Monday, July 18, 2011

Kisah jumaat

Berat aku berkurang lagi 2kilo.
Tapi masalahnya susu berkurang jugak.
biasa pam selamba leh dapat 1 sesi 3 botol terus. 3x4oz..
sekarang 1 botol=4oz takde masalah, tapi lambat.
ni pagi dapat 6oz tapi lama la...jenuh aku menunggu..

kenapa eh..ke berat turun 2kg tu kat susu eh?
aku susah hati sebab dah nak puasa.
imaniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..mama akan berusaha lagik!!!!!!!!!!

mode: susah hati. tapi orang kata kalau susah hati lagi susu tak mau keluar kan? mcm mana ni niat hati nak breastfeed sepenuhnya..emmmmm

---------------------

dah la. cite pasal checkup plak.
Jumaat hari tu pergi check up utk aku dan untuk imani sekali.
tapi lupa la pulak nak tanya pasal putih2 kat lidah imani tu.
dh lama dah.aku selalu cuci dengan oral wipes brand nuk tu,
eh bukan aku, tapi papa dia..aku adalah tak kuasa nak tunggu lama2 korek2 lidah..risau takut terkorek dengan kuat..papa dia x pe buat keja cerewet sikit dan agak teliti berbanding aku.
kenapa ek? tapi dia takde pon nangis2. bukan fungus la kot..sebab benda ni dari zaman dia baby2 lagi la..and masa tu fully breastfeed directly..erm ermm anak sapa lagi lidah putih2? angkat kening!

Masa checkup.Imani baru 5.9kg je, aku agak susah hati sebab ada anak kawan2 umur 3 bulan dah 6kilo lebih. Tapi doc cakap, emm nama doktor tu, DoktorRoliza, memang dia paed Imani, otometik dapat dengan dia, hospital terus assign je masa budak kecik ni keluar. Oh sangat sukaaa doktor ni, peramah gile..tapi rasanya lepas ni aku gi cucuk kat klinik biasa je kot sebab dah malas nak ambik cuti bagai. Biasa kalau check up aku ambik cuti. Malas nak mintak MC,boleh?

Details checkup tu:
Aku(dgn Doc Mazita):
Doktor borak-borak share tips2 semua la then scan rahim. Ok fine rahim dah kecut, kecik je dan dah berada di tempat yang sepatutnya. Doktor nak check stitches, tapi motif doktor tanya aku dulu? Aku dah malu la nak mengangkang ni, so aku cakap takpela doktor, dah ok ni. Motif aku? Edy ngomel2, membazir je bayar2 orang nak check takmau bagi tengok.My bad. Kalau doktor tak tanya, and dia cakap, ok jom saya check stitches, sila buka ke ape, kan ke aku senang2 je bukak kan. Entah kenapa aku malu pulak, padahal doktor tu dah mengadap tu sejam kot masa aku beranak. Tapi takpe, masa tu darurat hahaha. Tapi lepas tu aku menyesal pulak sebab tak check stitches..........erm..

Doktor cakap it is normal bulan2 terawal ni kalau rasa ngilu2 secara tiba2 kat stitches tu. Ada jugak kdg2 tiba2 rasa, tapi takde la sakit, cuma ada laa rasa.Oh ok..Normal. Noted.

Then doktor cakap2 pasal family planning, dia cakap kalau nak try pil pun takpe. Tapi aku say no to pill sebab aku takut gemuk. Doc cakap tak semua orang akan gemuk bila makan pil, depends on penerimaan badan masing-masing. Oh gitu, tapi tak nak la eksperimen2 ni.Nanti naik berat camne? Penat2 aku turun 19kilo tau. So banyak lagi kaedah2 lain, tapi since aku fully breastfeed, memang natural family planning la, period lambat datang kan. Dengan syarat, exclusively, breastmilk sahaja. Jangan campur-campur, and bayi 6 bulan ke bawah jangan diberi air masak banyak2 je....Salah tu petua orang tua-tua tu.
Tapi sebenarnya aku tak tau kenapa aku macam ke arah nak pasang IUCD. Urm, orang lain tak nak kan? Aku nak je..Entah aku ni kan pelik sikit, orang beranak tak nak induce, aku nak je induce hahaha.

Imani:
Imani berat 5.9kg je, aku risau kan dia macam tak berapa berat. Doctor cakap takpe, sebab dia fully breastfeed, dia tak gemuk tak bam bam takpe, tapi isi dia firm. Lagipun berat dia normal lah. Aku pergi compare dengan anak orang yang lahir2 memang dah besar tu kenapa? Salahkan diri sendiri. Susu tu jadi isi betul2 pejal kan. So kiranya berat dia tak disumbangkan oleh glukose ke ape mcm yang ada dalam formula milk. So aku lega la. Tinggi pulak dah 62cm. Naik 10cm dah dari masa mula-mula lahir.

Kerap poo poo atau senang cakap berak2 je. Doktor kata, baby breastfeed memang kerap berak sebab susu ibu cepat hadam. Lagipun stool dia elok kan,kale gold gitu, kalau betul-betul emas dah kaya raya aku. Hahaha. Ok lega lagi..Sebab hari tu memang sangat2 risau dia suka sangat berak2, kadang2 lepas isap susu terus preeeeeeeeeett..erm sabar jelah.

So segala persoalan terjawab. Kalau uols ada masalah, refer jela pada yang pakar terus kan senang. tak payah la biar kerisauan bersarang kat hati tu. Tiba-tiba aku macam sedih pulak sebab dah takde dah routine checkup bulan-bulan, scan2 semua tu. Takpela tunggu lagi 4-5 tahun. Buat masa ni, kalau ikut aku la, dalam 3-4 tahun ni Imani adalah anak tunggal ye,takde plan nak tambah dlm 3 tahun terdekat.

Ok uols. babai.

3 comments:

@naBest said...

putih2 kat lidah tu susu ler... aku lap ngn tuala kecik yg bersih+basah je...pastu bg minum air masak sikit.. huhuuhu

ehemm..aku dah pakai IUCD.. rm120 je kt sjmc.. hehehehe

bini edy said...

ana,
ye ah mmg susu tapi ade gak org kate sbb dh jangkit fungus ke ape..tp aku yakin tu susu..weyh dah pakai ke? ko baru 2 bulan kan? sakit x? demc pon 100++ gitu jek..pastu bleeding x?

@naBest said...

mcm buat pap smear. Xsakit,tp nyilu je. Ah,mcm xbiase je. Wakaka. Aku saje buat awal,sbb mls nk g spital dh. Tahun dpn lak folow up. Huhu. Bleeding gak 2,3 hari..pastu ok je skang ni... Ko pasang la lepas posa nanti,mana tau kot bleeding lama pulak, kena ganti posa byk. Huhuhu