Thursday, January 26, 2012

Bersalah

Malam tadi kan aku penat sangat. Pastu set alarm 5am sebab nak bangun masak puree and porridge Imani. Puree tu tinggal nak blend je, porridge tu yg belum buat apa. Bahan2 masak pon non hadooo tak potong lagi.

Imani 2,3 hari ni selsema tapi takla teruk. Cuma aku rasa hidung dia tersumbat. Ada je nostril punya spray tu tapi kalau aku nak sua ke hidung dia cam geli-geli pastu tersedar. Malam tadi dalam pukul 3.30 macam tu dia bangun merengek2 nangis2. Bukan sakit pon tapi nangis mengigau and manja. Aku dah boleh kenal dah nangis dia jenis macam mana kan. Pastu aku penat so aku macam stress la sebab dia dah tak mau tido, nak tengok babytv la, nak berguling2 la, nak panjat2 terjun katil la. Kire nak aku bangun sama la.

Pastu aku dh la penat, then pikir susu tak pam lagi ni , then macam2 lagi nak buat pagi tu, dah la 3.30 dia bangun nak main2 kan, ape lagi ngamuk le aku. Pastu aku bebel2 kat dia mcm marah2 gitu la..pastu sekarang aku rasa bersalah gile. Wuwuwuw so arini hari yg tak best sebab dah marah anak awal2 pagi buta.

Dah la tadi gi hantar taska dia tengah tido lagi, so dia belum senyum2 tengok muka aku. Biasa pagi2 mood die elok dia bangun senyum2 la masa nak hantar tu kan. Dah kat taska masa bagi kat teacher die tersedar pastu nangis meraung pasal terjaga kan. Aku dh la tak sempat susukan dia pagi ni. Last pon dalam pukul 6.30 tu pon bukan la menyusu yg betul2 pon, just dia isap sebab dia terjaga and nak kasi tido balik jek.

Aku rasa tak best gila sebab aku sebagai ibu patut berkorban la kan, setakat tak cukup tido tu perkara biasa la. Ni aku nak hangin2 plak. Anak dah la sorang tu je. Takde la aku marah dia kuat gila sampai dia nangis..dia sengih2 je masa aku marah tapi aku rasa x best. Pada usia 9 bulan bukan dia yang kena paham aku, aku la yang kena paham dia..Ni aku pegi hangin pulak..Imani, maafkan mama ye...Sedih lak sebab tak sempat manja2 pagi nih..tak sempat breastfeed, tak sempat gurau2. Dah la hantar dalam keadaan dia bad mood and aku pulak tengah kejar masa takut jammed depan Giant tuh.


Ya Allah, lindungilah anakku, Kamilia Imani..berikan kasih sayang buat pengasuh2 yang menjaga dia.Berikanlah kesabaran buat aku dalam mendidiknya, dan jadikanlah anakku anak yang patuh pada ibu bapa dan kepadaMu.

Aku harap pasni aku boleh jadi ibu yang lebih sabar dan ibu terbaik buat Imani...bersalahnyeee aku rasa. Tak patut aku buat camtu...tapi tak boleh juga terlalu memanjakan...cuma aku punye emo tu tak bertempat kot...Hmmm

Masa ni umur bape bulan ek, 7 bulan kot pasal rambut tak cukup panjang lagi. Baru start demam time ni, lepas balik dari melawat DD bersalin. Saja je letak muka sedih kasi cukup rasa sedih entry ni...


Gamba tido lagi..Aku suka tengok Imani tido sebab kalau dia tido kadang2 macam muka aku kan. Kalau dia jaga konfem 99.8% muka papa dia jek..


Mesti IMani sayang papa lebih kan sebab papa tak pernah  marah dia...










Mama janji mama takkan marah Imani sembarang2 macam malam tadi lagi okey....

1 comment:

dd dudu said...

lawanya imani tido

lawanya tangan imani

hiu~