Wednesday, October 12, 2011

Dah 6 Bulan.

Dah 6 bulan dah anak aku hidup di dunia ini. Panjangkanlah usiaku dan dia Ya Allah, supaya aku dapat besarkan dia mcm aku dibesarkan. Amin....

Nak kene gi cucuk nih bulan ni, + rotavirus sekali. Harap2 tak demam sebab aku tak dpt cuti 28 hari berturut2 sebab tengah tanggung kerja orang. Menyampah, OKEY! Kesimpulan kat sini memang aku ni pemalas nak keja kan? Sila jangan kutuk, ala mcm la korang maksum kan? (eh tetibe sentap)

Ok, sebab cikgu cakap kesian Imani dia terliur kawan2 makan, aku pun dah bekalkan dia makanan ke taska. Asalnya aku nak dia minum susu je siang(kejam ke?) dan balik rumah 5+ camtu aku nak suapkan makan sendiri, bagi makan yg fresh2 x mau la frozen2 dalam peti semua kan. Tapi now dah terpaksa dan memang kesian kalau dia lapar, sebab susu aku pun dah segan2 sekarang kan nak keluar.

First meal dia adalah banana puree, tapi pisang dah habis so aku buatkan carrot puree+breastmilk. Dia ok je tak reject. Semalam makan abis licik carrot puree, pastu bertambah pulak dengan sebijik kurma yang dilenyek2+air suam. Setakat ni semua pun dia terima, tak pernah reject. Harap2 Imani boleh terima semua jenis makanan berkhasiat. Tak sabar nak bagi bubur nasik pulak.


Aku bekalkan 2 kiub ni jek kat dia. Sebenanye aku tak tau banyak mana kena bagi makan. Tapi melalui pembacaan katanya awal2 bagi 1 sudu besar penuh dulu then slowly increase bila baby dah terbiasa dengan makan. Yang penting berak klua kaler oren okey makan carrot. kellasss..

Ganas gila main nih, abis semua mainan campak ke bawah, kadang2 terambik dan tercampak atas diri sendiri pastu nangis sebab lekat2 mainan kat pinggang. Motip ganas? Ikut sapa nih???

Besar birthmark anak mama. Kesian plak aku rasa sbb sentiasa visible. Takpela,kita sama2 pasrah k. Kalau kena kat muka lagi lah kan. So mama, syukur okeh.

Mak dia yg susah payah teran nak bagi kepala dia keluar dulu. Hahahha. Sakit weyhh..Teringat2. Tapi sakit yg sedap. Errk sedap ke???Aku dah gemok balik dah skit. Dulu lagi cengkung gila. Tapi still x macam aku yg dulu rasanya. Nyampah muka nih.

Air liur tu meleleh2 jek sentiasa.Gigi tak tumbuh2 pun. Basah2 je baju. Nasib baik tak comot. Sekarang tengah gigih ganas2 atas kali. Aritu jatuh katil GEDEBUSSSS aku duk bilik sebelah, dengar bunyi mcm nangka busuk jatuh. Rupe2nya papanya yg tengah tidokan dia tertido, dia plak yg tidokan papa. Duk pusing2  atas katil padahal katil dah buat pagar bantal tinggi2. Dah la katil tinggi. Nanges aku okeyyy. Nasib baik takde pape sebab dia jatuh atas timbunan pampers sebelah katil. 

Nanges sebab aku tak pedulikan dia. Dah tu manja gile, janji dengar suara aku or nampak rambut aku pon dah ok. Susah wey nak wat keja kat rumah kalau dia tak tido nak ngikut jek..

Bagi la kat sape pon semua orang dia nak. Aku tension kadang2 tu gi kedai ke ape, cina tak potong kuku smue duk pegang2. Bangla kedai makan pon cubit2 pipi dia,pegang2 tangan dia pastu ciom. Stress ok aku. Aku sendiri nak pegang anak pon gi basuh tangan. Takmaooo bangla cium Imani!!









1 comment:

bini edy said...

bukan makan kedai bangla..bangla tu yg keja kedai makan milik melayu okey...hahah..ntahla aritu org vietnam muke berminyak gile pastu ambik tangan imani cium2. aku rasa mcm nak gi samak anak aku wuwuwuw