Thursday, August 18, 2011

Harapan

Harapan seorang anak...


Papa, promise ya, don't leave me again :'(
Nanti papa bawa Imani dan mama ye..

Wednesday, August 17, 2011

Anakku sakit..

Bila anak sakit memang sedih dan sangat risau. Now Imani demam sikit2 sebab cucuk pneumococcal tu. Tindak balas ubat tu rasanya, badan dia tgh bina antibodi. Tapi ibu mana lah yang senang hati tengok anak sakit kan? Sudahnya hati aku ni. Dia batuk2 berkahak yang agak kuat. Kesian dan sayu gila tengok anak batuk teruk malam2. Nak je aku ambik semua sakit dia T_T

Minggu lepas, Edy pergi Jakarta. Memula kata kejap je dlm 2-3 hari. Hari nak balik tu, petang tu patutnya flight, tapi petang tu jugak la baru dpt tau kene postpone balik lagi 2 hari. So, pergi 5 hari. Kesian kat anak kat sini, memang Imani rindu papa dia kot. Serba tak kena aku tengok dia. Dia dah ada perasaan kot. Dah kenal siapa ibu, siapa bapa. Hari ke 5 tu dia dah macam tak keruan. Tak nak tido siang, tak nak tido malam. Kalau tido pon kejap2 sgt, dalam 10 minit gitu je padahal dia sangat ngantuk. Rupa-rupanya dia tunggu papa dia balik.

Pukul 11 lebih baru Edy sampai rumah. Edy ambik dan dukung die je, terus dia cebik2 pastu meraung sekuat hati. Aku rasa dia sebak la sebab dah lama tak nampak muka papa nya. Terus meletup dia punya sedih. Teruk sesangat Imani nangis malam tu sampai kejung2 badan. Risau aku. Gaya nangis macam sakit je. Padahal takde sakit ape pun. Aku rasa dia dah tak mampu nak tahan sebak, nampak muka papa je terus meletusss. Hiba gila aku tengok dia masa tu smpai aku pon leleh dalam diam. Sob sob. Bukan takat takleh tengok muka Edy, dengar je suara Edy terus meraung lagi, sampai bawak ke tidor termimpi2. Mimpi je, bangun kejap2 nangis. Esoknya terus batuk2 sebab kuat sangat meraung kot, sakit tekak. Malam tu 2+ baru dia tido tu pun susah sesangat nak pujuk dia.

Bangun tido esoknya asyik nak melekat je dengan papa. Aku ni macam dh 2nd choice dah. Memang dia nak manja2 je dengan papanya, nak papa tukar pampers, nak dukung2. Tak sangke aku budak kecik macam ni dah ada perasaan yang kuat macam tu ye. Tido sebelah papa, sedar2 je tangan gapai2 muka papa. Nak papa dia pegang tangan dia je masa dia tido. Sepanjang hari dia nak manja2 je, pastu kalau tido, bangun je terus macam tercari2 papa nya. Sumpah, aku dah tak sanggup kot nak tengok benda ni berulang.

Pastu 16hb tu gi cucuk, dan hari ni dia ada demam sikit2 campur batuk2 teruk. Dah bagi ubat cair kahak, ubat demam pun still dia meragam nak manja2 je. Kalau ngan aku dia boleh gelak2 je, dengan papa terus nak nangis2. Manja sesangat. Sian anak mama, merajuk kot dengan papa sebab banyak hari papa tinggal.

Aku risau, lepas raya nanti Edy kena pegi lagi 4,5,6 hari. Macam mana anak aku ni..Tak sanggup dah aku tengok dia sedih mcm tu sekali. Rapuhnya hati ibu. Aku paham dah sekarang mcm mana seorang ibu risaukan anaknya. So makcik2 dah aku sekarang kot, pikir anaaak je..Sob sob..Ape tak pikirnya, nak keluar sorang ni koyak rabak aku, okey..Korang yang takde anak lagi tak akan paham sangat kot, mcm aku dulu2 la tak ambik port sangat pon kalau orang cite pasal anak2. 

Macam mana eh, Edy kata nak bawak aku dan Imani pegi sama. Tapi aku ni asyik2 cuti je sekarang, anak demam la, ape lah. Takkan nak cuti panjang2 kan? Susah hati aku. Mintak2 la bos luluskan cuti, atau mintak2 la bos cakap kat aku, u pergi resign laaaa..Kalau bos cakap camtu, aku rasa aku dah tak kisah kot, yang aku nak cuma kehidupan aku bersama anak kecik nih..sob sob..
Sekian alkisah kesedihan seorang ibu..dah dah korang takyah gelakkan aku, aku memang sedih nih..


Saturday, August 13, 2011

Jatuh

Waaaaaaaa aku bersalah aku bersalah. Imani jatuh swing tadi. Nangis tak hingat. Salah aku ada 2. Satu, aku tak pakaikan seatbelt swing tu. Kedua, aku tinggalkan dia kejap masuk bilik nak ambik baju nak basuh, bilik ni sekangkang kucing je, kangkang kucing lagi kecik dari kangkang kera kan, sekangkang kucing je dari hall dia duduk. Biasa dia ok je dalam swing tu sambil2 layan babytv. Sebabnya dia nak duduk, tak mau baring2. So no choice la, yang ada cuma swing je. Nyesal pulak aku tak beli bouncer ke ape.

Aku rasa dia pusing-pusing dan balikkan badan kut. Uwaaaaaaaaa aku dengar dia bertempik lantas aku gi ambik, bedebuk, dia dah jatuh tertonggeng senget2 sikit. Tangan kanan tu macam bertongkat sikit. Aku dah risau. Dah pujuk2 dia OK balik pastu aku testing check 1 badan dia. Tak de ape2. Kaki tangan semua aku lipat2 tarik2, dia tak nangis pun. Kalau sakit mesti dah nangis kan. Cuma kat dahi ada merah sikit and now dah hilang. Kepala pun aku dah usap2 check takut ada benjol2 dan dia pening2 ke, alhamdulillah takde ape2. Pastu dah sengih-sengih agah2 pulak. So rasanya takda apa lah. Now dia dah tido dengan tenangnya. Tunggu tengok dia bangun nanti ada meragam tak, harap2 takdelah. Sebab apa yang aku check, semuanya OK.

Susah okey takda suami, nak gi basuh baju pun tak boleh nak tinggalkan anak. Anak nak berkepit je kan. Oh dia baru je tersedar tadi, takde nangis2 pun and aku tepuk2 balik, dia tengok muka aku yang cantik ni(cantek ke kau???), terus lena balik. Terharu sangat kalau time dia tido tu, terjaga and nampak aku, dia lena balik sebab dia rasa selesa ada mama di sisi. Sob sob. Tak ganas dah aku sekarang ye. :')

Tetibe aku rasa nak jual je swing nih. Harga 300+ gak, sapa nak? Aku jual murah la lagi, baru guna 3 bulan. Tak kuasa dah pulak aku tengok swing tu, rasa macam dendam membara, walaupun..salah aku.


Buai yang bedebah tuh..
Fisher price- take along swing. Sebijik camnih, langsung takde kotor, aku jarang sebenanya letak dia dalam nih. Ni auto gerak nih, ada 5 kelajuan. Tak la laju sangat. Just nice jekk..
Agh aku benci swing nih..

Friday, August 12, 2011

Agh susahnyeeeeeeeeeee

Adoi saya sangat susah hati. Suami ke Jakarta atas urusan keja. Kejadah apakah henpon tak boleh roaming, tadi beliau call tengah hari pakai skype, topup kredit pakai skype kot. Beliau cakap tempat stay tu jauh sikit dari shopping complex and tak sempat nak beli prepaid/pulsar lagik. Dengan ini, saya adalah sedih sebab tak dapat contact beliau, walaupun ada message fesbuk sebijik dua dan beliau dah call dah tengah hari. Adakah cik abang sibuk? Sila call anak dan isteri ye malam ini kerana kami merinduimu..Jangan lupa belikan telekung, perfume, dress anak dan apa2 jelah sesuatu untuk isteri.


Esok kita jumpa! Yeaaaaaaaaaaaaa...Semoga selamat dalam perjalanan..Amin.
p/s: Memang susah hidup tanpa suami. Janganlah korang mintak cerai ye, sebab memang susah takde suami.


Wanted.

wah jambunya..tanjat boboi..



Ish nak update blog Imani tapi lupe password pulak. Hurm..

Agh tak sedar diri.

Eh bukan tak sedar diri ah, tapi tak sedar bangun sahur.

Adoii, parah sungguh tanpa suami. Aku tak sedar sahur tadi. Eh terbangun sangat lambat, bukan tak sedar langsung. Bangun2 bukak astro oasis terus, dah bacaan surah  dah. Kalau dah baca surah gitu, means abis je surah tu memang Azan Subuh kan.  Tak ikut imsak dah, terus aku gi panaskan pizza. Kau mampu, sahur makan pizza? So Italian katanya hahaha. Tapi panaskan bagi pakcik aku makan. Pakcik aku datang temankan aku dengan Imani sepeninggalan Edy. So, aku sendiri memang tak sempat makan, hanya sempat korek 2 hiris sosej je kat pizza tu. Kesian plak pakcik aku, dah la kena makan pizza, sempat makan 1 slice je dengan air kosong.

Tapi masa dah saat-saat genting tu aku terpandang kurma. Motip aku tak gi terkam kurma dulu, kan tu pemberi tenaga terbaik????????????Sebab nya aku duk teringat pasal hah sudah, hari ni mesti takde susu, mesti takde susu nih nak pam nih kalau tak minum air masak banyak-banyak. Lupe la pulak kalau tak boleh pam pun bukan Sabtu tu cuti ke? Anak kau takkan kebulur okey. Aku gi capai air masak je laju-laju. Sempat ah minum 1/4 je dari sebotol mineral. Nanges. So, aku tak sempat makan kurma. Nanges lagi. Eh takde la nanges pun tipu je. Drama nye nak nangis pagi-pagi.

Sempat la sambar obimin pluz dengan pil ASI utk susu ibu tuh. Pil kalsium tak sempat ambik. Biasa aku ambik pil2 pregnant ni lagi masa sahur.(Obimin pluz, neurogain PB, kalsium, pastu campur pil ASI). Entah la risau gak makan pil tapi perut kosong kan. Kalau pagi-pagi buta dah tak best perut aku ni, terpaksa bukak puasa kot. Dah la malam tadi Imani duk ekkk ekk ekkk takmau duduk sorang-sorang, nak aku teman jek borak-borak dengan dia. Macam mana aku nak bukak puasa kan. Biasanya 6.30 dia dah tido tapi malam tadi tak mau tido plak. Aku order piza je semalam, ye ah aku bukak puasa sorang2 kan. Piza sempat makan 1 slice, lasagna 1/4 je, pastu choc lava tak habis seketul pun. Agak-agak macam mana la puasa aku hari ni tanpa makanan yang ruji dan cukup. Dah la nak menyusu, stress mak!

Suami oi, lihatlah kehidupanku, terumbang ambing tanpa kamu. Cepat-cepatle  balik, lain kali kalau outstation, iols nak ikut uols, boleh??Tak kira, bawak jugak budak kecik naik flight walaupun uols kata haramkan dia naik flight sebelum umur 1 year demi menjaga telinga dari pressure. Motip cakap iols uols ngan suami?

Thursday, August 11, 2011

Kami berdua je.

Uwaaah lamanya aku tak online dari laptop cabuk nih. Compaq. Rasa macam tebalnyeeeeeeeee laptop nih. Kehkeh, pasal biasanya aku numpang laptop suami. Pastu kan semalam Edy bawak balik ipad 2 dengan blackberry playbook. Ops bukan weols punya lah, tapi projek dia punya. Bestnye. Jakun jap. Tapi memang best ah.

Mula-mula aku kutuk si playbook tu sebab lembab sikit kot. Tiba-tiba dah terer guna rasa macam best je pulak.Tapi ipad 2 vs playbook, aku rasa aku di pihak ipad 2 kot. Ipad 2 adalah sangat laju, tap tap jari jek cinggg keluar apa-apa nak bukak tu. Playbook slow sikit, nak boot pun agak lambat ah. Dah la kecik kan, ipad ala-ala saujana mata memandang. So nak browsing or main game adalah syok sikit, plus designnya lebih cantik.

Dua-dua pon best tapi aku nekad untuk memiliki ipad 2. Eh aku rasa bakal memiliki kot, rasanya Edy ada order dah kat aku, hadiah bersalin. Motif ada hadiah? Hahah ni aku declare sendiri. Hihi.

Nih jumpa comparison antara tablet2 gadjet. Aku dah tak pandang yang kanan2 tu, tengok Ipad dengan BB Playbook je. Tapi dari segi kamera nampak macam menang Playbook jek kan. Aghh tak kira nak menangkan Ipad 2 jugak.

Credit to technobuffalo.com. Klik ah kalau nak view besar-besar uols.

Anyway, sangat patah kaki kot hari ni, esok dan lusa, sebab Edy pergi Jakarta. Maka tinggallah aku berdua dengan si kecik. Tak tau lah boleh ke tak nih nak handle. Harap-harap semuanya O.K. Dah la Edy takde contact lagi nih, dah sampai ke belum ke apa. Ni konfem line telepon takde roaming ni. Syg, cepat-cepat gi beli pulsar.

p/s to mu hubby: Kalau sempat, belikan perfume kat airport, pastu belikan telekung, pastu dress untuk Imani, ok. We love u.

Tata.

Dah 4 bulan dah dia...

Selamat ulang bulan yang ke empat, anakku..
Sori ye sayang pagi tadi tak sempat borak-borak, mama nak cepat, papa pun tengah packing barang.
Kesian anak mama, kena tinggal kat papa. Sebenarnye kesian kat mama hahaha.

Gambar semalam, pukul 6.30 pm. Mama nampak macam perut awak terkeluar sikit la. Buncit ke? Ha ha ha. Hari ni tak sempat snap gambar celik, sebab papa bawak kamera pergi Jakarta. Nanti Imani claim hadiah apa-apa lah dari papa ye. Papa, please take note, jangan buat-buat tak baca blog. Kalau tak jumpa benda menarik kat mama, belikan perfume pon okey. Sebab perfume mama semua dah habis, tinggal 1 je yang bau tak tasty itew. So not my taste ralph lauren botol turqoise tuh.

Dah menjadi bualan cikgu taska dah, Imani dah debab kata diorang. Hari-hari mama hantar, teacher cakap,  tembam la Imani ni, besar la Imani ni..Pengetua taska pun hampir-hampir tak kenal Imani, dia kata Imani dah semangat sangat. Mama rasa tak besar sangat pun kot. Ke sebab dulu anak mama ni slim sangat ye. Tapi dulu pun tak la slim sangat. Just nice je kot.

Nanti kita pergi cucuk pneumococcal (yeke eja gini?) ye sayang. Mama hadiahkan 1 jarum setiap bulan. keh keh keh keokkk..Harap-harap pergi cucuk nanti, bila timbang dah bertambah la berat anak mama. Bulan lepas naik 900g je, mama nak awak naik sampai 1kg or lebih sikit, boleh? Mama dah usaha tau sediakan susu yang cukup, jadi Imani kena minum semua dan tukar semua tu jadi isi badan yang bambam gituh, baru la sedap mama nak gomol. Tapi dah besar nanti jangan lupa kurus balik ye. he he he.

Imani, sila rajin golek-golekkan badan, sekarang rajin pusing2 je, bukan pusing yang balikkan badan tu or meniarap, tapi pusing lokasi kedudukan. Motif? Nak meniarap pun malas, suka sangat cepat give up. Bulan ni Imani kena berusaha ye untuk pandai meniarap dan jangan malas-malas dan cepat moody macam mama. Sila kool macam papa, ye!

Ish rasanya aku kena pergi update kisah-kisah Imani ni kat blog dia lah. Papanya dah buatkan blog kat anak dara dia ni masa dia dalam perut lagi. Dah berkurun mama tak update kan. Mama shutdown terus blog ni OK tak, lantas mama bertukar menjadi ibu mithali lagi lemah lembut terus duduk bersimpuh gitu. Takmau ganas-ganas dah. Masalahnye, seswai ke?? Mampu ke?????
Hahaha. Biarkan menjadi tanda tanya.