Sunday, September 11, 2011

Takziah untuk Ana dan Jat.

Pada 9/9 hari tu Ana dan Jat telah kehilangan putera mereka,yang baru je berusia 3 bulan., Faris Aiman. Ralat jugak aku sebab tak sempat nak melawat kan. Kitorang ada byk benda nak diuruskan malam tu, Edy pon balik lewat sikit, tapi cuba la jugak untuk pergi ke SJMC kot2 sempat kan. Dah nak sampai dah pun, call Aro, Aro kata diorang semua dah balik and Jat dan Ana ke balai buat report(tak sure). So, sebab aku tak nak mengganggu ibu bapa arwah, aku x la call ke ape, so decide utk balik je. Edy gigih jugak nk cari balai2 terdekat tapi aku dah hampa kan, takut tersalah balai pastu nak cari2 lagi. Alasan Edy sebab dia kata sempat ni jumpe, polis kan menaip report lembab T_T. Hummm, maafkanlah daku, Jat dan Ana..

Kisahnya, Aiman ni tersedak susu di nursery. Rasanya babysitter tu sendal botol susu dengan apa2 je kot, dan bukan pangku bayi. Macam agak mustahil kan kalau dia pangku bayi tu dan susukan betul2, bayi mesti tak akan tersedak punye, or kalau tersedak pun masih boleh dikawal. Aku tak dapat la details yg betul2 tepat kan sebab aku tak jumpe sape2 nak mengesahkan kisahnya. Cuma part tersedak susu di nursery tu je aku nak highlight. Selama ni duk baca kat paper, now benda ni jadi kat kawan sendiri. Ibu mana, bapa mana tak sedih kan? Kita dah bagi kepercayaan pada orang utk jaga anak kita sementara kita keluar mencari rezeki, tapi kesudahannya macam ni. Bukannya kita suruh jaga free jadi amah, tapi kita bayar..kan? Nursery2 ni macam tak ambik iktibar la dengan kes2 yg dah banyak terlapor tu.

Apa2 pun aku harap, Jat dan Ana sentiasa tabah dan redha atas pemergian Faris Aiman. Ana seorang yang ceria, kalau tak caya tengok jela blog, twitter dan FB nye. Aku harap Ana boleh tabah, aku tak rasa aku boleh jadi setabah mereka. Tapi kalau mereka redha, InsyaAllah, Faris Aiman akan tunggu Jat dan Ana kat syurga nanti. Sungguh beruntung korang. Takpela, Allah pinjamkan Aiman sekejap untuk korang berkasih sayang di dunia, tapi nanti kat akhirat korang boleh sama2 selamanya.

Semoga kisah yang sama ni tak berulang untuk Imani, dan anak2 kawan2 yg lain. Risau betul orang jaga anak kita. Memang tak akan pernah sama dengan kita sendiri yang jaga. Tapi, tak ada pilihan kan, memang kena hire orang utk jagakan anak. What to do?

Aku harap, pembaca2 blog ni boleh pinjamkan masa korang seminit dua untuk sedekahkan Al Fatihah dengan ikhlas buat anakanda Faris Aiman bin Mohd Aizat. Al fatihah dan salam takziah dari kami sekeluarga.

3 comments:

shy said...

innalillah...
takziah ana dan ijat..semoga tabah..sesungguhnya walaupon dugaan ni berat, tapi ketahuilah bahawa anak ini menunggu kalian di pintu syurga...
faris aiman..damailah kamu di sana..
al-fatihah..

yienjr said...

SA, MMG NURSERY BAGI SUSU PADA BABY SENDAL KAIN DI DADA BAWAH BOTOL..AKU SENDIRI NAMPAK DIA BUAT MCM TU MASA HANTAR WAFIY KE NURSERY..RASANYA WAFIY PUN SAMA..SALAH SATU CARA UTK MENGURANGKAN RISKS IALAH BAGI PUTING NO.1 YG SATU FLOW JE SUPAYA ALIRAN SUSU TAK KELUAR LAJU..KDG2 KITA TAK ELAK UTK HNTAR ANAK KE NURSERY SBB KITA TERPAKSA MENCARI REZEKI.. HANYA PADA ALLAH TEMPAT BERTAWAKAL..TAKZIAH PD KAWAN SA...INSYAALLAH SYURGA BUAT MEREKA...AL FATIHAH

bini edy said...

tak semua nursery yien. aku dah make sure ngan babysitter taska imani, dorg memang pangku imani. sbb imani mmg x pandai pgg botol sndiri. aku pon dah berulang kali pesan kat babysitter tu ckp pasal kes anak kawan aku tersedak ni. aku mmg cerewet sket. pagi2 mcm2 pesanan aku bagi. balik plak mcm2 report aku nak dari pengasuh tuh. lantak la dorg nak ckp aku ni cerewet ke ape ke, aku bayar dorang kan, bukan jaga free.
tawakkal jelah yien. tak pon yien bgtau dorg wafiy mudah tersedak. nanti dorg akan extra care la. bohong sunat skali skale..