Friday, April 23, 2010

Google chrome. Jom chroming

Berdirinya saya di sini adalah untuk....update blog la uols.
Baiklah, hari ini saya ingin mempromosikan google chrome.
Bagus ni kalian tahu tak?
Laju je browsing.
Hari tu aku dah pakai, pastu aku tiba2 melupakan chrome ni.
Terus aku kembali ke firefox.
Alih2 firefox hari2 hang je, lepas tu siap slow lagi.
Ape kejadahkah??
Dulu kaulah yang kupuja2.
Sekarang? Selamat tinggal.

Google chrome ni best sebab ada banyk gak features.
Dia ada plugin jugak, mcm firefox.
Yang penting, ada theme.
Santek.

Ni saja je ni test gurly2 punya.

Ha, camne uols? santek tak?
Yang blanko tu adalah thumbnail website ofis aku.
Malas la kan nak preview2 situ.

Banyak tau theme dia. Kau ingat blog je ada them2 kebagai?
Browser pun ada ok..

Lagi lagi..

Lagi satu...

Banyak je lagi sebenanye..pandai2 sendiri la install.
Ok sekian terima kasih.


ANYWAY I HATE U SO MUCH ...INTERNET EXPLORER

Thursday, April 22, 2010

Eh entry ni awal2 macam ok, bawah2 tetibe emo. Ape kes?

Oh semalam aku kata nak standby.
Standby la sangat kan, pukul 6.30 petang aku balik rumah.
Mandi laju-laju, tapi tengok dulu adamaya dengan nenek kebaya.
Kesian sangat aku ni tetibe addicted cite melayu la plak,
NEnek kebaya tu org lain dah tengok taun lepas aku baru nak tengok.
Pukul 8 mlm gerak pergi opis balik.
Pukul 10 mlm aku dah blah hakhakhak.
Kosser aku nak stay lama2.

Nasib baik aku tak stay lama, rupenye keje tu sampai 3 pagi daa.
Sian la kat 2 technichian aku.
Ngan bos aku yg sakit tu sekali.
Pukul 3 pagi makcik cina bukit tu balik.
Dah la dah tua.
Eh apsal eh aku rasa aku taip ni macam lirik lagu je,
Sebab taip2 sikit, enter enter enter.
Hahahha. Iklan jap.

Aku respek sesangat la kat bos aku tu,
Dia kan, masuk gomen tak silap aku dengan SRP je.
Naik sikit2 last2 jadi pengarah. Gigih kan beliau.
Dah la suka stayback, apa balaa la dia buat dalam bilik dia.
Hari2 balik pukul 1 pagi. Umah dah la jauh, Taman Melati.
Jauh la wey dari SK ni.
Semalam dia kata dia sampai umah pukul 4.
Tapi pagi2 lagi aku nampak dia dah datang keja.
Eh ko tak tido ke bos?
Saspek la aku..

Walaupun kadang2 aku rasa dia menyerabutkan pala otak aku.
(ade ke org tak penah rasa stress dgn bos dia? respek!)
Aku tak penah lawan cakap dia.
Sebab, dia baik la.
AKu kawin aritu hhambik ko, dia datang bawak angpow
Dalam tu ada duit kau boleh beli sebijik mesin basuh kot.
Kelllezzzzz makcik nih.
eh apsal aku tetibe cite pasal dia eh?
Stop jela. LAin kali.

Smbung cite tadi.
Aku dah la tak stayback lama.
Pastu pagi tadi terbangun lambat da.
Laki bini tido depan TV. Tetido ok.
Edy dah kejut dah, pastu dia pon tersambung tido.
Kesahnye pukul 8.20 baru aku terbangun.
Baju tak iron lagi neh.
Punch in pukul 8.30. NICE.
Minggu ni dah 5x dah aku merah. Lantakla.

Dah la  aku sakit perut ngan pinggang.
Gi keje lambat. OK la, jadikan alasan utk hari ini.
Lagi 4 tu aku nak letak alasan ape eh. Ada cadangan.
Tadi aku dah tulis (lif rumah rosak, rumah di tingkat 11).
Lagi dua aku tulis jalan jam. Tak logik kan, umah aku dekat opis jek.
Ada aku kisah???

Berbalik kepada soal sakit pinggang.
Woooooo bila nak period ni.
Biasa kalau sakit2 macam tu, sebab nak period.
Tapi tak datang2 la pulak.
Risau la pulak aku.
Tapi tak mungkin la buatan orang (hikhik)
Eh eh tapi tolong eh jangan usik2 aku pregnant la ape la.
Aku nyampah la wey gurauan2 pasal mengandung nih.
Segenap lapisan masyarakat opis duk usik2 hal pregnant.
Aku dah muak, jelak.
Awal2 dulu aku tersipu2 la malu. Now aku nak hempuk2 kepala org tu.
Kau ingat aku ni kerja nak buat anak je ke.
Aku pegang baju aku kat depan perut ni pun cakap aku pregnant.
Aku gi beli buah jambu pagi2 kata aku pregnant.
Aku gi cafe, sana sini la, org usik hal pregnant.
Aku pegang pinggang sebab sakit pinggang pun cakap aku buat projek tak hingat eh malam tadi?
Adoilaaa tertekan la waaaaaaaa.
Eh helooooooooo.

Aku tau la kalau aku pregnant ke tak.
Jawapannya tidak.
Aku kan dah cakap, not too soon la bebeh..
Motip tak paham?
Aku nak menjadi seorang isteri yang baik dulu sebelum jadi seorang ibu yg baik.
Sudah la korang...Tunggu la aku betul2 pegnen akhir taun ni ke, ape ke.
Baru aaa cakap congrats ke ape...
Apsal aku perlu emo eh bab2 camni?
hahaha. tah la aku pun tak paham.


Ok aaaa aku bosan ni x tau nak buat ape.
Laki aku busy bawak delegasi Arab pergi meronda KL.
motip delegasi?sorang pak arab jek la..
Aku tinggal sorang kat umah.
Aku sedih la sebab skang aku tak berapa berdikari dah.
Dulu ok jek, ape2 buat sorang.
Skang susah laaaaaaaaaaaaa.
Selalu rasa sedih kalau buat ape2 sorang2.
wuwuwuuwuw T_T

Apsal emo nih? Nak period ke??Fuh fuhh harap2 ye..

Wednesday, April 21, 2010

Standby lah pulak

Aku now kat opis.
Aku tak pasti aku kena standby ke tak.
Hari ni ada migration core switch.
Patutnya org lain yg tanggung kerja pegawai patah kaki tu.
Tp dia cuti plak.
Last2 semua aku pulak yg buat.
Dengan gubal soalan PTK la tadi.
Choi..

Aku tak pasti la aku kena standby ke tak ni.
Nak bagi technichian je, takut pengarah aku kate ape pulak.
Pengarah aku pulak suka balik lewat.
Pukul 1 pagi baru balik hari2. Gila gigih..
So aku kene standby la ni????
sampai malam woo..Nanges..

Aku nk g shut down semua server.
Eh mcm mana aku nak main internet ni kalau server semua down.
Malas la aku nk gi tengok vendor tu buat keje.

Td lunch hour aku balik ambik laptop ngan berukbend.
Nak berberukbend katanya.
Tengok2, aku bawak laptop je.
Broadband yillek, power supply yillek.
Dah la laptop aku jahanam dah bateri. Hish..

Eh takpela, aku nk shut down server.
Tata all.

Alaaaaaaaaa aku nak tinguk adamaya la. Suddenly suka cita tu. Sebab aku suka lisa ngan sein tuh. Very the chomel.


p/s: semoga laki aku selamat pergi balik Penang hari ni. Travel hari je. Gigih.
Dan isterimu ini memang gigih risau.Esok kita tengok adamaya sama2 ye....Risau sebagai awek lain, risau sebagai tunang dulu lain..Skang risau sebagai bini..Lain macam punya risau woooooooo. Risau skang tahap macam nak nanges nak campak2 barang, nak lempang2 je anak buah aku yg suka menjawab mulut tu. Puaka je semua org aku rasa.

Monday, April 19, 2010

Lock atau tidak?

Nak lock ke tak nak?
Bukan lock selipar macam ni la.

Handphone lock/pin number.
Perlu ke?

Sebab aku tengok lately banyak benar artis meninggal.
Latest Achik spin. Motif artis????
Aku takut kalau aku meninggal nanti kan,
Handphone aku tu ada lock code.
So kalau orang jumpa aku, dia nak call siapa?
Sebab hanya aku dan Edy je tau lock code tu.
So????

Perlu ke tidak lock handphone?
Sebab kalau berlaku kemalangan kan, orang mesti ambik handphone,
Cari last number yg si mangsa call.
So kalau handphone aku pun ada lock code, handphone suami pun sama.
Macam mana?


Kalau siapa2 jumpa aku kemalanggan atau apa2, (NAUZUBILLAH)
Dalam purse aku ada emergency contact number tau.
Sila call.
Tapi jangan la keji sangat sampai pow duit dalam tu. :p


Mintak2 tak jadi apa-apa kat diri sendiri,ibu ayah, suami, family, kawan-kawan.
Saya tak nak kehilangan sesiapa pun.
Tak nak tak nak...
Saya TAK NAK jadi yatim piatu, saya TAK NAK jadi balu.
Mintak dijauhkan.........


Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang aku sayang......dan jauhilah mereka dari apa-apa kecelakaan..
Amin..


Anyway al-fatihah to Acik Spin.
Bini dia cun, siapa tak kawin lagi boleh try.

Sunday, April 18, 2010

To watch list.

Prince of Persia Film
(akibat hari2 main game masa kecik2 dulu)



Saturday, April 17, 2010

Outdoor Photoshoot- More pics

Eh aku nak buat outdoor photoshoot kawin lagi sekali.
Kat Putrajaya.
Sebab masa kat kg tu, tak banyak area menarik.
Dan kami sudah sangat penat dah.
Hari kenduri pulak tu free outdoor photoshoot.
Nak entertain orang lagi, lewat petang baru boleh cilok kejap.

Tengah rikey2 price untuk baju pengantin dan
PHOTOGRAPHER.
Wa talak duit manyak woo.
Anyone tau siapa boleh bagi pakej murah.
Baju dengan mekap tu OK je kot.
Tengah cari fotografer.
Anyone? Any 2? Any 3?
Hehehe.


Tak siap-siap lagi la outdoor pictures aku.
Sabarlah mungkin Palie banyak kerja dan customer lain,
Ni aku edit sendiri. Sebab aku boring laki aku pergi meeting.
Ya ampun sangatlah buruk :(

Gambar ni memang shot dia dah elok. Aku edit sikit je.

Pintu stor gerabak keretapi lama. 

Pintu yang sama seperti di atas. Aku gemok.

Cakkkk..I like this one.


Di dinding bilik je ni.


Tak tau la guna kaedah apa ni. Tapi kurang memuaskan hati.

Ini pun teknik percubaan. Tak puas hati.

Jari kanan(dari kiri) cincin kahwin. Jari kiri cincin tunang. Motif diamond cincin tunang lagi besar? Jari adalah montok. T_T

Teknik cacamarba yang mana aku rasa Edy pasti tak suka sebab muka dia jadi macam tu. Maafkan isterimu.
Kiri: Atuk, ayah kepada umi saya. Dia sayang Edy sangat2 sampai aku jeles.
Lokasi: Kabin milik baba saya, depan rumah saya.


Yang freehair tu mak hayam, eh eh mak andam. Pegang payung is Amy, adik aku.


Kiri: Pakcik aku. Macam samseng kampung dusun, tapi poket beliau memang tebal. Pemurah, selamba je dia hulur duit kat orang kampung kalau orang mintak.
Tengah: Laki aku daa.
Kanan: Pengapit laki. Memang hensss tapi aku chup untuk adik aku si pengapit perempuan.


Mode: Pejamkanlah matamu wahai isteriku lantas daku tersenyum hahahhaa.Eh ayat ni aku buat sendiri, bukan Edy.

Yang ni aku suka, walau nampak pelik. Ada aku kisah korang tak suka? Hahaha. Yang penting double chin harus kelihatan gitu. T_T


Pakcik belakang tu macam berbulu jek kan ngan kitorang duk posing2 maut. Ada saya kisah ke pakcik? Hahhaa. Actually jarak we all dengan pakcik ni agak jauh, nampak dekat sebab Palie zoom kot.

Gambar ni cantik sebenarnya, aku buat camni jadi tak cantik.

Budak2 Sc Pasir Puteh. Thanks ya'all sebab datang.

Teknik Menghantukan diri sendiri.





me loike style2 yang macam haunted ala2 kukubesi dot com.

Gambar diedit sendiri oleh aku dan dicapture oleh photographer, Palie dan isteri.
Palie's blog: mediaseni.com/blog
Type facebook group: MASSA STUDIO.

Matila aku gambar dah basi, suka2 hati aku je nak edit sendiri.. Palie, maafkan daku sebab memang gatal tangan nak edit. Palie edit la cara Palie ye, ni buat sebab boring dan nak testing2 je. Thanks ye Palie and wife sebab you all memang bagus sangat buat kerja. :)

Semua gambar atas ni Palie yg capture tau.



Regards,
-Puan L.

1 bulan

Selamat Ulang Tahun Sebulan.
Walau terperiod masa memula nikah, tapi takpe kan syg?
Hahahha.



Nanti sambung lagi entry...hihi
Baru2 nikah memang ngada kan nak kira2 sebulan la, 2 bulan la...haha


 Thank you, husband.

Friday, April 16, 2010

Akad nikah saya

Ha ah la lupa nak cerita kisah akad nikah.
Masa nak nikah kan, banyak cabarannya.
Mula-mula tetapkan date 18hb Mac.
Ayah aku ni hari-hari duk pergi masjid nak submit borang kat imam.
Asyik-asyik takde je imam nya.
LAst-last, dapat laaa jugak.

Yang sedih, imam tak boleh nak buat 18hb.
Last minit neh, awalkan jadik 17hb Mac.
Aku kena call balik fotografer, mak andam semua.
Sebab nak kena awalkan, kan.

Nasib baik sangat fotografer aku tak dibooked 17hb tu.
Mak andam dah ada orang booked on 17.
Aku dah nak nanges dah tau sebab yela sapa la nak pakaikan baju, mekap2 semua tu.
Pelamin kat rumah pun janji ngan mak andam, petang 18hb tu baru nak set up.
Last2 mak aku pujuk2, mak andam tu pun setuju.
Dia hantar anak buah dia pergi kat kenduri lagi satu, dia datang mekapkan aku.
Syukur.
Tapi memang kalut gila.
Dengan hantaran aku belum siap gubah semua lagi.
Macam-macam.
Sedih

Habis kes tetapkan tarikh.
Then masa akad pulak, sedih jugak.
RUpa-rupanya ada 4 pasangan akad malam sama.
Dah la imam mukim aku ni,
syarat dia, AKAD NIKAH MESTI DI MASJID.
Tak boleh buat kat rumah.
So, ok...kita akad la di masjid.
Ada 4 pasangan OK.
Memang kalut, dan lama, dan tak mengharukan.

Sebab, akad nikah 4 org, pastu aku yang last sekali.
Pukul 10:03 baru diakad.
Sekali lafaz, jelas dan bergema seluruh masjid.
Curlassst laki i. Hokhok.

Pastu kan,
Dah la perempuan semua kena duduk kat belah perempuan.
Tempat solat wanita la.
LAki, semua kat tempat laki.
So aku tak boleh nampak jelas laki aku akad nikah.
Sedih sangat.
Jarak terlalu jauh.
Aku rasa kalau nikah kat siam pon lagi bleh duk dekat2 kan?
Sedih aku, sebab jarak jauh.

Kan biasa orang akad nikah, musti mengalir air mata.
Terharu.
Aku masa sah jadi isteri Edy, aku memang terharu.
Baru je nak menitik setitis air mata,
Terus tok imam tu announce nak baca taklik.
Tak sempat hocay..
Cium2 tangan, cium dahi pun tak buat kat masjid.
Wuwuwuuww. Semua tu buat bila balik rumah semula.
Masa kat rumah tu baru we all cium tangan, dahi, sarung cincin.
Kat masjid tu memang akad semata-mata.

Pastu kan, tok imam aku tu,tak nak bagi orang lapik2 bantal ke ape untuk pengantin.
Katanya,'kita kat dunia ni xde beza darjat keturunan, sama je semua di sisi Allah.'
Wahhhh gitu uols...very the laser kan.
So, gitu lah kisahnya.
Tak cntik sangat la dalam gambar kan, sebab takde duduk2 atas bantal.
:( nanges sangat.


Dah la semua pengantin laki duduk sebaris je depan imam.
Macam kan kawin pakej derma baitulmal jek. T_T
Wuhuhuhuhuhhuhuh sedih sesangat.
NAsib baik laaa kat rumah buat lakonan semula.
Pastu seb baik la dalam keempat-empat pengantin tu, aku la cun sikit.
Hak hak tak bleh blah perasan.Kihkih.
Gurau jela..Sedapkan hati.

Begitulah alkisahnya majlis akad nikah saya,
Yang berlangsung pd tarikh feveret 17hb MAc 2010 di Kelate.
Dan juga melibatkan tok imam yang very the tak sporting.
Huhhhh
Yay esok 1 month anniversary. :)



Nah bukti bergambar.
Betul tau, hah takde bantal2 pun alas. Dah la karpet masjid tak vacum. Ada habuk sikit. I tak biasa ok. Sangat tak puas hati.


Oh tangan dia putih lagi. Tak boleh terima kenyataan.Kalau anak aku nanti gelap sikit, musti ikut aku Y_Y



Ni uols, bukti pengantin duduk sebaris hah. Edy ni pakai songkok corak masa bertunang hari tu. Mula-mula dia pakai songkok lain, pastu last minute dia kata macam tak sesuai yang tu, terus tukar. Songkok ulang tayang haha. Tengok tu ada lagi sorang tu ya alimmm sangat, pakai kopiah jek akad nikah. Mesti orang PAS ni. Haha tetibe.

Tambah sikit lagi ayat: Nampak takkk nampak tak kat gambar atas ni, ada manusia kecik2 jek kat belakaaaaaaaaaaaang..Hah, kat situ pulak semua orang perempuan, termasuk pengantin. Nasib baik aku tak kena beratur berempat camtu jugak. Hoh.

Kat rumah dah ni, bukan masjid. Janji ada scene2 cium uols. Ada i kisah? Hahaha. Yes yes.


Dan malam 19hb(majlis kenduri),  terus aku terperiod, terkejut kot. Motif sangat. Y_Y


Dear hubby, i love u mmmuaxx
moh kite............


Kepada suami,
Terima kasih sebab syg saya, dan terima kasih sebab sanggup bertahan dengan kerenah i yang memang teruk ni. Tak sangka ada yang sanggup tahan...I know myself, but u know better. :)

-Puan L.

Thursday, April 15, 2010

Facebook dan permasalahannya

Aku sebenarnya ada masalah dengan Facebook.
Aku tak suka orang asyik add aku.
Memang kebanyakan orang aku ignore.
Aku rasa tak sampai 10 orang kot aku add orang
Selebihnya diorang yang add aku.
Haha perasan?

Memang la, kalau tengok mutual friend, ada yang sampai 100.
So orang yang nak add aku tu mungkin rasa aku perlu add dia.
Tapi aku tak nak.
Sebab aku bukan rapat dengan dia, dan aku tak kenal.
Kalau kau setakat belajar satu sekolah, tapi masa tu aku dah keluar sekolah dah pun.
Then budak tu baru masuk form 1 masa aku dh kat uni.
So, kau rasa orang tu kau kenal ke?
Perlu ke aku approve?

Kalau macam tu mampus la aku nak kena add semua 500 orang budak sekolah aku je.
Mampus. Mampus.

Ada jugak spesies yang pernah selisih bahu je dengan aku.
Tegur pun tak nak.
Haram tak pernah tegur,tiba-tiba nak add Facebook.
Aku sebenarnya nak hadkan, FB hanya untuk orang yang betul-betul kenal aku.
Setakat light-light, tak payah la.
Bukan aku sombong, tapi aku memang tak nak.
Aku nak orang-orang dalam tu, circle FB ni, as orang yang memang kenal je.
Memang kenal je. Memang kenal je.
Berapa kali nak cakap?

Ada jugak manusia yang kat alam nyata nak gaduh dengan aku.
Tak nak tegur, sombong nak mampus.
Tapi kat Facebook nak add.
Bodoh jugak orang tu.
Pelik dan jelik la.

Then,
Dah la guna nama pelik-pelik.
Aku menyampah.
Jangan jadikan FB macam Myspace, Friendster.
Semua nak buat lain dari yang lain. Konon.
Nama nak guna nama pelik-pelik, asyik invite orang install page plugin, konon nak bagi aku tengok page yang kau customize tu cantik.
Cantik keee?????
Aku bosan dah dengan semua tu.
Tolong la, stop being childish.

Aku pun tak minat dan tak nak kenalan baru.
Aku nak orang kenal aku kat dunia nyata je.
Yang kat alam maya tu pun, adalah orang yang sama yang aku kenal di alam nyata.
Mengerti atau tidak.

So kalau aku asyik ignore orang nak add,
Agak-agak diorang kecik hati ke tak?

Wednesday, April 14, 2010

Ini memang lagenda

Eh tiba-tiba je kan bila blog baru putih bersih tanpa sebarang noda, cercaan semua tu,
rajin pulak nak update.
2x sehari.
Hihi.


Sempena aku menjelajah internet tadi, ni hah..
Trailer Legenda Budak Setan:

Eh tiba-tiba lupa la macam mana nak embed youtube.
Kejap..









Hah dapat pon.
Weh trailer best, sinematografi cantik, kisah memang copy+paste novel.
Sedih.


Jadi sekarang, secara bersungguh-sungguh aku nak dapatkan novel.
1.Lagenda Budak Setan

2. Katerina

3.

Novel ni sedih yang amat. Huhu, saya ngaku saya nangis baca novel ni.
Sebab tu la nak pinjam balik.
Eh ape ni? Nak beli la, bukan pinjam.
So siapa-siapa tahu mana nak beli, tolong bagitau, ye.
Tershashul (cakap mcm orang asli dalam adamaya) kantoi tengok adamaya
Kot-kot la aku baca novel ni nanti jadi perempuan baik, sopan, menghargai suami. Kan kan?
Motif sangat.






Cakap jela nak beli buku ni kan senang.



Sekian.
-Puan L.
(perlu ke signature camni? Hahah)

Hey Cikpest Belum Bersara

Awas you all,
Aku belum bersara dalam arena blogging yang takde faedah ni.
Eh Cikpest? Motif perasan Cik? Puan OK!

Actually memang aku nak bersara pun, sebab dah lama sangat tak update blog lama.
Tapi bila dah stop, rasa nak blogging balik.

Sekarang aku sangat happy dengan berita Reha nampak 2 line tu.
Hahahaha. Memang produktif kan. Tahniah. Pantas sangat.

Lepas tu aku pun terfikir nasib aku macam mana.
Mesti la orang sekeliling asyik tanya-tanya nanti kan bila nak berisi.
Hai, terlalu awal la.
Kepada anda, soalan tu kalau nak tanya boleh.
Tapi jawapannya, saya sebenarnya tak tolak rezeki dan tak juga berharap.
Belum ready la sebenarnya.
So kalau ada, alhamdulillah, kalau tak ada, aku tak mengamuk sakan pun.
Rezeki Allah Taala nak bagi kan...Dia je tahu bila masanya.

Kepada Shy, selamat berusaha di bulan April.
Aku doakan ko dan Aji berjaya :)


Kat ofis hari2 aku kena sakat.
Semalam je ada majlis makan-makan.
Then diorang cakap sempena aku pregnant.
Terus je kecoh.
Oh tension dengan spekulasi.
Please don't...........






Anyway saya tunggu dd dudu... :)


Regards,
-Puan L