Wednesday, January 11, 2012

Sindrom Bayi Tergoncang

Info menarik untuk para ibu bapa..saya ambil dari sini:
http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung/112863158776550
Husband saya yang share di FB, erk tapi mcm mana laki aku boleh pegi page persatuan ibu2 comel mengandung? comelnye perbuatan..

Untuk ibu bapa yang mengamalkan tidurkan anak dalam buai pun rasanya boleh ambik panduan ye.


SINDROME BAYI TERGONCANG


Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)

Kenapa bayi digoncang?

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.

2. Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas akibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan

Kenapa ianya merbahaya?

Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.

Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?

Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung
Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangka panjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.


Bagaimana mencegahnya?

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokong bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
6. Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika  (p/s to suami: jangan ambil mudah permintaan saya utk jagakan anak sebentar kalau saya cakap sy betul2 penat, sebab kalau sy cakap sy penat dan tak larat dah nak pegang, i really mean it. saya memang tak akan mengelat utk menjaga anak sebab anak adalah harta saya dunia akhirat. sob sobs..tapi suami saya memahami bab nih. TQ syg..)
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis


Kalau pengalaman kami laki bini lah kan, dari sekecil2 perkara ke sebesar2 perkara kami tak assume sendiri2. Memang akan pergi jumpa doctor. Sampai Imani dah kenal dah doctor tu dan dia tak suke doctor tu, sebab dia ingat kalau masuk je bilik doctor tu, dia akan diapa2kan, sampai kitorang kadang2 kena ambil option pergi jumpa doctor lain yang dia tak cam lagi, boleh?? 

Kes bayi tergoncang ni pernah berlaku kepada kawan saya, kawan matrik. Saya nampak dia dalam TV dalam wawancara perubatan Islam bersama Ashraf Muslim. Anak kawan saya tu ada gegaran otak kot, peristiwa berlaku tak silap di rumah babysitter.

Bab babysitter ni pun satu hal lagi, baru je berlaku anak kepada kawan saya, (yien pinjam kisah jap), meninggal sebab jatuh tangga di rumah babysitter(betul kan ni Yien?), mungkin berlaku kecederaan dalaman, sampai buah pinggang gagal berfungsi, lalu meninggal dunia. Jadi, pilihlah tempat terbaik utk anak anda dijaga dan ditinggalkan sementara kita keluar mencari rezeki. Babysitter/taska, both ada pro n con masing2 tapi saya memilih utk tempat yang ada perlindungan insurans. Later lah cite pasal taska vs babysitter nih.

Ok babai nak buat keja opis sampai lebam..

No comments: