Hidup aku sekarang tak ada kisah lain melainkan kerja, suri rumah, anak dan suami. Hilang semua minat aku nak buat benda-benda lain sebab aku tengah nak sesuaikan diri jadi suri rumah dan orang yang bekerja.
Aku tak tau la kenapa sejak-sejak makin kertu usia ni, aku jadi sensitif macam mak aku. Emo tak pasal-pasal. Suka nak ngalir air mata lagi-lagi sebab budak kecik itu. Hurm, memang perasaan semua ibu macam ni lah kot. Tapi musim sedih-sedih tinggalkan anak ke taska dah semakin berlalu, tapi ada je la lagi sedih-sedih tu.
Aku akan hantar Imani ke situ lah kot sebab taska ni rasanya lebih selamat berbanding babysitter kan. Aku pun dah survey, babysitters kat sini kebanyakan tak jaga anak orang sorang dua. Kebanyakan 5 ke atas. Ada tu siap sampai 7-8 orang dia jaga. Dah lari dari ratio macam kat taska le pulak. Dah la tak de insurans semua. Cuma yang best nya kalau babysitter tu kalau rasa nak spotcheck, anytime boleh terjah rumah dia kan, kalau taska ni ada rules and parents tak boleh simply masuk nanti menjejaskan kerja-kerja dorang. Bab ni aku pasrah jelah.
Imani pun dah menyusu, dan setelah penat aku trial and error macam-macam teats dan botol, finally dia nak brand NUK dan teats pulak, yang dia boleh terima, brand pigeon. Tapi lagi laju kalau NUK latex kaler kuning tu sebab yang itu mcm tersembul sikit putingnya heheheeee.
Dalam seminggu, anak aku ni agak kerap ke taska lewat, like pukul 2 ke, kire halfday la. Sebab papanya yang jaga halfday. Sebab dia sambung tidur. Aku tak sampai hati la nak kejut dia. Mangsanya adalah papa, papa kena masuk opis suka2 hati. Sayang, bersabarlah sementara ye dengan isterimu ini yang dah terlalu banyak menyusahkan kamu. Huhu..Memang la rugi jugak sebab pergi ke tak pergi tetap kena bayar sama je kan, tapi apalah nilai wang ringgit berbanding masa bersama-sama anak...kaaaaaaaaaaaan?
Kalau boleh memang aku nak benti keja je pun nak jaga anak kan, tapi sabar jela dulu tunggu nak simpan duit ni nak renovate rumah. Kali ni takmau loan-loan, no credit card, kena simpan okey..Renovate rumah makan belanja besar gak kan? Ermm plan nak tukar kereta pun mcm kena bantutkan la kot ye..tuka stroller anak boleh laa..Hahahahaaaaaa..
Urm tak tau nak cakap ape dah ni, aku tetiba rindu Imani, hari ni dia masuk taska pukul 2, pukul 5+ dah nak balik. Sempat pulak budak ni gi kencing2 atas aku masa aku balik kejap mandikan dia tadi. Nasib baik aku siap2 tuka baju lain, kalau la dia kencing atas baju keja...heeeeeeeeeeeeeeemmm..
Ok uols, ada keja nak setelkan. tatattatatata
No comments:
Post a Comment