Tuesday, September 27, 2011

Bengkak jari anak aku

Erk, aku online facebook tadi pastu masuk group mommies ke group menyusu eh. Pastu nampak ada orang komen pasal anak dia tak boleh tido malam pastu dia kaitkan dengan cara uri ditanam. Dia cakap betul ke kalau tanam uri tak letak byk2 benda boleh pengaruhi anak tak tido malam. Aku rasa macam sangat 'HAAAA???' sangat kat statement dia. Memang tanjat boboi sangat2. Sebab ni first time aku dengar. Pastu dia cakap dia just letak pensel dengan buku je? Aku pun lagi sekali sangat 'HAAAAAAA????'..

Alamak mcm nak komen jek tapi biar la tak kenal dia pun. Cuma aku rasa kepercayaan orang dulu2 ni merapu sangat kan. Zaman dulu2 nabi2 dulu takde pensel, ade ke dorang tanam uri taruk pensel? Benda nabi tak ajar, tak suruh semua orang gigih nak buat. Yang nabi suruh malas pulak. Pelik aku dengan kepercayaan masyarakat yang merapu nih. Apa relevan ye benda tu? Kot2 la ada kebaikannya kan cer korang share. Aku terkejut sungguh sebab memang baru 1st time aku dapat tau pasal tanam uri kena letak mcm2 barang sekali.
Khurafat sungguh!!!!!!!Boleh tak nak samakan dengan orang cina yang tanam mayat sekali dengan harta??Lebih kurang la kan?

Lucu okey tanam dengan buku, dengan pensel. Apsal tak tanam dengan ipad sekali? Zaman sekarang orang tak layan buku+pensel dah la. Pakai ipad 2 jek. Ke sebab ipad 2 mahal so takyah tanam? Hahahahaha hahahhah nak gelak boleh?
tapi sapa buat benda ni jgn kecik ati ye. aku kan memang mulut laser.

ok dah..nak sambung topik lain.
Tadi balik keja, ambik Imani. Sampai umah je aku terperanjat tengok jari Imani bengkak, merah2 tegang dan tembam sekali. Aku risau la dia ada tersepit pintu ke, jatuh dan terseliuh ke, baby lain jatuh atas dia ke kan. Salah ke nak risau??Anak aku okey!Jari telunjuk kiri. Tapi dia langsung tak nangis, sangat gembira dan tersengih2 macam biasa serta aktif nak meniarap atas car seat(aaaaaaaghh yg ni aku tension!). Pastu aku luruskan jari dia, bengkok2kan pun dia tak nangis, so lega sikit. Tapi bengkak tu agak besar.

Tetibe aku terbayang kisah2 org salah dos ubat, salah bagi vaksin la apa ke baby sampai ada yg jari jadi itam, putus satu persatu, pastu teringat kisah serta jari Aisya yang tumpah tomyam panas tu aku pun terus lagi ngeeeeeeeeeee...takutnyeee..Call2 owner taska mintak tanyakan cikgu arini Imani ada jatuh taaak? Ada nangis kuat2 tak, pastu dorang cakap takde tapi masa mandikan Imani 9am pagi tadi cikgu dia dh perasan jari dia memang dh bengkak. Cikgu lupa plak nak inform aku petang tu pasal jari tuh. Masalahnye pagi2 tu 7+ aku hantar dia belum bengkak sebab aku memang suke membelai dan pegang jari2 kiri dia masa aku benti kat mana2 time drive.Masa tu x bengkak, okey!

So last2 aku gi klinik. Doc cakap maybe insect bites kot, die gigit kat joint tengah, so toksin dalam insect tu merebak ke hujung dan atas jari, maka bengkaklah terus 1 jari itew.Lagipun sebab Imani aku tengok petang ni kuat sangat menghisap jari yang tu seolah2 nak lari dari rasa gatal. Dia rasa gatal kot. Comelnya anak mama nak hilangkan gatal gigit2 jari hahah.Doc cakap kalau terseliuh ke ape konfem kalau kite luruskan, baby akan menjerit sakan. So aku dah lega la sbb dah dapatkan opinion doctor kan, asalnye pun mmg aku suspect insect bites tapi aku tak nak la assume sendiri. Lebih baik aku beringat sebelum aku menyesal kan. Pastu doc bagi la ubat bengkak. Pastu now Imani dah tido..Harap2 esok dah pulih balik, sebab walaupun dah lega, aku tetap risau gak sebab punca sebenar memang tak tau kan, smue tu based on assumption jek.

ni lah jarinyeee..



Mestila aku risau kan sebab dekat sendi tengah tu memang tegang sgt sampai bila sentuh dah tak dapat rasa sendi tuh, sebab dah bengkak sangat. Sian anak mama.

Si jejaribengkak. eh macam nama sape eh gitu? Puk! Sian anak mama. Dah tido dah lepas makan ubat dan minum susu. Ubat tu sedap kot, dia tak luahkan balik pun. :)

Ok, get well soon my princess.. I love you..!!



nah bagi gamba senyum..
Kawan baru Imani ni nama dia Bella-Bella..

Tido dengan kawan baru jugak. Papa memang suke beli toys utk Imani. Selamat duit mama. Yang ni tak bagi nama lagi, mama ingat nak taruk nama Aminah, hahaha Islamik sket.

Haaa ni crocodile papa jugak yang beli. Selamat lagi duit mama. Besarnye. Mama belum kasik nama. Nak panggil Crocs jelah boleh? Kalau mainan yg besar2 size tu papa la yg beli, kalau kecik2 cinonet harga RM20 ke bawah konfem mama yang beli kehkeh. Budak ni nangis sebab tengok mama+papa dah cantik2 nak keluar, dia ingat orang nak tinggal dia. Kosserrrr nak tinggal awak kat umah okeyyyy, awak baru 5 bulan.

Haha, sila lihat mulut mereka berdua ketika senyum. Papa senget belah kanan(ikut pandangan kita la), Imani lak senget kiri. Orang kata dorang ni muka sama. Aku rasa tak ah (jeles ke?). Tapi Imani gelap sket eh dari papa. Erm kuning sket la. Haaa yg tu ngikut mama. Hahaha.

Oklah babai....I love you sayang....

Saturday, September 24, 2011

Kuang ajooo

Kuang hajo tul..hahha. ahhhhhhhhh kuang hajo tapi nak gelak gak.
Arini aku logon laptop aku tetibe ade gamba desktop baru.
Memang hazabbbbbbbbbbbs..

Motip Edy sempat godek pastu dia pegi tandakan aku yg mana, pastu die set as desktop background.
Cis cis cisssssssssssssssssssssssssssss
Nanti aku nak cari gamba dia masa kecik2 idung kemek siap dia..

nih uols..hazab kan???


Pasukan genderang sekolah...tak kossserrrr..darjah 5..nama je masuk band tapi main yg bunyi klepet klepet tu, apekebendenya nama dia..budussnye rupe aku masa ni. Harap2 Imani darjah 5 tak rupe cenggini..amin..


mak sentap uols!!!

Friday, September 23, 2011

Untuk para ibu...dan bapa..

Ya Allah Ya Tuhanku.
Kau permudah dan permurahkanlah urusan kerja dan rezeki suamiku.
Aku nak benti keja.

Ye la aku tau bajet terbaru nak bentang before pilihanraya ni dengar2 ada penyelarasan gaji baru utk penjawat awam(aku ke tu?), or ada bonus. Org swasta mesti tak puas ati kan sebab diorang cakap pekerja awam lembab nak mampos tapi asyik mintak naik gaji ngan bonus je dah la guna duit dorang bayar tax hahahhaha aku pon cakap camtu gak dulu masa aku kena bayar tax.. Haha, being in dua2 institusi ni, aku leh bagi kesimpulan, gomen dan swasta sama je, yg OK, Ok, yang lembab tu mmg lembab nak mampos bergantung kepada org tu sendiri kot. Keja kerajaan ni jadi lembab sebab byk level kot nak kene kelulusan. Takleh nak straight to the point je. So manusia kat level atas sekali yg sepatutnya meluluskan sesuatu tu la yg menyebabkan benda2 lain tergendala. Itu salah satu punca yg aku nampak la. Mcm bab2 waran perjawatan, kalau agensi kecik, kene rujuk kementerian dulu. Kementerian pulak nak kene rujuk JPA pulak. Situ la birokrasinye yg melembabkan proses. Gituh.

Vendor2 opis aku ni pulak which is kompom lah org swasta kan, lembab gak aku tengok. Kan main kan dalam bisnes kad kau, nama kau director la ape, nak designation cas bagus je. Aku tengok IC, oh tahun 1985..Sebaya aku ni wauuu dah jadik director. Ala setakat cmpany proxy memang begitu la dorang. Yang aku perasan tender2/quotation ni, 1 cmpany besar akan masuk banyak2, dorang guna subsidiaries dorang. Pastu dorang variasikan la spek teknikal dan kewangan supaya salah satu company dorang lekat kat jawatankuasa sebut harga. Ni aku syak cmpany yg lembab nak mampos yg dpt menang sebutharga opis aku ni kategori camni lah kot umur 24,25 masing2 nak jadik director katanya tapi email etika pon xde. Kesain pengarah aku send email kat dorang berjela2 merujuk perkara dia atas, blablabla sehubungan itu(well korang takkan x tau kan betapa rasmi nye emel2 dari gomen ni kan), alih2 pmpuan 'director' tu reply camni: OK NOTED.

Aku sebagai orang kanan bos aku ni rasa mcm chilakerr nye kau director swasta umur 25taun oi, kau balas emel customer mcm itew je. kau ingat dia anta BBM ke,. YM ke kat kau? Itu email rasmi hokey. Dah la xde Dear XXX, Thanks segala. Main belasah je terus jawab OK NOTED. Bahabi kan? So, bagus sangat ke swasta tu???? Wah tetibe sentap ngan swasta. Hahhaa.

Same jelah, keje gomen ke swasta ke, kalau org tu lembab, tetap lembab la. Cume org akan highlight org keja gomen je sbb duit org keja gomen kan duit rakyat. Tapi pastu duit rakyat tu, nanti peruntukan nye pergi ke gomen, pastu gomen plak dapatkan servis dari swasta, so duit tu patah balik ke swasta jugak kan. Gitu je pusing2nye.

Jadi sebagai manusia yg dengan pasrahnya masuk gomen sebab mak aku bising gile wey dulu, aku kene tadah telinga je ok bile orang kutuk gomen dan sedar diri. Hahhaa.

Eh motip kan entry ni jadi gomen vs swasta tapi sebenanye aku nak cakap aku harap rezeki keluarga aku bertambah, sebab aku memang nak benti keja la kalau boleh. Aku x puas ati la tak jaga anak sendiri. Aku ada bincang2 ngan kwn aku pasal anta anak ke neseri, ada 1 neseri tu kan(bukan taska anak aku daa taska anak aku ok je setakat ni), utk budak yg baru makan, umur dlm 8 bulan kot, dorang letak je makanan kat depan budak. Budak tu nak jilat2 makanan tu mcm kucing ke, nak guna tapak tangan ke, siku ke. Lantak kau lah budak janji aku dapat duit mak bapak kau bayar yuran. Haaa begitewww uols.

Tetiba aku bergenang air mata memikirkan anak aku. Adakah dia mendapat penjagaan yg baik? Kita yg keja ni x tau kan anak kita dijaga mcm mana. Cuma aku berharap anak aku dijaga dengan baik. Aku compare2 dengan kehidupan aku masa kecik2 semuanya superb mak aku sediakan. Tetibe aku rasa syahdu dan sangat sedih sbb aku tak boleh bagi penjagaan mcm tu kat anak aku sebab aku keja. T_T Nanges sangat2 uols.

Sedih bile aku bayangkan anak aku nanti dah sekolah kene naik bas sekolah, abis sekolah kena transit duduk taska pulak, petang2 baru aku gi ambik dia. Sedangkan kehidupan aku zaman dulu, balik sekolah mak aku dh tercongok depan pagar sekolah dalam keta dengan spek itamnye tunggu aku balik. Pastu balik rumah aku mandi2 dulu, makan2 semua sedap, pastu mak anta lagi pergi fadhu ain atau tuisyen. Aku sangat sedih sebab aku rasa anak aku x dapat ape yg aku dapat dulu. Aku bercita2 nak bagi Imani dapat sekurang2nya apa yg aku dapat masa aku kecik2 dulu, tapi sekarang semua kena harapkan org lain yg kite tak kenal buat semua tu dan kite bayar je duit bulan2.

Macam kat taska kan, aku selalu gak ngintai2 kan, budak2 memang suke jilat2. Ada yg jilat lantai la, jilat grill la. Cikgu2 memang tak sempat nak monitor sorang2 memang kite takleh salahkan dorang kan, sebab ramai dorang nak jaga. Aku membayangkan nanti Imani dah pandai merangkak, dia pegi ke segenap penjuru taska, jilat2 lantai, jilat2 grill waaaaaaaaa aku x dapat terima sangat2. Aku sedih. Aku kecik2 dulu nak jilat kekotoran2 ni sah2 mak aku dah halang awal2.

Jadi kesimpulannya takkan ada org boleh jaga anak kita sebaik kita sendiri, selain ibu dorang, melainkan mak dia memang seks rambang dpt anak luar nikah memang ah dia buang je anak dia. kan?? Aku memang cerewet sikit. Aku sebenarnya dah tak sayang pon kerja aku, duit gaji ni semua. Semua tu dah jatuh taraf dah dalam priority aku. Aku nak jaga anak sendiri. korang doa2kanlah rezeki kami murah dengan tiba2, aku memang nak kerja dari rumah je. Aku nak jaga anak..........

Imani, maafkanlah mama sebab terpaksa harapkan orang lain jaga Imani..Mama sedih sebenarnya tapi mama terpaksa. Doakan papa murah rezeki nanti kita boleh bersama 24/7..sob sob nanges aku type nih..uwaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, September 20, 2011

yeay

Aku hepy sebab pipi dah naik balik sikit.
Yeay dah tak cengkung dan tak nampak sakit dah.
yeay..
yeay...
yeayy...berat dah naik 500g. First time happy berat naik.

motip update blog 4,5 line mcm sampah-sarap? tp ramai je blogger buat gini kan? hahahhaa.

bye.

Monday, September 19, 2011

Sorry

Eh aku nak mintak maap. Ade a few comments yg needs to be moderated aku belum approve. Pastu rupenya banyak je entry lain ada org komen tapi mark as spam, kebanyakan nye dari ina ibu qeisya. sorry beb aku baru perasan hahhaa. Aku ni memang buat blog update blog pon jarang2, lagi kan pulak nak check2 pastu baru aku tau arini ade byk gak komen yg masuk kat comment spam dan semuanya sebenarnye bukan spam, komen tu sebelum imani lahir lagik. motip?

sorry uols!!

Sunday, September 11, 2011

Takziah untuk Ana dan Jat.

Pada 9/9 hari tu Ana dan Jat telah kehilangan putera mereka,yang baru je berusia 3 bulan., Faris Aiman. Ralat jugak aku sebab tak sempat nak melawat kan. Kitorang ada byk benda nak diuruskan malam tu, Edy pon balik lewat sikit, tapi cuba la jugak untuk pergi ke SJMC kot2 sempat kan. Dah nak sampai dah pun, call Aro, Aro kata diorang semua dah balik and Jat dan Ana ke balai buat report(tak sure). So, sebab aku tak nak mengganggu ibu bapa arwah, aku x la call ke ape, so decide utk balik je. Edy gigih jugak nk cari balai2 terdekat tapi aku dah hampa kan, takut tersalah balai pastu nak cari2 lagi. Alasan Edy sebab dia kata sempat ni jumpe, polis kan menaip report lembab T_T. Hummm, maafkanlah daku, Jat dan Ana..

Kisahnya, Aiman ni tersedak susu di nursery. Rasanya babysitter tu sendal botol susu dengan apa2 je kot, dan bukan pangku bayi. Macam agak mustahil kan kalau dia pangku bayi tu dan susukan betul2, bayi mesti tak akan tersedak punye, or kalau tersedak pun masih boleh dikawal. Aku tak dapat la details yg betul2 tepat kan sebab aku tak jumpe sape2 nak mengesahkan kisahnya. Cuma part tersedak susu di nursery tu je aku nak highlight. Selama ni duk baca kat paper, now benda ni jadi kat kawan sendiri. Ibu mana, bapa mana tak sedih kan? Kita dah bagi kepercayaan pada orang utk jaga anak kita sementara kita keluar mencari rezeki, tapi kesudahannya macam ni. Bukannya kita suruh jaga free jadi amah, tapi kita bayar..kan? Nursery2 ni macam tak ambik iktibar la dengan kes2 yg dah banyak terlapor tu.

Apa2 pun aku harap, Jat dan Ana sentiasa tabah dan redha atas pemergian Faris Aiman. Ana seorang yang ceria, kalau tak caya tengok jela blog, twitter dan FB nye. Aku harap Ana boleh tabah, aku tak rasa aku boleh jadi setabah mereka. Tapi kalau mereka redha, InsyaAllah, Faris Aiman akan tunggu Jat dan Ana kat syurga nanti. Sungguh beruntung korang. Takpela, Allah pinjamkan Aiman sekejap untuk korang berkasih sayang di dunia, tapi nanti kat akhirat korang boleh sama2 selamanya.

Semoga kisah yang sama ni tak berulang untuk Imani, dan anak2 kawan2 yg lain. Risau betul orang jaga anak kita. Memang tak akan pernah sama dengan kita sendiri yang jaga. Tapi, tak ada pilihan kan, memang kena hire orang utk jagakan anak. What to do?

Aku harap, pembaca2 blog ni boleh pinjamkan masa korang seminit dua untuk sedekahkan Al Fatihah dengan ikhlas buat anakanda Faris Aiman bin Mohd Aizat. Al fatihah dan salam takziah dari kami sekeluarga.

Thursday, September 8, 2011

Aku takde mood dah.

Ish pagi ni aku kepochi tanya cikgu taska, sebab aku nampak muke baby tu mcm tak familiar. eh eh tu baby baru ye...so aku tanya dia, now baby dah ada bape org ek? sbb dalam rekod kepala otak aku, ada 6 hari tu. Tup2 cikgu tu cakap, baby dah ada 7 org dah..tapi yg baru masuk ni dah besar, dah 6 bulan. oh em gi...6 bulan..belum pandai  makan sendiri ape semua kan uols.

Aku pun texting lah yaya comel bini pijoe. sbab anak weols ni kan skulmet katanya..skul la sangat kan, padahal taska hahaha. Dulu kan kami sgt gembira sbb katanya taska nak limitkan 5 orang je utk baby. Memang aku naik visit tmpat baby smue pun memang ade 5 babycots. Each baby with their own cot kan. So sangat comfy di situ. Kalau kat facebook, orang akan like gitu kan. Tapi bagai batu bata menghempap bile pagi ni aku dapat tau baby dah 7. Tetiba yaya cakap sorang cikgu baru resign. So now ade 2 teachers je nak jaga baby+kanak2 yang 19(ni rekod hari tu laa, masa aku tanya latest dorg kata ada 19. aku rasa now dah bertambah kot.).

So sebagai ibu yang ada blog, tak salah kot aku menhamburkan kata2 kerisauan di sini. AKu tak mau kutuk, x mau caci dan cerca sebab aku memang puas hati dengan servis taska tu sebelum ni. Memang bagus la setakat ni. Tapi sejak dh bertambah baby dan cikgu berkurang, cuba bagitau aku, ibu mana yang tak risau. Kita sendiri nak handle anak sorang pun tercungap2 kan dengan peel anak. Cuba bayangkan anak muda yang nak handle 7 baby sekaligus. Ok la nama taska aku x mau la bagitau sebab aku tak nak tinggalkan bad reputation kat taska, lagipun ownernya baik, cikgu jaga anak aku elok2. Aku sangat berterima kasih. Pointnye di sini adalah aku risau ni takut anak aku tak terjaga. Korang paham2 la kan baby ni macam2 peel pon ada kan..Mana yang nak menjeritnye, nak nangis la ape la. Anak aku dah la sejak2 pandai meniarap ni, tengah gigih nak kedepan2 kan badan. Kalau tak berjaya dia mcm sua2 muka ke tilam(nampak macam nak lemas kan.) Tu under supervision aku sendiri aku tengok mcm tu, oh risaunye mamaaaaaaaaaaaa kalau anak mama buat peel mcm tu dan cikgu tak nampak..

Kalau korang,korang buat ape? .Aku dh takde mood nak keja ni sebab aku pikir anak je nih..Imani, bangun minum susu,mandi, pastu tido je balik okeyyyyy..tolongla sayang... Imani tido la sepanjang hari kat taska, mama tak nak anything bad happen to u masa imani tengah sedar dan bermain2 tu,anakanda...

Aku rasa nak pindah masuk umah lebih besar dan cari bibik lah....ahhh aku buntu nih......tension gila.