Wednesday, August 3, 2011

Baru aku tau...

Korang yang bersalin(haa dah buat cerita mak-mak lagi).Biar lah, untuk panduan bersama. Aku sudah terlambat. So aku nak bagitau sapa2 yang masih ada masa.

Baru hari ni aku terbaca pasal period lepas bersalin. Kan biasanya orang period lambat kalau breastfeed. Aku amat tertanya-tanya kenapa aku tidak lambat macam orang lain.Orang lain sampai setahun lebih tak datang2. So senang je kan nak plan for 2nd birth.

So antara jawapan yang aku jumpa adalah, period akan delay, kalau kita menyusukan anak exclusively(tak exclusive pon takpe kot), dengan kerap DAY AND NIGHT. Waktu malam tu tak boleh ada gap yang panjang di antara 2 penyususan, contohnya 4 hingga 6 jam.

Patutla aku punye kaedah natural planning tinggal asap je kan, sebab Imani ni kuat tido. Dia biasanya minum susu sangat banyak sampai kenyang gila pastu tidur, dan tidurnya adalah sangat lama. Bila bangun balik je dia akan minum dengan banyaknya jugak.Now dia sangat jarang kot bangun malam2 dengan kerap. Kalau bangun pun sekali gitu je, lepas tu sambung tido.

Siangnya pun kalau hari minggu katakan, dia tidur awal, then bangun lewat. Memang dia akan sambung tido jugak apa-apa hal pon. So kiranya, aku rasa salah satu puncanya adalah gap between 2 penyusuan tu kot. So benda ni dah tak menjadi kat aku, maka aku dah pasrah la. Aku dah start beware dengan ovulation and fertile tuh. Sangat leceh kot nak beware2 tiap2 bulan. Now dah download pun ovulation calendar kat rumah. Kena beware kat red alert nih. T_T So sad dan jealous dengan kawan-kawan. uuuuuu. Papa Imani, approve la mama utk IUCD PELISSSS...

So kawan-kawan yang baru bersalin tu semua, sila lah pastikan penyusuan anda adalah kerap DAY AND NIGHT, gap between 2 penyusuan tak boleh lebih 4-6hours. Imani pun memang menyusu kerap tapi sekarang time tidur dia memang nyenyak sangat. Aku yang dah sekian lama tak cukup tido(pernah tau aku tak tidur 2 hari straight pasal jaga dia), bila dia dah boleh tido lama tu aku macam happy la, tak tau plak boleh mempengaruhi sesuatu yang penting. Mana la aku tau benda ni akan effect kepada terjadinya period(korang yang laki yang baca blog ni anggap jela ilmu utk isteri masing2 ye. Sori lah kalau rasa annoying tapi ada aku kisah? hahaha). So kawan2 yang belum kena, sila lah berjaga2. Maybe aku memang kategori yg tak bernasib baik kot. Sian tak kat aku?

5 comments:

efa fairuz said...

same aa akak pon xleh natural planning sbb lepas pantang je, straightaway dtg period on the next month, n kitaran tetap pulak tu, x penah miss..sbbtu terbabas yg kedua time anak sulung still 6 bulan..huhu.. mmg pakai IUD ni selamat laa..

noname said...

hey uols xmention nama ciare n promote stroller uols ;P

Madam Amie said...

Lisa dah period ek.. :) Akak masih belom lg. Reason yg lisa nyatakan tu betul la tuh.. Akak masih lagi bangun 3 kali susukan niya.. ngantuk tok sah cakap la.. pasrah je..kalau nak baby nampak comel2 gebu bam bam tu kene rajin2 susukan waktu malam.. sebab waktu antara 12 am ke atas susu ibu adalah hindmilk... tp tuh la.. imani nih kuat tido ek.. niya tak pernah la lagi tidur lama waktu mcam imani.. niya asyik nenen je especially 12am sampai subuh.. berat dia pun dah 8kg skrg 4 bulan lebih..

aminah said...

salam, saya nak tanya sikit...Imani dulu xmo direct feeding kan?camne sekarang dia nak pulak ye..
baby saya now 2 month masih belum nak direct feeding lagi..kalau ada tips share la ye..

thanx :)

-aminah

aminah said...

oo btw kalau awak boleh email saya appreciate sgt2...

email saya emzackshop@gmail.com

thanx ya! :)

-aminah