Thursday, September 27, 2012

Home

Home. Yes. Home. Our home lah.

Ok, fine..dah banyak kali mencari dan hampir memiliki, akhirnya tidak memiliki..
Ada yang dah siap prepare S&P, dah bayar lawyer and booking kat tuan rumah. In the end aku sendiri buat hal tak nak rumah tu. (Tau, Edy bengang gila kot tapi tahankan aje, sebab yang hancus tu duit dia. Maafkan isterimu)..Murah sangat masa tu orang tu nak jual, kira nak jual Desaminium jugak la, area aku tengah rent sekarang ni. RM153,000. Murah kan? Beza 2x ganda ngan rumah korang. And masa tu plan nak loan atas nama aku sorang sebab payment bulan2 tak mahal kan. And aku memang insist nak ada rumah sendiri jugak tanpa kongsi loan(motif?). Lepas tu aku jugak la nanti yang bebel gaji aku tinggal sikit la ape. Well, PEREMPUAN.

Rumah tu ada 5 rooms with 3 bathroom. Ala bathroom memang banyak tapi kecik jelah. One of the reason aku tolak adalah rumah tu type tak sama dengan yang aku sewa sekarang. Yang now ada extended kitchen. Yang kitorang hampir beli tu takde extended kitchen. Kecik je. Aku dah terbiasa duk rumah tu dengan dapur panjang ke belakang. So dalam kepala memang dah planning dah if beli, dapur tu aku akan buat kitchen cabinet cantik2, situ tempat masak, basuh pinggan, keringkan pinggan and laundry. Ada rumah sendiri ape pon boleh kan. And dapur basah tu akan letak fridge, meja makan and buat tiles cantik2 sampai ke atas, curlast kau verangan kan..tema adalah merah putih atau all whites, atau black and white. Tapi rumah nak beli tu dapur pendek la pulak. Bagi seorang perempuan, nak beli rumah, dapur memang satu benda yang amat perlu diconsider. Tak kisah lah perempuan itu kategori rajin masak ke tidak. Aku kategori TIDAK hahaha.

Atas sebab-sebab itu dan beberapa yang lain,  finally aku pun cancel. Semua tu burn. Nasib baik baru ribu belum belas dan puluh ribu. Kalau tak entah macam mana nasib aku kan. Harus kena bebel sepanjang hayat hahhaa. Exaggerate. Kebetulan tuan rumah tu pun tak jadi jual sebab dia cakap sayang. Maybe dia letak harga rendah sangat kot bila dia survey market price, owh sepatutnya saya perlu jual lebih mahal. Janji dia pon dah dapat duit aku book. Cuci tangan la kan..suke lettew.

Rumah siapa ni aku tak tau, aku google je. Sebenanye aku aim jugak rumah sebijik2 ni kat Kota Perdana. Ya rabbi kalau ko tengok rumah ni memang tahap PPRT je, low cost tapi sebijik2 la..Menyesal kemudian tidak berguna sangat sebab awal2 aku duduk sini rumah ni amat murah. (ye ye je yakin amat murah). 
Tapi now harga dia 500K ke atas. Mampus..Rumah ni nak jual 470K. OK dah kot rege dengan tanah yang luas tapi aku bukan nak masuk gitu je nak reno2 la jugak sebab bukan rumah virgin kan (ada ke rumah virgin rumah xde dara? haha). Harus la aku nak transform kan beliau kepada rumah yang banyak bilik sikit ke ape sebab yang ini 3 bilik jek.So perlu gak menilai, kalau rumah je dah rege 470k pastu celah mana kau nak cari lagi nak reno lah nak tambah bilik lah..harusla tak mampooo.mampooosss ada lah.
Itu la , selera nak tinggi je tapi tak mampooo. Tapi sebab aku dah ukur baju kat badan sendiri la aku tak beli2 lagi ni..Tengah cari yang sesuai dan mampu sampai dapat..

Ni haa rumah dia lagi..camni jek..low cost kan..RM477K.. t
Sebab aku maybe ada plan beli rumah dan reno cantik2 sampai puas hati sebab tu la aku tak kisah sangat rumah bekas orang ke ape. Lelong pon takpe. Tengok tu ha dah la rumah ko sebijik2 siap tanah banyak lagi tu nak tambah kitchen sampai 5 ke, bilik sampai 7 ke haha. aku penah pusing2 area sini la n penah tgk ada yang renovate sampai wahhhh! Tapi area ni xde la area yg luxury ke ape. Nampak miskin jek.hahah. Tak kisah ah janji selesa. In terms of security plak konfem kene invest on CCTV skit, autogate, camtu lah..
Actually rumah2 ni adalah rumah anugerah ke ape. Wah ada kan rumah anugerah..Macam untuk pesara Pejabat Hutan ke ape ke camtu lah. Harga dulu dorang kena bayar murah sangat dalam 20-30K ke camtu lah(ni info dari akak yang duduk belah lagi satu kat depan jusco tu, bapak dia dulu dapat la. now rumah akak tu  daboom dan selesa sekali  lepas renovate semua,aku gi umah dia mengurut aritu. Mak dia urut orang.)Kak mas kawan Yaya Pijo hehe. 

--------------------

Kini aku masih mencari..tapi aku memang nak duduk Equine ni je lepas consider pelbagai sebab.

1. Education anak.
Aku dah check area sini ada Enopi, Little Caliph, CIC, Smart Reader Kids, Genius Aulad(Kinrara ke PUJ eh lupa plak).. So mana2 satu pun xpe. Since now anak aku belum lagi betul2 seimbang dunia akhirat(bad momma tapi hakikat, tak salah pun kalau mengaku). Setakat aku baru ajar dia kalau nak makan baca doa dulu(tapi dia belum ikut), salam dengan orang, ajak solat sama, kenalkan dengan alif ba ta dan video nasyid voice of ummi. Tapi disebabkan hidup kat dunia yang penuh dugaan ni aku rasa perlu terapkan dari segi education. Nak cari yang seimbang dunia akhirat. Dulu nak hantar dia sekolah cina supaya boleh congcengcongceng tapi kerisauan plak aku. Takpela bab language kite fikir kemudian mungkin boleh panggil trainer ajak kat rumah ke (banyak ke duit ko??)


2. Office
Office aku dekat sini je, 7 minit dari current home, Edy pun dah sewa office kat Putra Walk, 5 minit je dari rumah. So lepas ni dua2 insyaAllah dekat dengan anak. Senang. Tapi anak baru usia 1 tahun lebih aku dah fikir macam mana nak ambik dia dari sekolah nanti. Haha.

Tuuu ofis aku tepi jalan Putra Permai jek..ni aku google je gambar.

Motif tetibe tepek gambar makmal hidraulik opis aku? hahaha.


Putra Walk. Ha kan senang sini pon dah banyak shoplot, ada MyMydin kat sini, ada Klinik Mediclass, Ada kedai baby, ada a few restoran, ade kedai Hardware. So ape2 hal aku kirim laki aku jek. Kosser nak gi beli dukung2 anak. Tapi kat sini la aritu dalam berita ada tangkapan pusat urut dan tuuut..berselindung di sebalik refleksiologi ke ape. Awazz!



3.Easy acces
Senang nak pergi KL sebab ada MEX. MEX pun dah nak buat new exit dari SK, sebelah ofis aku je. Nak g LCCT/KLIA boleh lalu jalan dalam dengkil tu. Nak gi Subang, guna LDP sebelah je. Nak gi gombak je jauh..dah tu gombak nun ujung selangor nak masuk genting. Takpela aku bukan selalu gi Gombak so why bother? Shopping complex pun ada. Nak hebat sikit pergi la Sunway Pyramid. Aku memang malas masuk KL so dont bother lah kan. Setakat nak gi cari barang kat Alamanda, JJ pun dekat rumah je. so??? Takde masalah. Pasar borong dekat je(ceaa macam rajin masak..)..IOI mall pon dah banyak butik dah, dan siap renovate so dah makin memanjang je..

4. Kedai
Kedai makan tak banyak sangat tapi ada satu kedai tu murah. Dekat dengan rumah ni gak la, nama kedai Restoran Juriah haha ini penting sebab aku memang ada masalah untuk masak. Actually bukanlah aku ni malas sangat tapi sebab tak boleh handle anak, Imani tu memang jenis nak perhatian 100% bila aku balik. Dia nak aku duk sebelah dia je layan tv dia tu la. So aku memang tak boleh buat ape melainkan lipat kain sebab duk depan tv je. Lepas dia dah tido baru aku boleh kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk,dan macam2 lagi. Dah lah tido pukul 2 pagi!!

Then kedai2 lain senang je nak dapat. Dekat je dari rumah janji ada kereta!

5. Hospital dan klinik.
Hospital kerajaan terdekat adalah Hospital Serdang (takmau pegi dah sebab geram kes Imani kena kuning amek darah dulu. Nyampah sangat), then Hospital Putrajaya.

Hospital swasta terdekat:
Columbia Asia , Balakong
Azzahra, Annur, Bangi
Then hospital2 area Subang.
Tapi ape2 pun aku prefer DEMC Shah Alam sebab dah biasa.

Ada klinik pakar kanak-kanak juga. Chinese yang punya. Sekali masuk caj pakar RM60 kot then lain2 tu caj ubat, rawatan jelah. Ok la tu.

Tapi aku selalu pegi Poliklinik Annur sebab doktor tu baik ngan aku walaupun Imani tak suka dia.


Lepas tu aku dah malas dah nak taip. haha to be continued kalau rajin.

Bye!

2 comments:

dd dudu said...

wahh bes bes entry ni

lisa ada typo

LCCT/KLCC


byee byeee tgh kursus ooad, nak lukis2

bini edy said...

ahhaha klcc la plak..choi..tuka2