Wednesday, April 18, 2012

Berkongsi je

Sebagai ibu yang hantar anak ke taska, tempat ramai-ramai, so nak berkongsi la macam mana u all hadapi situasi hfmd sekarang ni ye? Last week taska Imani ada budak kena HFMD. Harusla aku gelabah, takut dan risau. Yelah sebab virus ni  cepat merebak. Taska tu besar mana je. Sekali ko sedut nafas dah boleh jangkit kot.

So pada hari kejadian tu, halfday aku terus ambik Imani bawak balik rumah. Sebab baru berlaku kes kan. Parent yang anak dia kena tu hantar jugak anak ke taska. Entah la nak cakap ape, nak marah ke nak puji melambung-lambung sebab dia rajin kan keja, anak sakit pun tak nak mc jaga kat rumah. Batuk2 biasa ke takpe la, ini sakit wabak. So, sendiri pikirlah.

Taska belum ditutup sebab kejadian baru berlaku. So anak yg kena tu diminta dibawa pulang. Tapi still la rasa tak sedap hati kan sebab virus tu dah ada di taska. Selagi taska belum dinyahkuman ke ape, memang tak selamat. Jadi sepanjang seminggu Imani tak ke taska. Semalam baru pergi, tu pun ada budak room baby yang kena juga. Risau lah aku.

Ape2 hal pun sebagai ibu bapa, kat rumah kena jalankan tanggungjawab masing-masing.Kebersihan kena jaga lah kan. Basic. Rumah sepah takpe janji bersih. Eh? Motip bagitau rumah sepah? Memang sepah sikit la weekdays kadang2 tu. Ni pun mmg struggle everyday lunch hour balik rumah kemas2, vaccum2, basuh pinggan mangkuk.

Tak sangka begini kehidupan orang keja yg memang kena ikut office hour betul2. Rasa tak berani aku nak tambah anak memikirkan kekalutan2 ni. Papa Imani, kalau nak baby pun kite tunggu la Imani boleh tolong kemas2 rumah boleh ke? Keje kalau boleh mengelat sikit pegi awal, balik awal skit maybe masih terkawal. Yela dah masak2 pagi tu mana ada masa dah nak ngadap pinggan mangkuk nak basuh pagi tu jugak. Lagi2 aku ni memang selalu terbabas bangun lewat. Sebab budak kecik nih la malam2 selalu bangun lebih 10x kot. Baru je aku nak lena dah azan Subuh. Nangessss.

So berbalik kepada kes HFMD ni, so sekarang towel anak kena change daily la, sekali baju kotor semua kan, bantal pun change daily. Aku memang bawak bantal sendiri untuk Imani, mangkuk, sudu semua sendiri. Tak nak kongsi2. Bukan sebab geli nak kongsi anak orang ramai2 tapi tu salah satu langkah pencegahan juge. Kot anak kite yg tetibe tersakit, kan xde la dia menjangkitkan sakit tu kat orang cepat2.

For barang2 pulak, aku akan spray barang Imani guna Dettol Disinfectant Spray lepas dia tidur or lepas dia main. Wangi bau nih. Eliminates Odour, jugak kills virus. Katanya laaa. Yeke tidak tak tau. Takde la aku spray direct ke barang tu kire letak kumpul setempat barang2 dia pastu spray la dari jauh. Takde la spray sampai kebasahan gitu. Ini bagus gak dispray kat surface2 yang selalu disentuh. Macam tombol pintu ke ape.
Yang ni:


Pastu make sure la kalau sebelum ambik anak di taska ada pergi isi minyak ke, sila la basuh tangan dulu sebelum pegang anak. Sebab pam minyak tu entah ape jenis manusia duk pegang hari2, entah2 dia korek hidung dalam kete seblum tu pastu gi isi minyak. Siot jek. Kalau ada hand sanitizer lagi bagooos.

Lantai pulak kena rajin la mop. Mop pun kurang bersih kot. Aku lebih puas hati kalau dapat lap dan merasa lantai itu menggunakan jari jemari. Huaaa motip macam menghayati sangat2? Bab mop dan lap lantai ni la paling adventure sebab nak cari masa sesuai memang teramat lah susah. Sebab nak settle laundry lagi, nak mengepam lagi, masak lagi(kadang2 je pon), hari cuti pun memang tak sempat. Nak tunggu laki aku, errrr kene tunggu dia siap keja2 dia dulu. Tapi tu la anak kan tengah gigih merangkak. Tangan dah la guna buat merangkak pastu ngappp masuk mulut plak. Kotor lah. Kesian plak anak aku kejap2 bawak gi sink basuh tangan. Tu la orang suruh jalan tak nak. Lain kali jalan baru kotor kaki jek. sah2 kaki tak sumbat dalam mulut kan.

Sekarng ni ringan skit beban aku sebab adik aku duk rumah aku. So dia la tolong buat ape yg patut sikit2 tapi dia pun keja balik malam..Ape2 pun aku akan cuba la menitikberatkan aspek kebersihan ni. Walaupun memang renyah skit. Dah la duk rumah orang kan, nyampah plak tengok dinding dapur tu macam lekat2 asap memasak. Rasa macam nak gi cat baru lagik. Dah la sink bagi sink basic. Macam miskin je aku tengok rumah aku. Nyampah ah. Tu la ko sapa suruh lengah2 beli rumah kan. Padan muke guna sink basic.

Ok lah ni share skit pasal HFMD:


Tanda-tanda penyakit HFMD ialah:
  • Demam *tanda pertama*
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasandiaper (lampin).
  • Vesikel/blister/lepuhan pada tapak tangan dan tumit kaki.
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Tanda pertama terkena penyakit HFMD ialah demam dan diikuti sakit tekak *sakit semasa menelan* dalam masa 1-2 hari selepas demam. Gunakan lampu suluh untuk memeriksa jika ada ulser dalam mulut.
Ulser penyakit HFMD adalah kecil-kecil tetapi dalam jumlah yang banyak. Ulser juga banyak tertumpu pada kawasan berhampiran tekak *throat*. Ulser ini menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa semasa menelan.
hfmd 04 Penyakit Berjangkit | Tanda dan Gejala Hand Foot Mouth Disease (HFMD)
Bintik-bintik merah atau lepuhan/blister pada celah jari dan tapak kaki serta tangan juga akan muncul.
HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.
Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.
Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.
Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.
Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.
HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

p/s: kadang2 Allah beri kita dugaan anak sakit, untuk uji keimanan kita, uji kasih sayang kita, so kita kena redha lah akhirnya. Tapi selagi boleh, kita cuba elakkan. 

2 comments:

ibudieya said...

beb, kejadian baru ke lame ke kalo ade HFMD memang kene tutup. wabak ni sangat senang merebak. walaupun budak tu baru kene 1jam, tapi dalam 1 jam tu brape kali die bernafas?

macam kes taska dieya aritu pon macam tu. just beberapa jam je parents budak tu terus amek. tapi dorng tutup 4 ari. tu pon paed marah2 kenape just tutup 4 ari je. sepatutnye paling kejap seminggu. aku inform la kat owner. Die bagi jaminan basuh taska dan segala peralatan ngan dettol. Alhamdulillah, memang betol die buat sebab aku gi tengok sendiri...

dd dudu said...

sink basic??

yg camne ek. hehe motip nak tau


nway, part mengelap gune tangan tu wat iols tingat ayahh jekk. ekekeke