Wednesday, October 31, 2012

Parenting #1 10 Tanda Anak Anda Bijak

Walaupun copy+paste..tapi amat berguna. Jom baca dan berbanggalah dengan anak anda. :)

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
[Alhamdulillah so far duk perhati juga, Imani boleh kekalkan maklumat. Contoh teacher dia yg cakap, if teacher letak barang ke ape, sekali je bagitau dia, then Imani akan ingat and kalau dia nak guna benda tu dia pergi cari kat tempat teacher dia cakap. So far dia boleh differentiate bunyi2 haiwan, nama haiwan, cara haiwan cari mangsa..etc]


2. Minat yang meluas
  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.
[Rasanya kebanyakan anak macam ni kot ye. Contoh paling mudah is rancangan TV. Macam Imani dia ada rancangan kegemaran yg dah jadi history la macam Draco, Hickory Dickory and a few kat Babytv. Now dah tak nak layan la semua tu. Ke arah kanak2 dah rancangan2 yang dia suka. Now minat sangat Bananas in Pyjamas(kalau dengan je lagu cite ni dia dah tercongok depan tv sambil sebut nanana), Upin Ipin(yang ni aku tak suke dia tengok huaaa), Shaun The Sheep, Timmy Time, Doc Mcstuffin(dia sebut dokter dokterr)]


3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
[Ish ini konfem tak lagi laa haha]

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
[Aku memang minat nak anta dia kelas muzik tp ongkosnya mana? Dah besar skit bagi belajar piano ke ape boleh la kan nak asah kreativiti dia mencipta melodi. erk tapi mahal kan uols? Mampu ke?]

5. Menunjukkan Konsentrasi
  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.
[Ini diakui dia boleh concentrate on sesuatu. Contohnye dia suka sangat buku..kalau bagi mainan ada certain dia minat, ada yang dia x minat..kalau bagi buku biasanya boleh la duduk depan buku or buat2 conteng2 dalam 30minit..so boleh la aku lesap pegi setel basuh kain baju, masak ke masa ni]


6. Mempunyai ingatan yang baik
  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.


7. Susun kata yang maju berbanding usia
  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
[Huwaaaa ayat imani yang paling panjang so far is: Mama, papa, cepat nyikitttt..(cepat sikit)..sebab kitorang lembab sangat bersiap nak balik kampung..uhuk]


8. Memberi perhatian yang terperinci
  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.
[ade la a few..yang lucu tu kalau aku mintak dia carikan remote, dia akan pegi celah2 sofa sebab biasanya remote akan terlekat celah sofa..haha..alat mainan dia pun kalau aku cakap please clean and tidy up dia akan simpan balik lego2 or brg2 tu dalam bekas dia..]


9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Best kan journey of parenting ni..aku sebenarnya tak sangka aku mampu menjadi seorang ibu. Biarlah pada pandangan orang lain aku tak perfect, sekurang2nya mak, ayah, family, and most important suami bangga dengan pencapaian aku. Kalau tak bangga suami i tak minat anak no 2 k..cuma aku je belum ready..tunggu la setahun dua lagi...hehe..ok bye

No comments: