Friday, August 5, 2011

Entry macam bese ahhh. hahaha

Bila entah aku ni nak OK dengan hakikat aku kerja dan kena hantar anak ke taska. Hari-hari pun nak sedih. Kata ganas. Dah la font YM dah tuka kaler pink, suami isteri kura-kura dudu dan kuku cakap aku dah tak ganas. Alah akak pink tu pon pinky2 jugak,tapi ganas ape, sampai laki dia org no 1 pon takut kat dia. Kan???Entah-entah ade je lelaki yang badan besar dan kepala botak tapi dalam hati dia ada taman, kan? Sapa tau kan kan? Ha haaaaaaa.

Hari Jumaat sebelum-sebelum ni selalunya Imani pegi taska halfday kot, tengah hari aku ambik or memang tak masuk langsung. Pasalnya memang asyik kebetulan je, Jumaat ada checkup la, Jumaat laa mak datang la, adik aku ada laa..Macam-macam kebetulan. Inilah Jumaat pertama yang dia kena duduk taska dari pagi sampai petang. Dah la hari jumaat aku rehat 12.15 hingga 2.45 kan, so aku rasa bersalah pulak bila dia kene duk taska, aku pulak boleh ronggeng2 pegi Jusco ke, balik umah tido ke. Suka ati korang la nak kata aku mengada ke ape, ni perasaan aku k, jangan sapa2 nak menidakkan nanti aku putuskan sahabat ngan korang hahahha. Serius camtu sekali ye aku punya in denial terhadap hakikat aku keja, kena anta anak taska.

Ape aku nak buat eh pukul 12.15 sampai 2.45. Aku memang tak boleh ada kat rumah kalau dia takde nanti aku nampak pampers dia la, baju dia la, aku jadi sedih sebab dia kat taska. Haha masalah mental eh aku ni? Tak kisah ah mental tak mental, aku penat2 bawak perut 39 minggu, penat2 teran kan, so why not berperasaan begitu. Fragile nye aku. Wah so woman la uols...

Aku sebenanya ada plan lagi nak unpaid leave ni nak jadi suri rumah sambil2 ada la buat keja lain kan, byk lagi keja lain menimbun tu yg Edy dah dapat, tapi tetibe plak sorang officer tu nak sambung belajar, so aku kena tanggung keja dia. Dapat ah elaun tambahan 600-700 gak kot kat aku selama 2 taun ye uols..pasal dia tu baru jek naik pangkat dan aku dapat beberapa portion la dari basic dia..Tapi aku tak hepi pon aku rasa macam terbeban pulak nak buat keja dia lagi, keja aku lagi, sogok aku dengan 600-700 memang tak bagi makna pon kat aku. Sebab si kecik kat rumah tu lagi bermakna. Takutnya lah hai pasni aku kena outstation ke, pasal unit dia tu memang selalu oustation, pastu takut gak kena balik lewat. Cukup2 la masa bawak perut je aku balik keja puku 7,8+. Sekarang aku nak rilek2 jek.

Imani maafkanlah mama ye, mama kena keja la sebab nak bayar Astro. Mama dah bagi2 dah bil2 lain semua kat papa, tinggal mama kena bayar astro je, kalau mama tak keja macam mana Imani nak tengok babytv. Hahhahaa..Boleh ke ek kata2 semangat cmtu?

Ok lah, nak babai dah. Sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh!

No comments: