Pernah ke kau orang kena tipu sebab duit?
Family aku dah banyak kali tertipu sebab kasihankan orang.
Tapi setakat ni aku tak pernah memutuskan persahabatan demi duit.
Alkisah..tayiiib...
Family aku ni bukanlah golongan kaya-raya.
Kami hanyalah rakyat marhaen yang tinggal di salah sebuah bandar kecil di negeri pimpinan parti pembangkang yang dah bertahun2 Kerajaan Malaysia nak rampas tapi tak rampas2 pun.
Sehingga ke hari ini kami tidak hidup mewah pun sebab duit kami banyak di tangan orang.
Nak kata kami bodoh, tidak. Sebab kami tak bodoh. Mana ada orang mengaku dia bodoh lah, orang gila pun tak mengaku gila. Kalau bodoh mesti duduk kelas nombor last sekali dalam kelas dulu. Saya dan adik beradik duduk kelas no 1 begitu jua ibu dan ayah.
Tiba-tiba flashback pasal kelas pula. Motif apakah?
Kisah 1:
Saya benci betul dengan manusia yang menipu pasal duit. Saya dan suami sendiri masih menunggu seorang manusia bernama Jusoh(bukan nama sebenar) membayar duit kami sebanyak RM2000. Sehingga ke hari ini(saya rasa dah setahun) duit itu berada dengan dia. Dia kata dia ada masalah kewangan, jadi dia tertekan bila kami minta duit kami, sampai call dari suami saya dia tak jawab. Bila suami saya call dari nombor yang lain dia jawab, tapi sekali itu sahaja kemudian sudah tidak jawab. Kalau call dari nombor saya pun dia jawab sekali, kemudian dia save nombor itu lalu apabila saya call lagi, dia sudah tidak jawab sebab dia dah tahu itu nombor mahu mintak hutang lorrrhh. Pandai kan.
Pada suatu hari, saya dan suami telah skodeng Facebook beliau dan di wall post tertulis, tahniah sebab ada kereta baru. Aku rasa bagai dihempap-hempap batu kuari. Menangis di dalam hati kerana manusia ini baru sahaja membeli kereta baru dengan tidak membayar hutang beliau yang hanya RM2000. Durjana kamu.
Eh, suami saya ada save gambar dia lalu buat poster WANTED. hahaha risaunya saya takut suami bertindak di luar kawalan.
Kisah 2:
Kisah seorang penjual nasi beriyani di kampung halaman.
Jualan nasi beriyani beliau sangat laku setiap hari walaupun hanya memulakan perniagaan pada jam 6 petang. Sebungkus RM3.50. Rasanya setiap hari 300 bungkus ke atas kot. Cuba kawan-kawan darabkan 300x3.50=RM1050 se-malam. Baru satu malam. Kalau 30 malam? Darab sendiri lah.
Dia berhutang banyak dengan ayah saya. Belasan ribu atau puluh ribu barangkali. Pada suatu hari dia membeli kereta CRV baru dan Suzuki Swift yang baru.
Ayah saya mendapat tahu lalu bertanya beliau:
Ayah: Wah beli kereta baru, berapa ribu ni sebulan? Banyak duit kau.
Dia: Ala takpela, aku tak payahla bayar hutang ko.
Kurang hajar pakcik ni. Saya dengar dia cakap mcm itu rasa mcm nak tonggeng punggung kat dia. Mak saya dah bising2 macam biasa la perempuan kalau berleter mestilah bising kan sampai ayah saya stress tapi biasa la, perempuan kan Menteri Kewangan kat rumah, macam saya la sikit2, so saya takde la pelik sangat Rosmah Mansor macam itu. Haha. Tapi saya tak tahu kenapa ayah saya berat hati minta hutang. Sebenarnya dia takut orang yang hutang dengan dia ada masalah kewangan dan tak mampu bayar. Kenapa sungguh suci hatimu ayah. Kami sekeluarga cuma pakai sebuah CRV buruk yang tahun dulu2 je, tahun 1999 kot, dan kancil buruk dulu2 juga, sedangkan orang berhutang dengan kami beli kereta baru dan tayang2 lagi. oh jahatnya kamu...jahatnya kamu...Sepatutnya dah boleh merasa kot BMW. T_T
Kisah 3:
Ada seorang pakcik berhutang dengan ayah saya juga sebanyak RM50,000. Tak payah tanya la kenapa hutangnya banyak dan tak perlu la tahu kenapa ayah saya bagi dia hutang sebanyak itu. Mungkin sebab kesian. Pada suatu hari beliau hendak ke Mekah. Lantas menelefon ayah saya berkenaan hutang beliau yang sudah sekian lama, saya rasa masa saya sekolah rendah lagi kot. Dia takut sebab hutang banyak, dia mendapat pembalasan di Mekah lalu tidak dapat beribadah. Janji beliau sebelum berangkat, beliau akan menjual sebidang tanah dan membayar hutang itu lumpsum, tapi memohon ayah saya memaafkan dan meredhakan pemergian beliau ke Mekah. Janji beliau, pulang sahaja dari Mekah, akan bayar Rm50ribu hutang tersebut. Setelah beliau selamat pulang dari Mekah dan mungkin lancar sahaja beribadah, beliau terus tak contact ayah saya sehingga ke hari ini, yelahhh dah selamat pegi Mekah kan, kurang hajar kau Pak Haji, dah selamat ibadat semua kau lupa janji kat nak bayar hutang. Boleh tak kalau saya nak hasut ayah supaya jangan halal kan? Ok tak?
Kisah 4:
Pada tahun 2000 kalau tak silap saya, ada seorang rakan ayah yang bergelar kontraktor nak pinjam duit Rm50ribu untuk modal buat projek. Masa tu bisnes ayah saya memang bagus, boleh dapat belas2 ribu sebulan tapi sekarang tidak lagi, bisnes beliau lemau sahaja umpama biskut mery nak cicah air teh o lepas tu tiba2 biskut meri jatuh dalam air. Jadi sebagai kawan baik, 50ribu memang tiada masalah dengan kemampuan kewangan kami pada waktu tersebut, lagipun ada agreement, dan masa tu saya je anak paling besar yang perlu belanja besar sikit dari adik2.
Tapi sekarang sudah tahun 2011 walaupun masih berada pada abad yang sama, tapi sudah bertukar dekad yang baru, beliau masih tak bayar hutang itu. Sialan loooo pakcik. Dah lah sekarang bisnes ayah saya so-so sahaje. Ayah dah umur 53, saya dah tak nak ayah saya kerja susah2. Sekarang pun, kami hidup biasa-biasa aje. Tidak lah kais pagi, breakfast, kais petang, tea break..Kami tidak mengais pun, tapi memasak untuk makan. Tapi yelah, kami sungguh ralat sebab ada duit tapi pada orang. Saya risau kalau orang-orang yang berhutang ni tiba2 meninggal dunia lantas ahli keluarga beliau datang merayu dan melutut pada ayah saya untuk dihalalkan saja. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Saya tahu ayah saya memang lembut hati dan mudah sangat kesian pada orang. Saya risau mereka ni meninggal dan tak sempat bayar hutang. Ruginya kami.
Mesti anda akan cakap kenapa ayah saya bodoh sangat tak saman saja mereka ini sedangkan ada bukti hitam putih. Sebenarnya dia bukan tak nak saman, tapi dia memikirkan persahabatan dan kasihan kalau kawan2 (kawan ke? ) kena hukum bayar ganti rugi tapi tak mampu bayar lalu terpaksa ke penjara, macam mana dengan anak bini mereka? Kesian kan? Saya pun tak sampai hati. Walaupun kalau fikir2kan nak je saya pergi berak atas muka kawan ayah saya tu. Eh buruknya perangai saya.
Kenapa hanya kita yang selalu berfikir pasal orang, orang tak pernah fikir susah payah kita?
Sekarang ayah saya cakap nak renovate rumah tapi tak boleh nak renovate sebab duit tak cukup sbb duit ada pada orang. Saya rasa nak menangis tengok ayah saya kerja dari zaman muda2 sampai ke tua sorang2 besarkan anak 5 orang dan seorang isteri tapi duit dia bertahun2 ada pada orang.
Salah ayah saya ye, sebab bagi pinjam? Hanya kami yang tahu betapa mulia hati ayah membantu kawan2 jembalang dia ni, tapi tak seorang pun yang tahu membalas jasa. Pernah ada seorang kawan dia yang betul2 dalam kesusahan sebab bisnes down, ada RM10 je dalam poket untuk bulan tu, untuk menyara anak 3 orang dan seorang isteri, terpaksa makan nasik berlaukkan jeruk mamam je.
ini jeruk mamam:
saya tak tau rasa dia mcm mana sebab saya tak pernah makan.
Saya ingat lagi hari2 kawan dia ni datang ke rumah minta simpati ayah dan mak saya. Ayah saya banyak bantu dia dan bagi makan kat anak2 dia. Sekarang kawan ayah saya dah bukak restoran besar yang sangat berjaya di kampung, saya rasa income sehari adalah RM5000 sebab kedai dia sentiasa ada dlm 30-40 pelanggan satu masa dari pagi sampai lewat tengah malam, dan beliau beli mercedes baru downpayment RM100ribu, anak lelaki beliau yang belajar U pun tak habis, beliau belikan Honda Stream baru, tapi tiba-tiba Pakcik Jahanam ni pergi buat mulut kat kenalan ayah saya, dia kata ayah saya hutang dia RM100 ribu. Celaka betul kau pakcik, ayah aku tak pernah hutang sesen pun dengan kau! Kau yang datang merempat mintak nasi kat rumah kami dulu kau lupa???
Saya doakan semoga semua manusia ini sedar diri sebelum ajal menjemput.
Sebenarnya ada banyak lagi kisah2 lain, yakni kisah kami menunggu dibayar hutang, tapi entry ini dah panjang sangat. Malas dah.
Saya memohon rakan2 tidak berkata yang saya menunjuk2 kekayaan keluarga sebab selamba bagi orang pinjam duit 50ribu. Sebenarnya dulu memang lah ada duit sikit, tapi sekarang ni tak lah. Tak ada duit. Sikit2 nak hidup hari2 tu ada lah. Jangan salah faham ya, kami bukan dari keluarga kaya raya. Biasa2 saja. Tak percaya datangla melawat rumah. Biasa2 aja. Mesin basuh rumah mak rosak minggu lepas pun tak beli baru lagi.
Untuk kesekian kalinya, saya respek siapa yang baca sampai habis.
Akhir kata,
DEYYYYYYYYYYY, bayarlaaa hutang sebelum mati weyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!
7 comments:
Huhu..seramnye last image..
BE,
ok la tu dia tak celik mata hehehe. kalau dia celik? errrrrrrrr....
jeruk mame, aku pun xmakan;p
boleh putus kawan gak kot pasal menda ni kaaan, kadang org pemberi hutang ni pulak yang rasa bersalah mintak hutang T__T
pestisid said...
BE,
ok la tu dia tak celik mata hehehe. kalau dia celik? errrrrrrrr....
dd nak gelak ;))
rose,
jeruk tu kat kelate je ke ek?
mmg pon, pemberi hutang rasa bersalah kan?
dd,
motip ko??????????????????????????
dd yg konon suci..hik
Bongok aa gamba last..tekejut okeiii...
Trime kaseh sbb respek kt aku.. nyampah je cite hutang2 ni..aku pon still xdpt lg..cisss
reen,
hahaha hutang aritu ke? belum bayar ek? org yg tetibe call ko mintak nak pinjam duit tu ke?
Post a Comment