Monday, March 21, 2011

Aku bosan

Hari ini hari Isnin. Entah kenapa tiba2 sakit kaki kanan kat celah2 kangk****. Jangan terberanak ye. Baby, sila jangan keluar lagi sebab mama terpinjam duit baby RM50 pagi tadi, nak cepat. Ada duit rupiah je dalam purse. Motif kan, duit rupiah ada, ringgit takda.  Hahaha, nanti tetiba nak bayar bil hospital short RM50. Ingatkan dah cukup dah duit dalam sampul, pastu lenggang2 kangkung pegi beranak, kang, eh eh tak cukup 50. Hahaha.

Bos aku ni pulak hari ni duk tanya2 boleh tak aku outstation ape bala semua tu ujung2 bulan ni. Aku banyak kerja la nak siapkan kat ofis. Suruh outstation pergi kursus entah ape ape pulak tu. Ape benda la asyik2 kursus je, tak pandai2 pun. Aku sorang je kot macam tu. Bukan keja aku tuh. Selamba je aku cakap tak nak...Hahaha, boleh? Melawan je keja aku sekarang.

Sebab bosan, pastu aku jadi nyampah kat blog layout aku.Terus tuka lagi, jadi sangat kanak-kanak ribena berry(sambil2 nyanyi lagu ribena style hindustan.motip iklan ribena tu macam tuh? Tak kuasa!). Ni nama dia layout sempena baby nak keluar nih. Alah setakat layout blogspot, pilih2 je lah, kan semua dah ada. hehehe. Bukan aku kena pakai psd ke bagaii nak design2 kan. Tetiba cari background yang paling kanak2. Hurm. berjaya ditemui. Lepas tu tiba-tiba datang mood nak mencari bantal kanak-kanak or kartun-kartun kat baby. Semangat membara setelah melihat gamba background ini. Baiklah nanti kita pergi cari ye.

Nursery, pengasuh tak cari lagi nih. Lepas tu Edy cakap dia nak jaga sendiri. Aku kerja opis hour. Dia keja tak masuk opis pun. Dia suka hati je nak masuk ke tak nak. Best kan, beliau. Nanti bulan 6 macam tu dia nak sewa opis kat Cyberjaya. Lepas tu kalau dia kena masuk opis je dia nak hantar anak ke nursery, boleh? Kalau duduk rumah je, dia suruh baby duduk rumah dengan dia. Hahaha. Sekarang boleh la cakap kan, nanti kejap lagi busy meeting sana sini mcm mana, abang? (wah aku tak panggil dia abang..dulu2 penah panggil dia abang, lepas tu dia pun panggil aku adik. Motif??). Jadi bagaimana, ya? Bagaimana anakku ini, siapa mahu jaga? Ikutkan, aku dah malas dah kerja. Bosan. Hehehe. Tapi duit, nak..

O.k saya nak siapkan website development. Aku sangat yakin je sempat siap by end of this week, sebenarnya hakikatnya macam tak sempat. Tapi takpe, kuasa ibu mengandung yeyeaaaaaaaaaaaaaaaaaaah.

Bai.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

bini edy said...

Hi Anonymous,

Terima kasih daun keladi kerana mengirimkan utusan pantun ini.
Hahaha.