Setakat 3 hari berlalu ni alhamdulillah mampu lagi puasa penuh.
Ajaib jugak sebab aku tak rasa lapar sangat macam puasa-puasa sebelum ni. Biasanya kalau puasa, pukul 4 macam tu aku dah pening kepala gila sebab tak makan. Aku pelik sikit, bila lapar, jadi pening kepala berdenyut-denyut.
Puasa kali ni aku rasa agak mencabar pada awalnya. Tapi tak sangka mampu bertahan. Alhamdulillah susu pun macam semakin OK balik. Cuma sangat haus je, pasal air memang amat diperlukan kan kalau menyusu badan. Kemarin masa Imani menyusu 3x waktu tengah hari tu memang haus sangat-sangat. Dah la pagi tu dah pam dah siap-siap. Pastu balik rumah dia menyusu lagi 3x. Petang tu nak kena pam lagi. Balik taska tu dia menyusu lagi 2x. Memang boleh agak lah kan berapa banyak air yang hilang.
Memang tak cukup kot kalau pagi2 masa sahur minum sebotol air mineral besar sekalipun. Aku sangat risau takut takda susu untuk dia. Bekalan frozen pon ada 20 botol je. Harap2 cukup lah sepanjang Ramadhan nih.
Yang pasti,setiap pagi aku akan timbang berat(lepas sahur), 47.5kg. Dekat2 berbuka yang bila aku dah rasa kering gila dah tu, timbang lagi, turun jadi 46kg. Ingatkan penimbang rosak, tapi dah 3 hari mcm tu dan pagi ni pon 47.5kg gak, petang nanti mesti kalau bukan 47, 46kg la. Aku saspek 1-2kg yang tiba2 hilang sementara tu adalah kekurangan air pada diri aku ni kot. Pasalnya bila dah restore balik tenaga, air, makanan semua, berat naik balik. So, macam agak ketara kan pengeluaran air dari badan nih? Sampai aku sehari suntuk tak ke tandas pasal takde air dah untuk di shi shi..Hebat betul penangan menyusu badan ye.
So supaya diri ini berhati2, takut dehydrated kan, kena lah paksa diri minum air banyak-banyak. Tapi malam tadi tertido awal lagi, so tak sempat minum banyak2. Pagi tadi sahur sempat sambar tak sampai separuh botol minerah besar, jadinya pagi nih dah kehausan setelah pam 9oz pagi tadi beserta budak kecik yg menyusu 2x dah lepas sahur tadi. Belum pun gerak gi opis aku dah kehausan gila. Macam nak kecur liur tengok air mineral kat sebelah ni hahaha.
Semoga hari ini aku dapat berpuasa penuh lagi. Amin......
p/s: u all, longan/mata kucing tu rasanya membantu aku kot mengembalikan susu. Aku makan longan fresh, makan buah bukan minum air longan. Ke sebab aku dah consistent balik ambik pil kalsium pun tak pasti lah. Eh, boleh tak nak makan kalsium 2 bijik sehari, instead of 1 jek, sebab dulu2 masa pregnant makan 1 je sehari. Ni mcm perlu lebih kalsium pulak pasal setiap kali penyusuan kan, akan guna balik kalsium kite. Baby akan tarik2 kalsium kita. Tak mau ah aku reput tulang. Keh keh.
2 comments:
entry ni pun xde iklan promot stroller cam ciare dah :O
laki bini ni motip korang????
Post a Comment