Monday, October 25, 2010

Tegang

Aku ni kalau hari Isnin memang liat yang amat nak bangun. Sebab Ahad nye laki bini sambung tido bagai nak rak sampai pukul 11 bagai kan. Sporting laki aku ni, tgk bini dia tido, dia join sekali.Aku bangun tengok dia tido, aku pon join balik,tak jadi bangun hahaha.Takpela kasi can la kan, tgh berdua ni. Nanti si kecik ni keluar harapan la kan nak sambung2 tido ni.

Hari ni pon, dah bangun2, boleh tak, 7.30 gi sambung tido balik. Kunci jam 7.45. Baju tak iron lagi nih, baju laki takpe, dah ade stock beriron dalam lemari. Dah la malam tadi aku rasa tegang2 je perut kan, masuk angin kot. Benci betul perut masuk angin, spoil time2 tido aku sampai aku ade cakap ape benda tah malam tadi ala2 menjerit tengah2 tido. Aku dengar husband aku pon sound aku balik. eh ni apehal ni ngamuk2 mengeluh2 ni?? AKu pon knfius aku jerit tu sebab aku sakit perut ke sebab aku ngigau. Aku mcm lebih kepada ngigau je. Harus la malu nak mengaku mengigau kan. Hahaha.Nanti aku pikir balik aku mengigau ape sampai emo2 semacam.

Kellez tak uols, 7.45 baru bangun nak siap2. Janji sambung tido kan, 15 menet pon takpe. Alah opis aku dekat je pun, masuk keje 8.30, 8.15 aku gerak,siap punch in 8:24 lagi pagi ni. Ade extra 6 menet hahah.Tengok, now kat opis dgn keje yg belambak nye, boleh plak aku ngantuk2 lagi.Kes ngantuk la ni update blog ni.

Wahai ibu2 mengandung, perkara biasa ke kalau rasa tegang2 cengkam2 sket kat perut? Aku kerisauan. Tapi so far, baby dan badan aku tak pernah membawa masalah kat aku sepanjang pregnancy. Agak mudah aku mengandung anak sulung ni. Syukur alhamdulillah. Eh ok2 nak sambung keja. Busy nih.

1 comment:

dd dudu said...

hik2 eddy tgk ko tido, die sambung tido. ko bangun, tgk die tido ko pun smbung tido. pastu eddy bgn balik, tgk ko tido, die sambung tido.. pastu ko bgn tgk die tido, ko pun sambng tido.. bila nak bangun ni, hahahaha

-si dd yang tgh membayangkan dan rasa lucu-

note : ko ngigau apa makcik, pasal kerang nak dtg mintak cop ko ke, kuikui