Saturday, April 23, 2011

O' Kamilia Imani..

Malam tadi aku sumbatkan jugak Imani dengan susu aku ni secara direct.
Amboi2 anak mama garang sungguh.
5 minit je dah abis masa gaduh dengan nenen mama. Padahal sambil2 hisap. Bising betul mulut dia. Tu la susu mama banyak ni patutnya syukur sangat2 rezeki Imani melimpah ruah. Tapi marah2 plak ye anakanda.

Dah dapat detect puncanya. Rupanya budak kecik yang baru 12 hari ni perasan dia dah besar. Nak menyusu sambil position dia dlm keadaan duduk. Amboi amboi amboi...Pastu dia marah kalau susu memancut2 keluar. Sabar jelah aku. Tapi aku sumbatkan jugak walaupun bising sangat2 dia marah2 aku. Hoho..

So, menyusu lah beliau sambil duduk2. Cas diva sangat tau, Imani. Motip?
Tapi nasib baik badan dia keras. Dia tak lembik mcm kebanyakan new born baby. So aku berani la jugak letakkan dia mcm duduk. Tapi kena make sure la pinggang dia ok, budak kecik kan..

Ubun2 kepala dia dari hari pertama aku sentuh tak lembik. Now kalau letak dia atas dada or bahu, dia siap boleh angkat kepala dah. Hari ni nenek aku, aka moyang Imani kena penyepak sebijik kat Imani masa bersihkan poo poo dia. Sedap2 Imani sendal kaki dia kat muka dan hidung nenek aku. Hikhik.Lama plak tu. Kaki dia kan panjang.

Ngantuknye aku hari ni. Biasa Imani bangun 2 kali je malam minum susu. Malam tadi dia bangun setiap sejam menyusu 15-30 minit gitu. Adoiiii ngantuk!!Takpela org lain berjaga sepanjang malam, ye dok?

Sekarang lepas mandi dia takmau bedung2 dah. Tenaga kuat betul. Aku rasa sebab aku membelasah Obimin Pluz dengan Neurogain PB kot. Kalau bedung ketat mcm mana sekalipun jap lagi nampak kaki dia terjojol keluar tak pun tangan die dah pelepekkkk atas kepala. Hi hi. Kelaka la anak papa ni. Sedaya upaya dia lepaskan bedung. Tapi kalau dia dah tertido aku bedungkanla balik. Paling2 nak bagi die bebas pon bedung kaki la, tangan kasi lepas. Aktif betul dia. Kaki tangan memang x leh henti2 bergerak. Syukurla anak mama aktif dan sihat.

Eh ok lah aku baru nak mandi tadi baru berurut. Pasni nak keluar la gi cari Pampers Imani. Confinement 12 hari keluar cari barang anak plak. Takpe2 dekat umah je. Bosan la duk rumah. Sila jangan cerca saya. Nak beli pampers mcm yg DEMC bagi. Rasanya yang tu paling best je aku bagi dia pakai. Woooh pad maternity spital bagi pon best sesangat. Aku nak cari pad camtu la pasni.

Oklah nak mandi. Baru siap berurut dan siapkan Imani. Tata.

Papa Imani, mama dia rindu awak!

2 comments:

Madam Amie said...

eh akak terlupa lagi satu.. kalau boleh jgn paksa sgt2 sumbat nenen kita... takut nnti dia tercekik air susu.. hehehe maklumlah..sambil kita paksa.. sambil dia hisap..sambil dia ngomel2... kang x pasal2 dia tersedak pulak..

Madam Amie said...

pujuk dia pelan2... belai2 dia.. heheh.. tenangkan dia.. baru BF dia.. pastu kan lagi satu... kaunselor BF ada bgtau kalau susu banyak sgt... lisa pam susu dulu kejap pastu baru BF dia...