Tuesday, May 3, 2011

Random

Bosan nye. Sedih sebenanye ni. Sob sob. Nak type benda2 random lah..

1. Sedih kena tinggal suami yg pulang ke kota nan bosan gile sebab keja. Hukhuk sedihnye sebab kena berjaga malam tanpa ditemani suami saat2 baby bangun pee2 or poo2 or menyusu or baby saje2 bangun ajak papa and mama dia berjaga sama tanpa sebab T_T. 

2. Imani dah 22 days. Wuuu lengan, peha semua dah berisi aku tengok. Riba dia pun dah rasa beza berat. Masa lahir 3.19kg. Masa day 12 dah 3.65kg. Now dia dah day 22. Aku rasa now berat dia dah 4.3kg kot. Ikut rate biasa dia naik la masa dlm perut pun about 300g per week(towards the end of pregnancy).

3. Tak boleh tido nih sebab sedih berpisah dengan suami. Paham lah aku perasaan kawan2 yg confinement tanpa suami. 

4. Aku dah tak makan kering2 dah. Takde maknanya ikan2 bakar tu sekarang. Sila jangan cerca saya sebab tak gigih makan ikut org berpantang smpai 40 hari gitu. Tapi tetapla benda2 bisa dan gatal2 tak makan. Makan nasik pun sekali je sehari. Lauk biasa2 aje. Bosan bosan. 

5. Wooooh sangat seksa jiwa aku tengok orang lain minum ais di saat2 cuaca sangat panas. Dendam dan dengki. Motif sampai dendam? ;p 

6. Imani tak poo poo 4 hari. Punyela aku risau. Sampai aku pergi makan sunkist dengan jus sunkist sekali takut dia sembelit ke ape, siap tambah stock ubat kasi berak mcm yang demc bagi masa lepas bersalin aku takut die sembelit. Rupe2nye setelah menggoogle, baby yang fully breastfeed yang tidak berak berhari2 adalah normal, okey! Kebanyakan orang dari hasil google tu, dorang punye paed yang cakap, itu adalah normal. Sebab, nutrien dari susu badan tu diserap sepenuhnya oleh baby, dan takde yang perlu dibuang pun. Bangga dan terharu jap aku gigih menetekkan baby lalu baby minum dan serap kesemuanya. Oh sungguh terharuuuuu.

7.Hari tu aku berhasrat untuk capture pic Imani at least 1 picture 1 hari. Lepas tu letak dalam folder dia and rename as Imani Day X and so forth, tapi tiba2 lupe. Dah beberapa hari tak buat. T_T Esok start balik.

8.Bermula balik episod hidup aku yang asyik2 bukak website air asia, firefly, MAS untuk check rate ticket husband untuk balik bertemu anak dan isteri. Bermula balik lah jugak episod sending picture Imani kat papa dia hari2 dan bermula balikla episod skype mama-Imani-papa. Imani pandai jugak, elok2 tido aku angkat skype ngadap papa dia, dengar je suara papa kat laptop terus bukak mata. he he. Anak papa.

9. Nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sahabat2, saudara mara yang bagi duit, hadiah dan visit Imani dan aku walaupun perkataan yang aku dengar dari pelawat2 ni, 'Laaaaaa mama dia tak macam baru lepas bersalin pun?' Motip semua bagi soalan tu? Boleh tak aku buat jawapan siap2 gantung kat leher? T_T
Tapi bab hadiah tu best jugeee..Paling banyak bab baju leee. Dah puluh2 pasang dah kot baju dia siap dah ada hadiah baju raya. Part paling best dpt stroller mahal free sekali dengan car seat. Wohooo so tak payah la aku alih2 car seat kalau nak tukar kereta. Dah ada 2 car seat. Yay! Terima kasih, akak yang kasik tuhhh.

10. Tensen gile tadi nak gi airport hantar Edy duk test selai2 baju before pregnant semue ketat. Adoiiii. Macam mana ni? Anakanda menyusu dengan gigih dan kerap tapi mamanya tak kurus2 pon? Edy cakap aku dah kurus sikit tapi motip aku rasa macam makin melebar????

11. Imani dah fully recovered from jaundice, dah tak kuning sampai kulit merah2 gile mcm udang kena bakar. Merah sesangat budak ni, kalau nanges or menggeliat lagi laaa, takut aku tengok dah mcm udang kena bakar betul hehe. Tunggu dia berisi lagi tak merah sangat dah la kot.. Aku rasa dah nak start makan set2 bersalin tu. Harap2 ok dan tak menjejaskan dia.

12. Dah 2x Imani gelak. Aku dengar suara dia gelak. Hahahha heaven sesangat dpt tengok dia gelak. Tiap kali papa dia bacakan apa2 ayat al quran sambil riba2 dia, dia senyum2 sepanjang bacaan tu, and ada sekali tu dia gelak keluar suara. Masa tu baru hari ke berapa kot. Motif gelak? he heee. Die kenal kot suara papa dia, sebab lepas bersalin aritu masa lepas azankan dia, papa dia bacakan ayat al quran. Aku rasa start dari tu dia dapat detect suara tu. Tak pon memang dari dalam perut dah detect hehe.

Ok lah aku nak survey perfume dengan barang Imani ni. Keja aku sekarang ni beli tiket flight, beli barang anak online. Gitu la. Bosan eh? Memang tu jela pun keja aku kalau online Entry ni kata random, tapi aku tengok aku duk type pasal Imani jek. Hoho, aku rasa baik aku tido sekarang sbb rasanya Imani berjaga jap lagi..

Sekian entry yang katanya random tapi tak. Babai.

p/s: Suami, isteri dan anak merinduimu...Lambatnye nak weekend lagi...:(




2 comments:

Madam Amie said...

Lisa, akak fhm perasaan lisa yg selalu rindu.. isu nih memang ada ditimbulkan dlm satu majalah/akhbar yg mana wardina pengacara tuh ada bercerita pengalamannya yg menyebabkan dia hampir2 kena meroyan. Akak pun bila malam2 tuh memang mengharapkan biarlah ada suami disisi/bangun menemani kan.... :( masa minggu2 awal selepas bersalin suami akak pun tak ada disisi menemani.. memang rasa jauh hati... kecil hati... rindu..mcm2 lah... yg mana kita bukan sengaja rasa macam tuh pun.... :((

bini edy said...

Akak, tgk muka anak lagi laaa rasa pilu..dah la Imani kalau lepas papa die balik sana, 1 hari lepas tu mesti seharian dia meragam...rasanya bb pun dpt rasa kot kan..chemistry antara anak-ibu-ayah..