Wednesday, October 5, 2011

Semput semput

Alamak semput gile sekarang. Tetiba anak dara aku minum susu banyak sangat sekarang. Biasa pagi ke tgh hari baru habis 2 botol kan, petang ke waktu aku ambik tu lagi 2 botol. Sebab pagi2 kul 7 or 8 camtu before ke ofis aku kasik dia kenyang2 dulu. So total 4 sehari la dari segi yg botol tu.
Tetibe sekarang dia kuat gila menyusu at the same time production aku pulak menurun. Memang semput lah hari2 nak supply demand anak dara. 1 botol aku buat 4oz.

Hari ni lunch hour aku gi hantar bekal susu lagi. Tengok2 dah habis 3 botol dah, dah 12oz dah pagi ke pukul 1. Padahal pagi2 dah minum dah dalam keta. Ke bagi korang ni biasa jek? Bagi aku macam luar biasa ah sebab Imani kuat tido, die menyusu banyak tapi biasanya pagi ke pukul 1 akan habis 8oz je dulu. Teacher dia cakap, akak, saya rasa akak dah kena supply 5x4oz sehari. Alamak terjelepuk aku rasa sebab sekarang aku mengalami masalah kemunduran susu(eh buruknya word nih). Ke sebab tengah datang bulan ah, so susu memang hazab sangat nak keluar. Sampai aku sungguh2 berdoa semoga dikembalikan zaman kegemilangan dahlia teteck aku(eh dahlia teteck??)hahah. Memula memang ah aku supply 5x4oz tapi dia tak minum pun botol kelima tuh.

Terus hari ni pas keja aku nak g hunting buah longan sebab aku rasa itu milkbooster aku. Dah la sekarang aku terpaksa kuat makan sebab takut takde susu kan. Padahal dah kenyang nih, terpaksa melantak nasik gak. Gile ngantuk lepas makan nasik byk. Minum air pon banyak.

Pastu lepas aku hantar susu tu tetibe Edy kata malas ah masuk opis arini, work from home jelah sebab ujan kan. Dia pun gi ambik Imani. Haaa balik rumah minum susu lagi, memula bagi 4oz, kire penuh ah 1 storage botte tu kan, pastu dia macam lapar lagik. Haaa sudah, kena topap lagi 2oz. Sebenanya ni bekal utk esok, so tetibe dah habis. Buntu gile aku. So dia dah minum tahap 6oz sekali minum sekarang, Tetek aku ade 2 je, mampookahhhh???? Aghhh aku susah hati ni.

Frozen stock ada la beberapa belas botol ke x sampai belas eh. Dulu aku tak suka bagi frozen sebab tak sampai ati(motip???). Sekarang tu la option yang hado. Susu tu dari bulan Ogos, kire ngam2 la kan sebab susu frozen tahan 3 bulan. Aku kena habiskan dan berusaha buat stok. Baiklah baiklah. Demi mu anakku.
Tetiba je dia kuat minum kan, ke sebenanye petanda untuk aku yg dia dah ready nak makan solid food kot. Minggu depan boleh la start makan, dah masuk 6 bulan dah anak dara aku.

Tadi Edy baru call, kul 4.30 cakap Imani tersedu2 macam lapar lagi, padahal kul 3.30 baru minum 6oz uols...kellas anak mama.Tak baca bismillah eh sebelum minum, mcm x kenyang2. cmne ni.

Mesti korang nyampah kan banyak nye perkataan OZ OZ OZ..hahahhaa. Aku memang gundah gulana ni. Lepas makan tadi aku terus gi kedai susuibu.com beli supplement. Melayang 78hengget. Pil tambah susu. Pil ASI yang orang cakap bagus tu kurang menjadi la kat aku. Memula nak beli yg paling berkesan dalam tempoh 24jam, tapi harga 130 hengget utk dimakan x sampai sebulan. Nanges sbb mak bawak RM150 jek tadik. Takut takleh beli longan plak kan hahaha. So terpaksa beli yg 78 hengget. Harap2 works utk aku.

Tapi persoalannya apsal tetibe susu aku merudum2 nih. Biasa memang tak camni, sampai basah2 haaa meleleh2 pasal byk sgt kan. Now ni sekali pam aku dpt 7oz. Dulu sekali pam terus 12oz kau..mcm almost half kan berkurang. Mampu ke aku ni. Sila doakan aku ye............

p/s untuk diri sendiri. jangan lupe chilled kan 2 botol susu frozen hari nih. caiyukkkkkkkkkkkk mama demi kamilia imani!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

Shy Syaz said...

adik aku mkn supplement yg shaklee (xsure nama apentah)..setakat ni masih bertahan fully bf n campur mkn solid food..dh setahun 2 bln
try la weh...
pape jgn tension...bertenang..jgn stress2 k..(pandailah aku kasik nasihat)

bini edy said...

shy, thanks shy.aku x try lagi shaklee tu..nanti tgk cmne kalau x ok2 gak kene ambik lah kot.