Showing posts with label E dan L. Show all posts
Showing posts with label E dan L. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Suami zaman sekarang

Kalau zaman dulu2 suami je mesti tak payah/taknak/tak akan buat kerja2 rumah, basuh pinggan, masak, tukar pampers anak, etc. Kalau zaman dulu orang nampak mana2 suami buat mcm tu mesti isteri sang suami kena kutuk kat sedara mara or orang yang melihatnya kan? Ke sebab isteri2 zaman dulu kebanyakannya jenis suri rumah sepenuh masa so memang kerja isteri je?

Suami aku baik. Tetibe puji suami. Jarang la saya puji suami saya. Hari ni nak puji boleh? Orang lain hari2 puji dalam blog. dan dan cakap saya awak kan. Sebab saya rasa suami saya dah banyak berkorban macam2 untuk saya. Dari segi ekonomi memang la tak payah cakap, senang cerita gaji saya memang dia tak sentuh langsung, saya sangat terharu tapi saya pelik juga sebab duit saya tak pernah ada banyak. Masa saya nak bersalin kan, masa tu sebenarnya kami dalam keadaan agak getir sebab suami saya buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan kerja sendiri. Kebetulan masa tu projek tak jalan, so memang income upside down sangat2 sedangkan saya membuyung dan kebetulan jugak beberapa perkara telah berlaku dan menyebabkan kami kena spend banyaaak duit.

Tapi suami saya dah decide nak saya bersalin di private hospital sebab saya bermula checkup dengan hospital private tu dan doktor tu memang tau segala-galanya pasal saya dan anak dalam kandungan(dah jangan kutuk suami saya cakap tak sedar diri duit takde nak pegi private, sapa kutuk siap!!). Dia cuma nak yang terbaik untuk kami. Nervous tak u all, nak bersalin kat private tapi kena bayar sendiri lepas tu duit tak cukup. Macam mana?? Tapi dia memang sangat berusaha keras siang dan malam dan akhirnya last minit dekat2 nak keluar dah baby kami si Kamilia, suami telah berjaya simpan 4x ganda kos bersalin hanya untuk Kamilia seorang je dalam masa sangat singkat bersama segala-gala kelengkapan untuk saya, isi rumah dan Kamilia serta beberapa ribu duit tambahan takut2 tak cukup. Saya memang terharu gila sebab saya tak sangka dalam keadaan tak menentu macam tu dia boleh yakinkan saya dan buktikan dia mampu buat walaupun projek dia tak start2 pun sampai sekarang. Alhamdulillah sejak dari hari itu, Allah tambah lagi rezeki kami , mungkin rezeki Kamilia tu kot. Setiap bayi yang lahir kan ada rezeki mereka masing-masing.

Masa saya mengandung semua kerja rumah dia buatkan, tak payah cakap la kan ape dia, memang hampir semua la. Sampai sekarang pun macam tu lagi, dia kesiankan saya yang bekerja dan nak jaga anak. Kadang2 dia masuk dapur dan masak dan dia masak lagi sedap dari saya dan dia jugak ajar saya masak. Malam2 masa saya tidur dan berjaga kejap2 susukan anak, dia sibuk sidai pakaian dan basuhkan baju. Terharu sangat2. Kalau orang tua2 nampak mesti saya kena kutuk kaw2 kan. Tapi saya rasa suami orang lain pon masuk dapur, basuh baju semua2 jugak kan?? Zaman sekarang boleh tak nak cakap kire halal laaa suami buat kerja rumah sebab isteri pun kerja jugak, boley tak? Hehehe.

Belum lagi masuk bab masa saya berpantang, setiap minggu dia ulang alik KL-Kelantan untuk jumpa saya dan anak. Dah sangat banyak dia berhabis untuk kami. Kalau dikira sejak Kamilia Imani lahir saya rasa kos nya dah lebih dari spending masa kawin majlis kedua2 belah pihak. Kellass kan penangan seorang anak. Saya ingin memanjatkan kesyukuran memiliki seorang suami yang bertanggungjawab. Mak ayah saya pun duk perhati jugak perangai dia masa saya bersalin dan berpantang dan mereka juga bersyukur saya tidak jatuh ke tangan lelaki lain yang mungkin durjana. Semasa melahirkan Kamilia tu, dia yang mandikan dan sanggup tukar dan basuhkan pad saya(tak malu pun nak cerita sebab saya sangat terharu, boleh?). Saya tak sangka dia sanggup buat sebab kalau saya jadi lelaki mesti saya malu nak basuhkan.

Kadang-kadang bila saya tengah sedap2 tidur dengan anak kecil tengah2 malam ada seorang lelaki sedang sibuk basuhkan pakaian, sidai, mop rumah, vacuum carpet, basuh pinggan, nasib baik dia takde susu, kalau tak mesti dia pamkan sekali susu untuk anak kecil kami hehe Saya tak pernah mintak pun dia buat tapi dia buatkan dengan ikhlas dan tak pernah merungut, tak macam saya, saya nampak rumah bersepah sikit je mesti saya bising2 merungut2 dan berleter. Betapa buruk nye perangai saya.

Kepada suami saya, saya mungkin tak pernah puji awak kat public tapi saya sangat bersyukur memiliki awak. Sila jangan curang ye. we love u papappapapapappaa bak kata Kamilia.

siapa yang rasa dia isteri orang, saya tiba2 rasa nak tag anda dan ceritakanlah perihal suami masing2. hehe..tetibe je.

ok bye.

p/s: eh tetibe macam nak mention jelah nama orang yg aku tag:
1.dd dudu
2.mony
3.kakak mony
4.lina comel
5.ciare
6.kak efa
7.ja di bawah lapan
8.rosa
9.semua yang nak la. takyah ah rasa syok sendiri, aku memang nak korang buat okeyyyy
sori ah malas nak buat link. keji tak? tak kira korang kena jawab

Tuesday, March 1, 2011

Letih

Aghhh baby, sakitnye tendangan kamu. Dulu geli2 bila dia gerak/kicking. Now dh rasa sakit2 sikit. Sebab dah byk tenaga kot baby ni.

Start weeekend hari tu mcm dah kurang larat skit. Berat dah kot baby. Or position die dah tetap, kepala bawah dan baby mcm dh turun sikit dh dulu. So, rasa berat sgt skang ni. Naik tangga dah mengah2. Duk kat ofis dah la lama seharian, sakit pinggang, sakit kaki, sakit rahim.

Nape tah hari ni mcm ade contraction braxton hicks yg agak kerap. Risau la pulak baby comel ni tak sabar2 nak keluar. Hopefully dia keluar ikut timing, mama dia banyak keja nak setel ni. Bulan 3 ni memang kena pulun siapkan keja before ambik cuti. Nak cuti awal ahhhhhhhhhhh. Rilek2 duk kat rumah je dh dekat2 due.

Now tgh sakit kat bhgian bawah. Rahim mengembang lagi kot sbb baby dah tambah berat. Berapa la agaknya berat baby skarang. Ikut ticker 2kg. Nanti 4mac ni ade next routine checkup, nak check la position baby betul2. Bahagian ape kat tengah2 perut and pusat ni, sakit dan keras kat situ. Bahagian belakang badan dia kot. Tp kerasnyeee pastu suka senget2. Jap2 perut aku berbentuk pelik je. Sebab baby duduk pelik2. Suka ngiring kot.

Eh mcm nak benti menaip. Solat. Nak keluar jap lagi.
Tata uols.

Saturday, January 15, 2011

Pregnancy Calendar Saya.

Eh ni untuk rujukan saya dan suami aje yuk.
Kalau save tempat lain sah-sah lupe letak mana kan.
Letak kat blog, takkan la blogger.com nak sabotaj aku pergi transfer data ni tempat lain hikhik.



Your Pregnancy Calendar
Has your Health Care Provider changed your due date or
would you like to change the display of your timeline to show weeks only??
Click here to re-enter your new due date!
Today is Saturday January 15th 2011.You conceived on Wednesday July 28th 2010
and your due date is Wednesday April 20th 2011.
171 days have passed since the conception,
and you are 95 days before your due date.
You are 26 weeks into your pregnancy,
and you have 14 weeks to go.
You are in the 2nd trimester.

64% of your pregnancy has passed, there is 36% left to go.



Timeline
Week no.+ 0 Days+ 1 Days+ 2 Days+ 3 Days+ 4 Days+ 5 Days+ 6 Days
 
Wed
Thu
Fri
Sat
Sun
Mon
Tue
0Jul 14
(LMP)
Jul 15Jul 16Jul 17Jul 18Jul 19Jul 20
1Jul 21Jul 22Jul 23Jul 24Jul 25Jul 26Jul 27
2Jul 28
(Conception)
Jul 29Jul 30Jul 31Aug 1Aug 2Aug 3
3Aug 4Aug 5Aug 6Aug 7Aug 8Aug 9Aug 10
4Aug 11Aug 12Aug 13Aug 14Aug 15Aug 16Aug 17
5Aug 18Aug 19Aug 20Aug 21Aug 22Aug 23Aug 24
6Aug 25Aug 26Aug 27Aug 28Aug 29Aug 30Aug 31
7Sep 1Sep 2Sep 3Sep 4Sep 5Sep 6Sep 7
8Sep 8Sep 9Sep 10Sep 11Sep 12Sep 13Sep 14
9Sep 15Sep 16Sep 17Sep 18Sep 19Sep 20Sep 21
10Sep 22Sep 23Sep 24Sep 25Sep 26Sep 27Sep 28
11Sep 29Sep 30Oct 1Oct 2Oct 3Oct 4Oct 5
12Oct 6Oct 7Oct 8Oct 9Oct 10Oct 11Oct 12
Start Of Second Trimester
13Oct 13Oct 14Oct 15Oct 16Oct 17Oct 18Oct 19
14Oct 20Oct 21Oct 22Oct 23Oct 24Oct 25Oct 26
15Oct 27Oct 28Oct 29Oct 30Oct 31Nov 1Nov 2
16Nov 3Nov 4Nov 5Nov 6Nov 7Nov 8Nov 9
17Nov 10Nov 11Nov 12Nov 13Nov 14Nov 15Nov 16
18Nov 17Nov 18Nov 19Nov 20Nov 21Nov 22Nov 23
19Nov 24Nov 25Nov 26Nov 27Nov 28Nov 29Nov 30
20Dec 1Dec 2Dec 3Dec 4Dec 5Dec 6Dec 7
21Dec 8Dec 9Dec 10Dec 11Dec 12Dec 13Dec 14
22Dec 15Dec 16Dec 17Dec 18Dec 19Dec 20Dec 21
23Dec 22Dec 23Dec 24Dec 25Dec 26Dec 27Dec 28
24Dec 29Dec 30Dec 31Jan 1Jan 2Jan 3Jan 4
25Jan 5Jan 6Jan 7Jan 8Jan 9Jan 10Jan 11
26Jan 12Jan 13Jan 14Jan 15
Week 26 Day 3
Jan 16Jan 17Jan 18
27Jan 19Jan 20Jan 21Jan 22Jan 23Jan 24Jan 25
Start Of Third Trimester
28Jan 26Jan 27Jan 28Jan 29Jan 30Jan 31Feb 1
29Feb 2Feb 3Feb 4Feb 5Feb 6Feb 7Feb 8
30Feb 9Feb 10Feb 11Feb 12Feb 13Feb 14Feb 15
31Feb 16Feb 17Feb 18Feb 19Feb 20Feb 21Feb 22
32Feb 23Feb 24Feb 25Feb 26Feb 27Feb 28Mar 1
33Mar 2Mar 3Mar 4Mar 5Mar 6Mar 7Mar 8
34Mar 9Mar 10Mar 11Mar 12Mar 13Mar 14Mar 15
35Mar 16Mar 17Mar 18Mar 19Mar 20Mar 21Mar 22
36Mar 23Mar 24Mar 25Mar 26Mar 27Mar 28Mar 29
37Mar 30Mar 31Apr 1Apr 2Apr 3Apr 4Apr 5
38Apr 6Apr 7Apr 8Apr 9Apr 10Apr 11Apr 12
39Apr 13Apr 14Apr 15Apr 16Apr 17Apr 18Apr 19
40Apr 20
(Due Date)
Apr 21Apr 22Apr 23Apr 24Apr 25Apr 26
credit 100% goes to:http://www.amazingpregnancy.com/duedate/setdate.php


Oh 20 April EDD aku tu week 40 ke. Aku sebenanye tak tau bape minggu sepatutnye mengandung yang normal ngam2. Hahaha. Hazab kan, serba serbi tak tau.

Nama anak dah ade. Barang baby je tak beli2 lagi..Ya ampun..terlambatkah aku? Bulan ke 7 ni lah nak pulun beli. So, sape2 nak suggest ape2 tu silekan laaa..Saya memang 0 knowledge betul nih.

Org suggest jangan beli baju baby sangat ek? sbb banyak org bagi hadiah. Tengok2 org tak bagi pon hadiah baju baby kat aku hahhahha. Ape2 pon tak payah berharap pada apa yg org nak bagi, sebagai parent, aku dengan husband kena sediakan semua keperluan baby, gitu baru betul kan...

Ok lah nak survey barang baby.

Tata, uols.

Tuesday, November 16, 2010

Normal je

Aku kan memang negative-thinker.
Suka pikir negatif sangat.
Bukan sebab ape, tapi aku selalu pikir worst case scenario supaya ada backup plan.

Ni ada kaitan dengan blood sugar level aritu.
Aku dah risau2 takut kena diabetes during pregnancy sampai tahap sakit2 kepala..
Pastu tetibe risau naik darah plak nanti.
Macam2 dalam kepala otak aku.
Siap tinggal wasiat kat Edy kalau aku meninggal jagala anak elok2, kalau tak sempat jaga anta anak balik umah mak aku. Motip saiko camtu kan? negatif gila.
Pastu sedih2. Gila pmpuan ni hahaha.

Terus aku sakit kepala 2 hari tak henti2. Risau kot.
Biasa la mak mane tak sayang anak kan?
Soooo matang tau skang pikir anak dah.
Sanggup kot tukar nyawa dengan anak..Serius ni..
Tapi harap2 Allah permudahkan semuanya.

Nak dijadikan cerita, blood test 4x tu aku buat tu, result die dlm range normal.
Tapi still aku saiko sampai takmo makan nasik.
Takut makan nasik pastu terlebih karbohidrat pastu karbo tu turn to sugar.
Pastu sugar level naik.
Motip fikir dalam2 sangat?
Tetibe aku mcm ingat2 balik Subjek Biologi la ape la.
Last2 result aku normal. Tapi still risau2.

Terus aku pegi watsons beli glucometer. Nak test dan pantau sendiri kat umah.
Kalau gi klinik 4x test caj RM45 kan.
Aku beli device tu harga Rm98++ pastu dpt 35 strip, 10 lancet.
So boleh buat 35 kali test. Puas ati aku.

So pasni aku akan test blood aku, test edy punya skali.
Compare.
Last nite test lepas minum milo (umah makcik aku, dia dh bancuh takkan aku tak minum kan).
Result @11pm..normal..
Sebab doc ada cakap, sugar level kalau malam2 memang akan high sikit sebab malam kite tak aktif, lebih2 lagi kalau malam tu makan lambat.
Aku makan pukul 9 mlm nasi kat sup utara, ngan air teh ais ngan milo panas.
Result adalah OK.

So aku lega dah la sekarang. Yay...
Tapi arini dtg opis pinjam alat test blood pressure,
motip darah lak rendah? Choi sangat. Ni mesti sbb pikir banyak.


Dear anak mama/mummy(lom decide), mama/mummy sanggup buat ape je utk baby..
Luv u mmuahhh.

Nanti aku akan attach table utk sugar level yg normal dan untuk hypo/hyper punye paras.
Ok tata nak balik kampung. Doakan perjalanan mama/mummy+daddy/papa+baby selamat.
Amin....

Saturday, April 17, 2010

1 bulan

Selamat Ulang Tahun Sebulan.
Walau terperiod masa memula nikah, tapi takpe kan syg?
Hahahha.



Nanti sambung lagi entry...hihi
Baru2 nikah memang ngada kan nak kira2 sebulan la, 2 bulan la...haha


 Thank you, husband.