan k aku duk rotate baju imani kebanyakan duk pakai yang sama je..

My current FB profile picture..
Tips untuk kekalkan tocang n spek ni, masa mula2 pakaikan semua orang kena excited gila puji dia dengan gaya sekali OMGGGGGG cantiknyeeeeeee..cantik sangat!!!(camtu la antara ayt penyedap utk dia) pastu jangan lupa bawa dia tengok cermin lepas puji..
sebab dia akan rasa dia sangat cantik then dia senyum..maka sepit rambut, spek semua brg2 hiasan akan kekal lama di badan hahahha. kalau tak puji..hmmmmmmmm kejap je k!

Lagi bukti suka melaram. malam2 pakai neclace ala2 pearl gitu..sambil buat homework(erkk homework ke??)


Buat idung...


Banyak lagi kalau nak cerita pasal imani ni. takpela lah will update time to time...Entry ni akan dicopy paste ke blog dia plak.

Okay bye2..cepatla update pasal anak korang pulak..nak baca!!!




Thursday, September 6, 2012

random 1- pasal keja

Assalamualaikum u all.

Eh lupa sangat ada blog aku ni ye. Tak ada masa nak update. Maybe sebab memang blogger tegar so ala2 sendu jela nak update2 pun khenn..

Update random2 jelah.

-now dah bulan september. nak cite pasal keja memang busy lah sebab duk kejar dateline projek2. banyak projek aku jaga ni. ada 3 projek. ganti orang je sebab orang tu cuti belajar. dah setahun kot aku tanggung unit tu. 2 unit aku jaga skarang.

pastu nak kejar bayaran. biasa la gomen makin akhir tahun makin nak menghabiskan duit. baki duit pembangunan kalau boleh nak guna semua. personally bagi aku, kalau duit tu tak komited dibelanja ke mana-mana, pulangkanlah semula kepada kerajaan. ini tak, selagi ko boleh guna, kau guna..bodo betul aku rasa konsep ni. guna apa yang perlu dah la walaupun kau dpt peruntukan tu. bab ni memang aku betul2 tak setuju dengan konsep keja yang mcm ni. dulu kalau kat private setiap hari orang struggle buat sales, cari project untuk earn money. gomeng ni pulak setiap hari kau pikir nak belanja ke mana duit tu sebab dorang ni dah biasa dalam kepala otak, duit yang tak dibelanja kena pulangkan so macam rugi. cuba la ko twist pemikiran tu, kalau duit jabatan kau tak belanja tu, dipulangkan kepada MOF, banyak lagi kerajaan boleh guna semula duit tu untuk benda lain untuk pembangunan negara. jangan guna untuk PRU sudeh!!

in fact 2 daripada 3 projek aku terpaksa handle ni(amek keje orang kan?) bagi aku tak penting dan amatlah membazir duit rakyat. kos 2 projek tu boleh buat 1 banglo kat KL tau.(hint jelah, kau gila nak bagi tau kos projek).

macam unit aku sendiri, unit aku la unit paling miskin sebab aku tak mintak duit belanja pembangunan, sebab selagi kau boleh buat sendiri kau buat la sendiri. kalau nak outsource pun pilih projek yang betul2 membawa impak sudah lah..unit aku ni struggle dengan 2 je staf tau, aku dan penolong aku. kitorang buat kerja dalam serba takde duit tapi jalan jeee unit aku nih. watpe membazir duit rakyat hoiii dosa! aku mmg thankful sangat dpt assistant yang rajin. time aku busy terpaksa handle 1 lagi unit or ganti director aku yang selalu lah masuk wad taun ni, dia yang banyak tolong aku buat macam2 dengan gaji yang tak seberapa. kalau budak ni dapat naik pangkat ke ape, aku nak mintak tukar jabatan dah. dia pun kalau aku pindah jabatan, dia nak pindah gak. kekdahnye dia takleh nak keja dengan jaya kalau aku takde, and kalau dia takde pon aku susah buat keja.

aku ni self  learner sebenanye,  masa aku masuk jabatan ni kan aku tak penah di train ape2. aku mintak dorang create username, password, aku godek sana godek sini tadaaa dah siap keja aku..xde sapa penah ajar..sebab tu kot assistant aku ni terkagum kejap. sebab dia kata officer sebelum aku ni memang tak reti buat keja. amat syukur minah tu resign. pastu emo2 je bila dapat task. kalau dulu ape2 masalah assistant aku ni kena rely on vendor tp sejak aku amek alih kebanyakan aku settle sendiri lah..kadang2 mcm aku plak assitant ade gak..hahah tapi aku tak kisah sebab masing2 memerlukan kan..ko takyah la nak belagak kau hebat sebab kau officer, assistant ko sokongan jek..aku dah jumpe banyak jenis officer perangai mcm ni.

bila kau dapat task, kau humban semua ke anak buah. ujung2, time meeting, time present kau hebat nak mampos mcm kau buat semua..terus bos besar kau puji melambung. padahal anak buah kau buat semua. memang keji gila orang camni...keji dalam efisyen..kellas kau kan? hahah.

ok la aku pun banyak benda nak kena belajar lagi and banyak kelemahan, tapi hati teramat tawar nak keja dalam situasi macam ni..aku pikir kalau aku resign, financial akan sedikit goyah la sebab aku takleh la nak soping2 suka hati aku je guna duit aku sendiri. and kena rely on duit laki. laki aku pon duit kadang2 kene keluar buat modal bisnes. bila tah la aku boleh hidup dengan aman di rumah sambil klik2 maybank2u accept payment  customer. sebelum ujung taun memang kena run side-business ni..pastu kan kalau aku resign jadi suri rumah je dulu sebelum bisnes sendiri boom mesti aku jadi lack of confidence la ape lah kan..hurm..pastu jadi macam semakin makcik2..uwa takut..ngerinye makcik2..

ok la nak siapkan evaluate sebutharga. dah siap buat entry lain plak.
babai uols.