Monday, July 22, 2013

Sedihnya

Hai u all..
Bosannya, banyak sangat kerja sampai tahap tak nak buat satu pun.
Pernah tak korang macam tu.

Hari ni emo sebab tengok news adik yang meninggal terperangkap dalam kereta.
Entahla nak salahkan mak dia pun bukan mak dia sengaja.
Tapi macam unaccepatable sebenarnya tak perasan anak ada dalam kereta.
Semog adik Nawal Iris tenang di sana. Tapi memang sedih sebab dia meninggal dengan seksa.

Bayangkan.
1. Teddy dipegang penuh air mata.
2. Ditinggalkan lebih 5 jam
3. Terkencing dan terberak sebelum meninggal.
4. Wajah dah bertukar biru.
5. Baju koyak rabak.

*lagis sedih gila sebab aku rajin pergi google pic nama adik ni. Jumpa pulak gambar yg tak blur muka. Tangan adik Nawal masih menggenggam tangan lagi satu. Menahan perit dan sakit agaknya.

Bayangkan seksa dia. Aku sedih sangat sampai nangis bila fikirkan.
Seluruh kekuatan adik tu guna untuk melawan seksa tu. Bayangkan aje budak umur 3 tahun boleh melawan sakit sampai baju dipakai koyak-rabak. Cuba kita tarik2 baju kita, mudah ke nak terkoyak.

Sedih kan?

Aku doakan keluarga adik Nawal tabah mengharungi dugaan besar ni. Of couse mak dia akan rasa bersalah selama-lamanya. Tapi saya percaya beliau memang tak sengaja.

Peringatan juga untuk diri sendiri supaya jangan sekali2 cuai menjaga anak.
Itula sebabnya selalu aje meroyan nak berhenti kerja, semua pun sebab anak je. Tak sanggup dan tak nak anak terabai.

Aku selalu nak anak aku dapat ape yang aku dapat masa kecil dulu. Yela mak aku tak kerja, semua memang terurus. Sekarang pun setiap malam usap2 ubun2 anak selalu rasa bersalah sebab sekecil tu hari2 kena berdikari dihantar ke tempat jagaan. Tapi nak buat macam mana, takde pilihan.

Tolong doakan aku takde halangan untuk sambung belajar. Nak cuti 2 tahun. Aku takde la bercita2 besar sangat dah pun sekarang, entah la malas nak kejar dah Masters semua, aku apply Master sebab nak cuti 2 tahun jaga anak je sebenarnya. Huhu. Habis Master aku nak apply PHD pulak. Dalam tempoh 2 tahun cuti nak plan for business secara tersusun sikit. Aku cuma nak anak depan mata je. Rindu anak (padahal 200m away je dari ofis.)

Wednesday, June 26, 2013

Potty Trainer

Assalamualaikum u all..
Salam jerebu.
Salam mohon hujan..

Gitu pendahuluan..macam ape ntah kan..


Lama tak update blog. Takde mase dan takde nafsu. Mengaku jela dunia blogging semakin tewas kepada Instagram, Keek, InstaVideo and all those apps kan. Belum lagi tewas besar kepada Candy Crush..Erk

Hari ni akak nak cakap pasal potty trainer. Ok, memang aku tak terfikir lagi kot nak ajar anak aku poo poo sendiri. Haha. Terlepas pandang fasa nih. Boleh gitu? So aku macam biar je malas nak gigih2 suruh berak sendiri. Berak jela dalam diaper tu nanti mama basuh, gitu kaedahnye.

Anakanda dah 2 tahun 2 bulan. So macam takde la lewat ke ape kan nak potty train ni. Aku sebenarnya tak tau sangat fasa-fasa sepatutnya anak ko dah tau ape and tak tau ape. Bukan ignorance maybe sebab aku tengok perkembangan anak aku macam ape yang sepatutnya lah cuma cakap je pelat. Sebab anak aku duk taska kan, ade 2 orang je umur 2 tahun. Kawan2 dia umur 3 tahun pun berak dalam pampers lagi hahaha so aku ingat macam ok lah takpe Imani tak pandai berak tanpa pampers lagi. Lagipun macam malas nak tanye2 eh anak ko dah pandai ape anak aku dah pandai ini -ini. Sentap plak nanti. Dah nampak dah ciri2 bertanding tu kan. Belum lagi anak ko nak UPSR nanti asyik2la tanye eh anak ko exam dapat markah berapa? Anak aku gitu gini. Adoi benda ni aku amat risau sebab takut dibanding2kan. So baik aku tak payah tanye orang takut disalah erti. Aku cerita je anak aku dah boleh buat ape2 untuk kenangan diri sendiri je,  and utk mak aku kat kampung nun. Sape tak suka tak payah ambik port lah.  Mak aku suke refresh FB aku okeh nak tau cucu dia buat ape hari ni. Ape benda kelaka cucu dia buat hari ni. Tapi mak aku takde FB so dia tumpang2 FB adik2 hahaha. Aku kena paksa mak aku berwhatsap sekali ni mudah la skit..

Berbalik kepada isu potty train.Benda ni terjadi secara alami tanpa dipaksa. Wah alami kau..ok, naturally la..Minggu lepas Imani dah mula inform dulu sebelum poo poo. Biasanya dah settle baru bagitau. So aku dengan Edy macam malas nak layan la sebab dia suke buat trick je sebelum tu, dia cakap die pee la..poo poo la sebenarnya saje2 nak mandi nak main bubble. So dah lebih 5x aku kene trick dia kan, so aku tak percaya la. Pukul 12 tengah malam aku penah kena kelentong dia poo2 siap dah tunggu dalam bilik air ceh rupanya nak main bubble. Tak poo2 pon!

Masa berlaku ni dia tanggalkan diaper sendiri pastu duk cakap mamamani nak poo poooo. Kitorang tak layan sebab ingat kena kelentong lagi. Sudahnya hah ambik mama...seketul atas karpet. haha padan muka aku lah kan sape suruh tak percaya. Tak pasal2 kena cuci karpet. Dah la aku tengah masak kot masa tu.

So now bila nak poo2 dia akan inform.  2 hari jerebu ni aku tak hantar taska so dia duk rumah. Memang setiap kali nak poo2 dia inform so dah boleh ke ek nak try2 tak pakai diaper? Tapi kalau terkenchh plak macam mana? Anak korang bila korang train?

Now tengah survey potty trainer. Haha gigih. Padahal ko pergi je beli kat jusco ke ape berlambak kan. Tapi nanti tengok member2 beli yang lagi cantik pastu macam tetibe jeles bagai kan. Choi!

Ini yang paling menarik hati..hahah eh perlu ke nak poo2  pon nak beripad bagai?




Aku prefer yang ni sebab tak yah susah2 aku nk cuci2 balik kan. Flush je terus. Kalau yang atas tu beripad tu nanti kite kena cuci kan bila diorang siap melabur kan kan? Entah la aku tak tau sebab kecik2 dulu mak aku tak belikan aku benda ni haha.


Ha camni lah kan. Cute je. Alahaii mak2 zaman sekarang (aku la tu) nak kasi anak berak pon nak cute2..Cerca diri sendiri sebelum orang cerca aku, bleh?

Oih kiutnye siap ada flush2 tapi ko nak flush ke loji kumbahan mana ni? Ade bersambung ke mana2 ke ape. hahaha

Motif adik manis??

Alahai ni nak naik basikal ke nak berak ke nak ape? Konfius mak..

Yang ni lagi lah..tak disiplin anak ko nanti. Berak merata. Kejap kat sana. Sembelit pastu nak kan keamanan dan ketenangan terus tukar port baru plak. Haha. Cannot Cannot!


Ntah la rasanya aku beli yang biasa2 jelah. Dah terer pakai toilet bowl  biasa buang je. Kosser nak simpan2 tempat poo2 kan. Pakai buang. Maybe la beli yang ada tangga tu senang nak flush terus. Sah2 la aku malas nak cuci2 balik kan.

Ok lah bye!





Wednesday, June 5, 2013

Update pasal anak je..

Tiba2 rasa nak update blog. Tapi takde idea. So cite pasal Imani jela.
Imani dah 2 tahun 2 bulan.

Now Imani dah pandai cakap. Tapi ermmm memang pelat sangat2 lah. Takpela Imani janji u tried.
And most of the time mama je paham. Kadang2 cakap terbalik.

Contoh:
Situasi tengah mandi.
Tetibe Imani bersuara:
Papa, heppp. Tolong towel. Amek Mamani.
(Papa, help, tolong ambik towel Imani).

Nama sendiri tak pandai nak sebut.
Kamilia Imani = Babalia Mamani.
Hhahaa.

Tokmi = Nami
Playground = Pakau
Sayang = yayang
Frog= flog
Flower= Fawer


Sekarang Imani suka membebel kat papa dan teacher. Selalunye Edy yang kena.
"Ish..papa..papa..tak bakak lampu.." (Ish papa..papa..tak bukak lampu).

"Ish..teacher teacher..ikat lambut mamani.." (Ish..teacher..teacher, ikat rambut Imani)
Dia paling tak suka rambut diikat. Tapi kat taska dia OK je kasi teacher ikat. Bila mama datang ambik je terus suruh mama 'bakak'..pastu bebel2 kat teacher hehe.

Ada satu hari tu..

Mama: Imani, nak adik tak?
Imani: Naaaaaaaaaaaaak!
Mama: Yeke?
Kalau dapat adik, nanti adik sleep dengan mama tau. Tido tengah. Kiri kanan papa. Imani kena sleep bilik lagi satu. Pastu adik minum susu mama. OK tak?
Mama: Nak adik tak?
Imani: NANAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKK!!! (terus jeling).

Next year plan nak hantar playschool yang ada mcm2 aktiviti tu. Harap2 dia dah tak pelat lah. Haha cabaran sangat bab pelat ni. Now kat taska ofis ni pun dia ada la belajar2 jugak. At least at the age of 2 dah boleh la a sampai z (sebutan pelat), 1 to 10, alif ba ta sampai zai kot.Takpela slowly.Pastu sekarang dah tak confuse English and BM. Kirenye dua2 dah tau. Kalau dulu tau chicken tak tau ayam. Sekarang dah faham la chicken tu ayam. Salah mama la sebab lupe nak inform hehe.

One more, Imani ni suka menyanyi. Kalau tengah main nyanyi lagu Elmo la, lagu Mr Bean la..lagu Shae Sayang pon nyanyi gak. haha bleh detect melody dengan ayat last tu je. Sebab tak pandai nak sebut sangat. Dia cakap lagu Shae tu lagu Kakak..Kalau dengar lagu tu aku dengan Edy kena bangun dancing. Motip kan ajak dancing. Tension ok!

Taun depan nak anta playschool yg seimbang dunia akhirat lah. Tak nak berat ke satu je. Biar la dia belajar semua. Now kitorang ajar doa, solat. Tu pon kadang2 je nak ikut. Takpela tak paksa. Imani ni kadang2 dia buat2 x dengar or x nak buat tapi dia faham sebenanye. Sebab tibe2 je dia rasa nak buat or cakap ape yang kitorang cakap, dia akan cakap. Masa tu baru kitorang tau dia dah tau benda2 tu.

Now aku nak ajar dia attitude dan tanggungjawab plak. Kalau buat silap mintak maaf. Makan tumpah lap sendiri. Haha.

Biasanya kalau aku marah dia, tak perlu nak tengking2 ke ape pun, just pandang dia tak berkelip jegil sikit je terus meraung. Pastu dia akan datang kat aku peluk dan cakap, "i'm laliii mamaaa.."(I'm sorry mama). Pastu aku ajar la dia tambah ayat panjang skit mcm Imani janji tak buat lagi. Maaf maaa. (Amaf maaa..tak pandai sebut maaf. amaf plak jadinye. Memang dia tak pandai sebut awalan Ma..contoh nama Mail dia sebut Amil..hahah)

Tu jelah. Ingat nanti2 nak share pasal Imani aritu sakit kena mouth infection tu. Later lah.
Ok gamba amek kat FB je.

My current FB profile pic.

Play and learn with Darwish at school. Sudahnye aku punye penapis teh kat rumah dia buat kanta. Nangesss.

Playtime with papa at 'pakau'

With her favourite "Shaun"

Antara ajaran mama pasal tanggungjawab. Hehe sapa conteng dinding kena lap balik. Ini dia sendiri yang ambik wet wipes tu pergi lap tu. Bukan mama marah or paksa. Tapi orang cakap mama dera. Uwaaa.

Motif? Besar nyehhhhhh talipongggg. hehe


Sebenarnya teringin nak fulltime tengok dia membesar. Sedang merancang sesuatu. Harapnye boleh la tumpukan pada dia dalam setahun dua dia nak sekolah ni. Bab adik takpela tunggu dulu...sabar yek









Thursday, May 23, 2013

2013

Hai selamat datang 2013.
panggg! nah penampar sebijik..

Dah nak masuk bulan 6, baru sekali update ke?
Lupe okey ada blog.
Seiring perkembangan teknologi kan, malas nak layan blog dah la, banyak berkuntum kat instagram, twitter.

Eh ni update sebab nak tanya je, macam mana nak cerai susu ye?
Imani dah 2 tahun 1 bulan. Takde tanda nak stop. Tapi now dia tak nak kiri. So sebab lama tak minum kiri, kiri jadik masin. Aku pon baru je google, memang macam tu ye..kalau lama anak tak minum jadi masin.
Tapi punca jadi masin tak sempat google lagi sebab dia suruh beli majalah pa&ma. Entah keluaran bila tah.

Oklah kalau aku sempat google tips2 cerai susu nanti aku update lagi blog eh.
Ke tunggu 2014 baru update? ke camne?

Ok bye.