Friday, February 11, 2011

Duit, hutang dan manusia jembalang.

Kerana duit, putus sahabat, putus kawan.
Pernah ke kau orang kena tipu sebab duit?
Family aku dah banyak kali tertipu sebab kasihankan orang.
Tapi setakat ni aku tak pernah memutuskan persahabatan demi duit.

Alkisah..tayiiib...

Family aku ni bukanlah golongan kaya-raya.
Kami hanyalah rakyat marhaen yang tinggal di salah sebuah bandar kecil di negeri pimpinan parti pembangkang yang dah bertahun2 Kerajaan Malaysia nak rampas tapi tak rampas2 pun.

Sehingga ke hari ini kami tidak hidup mewah pun sebab duit kami banyak di tangan orang.
Nak kata kami bodoh, tidak. Sebab kami tak bodoh. Mana ada orang mengaku dia bodoh lah, orang gila pun tak mengaku gila. Kalau bodoh mesti duduk kelas nombor last sekali dalam kelas dulu. Saya dan adik beradik duduk kelas no 1 begitu jua ibu dan ayah.
Tiba-tiba flashback pasal kelas pula. Motif apakah?

Kisah 1:
Saya benci betul dengan manusia yang menipu pasal duit. Saya dan suami sendiri masih menunggu seorang manusia bernama Jusoh(bukan nama sebenar) membayar duit kami sebanyak RM2000. Sehingga ke hari ini(saya rasa dah setahun) duit itu berada dengan dia. Dia kata dia ada masalah kewangan, jadi dia tertekan bila kami minta duit kami, sampai call dari suami saya dia tak jawab. Bila suami saya call dari nombor yang lain dia jawab, tapi sekali itu sahaja kemudian sudah tidak jawab. Kalau call dari nombor saya pun dia jawab sekali, kemudian dia save nombor itu lalu apabila saya call lagi, dia sudah tidak jawab sebab dia dah tahu itu nombor mahu mintak hutang lorrrhh. Pandai kan.

Pada suatu hari, saya dan suami telah skodeng Facebook beliau dan di wall post tertulis, tahniah sebab ada kereta baru. Aku rasa bagai dihempap-hempap batu kuari. Menangis di dalam hati kerana manusia ini baru sahaja membeli kereta baru dengan tidak membayar hutang beliau yang hanya RM2000. Durjana kamu.

Eh, suami saya ada save gambar dia lalu buat poster WANTED. hahaha risaunya saya takut suami bertindak di luar kawalan.


Kisah 2:
Kisah seorang penjual nasi beriyani di kampung halaman.
Jualan nasi beriyani beliau sangat laku setiap hari walaupun hanya memulakan perniagaan pada jam 6 petang. Sebungkus RM3.50. Rasanya setiap hari 300 bungkus ke atas kot. Cuba kawan-kawan darabkan 300x3.50=RM1050 se-malam. Baru satu malam. Kalau 30 malam? Darab sendiri lah.
Dia berhutang banyak dengan ayah saya. Belasan ribu atau puluh ribu barangkali. Pada suatu hari dia membeli kereta CRV baru dan Suzuki Swift yang baru.
Ayah saya mendapat tahu lalu bertanya beliau:

Ayah: Wah beli kereta baru, berapa ribu ni sebulan? Banyak duit kau.
Dia: Ala takpela, aku tak payahla bayar hutang ko.

Kurang hajar pakcik ni. Saya dengar dia cakap mcm itu rasa mcm nak tonggeng punggung kat dia. Mak saya dah bising2 macam biasa la perempuan kalau berleter mestilah bising kan sampai ayah saya stress tapi biasa la, perempuan kan Menteri Kewangan kat rumah, macam saya la sikit2, so saya takde la pelik sangat Rosmah Mansor macam itu. Haha. Tapi saya tak tahu kenapa ayah saya berat hati minta hutang. Sebenarnya dia takut orang yang hutang dengan dia ada masalah kewangan dan tak mampu bayar. Kenapa sungguh suci hatimu ayah. Kami sekeluarga cuma pakai sebuah CRV buruk yang tahun dulu2 je, tahun 1999 kot, dan kancil buruk dulu2 juga, sedangkan orang berhutang dengan kami beli kereta baru dan tayang2 lagi. oh jahatnya kamu...jahatnya kamu...Sepatutnya dah boleh merasa kot BMW. T_T

Kisah 3:
Ada seorang pakcik berhutang dengan ayah saya juga sebanyak RM50,000. Tak payah tanya la kenapa hutangnya banyak dan tak perlu la tahu kenapa ayah saya bagi dia hutang sebanyak itu. Mungkin sebab kesian. Pada suatu hari beliau hendak ke Mekah. Lantas menelefon ayah saya berkenaan hutang beliau yang sudah sekian lama, saya rasa masa saya sekolah rendah lagi kot. Dia takut sebab hutang banyak, dia mendapat pembalasan di Mekah lalu tidak dapat beribadah. Janji beliau sebelum berangkat, beliau akan menjual sebidang tanah dan membayar hutang itu lumpsum, tapi memohon ayah saya memaafkan dan meredhakan pemergian beliau ke Mekah. Janji beliau, pulang sahaja dari Mekah, akan bayar Rm50ribu hutang tersebut. Setelah beliau selamat pulang dari Mekah dan mungkin lancar sahaja beribadah, beliau terus tak contact ayah saya sehingga ke hari ini, yelahhh dah selamat pegi Mekah kan, kurang hajar kau Pak Haji, dah selamat ibadat semua kau lupa janji kat nak bayar hutang. Boleh tak kalau saya nak hasut ayah supaya jangan halal kan? Ok tak?

Kisah 4:
Pada tahun 2000 kalau tak silap saya, ada seorang rakan ayah yang bergelar kontraktor nak pinjam duit Rm50ribu untuk modal buat projek. Masa tu bisnes ayah saya memang bagus, boleh dapat belas2 ribu sebulan tapi sekarang tidak lagi, bisnes beliau lemau sahaja umpama biskut mery nak cicah air teh o lepas tu tiba2 biskut meri jatuh dalam air. Jadi sebagai kawan baik, 50ribu memang tiada masalah dengan kemampuan kewangan kami pada waktu tersebut, lagipun ada agreement, dan masa tu saya je anak paling besar yang perlu belanja besar sikit dari adik2.

Tapi sekarang sudah tahun 2011 walaupun masih berada pada abad yang sama, tapi sudah bertukar dekad yang baru, beliau masih tak bayar hutang itu. Sialan loooo pakcik. Dah lah sekarang bisnes ayah saya so-so sahaje. Ayah dah umur 53, saya dah tak nak ayah saya kerja susah2. Sekarang pun, kami hidup biasa-biasa aje. Tidak lah kais pagi, breakfast, kais petang, tea break..Kami tidak mengais pun, tapi memasak untuk makan. Tapi yelah, kami sungguh ralat sebab ada duit tapi pada orang. Saya risau kalau orang-orang yang berhutang ni tiba2 meninggal dunia lantas ahli keluarga beliau datang merayu dan melutut pada ayah saya untuk dihalalkan saja. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Saya tahu ayah saya memang lembut hati dan mudah sangat kesian pada orang. Saya risau mereka ni meninggal dan tak sempat bayar hutang. Ruginya kami.

Mesti anda akan cakap kenapa ayah saya bodoh sangat tak saman saja mereka ini sedangkan ada bukti hitam putih. Sebenarnya dia bukan tak nak saman, tapi dia memikirkan persahabatan dan kasihan kalau kawan2 (kawan ke? ) kena  hukum bayar ganti rugi tapi tak mampu bayar lalu terpaksa ke penjara, macam mana dengan anak bini  mereka? Kesian kan? Saya pun tak sampai hati. Walaupun kalau fikir2kan nak je saya pergi berak atas muka kawan ayah saya tu. Eh buruknya perangai saya.

Kenapa hanya kita yang selalu berfikir pasal orang, orang tak pernah fikir susah payah kita?
Sekarang ayah saya cakap nak renovate rumah tapi tak boleh nak renovate sebab duit tak cukup sbb duit ada pada orang. Saya rasa nak menangis tengok ayah saya kerja dari zaman muda2 sampai ke tua sorang2 besarkan anak 5 orang dan seorang isteri tapi duit dia bertahun2 ada pada orang.

Salah ayah saya ye, sebab bagi pinjam? Hanya kami yang tahu betapa mulia hati ayah membantu kawan2 jembalang dia ni, tapi tak seorang pun yang tahu membalas jasa. Pernah ada seorang kawan dia yang betul2 dalam kesusahan sebab bisnes down, ada RM10 je dalam poket untuk bulan tu, untuk menyara anak 3 orang dan seorang isteri, terpaksa makan nasik berlaukkan jeruk mamam je.

ini jeruk mamam:
saya tak tau rasa dia mcm mana sebab saya tak pernah makan.

Saya ingat lagi hari2 kawan dia ni datang ke rumah minta simpati ayah dan mak saya. Ayah saya banyak bantu dia dan bagi makan kat anak2 dia. Sekarang kawan ayah saya dah bukak restoran besar yang sangat berjaya di kampung, saya rasa income sehari adalah RM5000 sebab kedai dia sentiasa ada dlm 30-40 pelanggan satu masa dari pagi sampai lewat tengah malam, dan beliau beli mercedes baru downpayment RM100ribu, anak lelaki beliau yang belajar U pun tak habis, beliau belikan Honda Stream baru, tapi tiba-tiba Pakcik Jahanam ni pergi buat mulut kat kenalan ayah saya, dia kata ayah saya hutang dia RM100 ribu. Celaka betul kau pakcik, ayah aku tak pernah hutang sesen pun dengan kau! Kau yang datang merempat mintak nasi kat rumah kami dulu kau lupa???

Saya doakan semoga semua manusia ini sedar diri sebelum ajal menjemput.

Sebenarnya ada banyak lagi kisah2 lain, yakni kisah kami menunggu dibayar hutang, tapi entry ini dah panjang sangat. Malas dah.

Saya memohon rakan2 tidak berkata yang saya menunjuk2 kekayaan keluarga sebab selamba bagi orang pinjam duit 50ribu. Sebenarnya dulu memang lah ada duit sikit, tapi sekarang ni tak lah. Tak ada duit. Sikit2 nak hidup hari2 tu ada lah. Jangan salah faham ya, kami bukan dari keluarga kaya raya. Biasa2 saja. Tak percaya datangla melawat rumah. Biasa2 aja. Mesin basuh rumah mak rosak minggu lepas pun tak beli baru lagi.

Untuk kesekian kalinya, saya respek siapa yang baca sampai habis.

Akhir kata,


DEYYYYYYYYYYY, bayarlaaa hutang sebelum mati weyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

Thursday, February 10, 2011

SMS tipu tipu tipu

Hai bertemu lagi kita dalam rancangannnnnnnnnn...
takde rancangan pon..

Nape tetibe mcm rajin update blog ek? Ntah..pembawakan ibu mengandung kot. Hahaha salahkan pembawakan.

Hey u all..u all pernah tak dapat sms spam/scam? Mestila penah kan. Tipu kalau tak penah.
Pernah dapat sms yang ayah kat balai polis mintak topup tak?

Sebelum2 ni pernah dpt dah sms tu..Tapi malam ni dpt lagi. Dapat kat simkad broadband ni.
Tapi motif suami i rajin reply malam ni?



Number: +628991801682
Content:
Ni ayah guna fon police tlong bgi credit maxi$ 50 ringgi ke nombo bru ayah
0128112906
Ayah lgi ada msalah kat blai police. Ta payah call, sekejap ayah call
Time: 09/02/2011 19:27:21


Nak tau dia reply ape?
Jeng jeng jeng..

.
.
.
.
.
.
Edy jawab camni:


Number: +628991801682
Content:
OK. Ayah bank in duit kat saya dulu.
Time: 10/02/2011 18:33:00

Motip laki aku nak pow balik org yg nak pow ktorg? Hahahah siap ade ayah2 lagi. Kellasss..
Pastu org tu tak reply dah..kihkih..

Dd, kalau ko rajin, ko nak reply ape kat org ni? Cepatla share ape ko nak reply..hehehe.



Aritu Edy cakap camni kat aku.

Dulu girlfriend die kurus..(aku la tu).
Tapi wife die pulak gemuk sikit(aku jugak la tu...)
Cis!
Motip jawapan adalah org yang sama tapi kriteria dah berbeza? Nanges! Uwaaaaaaaaaaaaaaa
Tak kisah la, dulu boifren saya kurus gila, tunang saya ade isi sikit je, suami saya plak skang ni ade perut boroi sikit  tapi tetap nampak kurus. Jelessssssssssssss!


Ok ah, nak gi tido, baby tendang2 mintak ubat dia ni..obimin pluz baby dah abis arini..Uwaaaaaaaaaaaa sian baby. Tggu Sabtu eh syg, kita ambik masa checkup la senang sekali harung.
Nanti baby makan neurogain plak ok, bagi baby bijak....tapi jgn bijak kenakan mama sudahhhhhhhhh!

Tidur tidur jom

Adusss ngantuk sangat hari ni.
Mengantuk sejak bangun dari tidur lagi. Over gila tahap mengantuk.
Bangun2 je rasa mcm idung kering sebab malam tadi aku rasa badan mcm panas gile(bukan demam)tapi mcm ahhhhhhhhh panasnye panasnyeeee mcm baru lepas sukaneka kat sekolah. Gitula.
Bila badan rasa panas gile padahal dah mandi, takkan nak mandi lagi kan, nanti sejuk lak baby.
Pastu aku pon on air cond 16 degree terus la. Pastu air cond tu betul2 ngadap muka aku masa tido.
Bangun2 je terus rasa mcm keringnyeee idunggg.
Dah la dlm hidung rasa kering, lepas tu macam badan penat gila. Mcm nak sakit tua. (mcm tau je sakit tua mcm mana). Rasa mcm nak MC arini tapi kalau nak MC kena pegi klinik.
Malas malas.
Nak EL boleh je kot. Korang, mintak pendapat, kalau nak EL, nak bagi alasan apa ek?
Sepanjang pregnant aku takde pon ambik cuti sakit sebab pregnant. Wanita besi sangat kan?
Ade org siap cuti seminggu dua lagi unpaid leave.

Kalau EL, bagi alasan camni ok x?
-->Kaki cramp tetiba pagi tadi sampai tak boleh gerak nak pergi opis, dah la kena drive sendiri. Ok tak camtu. Kalau ok, lain kali, kalau badan lemau, nak la buat alasan itu.


Ok lah google gambar org tidur jap sebab ngantuk gila sangat2.

overnya tido...



Eh percaya tak adik aku yg no 2 pernah tido mcm ni masa kecik2 dalam perjalanan nak ke Perlis. 
Dia tu ganas dan nakal skit, kalau naik kereta susah tido, so nak gi Perlis tu mak aku mintak ubat tidur dgn doctor nak bagi dia tido, bagi makan, naik kete dia terus tido tapi 30 menet je sedangkan nak sampai Perlis lagi berjam2, yang berjam2 tu la dia mengganas mcm ni. hazab.

hahahah comel nye...

Ni ape eh, flashman ke, maskman ke? Penat kot lawan resakse..


Hahah pakai cantik2 tidur camni. FAIL!

Laaa ni sebab nak tido atas toto ke? Lepas tu toto tu plak kena jemur eh? Camtu?
gelak2 tutop mulut


Mcm mane awak tido????Ajarkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...


Ok ah, nak sambung buat kerja. Ngantuk gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.





Wednesday, February 9, 2011

Pantang....Percaya?

Hari ni Kak Pora nak cerita pasal pantang larang masa mengandung. Eh motif tetibe jadi Kak Pora?
Hahahah actually aku tak suke Kak Pora gossip tu sebab aku rasa gossip Kak Pora kat paper tu murahan gila kot.
Dulu2 kan kat rumah suka gurau2 adik beradik dan mak. Kalau baca Pancaindera ke, Bi-Pop ke, suka main teka2,
eh eh ni gosip pasal artis mane ek, yg ni artis mane ek, yg tu artis mane ek? Sampai aku pegi lantik diri aku jadi Kak Pora,
adik aku jadik Gayah Gebu, sorang jadik SS, pastu tak silap mak aku jadik Zubir. Motip Zubir? Kesian umi saya hahahaha.

Kejis sangat kan anak macam ni.
Sekarang tak aktif dah baca gosip sok kaba. Kalau rajin, bace blog je. Mak aku pun sekarang ubah haluan ke bidang sukan plak.
Dia minat bola tahap dewa. Kalau pukul 7+ tu dia bukak Astro Arena tengok Nadi Arena ke ape. Pastu mcm emo2 kat penyampai sukan
si bekas Pelakon, Rashid Salleh tu sbb Rashid suka baca berita gagap2. Hahah.
Kalau balik kg, aku ngan Edy mcm terkedu tgk mak, ayah ngan adik laki cakap pasal EPL la, world cup la, Piala Malaysia la.
Aritu mak aku cakap2 pasal perpindahan Torres. Kellezzz tak mak I? Mak uols camni tak? hahaha. Dia minat Arsenal kot hahaha.

Masa lepas Piala Malaysia aritu pun aku ade balik kampung mak aku sibuk bincang dgn adik laki pasal perpindahan player kat Liga Malaysia.
Hahahah lucu. Semua pemain dia kenal kot. Aku mcm waaaaaaaaaaaaahhhh bondaaaa hebatnya. Anakanda sembah ratu kat bonda...Hikhik


Eh tetibe mcm lari topik kan. Bukan macam lari, tapi dah memang konfem lari topik dah aku ni.
Ok kembali kepada pantang larang masa mengandung. Sapa2 mengandung, u all percaya ke pantang2 orang tua2 ni. Aku sebenarnya tak percaya
melainkan ada hujah2 yang logik je, like jgn makan nenas tu. Sebab bagi aku yg tu logik percaya sebab nenas tajam kan. Rahim perempuan ni lain2 kekuatan dia,
ada orang tu rahim kuat, die telan nenas 8 bijik pon sihat walafiat lagi. Tapi sepanjang pregnant rasanya aku tak makan nenas kot.

Ni antara pantang yg aku selalu dengar la, and ada a few yg baru dpt tau:

1. Jangan minum kopi/nescafe/makan kicap, nanti anak gelap.
(Erkkk aku memang elak nescafe/kafein termasuk coke dan pepsi di awal pregnant, sbb awal2 dulu pembentukan sel2 saraf otak baby dan neuron2 semua kan.
Actually kafein boleh merencatkan atau mencacatkan pertumbuhan saraf2 tu, itulah sebab aku tak minum, bukan sebab takut anak itam.
Lagipun, sebagai org yang belajar Bio, hal2 warna kulit dan rambut ditentukan oleh genetik, dan untuk pengetahuan yang tak tau, masa form 5 dulu
tak silap aku, warna gelap sebenarnya adalah dominan. Tapi aku tak faham jugak mcm mana org gelap kawin dengan org putih, anak boleh jadik putih tu.
Maybe mak or ayah yg gelap tu dapat genetik kulit gelap dari gabungan gen yang resesif je kot. Bukan jenis hitam dominan. Sama la dengan jenis rambut, rambung kerinting adalah dominan berbanding rambut lurus.
Lagi satu hujah yang logik utk menerangkan pasal minum kopi anak gelap, minum susu anak putih ni adalah bila tengok cite Tamil, aku tengok pagi2 dia minum susu kambing or susuuuuuu je, tapi motip anak2 Tamil tu itam berkerak? kihkih. So kalau anak aku ni nanti kulit dia gelap sikit tu, nescaya tak ikut papa dia la kot, ikut aku la kot sbb kulit aku ni kan cerah2 kuning2 gitu. Tapi Edy memang cerah2 merah. harap2 ikut papa. Comel sket kalau baby putih kanssss.)

2.org tua kata:jangan lilit tuala kat leher, boleh sebabkan anak mati lemas tali pusat terlilit kat leher.
(ape motif dan kaitan dia? Ada hujah saintifik? Aku tak percaya...a...kuuuu tak percaya cinta..aku tak percaya c.i.n.ta..eh tetibe Liyana Jasmay plak)

3.Jangan menjahit. Pantang.
(tapi yg ni aku tak tau ape sebab tak boleh menjahit dan ape yg berlaku kalau menjahit. Abis tu kalau org tu tukang jahit, pastu die pun mengandung, takkan dia nak kena tuka profesion jadi penoreh getah plak. Silap aribulan org tua pun cakap, kalau mengandung jangan menoreh getah. Abis nak keje ape? Jadi perdana menteri? Hakhak.. Or cuti menjahit 9 bulan. Tak ke naya cuti menjahit 9 bulan. Kalau kena musim raya, rugi besar wooo takleh ambik tempahan. )

4.Time makan jangan guna pinggan/mangkuk kecik. Takut laluan tak buka penuh.
(Motif???? Abis nak makan pakai dulang ke bagi laluan sebesar alam..tak pun tumpahkan lauk atas highway..makan beralas highway..baru besar bukaan uols..hahahah. Mcm mane kalau org tu makan kat kedai yang standard mcm KFC ke, kan ke bekas coleslaw KFC tu kecik je, motip masa nak order kene cakap kat tukang ambik order, dikkkk saya nak mintak coleslaw tu letak atas dulang ye..gitu ke? Hikhik)

5. Jangan minum air soya, nanti kulit anak sensitif.
(Yang ni aku dengar gak. Mungkin betul kot. Ape ek kandungan soya yang tak ngam ngan pigmen kulit? Maybe ade betulnyalaa..Nak kena siasat lagi yang ni.)

Oklah tu yang pasal mengandung. Banyak lagi sebenanye pantang larang org tua2 ni sampai tak larat nak baca. Aku terima apa yang logik dan ada penjelasan dari segi sains je kot. Yang lilit2 tuala semua tu mcm errrrrrrrrrrrrrrrrr kalau takde pantang ni xpe kot.



Contoh pantang larang (bukan utk pregnant la) yang ternyata silap:


1.Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
(alaaa aku nyanyi je dulu, tak kawin ngan org tua pun, ke tua 2 tahun dikira org tua? sentap laki mak nanti kan)

2.Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
(lupe la pulak wajah pucat ke tidak hahahaha)

3.Dilarang makan berubah tempat, nanti suami ramai.
(hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mcm tu pulak?)

4.Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
(konfem???merapu ni)

5.Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
(aduiihhh jodoh, ajal, maut semua ketentuan Allah subhanahuwataala, kawan2...)

6.Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
(errr x tau nak komen, nnt try bersiul dlm rumah, tgk ade ular naik lif tak ke tingkat 11 umah..)

7.Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
(ni mcm ade dlm sunnah nabi kan..kalau ade benda2 or hujah berkait dengan agama ke, saintifik ke, aku caya laa)

8.Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
(masa kecik2 aku meniarap pastu mak aku ade kat belakang. aku angkat satu kaki pastu pandang belakang tgk mak idup lagi ke tak, pastu tgk elokk je lagi dia
tgk tv gelak2. pastu aku angkat 2 kaki plak, pandang blakang lagi tengok mak, okeyyyyyyy je dia alhamdulillah panjang umur sampai ke hari ni.
hihi..)



Oklah sebenarnye orang tua buat pantang larang ni utk menjaga adab sopan je kot. Tapi masalahnye kesan2 kalau langgar pantang tu mcm over plak cara diorang reka kan. Like, ahhhhhhhh ape kaitan  nyanyi kat dapur dpt laki tua???? Gitu la.

Cuma aku nak minta maaf pada mana2 pihak yang tersinggung kalau ade certain pantang larang yg diorang pegang lepas tu aku ala2 mempersendakan. Aku tak mempersenda la, cuma nak tau kesahihahn dan bukti2 dia je. Tak saintifik kalu, takmauuuuuuuuuuuu la percaya. Khurafat je. Free2 dapat dosa.

Okla sekian. Respek gile sape bace sampai abis. Panjang gila. Hahaha

Tuesday, February 8, 2011

cikgu ke mcm tu?

Hari tu tertune in tv9...rancangan ape tah nama penuh dia, yg ada FBI tu. Then ade Cikgu Shida dari parit. DD ade buat entry pasal dia, tapi dlm entry tu DD suka dia sbb DD kata dia terhibur sbb kelakar.

Memula mcm kelaka jugak bila tengok, tapi lama2 aku rasa cikgu ni mcm tak berapa centre ke ape, sanggup plak dia merendah2kan profession perguruan secara tak langsung.Kalau aku kan, maluuuuuuu sangat nak buat mcm tu. Tapi pendapat masing2 la kan, ada yg suke, ada tak suka. Lagipon masa kat TV9 aritu aku tengok dia mcm tak senonoh, duduk terkangkang2. Sesuai ke cikgu bertudung masuk TV pastu duduk atas kerusi kangkang2 mcm tu? Dah 30s lak tu umur. Cikgu pulak tu, satu hal. Eeee malu wey tengok.

Pastu kan, tgh bosan2 tunggu suami yang kurus beristeri gemuk naik 10kilo balik kerja lambat malam ni, aku pun search la Facebook pulak, then jumpa page ni:
http://www.facebook.com/pages/Wajarkah-Cikgu-Shida-Sebarkan-Videonya-Untuk-Tontonan-Umum/154472377918594

Dalam page tu ada banyak printscreen dari wall Cikgu Shida nih. Antara yg aku rajin nak high light lah:


Ada orang buat aduan pasal cikgu ni kat KPM. Maybe org yang mengadu ni pun cikgu kot, malu teman seperjuangan mcm ni(agaknye la)


Ada org komplen  kat Facebook Jabatan Penerangan jugak:


Pastu dia ni jenis tak boleh ditegur kot:

Pastu dia komen camni plak:


Pastu pasal tudung plak:


Ish, cikgu ke camni? Memalukan lah!




Oklah bagi sebijik yang org ramai suke sangat tengok.
Mungkin tengok sekali ok kot, tapi sebab dah tau dia tu cikgu lepas tu mcm ni plak, aku rasa mcm annoying. 




Baik layan mamat ni kan?


Ni pon cikgu jugak rasanya. Speaking best lak tuh (tp dalam video yg lain la)


errrrrrr motip aku rajin cari2 facebook la, youtube la? jawapan dia sbb Edy tak balik lagi dia banyak keje sangat2 arini. Sms ngan call pon tak sempat return smpai tahap aku sms camni(sms edit2 sket ok, sbb tak suke org tau ape aku panggil kat edy, n ape edy panggil kat aku..segan ahhhh hikhik)

Aku: Risaula awak tak return call or sms langsung. Kalau terberanak masa ni mmg bahaya ni.
Dia: Saya ada keje. Jangan beranak lagi tau. (hakhak kelaka jee la aku rasa jawapan beliau)
Aku: Aduuuuuuuuh nak beranak. Awk balik pukul bape, saya ketandusan kasih syg suami.

Tapi sms last tu tak tereply. Sangat2 busy agaknye sbb ade big boss from Korea baru smpai. Dorang meeting smpai tgh malam kot. So, aku kebosanan gila...Nak buat ape ek pasni. Kalau tanya Edy mesti dia jwb gi la bace Quran. Adehhhhhhh pedas!!




bank merah yang &*^$*#(&%#(*%#()

Kesahnye hari ni aku panas membara nih. Dah la air cond bilik aku ni tak rasa. Nasib baik aku tengah mengandung je, so aku sabar la nih. Sikiiiit je lagi aku nak sound celaka banat segala kat sekor staf bank merah ni.

Alkisahnya semalam nak bayar sewa rumah. Sekali ape la masalahnye ATM machine tuh telan duit tapi transaction failed. Lepas tu duit tu memang sah2 tak masuk akaun. Dah isi borang, buat report semua dah, pastu officer branch ckp, kalau nak follow up, call general line HQ. Aku pun call la utk follow up. Then HQ pulak cakap, awak kena call branch(ni semalam la). Hari ni pulak aku pun call branch, ntah macam mane manusia sekor ni boleh lepas interview bank ni lepas tu diterima bekerja kat bank ni pon aku pun tak tau, kalau aku jadi interviewer memang aku halau je die terus, boleh plak dia jadik officer dengan takde fon etika nye, dgn cakap kasar segala. Memang aku hangin betul dengan cara dia menjawab. Pastu aku ckp la nak check aku punye status report dgn dia, ade ke tak, nak tau sama ada dia keep track tak, log num ke, ref num ke ape. Dia cakap...Takdeeeeeeeeeeeeeeee kite mane ade simpan benda2 mcm tu, smue tu dah fax ke HQ dah. Benda2 ni semua HQ yang buat. Bila aku call HQ, HQ cakap branch buat. Ikut logiknya, ATM tu kat dlm branch kan, sah2 la branch yg buat keje setakat nak check taly ke tak transaction tu, branch la yang buat.

Aku pun cerita la lagi sekali kat pakcik hazab tu pasal masalah aku ni. Duit 650 kena telan tapi kluar slip tulis transaction error. Pakcik tu pun tanya, duit masuk ke tak dlm akaun. Aku cakap tak. Dia boleh jawab camni...Oh kalau macam tu, kalau ada, adaaaaaa la, kalau takde takde laaaaaaaaaa. Bunguk tak? Suke2 je jwb cmtu, bukan nye nak cakap cuba betulkan balik or refund ke ape. Suke2 je takmo tggjawab kalau duit aku ilang. Lahanat betul jantan nih. Geramnye aku. Aku nyumpah2 melalui penulisan di blog jelah, sebab aku tgh sabar ni, takmau sebut benda tak elok melalui mulut. Harapkan aku tgh pregant je ni, kalau taaaaaaaaaaaaaaaaaak harus aku sumpah seranah pakcik tu balik. nak je tadik aku cakap hoiii ko ni kurang ajar betul. cakap dengan nada menjerit2 mcm nak marah aku plak. Padahal aku cakap elok2 je ngan dia. Pastu dia cakap, kalau dapat balik pun duit awak tu seminggu kot baru dapat. Cilanat betul, abis sewa umah aku ni bila nak masuk akaun tuan rumahnye..melampau betul telan duit org sampai seminggu. Alrajhi bank penah jugak masalah camni, tapi within 24 hours diorang ganti balik duit. pastu cakap pon sopan je. Memang kurang ajar betul.

Ahhhhhhhhhhh aku tgh tension ni dah la sakit tulang rusuk ni, geram kat jantan puaka ni lagi. Sabar sabar..........camni niiiiiiiiii aku memang dh takleh nak sabar. Ughhhh!!!!!

Monday, February 7, 2011

Cuti 9 hari mane cukup, nak cuti 900 hari lagi..Hahah

Salam all..

Baru je sampai KL awal pagi tadi. Nasib baik laa hari ni still on leave. Kalau tak, mau patah riuk kat opis arini, dengan sakit pinggang travel semalam tak habis2. Jam teruk sungguh laa kat Karak highway nun. Kesian sesangat hubby drive sorang2. Dulu zaman2 saya minah rempit, saya tolong2 jugak gilir2 kalau dia dah penat gila. Sejak pregnant ni memang tak sentuh stereng. Dulu kalau tak drive, saya jarang tido kalau travel sbb teman dia drive, borak2 ke, nyanyi2. Skarang ni tidooo je.

Hari ni penat sesangat dengan mengah, semput, baby pun mcm kuat sgt gerak2 dan tendang, lepas tu rahim kat bawah ni rasa macam ditekan2 je. Sakit la, baby...

Sebelum terlupe, nak wish Selamat Pengantin Baru kat Lina dan Din. Lina, sorry sangat2 memang tak boleh pergi, sebab pakcik saya pon kawin jugak. Pakcik bongsu. Semua org tggu dia kawin, tak kawin2, taun ni baru kawin. Tu pon we all gerak balik KL lepas majlis dia.

Comel la lina. curi gambar skit, boleh?

Muni, aku godek FB lina jumpe ko je yg aku kenal lebih sikit yang ada gambar, so aku curi la, boleh?

Pengantin percuma Pae.

Didoakan kawan2 yang kawin musim CNY ni dengan yang lain2 tu bahagia sampai bila2. Good luck kat Muni plak, next pengantin. Hehehe. 

Tapi sebenarnya debaran nak kawin aku rasa kecik je dari nak bersalin. Eh tadi pakai saya-saya. sekarang terus tukar aku pulak. Hehe. Dulu masa nak kawin aku tak rasa ape2 pun saaampai la ke sejam sebelum akad nikah baru aku nervous. Now dah nak bersalin ni, ada lagi 72 hari je aku risau sesangat. Ntah idup ke mati aku lepas bersalin sob sob...Syhhhhhhhhhhhhhhhhh Edy tak bagi cakap benda2 mcm ni, tapi itu la kan, bab bersalin ni bagi aku antara hidup dan mati. Wah, so negative thinker la aku ni. Tapi betuuuuuuuuuuuuuuul, risau sesangat. Harap2 semuanya OK takde masalah. Aku selamat, baby selamat, papa baby gembira. Takut laaaaa lagi 2 bulan je..Tapi excited jugak nak jumpa budak kecik yg nakal dlm perut ni. Mcm2 dia usik aku ni. Segala bahagian perut dah ditendang2.

Now kan, aku selalu je rasa mcm kena cucuk2 or macam baru kena sengat tebuan je kat bahagian rusuk kanan ni. Tak tau la ape dia buat kat dlm ni, sakiiit gila..Nak tidur tiap2 malam pun tak lena. Kejap2 sedar sbb tak tau dah position ape nak guna masa tidur. Tension betul sampai satu malam tu aku stress gila bangun2 sampai mengalir2 air mata sebab sakit dan tension tak tau nak tido mcm mane dah. Tapi apsal ek yang sakit belah kanan je? Tapi kadang2 kalau ckp dan borak dengan baby, bgtau dia duduk elok2 jgn bagi aku sakit, pastu dia ubah position die kejap. Pastu sakit balik. Huhuhuh..Maybe die selesa mcm tu kot. Takpelah kan, demi anak..mak sakit sikit takpe.

Now dah rasa dah berat baby. Dah sekilo lebih kot. Jalan laju2 skit dah semput dah, perut pun dah besar dah ni. Berat aku dah naik 10 kilo kot. Nanges tak terkata bab berat ni.Tapi yg paling seksa sakit tulang rusuk kanan ni laa. Macam kena tikam2 pon ade. Ceh, macam laa pernah rasa mcm mane kena tikam.
Sapa2 ade pengalaman bab sakit mcm ni harap bolehla share.


Oklah, kalau lagi type, lagi merapu kan. Aku pon ade kerja ni, baru balik dari kg kan, rumah berhabuk semua. Nak tuka cadar, sarung bantal smue, settle laundry. Ok see u all..

Bye2.