Tuesday, November 15, 2011

Mengantuk

Dari semalam aku duk tweet² pasal mengantuk. Eh memang mengantuklah sebab anak aku kan suka bangun malam² tiba² ajak main. Elok je dia tengah tido, tetiba bangun menyusu(mata pejam, lega aku) pastu dah siap menyusu tarik nenen pastu terus bukak mata sengihhhhh panjang. Dang! Aku takda can dah la nak tido.

Biasa dia bangun pukul 2, pukul 3 macam tu lah. So nak tak nak kena la bangun dan layan je dia main. Main panjat² badan aku lah, panjat bantal lah. Kalau dibiar main sorang harusla terjun katil lagi. Lagipun memang tak boleh dibiar sorang-sorang dia tak akan bagi can aku tido punya. Dengki kalau aku or papa dia tido maka laju2 datang panjat muka orang, tak pon jilat², or cakar², gigit muka ke. Ni muka aku calar. Papa dia pon dah kena calar. Jap lagi aku dah jadi harimau malaya ada celoreng celoreng kat muka. Euw ganas nya.

Dah malam tadi bukan takat kes cakar je, bangun 3 am, aku bangun makan nasik(motip? sebab aku dah tak larat malam tuh memang collapse, sampai tak sempat makan nasik daaa), so papa dia tukarkanla pampers. Memang tebiat ok anak aku, dalam pampers tak mau shi shi..kering je, bukak je pampers shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii shiiiii atas katil, dah lapik dah getah tapi buas sangat memusing sana sini abis kena cadar T_T (pilu di pukul 3 pagi), pastu papa dia pon bawak la anak yg separa vogel tu ngadap aku yang tengah makan kat hall konon ngadu la anak kencing atas katil , sekali lagi haaaaaaaa kau banyak gileeee shi shiiiii kat hall pulak dahhhhh. Habis papa nye, habis lantai..(T_T pasrah je pada pukul 3 pagi nak lap kencing budak 7 bulan) Wuwuwww...

Then makan la laju² nak setelkan kes shi shi dia nih. Pulak tu mata cerah jek, ngadap babytv pulak. Aku meneruskan aktiviti mengepam, masih memerlukan 6oz. Tetiba dah siap ngepam ngamuk nak aku pulak. Ok ok jom laaa lepak ngan mama, anak. Lepak-lepak atas katil pastu aku pon tidokan dia. Breastfeed kejap sambil mata dia pejam(yes yes!!!) tetiba dah tarik nenen danggggggggg, mata terbukak cerah dan sengih manjang..masa tu dah pukul 4 pastu tak mau tido dah. Dekat2 pukul 6 baru tido tu pon nak tido beriba. Aku pun dengan pasrahnya riba lah beliau. Nasib baik aku tak boleh solat so sambung jela tido bersisa bape menet itu. Wuwuw.

Pagi ni aku tinggalkan dia kat rumah sebab dia tengah tido ngan papa dia. Seronok ye tido siang? Malam2 berjaga. Tak kesian mama???? T_T

Oklah actually kisah2 Imani aku rasa aku patut publish di blog dia kot sbb we all ada register blog utk dia. Later nak print semua entry dan bukukan. Wah giteww verangan sangat kan. Tapi macam nak open only to invited reader sebab kot2 lah kat blog aku ni asyiklah duk cite pasal anak ada orang menyampah ke ape. Tapi dah menyampah tu sapa suruh bace? Memang busuk ati kan? (eh apsal aku emo?)

Ok ah nak check kalendar, ape benda aku kena buat arini. Kalau takde penting sangat nak read documentation je sambil2 boleh tido. Eh? Hahaha. MENGANTUK GILE NI WEHHH..

Wey budak nakal. Dah boleh jalan, boleh merangkak semua apa laa lagi dia nak buat kat aku agaknya.

Haaa tengok tu tarik rambut Rayyan diam2. Pasrah je si Rayyan ni Imani buat ape pon kat dia.

Hobi adalah menyembur okeh...


Baiklah untuk cerita lebih mendalam nanti pegi blog dia sendiri. Tapi tak udpate pon. Motif?


No comments: