Wednesday, March 30, 2011

Adoi

Eh sakit perut nak bersalin tu macam mana rasa nya?

Tiba2 masa aku tgh bagi training kat bos yang aku 'kasihi' tadi, waaaaaaaaahh aku pulak yang train dia, motip?, tiba2 sakit perut yang lenguuuuuuuuuuuuuuuuuh sangat2 dan lenguh gila.

Macam senggugut la.
Sakit cucuk2 kat pinggang, lepas tu kaki aku jadi lenguh sangat2. Ala, memang mcm period pain la.
Sakit nak bersalin ada tak macam period pain? Ke false alarm?

Terpaksa aku balik keja awal arini. Ni tgh tggu ofis hour habis la nih. Dah siap2 dah aku dengan kunci kete bagai. Harap2 belum tanda bersalin la sebab aku tak ready lagi ni. Laki aku pon kat Shah Alam lagi ni urus hal company.

Mcm mana ni? neves nya takut tiba eh eh aku beranak esok lusa ke, camne? mak aku tak sempat dtg lagi ni. Flight ticket x sempat book. Kain batik takde lagi ni. Adoihhhhh. Baru aku tau, aku belum prepare utk diri aku sendiri la. Aku prepare utk baby je. Aghhhhhhhhh tension tension.

Nantikan esok lusa, adakah aku sudah beranak? jeng jeng jeng..









Hopefully ni false alarm. Adooooooooooooooi sakit sangat2 tapi motif sempat update blog? T_T

Sunday, March 27, 2011

Week 37

Eeee blog aku macam kindergarten eh? Hahahah. Mode menyambut kelahiran anak katanya.
Now dah 9 bulan dah. Dah nak masuk minggu ke 37. Biasanya orang bersalin minggu ke38 ke, 40 ye?
Takutnyaa nak bersalin. Tak tau la macam mana rasanya.

Lately ramai pulak google and jump to blog ni dengan search keyword mimpi bersalin la, bersalin week 34, baby berat 2.4kg la. Sorila, blog ini tidak membantu sebab blog ni blog ala2 sampah sarap je kan. Hehe.

Nervous sangat2 sekarang, sebab tak tau bila laa baby nak keluar, kan. Tunggulah 1 April tengok doc ckp apa, kalau dia suruh standby by week 38 or 39, dah boleh dah suruh family datang. Kesiannya dorang nak dtg jauh2, kan.

Now takde pun tanda2 dia nak keluar awal ke ape. Berat dlm 2.5-2.6 dah kot sekarang. Kalau boleh masa keluar tu x nak la besar2 sangat 3kilo lebih2 tu. Biar la baby membesar kat luar. Bape helai eh baju baby nak dibawa ke hospital? Nanti aku bersalin kat DEMC shah alam tau, sapa2 nak datang silekan..Ok tata.

Monday, March 21, 2011

Aku bosan

Hari ini hari Isnin. Entah kenapa tiba2 sakit kaki kanan kat celah2 kangk****. Jangan terberanak ye. Baby, sila jangan keluar lagi sebab mama terpinjam duit baby RM50 pagi tadi, nak cepat. Ada duit rupiah je dalam purse. Motif kan, duit rupiah ada, ringgit takda.  Hahaha, nanti tetiba nak bayar bil hospital short RM50. Ingatkan dah cukup dah duit dalam sampul, pastu lenggang2 kangkung pegi beranak, kang, eh eh tak cukup 50. Hahaha.

Bos aku ni pulak hari ni duk tanya2 boleh tak aku outstation ape bala semua tu ujung2 bulan ni. Aku banyak kerja la nak siapkan kat ofis. Suruh outstation pergi kursus entah ape ape pulak tu. Ape benda la asyik2 kursus je, tak pandai2 pun. Aku sorang je kot macam tu. Bukan keja aku tuh. Selamba je aku cakap tak nak...Hahaha, boleh? Melawan je keja aku sekarang.

Sebab bosan, pastu aku jadi nyampah kat blog layout aku.Terus tuka lagi, jadi sangat kanak-kanak ribena berry(sambil2 nyanyi lagu ribena style hindustan.motip iklan ribena tu macam tuh? Tak kuasa!). Ni nama dia layout sempena baby nak keluar nih. Alah setakat layout blogspot, pilih2 je lah, kan semua dah ada. hehehe. Bukan aku kena pakai psd ke bagaii nak design2 kan. Tetiba cari background yang paling kanak2. Hurm. berjaya ditemui. Lepas tu tiba-tiba datang mood nak mencari bantal kanak-kanak or kartun-kartun kat baby. Semangat membara setelah melihat gamba background ini. Baiklah nanti kita pergi cari ye.

Nursery, pengasuh tak cari lagi nih. Lepas tu Edy cakap dia nak jaga sendiri. Aku kerja opis hour. Dia keja tak masuk opis pun. Dia suka hati je nak masuk ke tak nak. Best kan, beliau. Nanti bulan 6 macam tu dia nak sewa opis kat Cyberjaya. Lepas tu kalau dia kena masuk opis je dia nak hantar anak ke nursery, boleh? Kalau duduk rumah je, dia suruh baby duduk rumah dengan dia. Hahaha. Sekarang boleh la cakap kan, nanti kejap lagi busy meeting sana sini mcm mana, abang? (wah aku tak panggil dia abang..dulu2 penah panggil dia abang, lepas tu dia pun panggil aku adik. Motif??). Jadi bagaimana, ya? Bagaimana anakku ini, siapa mahu jaga? Ikutkan, aku dah malas dah kerja. Bosan. Hehehe. Tapi duit, nak..

O.k saya nak siapkan website development. Aku sangat yakin je sempat siap by end of this week, sebenarnya hakikatnya macam tak sempat. Tapi takpe, kuasa ibu mengandung yeyeaaaaaaaaaaaaaaaaaaah.

Bai.

Saturday, March 19, 2011

Check up @ week 35

Semalam aku cuti. Sebab nak pergi checkup. Tak kuasa aku nak ambik halfday, mc, time slip bagai. Baik aku ambik cuti je, boleh aku guling2 atas katil lama sikit, pagi tuh.

Checkup kali ni adalah untuk minggu ke 35. Baby dah 2.4kg. Aku tanya doc, doc, ni average size ke. Dia cakap, ermmmmm bukan average la, but the size is goooooooooooooood. So ape maksud puan doc? Size baby ni ikut size sepatutnye lah gamaknye ye.

Baby ni nakal betul. Elok2 je 2-3minit before masuk bilik doc, dia tersedu2 dengan jaya sambil tendang2 aku dengan sangat padu. Sepakan penalti uols. Tapi dan-dan je masuk bilik doc dia boleh tido nyenyak takmau gerak langsung. So aku   tak boleh laa nak tengok aksi2 dia. Baru je plan nak tau ape benda laa dia buat sebenarnya sampai kadang2 aku sakiiiiiiiiiiiiiiiiit gila bila dia gerak tu. tup2 dia tido. Pastu elok2 klua bilik doc, baru je duduk kat luar tu, terus bangun balik, beliau. Adoiiiiiiiiiii. Ni kes sabotaj mak sendiri nih. Tapi takpe, nampak lagi tuuuuuuuuuuut die. Apam keciiiiiiiiiiiiiik jek hehehe. Kiut sangat..

Baiklah, lagi 2 minggu ade checkup lagi. Week 37, dan akan diseluk2. Oh takutttttttttttt. Ciare, ko dah takutkan aku laaa..Semalam aku notice dlm bilik doc ade banyak sarung tangan getah tu. Ohhhhhhhhhhh nak guna buat seluk2 la tuh..Takuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. Seluk sampai takat pakai gelang ye, ciare. Waaaaaaaaaaa gigil...

Awal2 dulu kan doc suspect aku kene diabetis during pregnancy. Sebenanye aku normal je, x diabetic pon. Sugar level aku pun biasa2 je skrg walaupun sebelum tu membantai 4-5 bijik big apple donut yg kaya raya dengan gula itu. Kate ngandung, harusla aku makan overdose hahaa. Tapi doc ni duk asyik laaaaaa cakap, 'puan, kalau org diabetic ni..dia blablablablala...'. Doctor, iols tak diabeticcc hokkayyy!!! Just saja2 pantau sendiri je dah alang2 ade glucometer kan..So tiap kali pegi jmpe doc, aku bwk la bacaan BSP. Tu pon aku tak control makan pon, bacaan leh dpt 4-5 je..Kalau control harus la sugar level lagi rendah.

Doc nak monitor size baby sbb ntaaaaaaaaaaaah dia asyik risau aku diabetis..Hahha. Kalau baby besar sangat, nak induce. Tapi size baby aku GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOD. So doc cakap u tunggu jela dia klua, boleh? Hahah tapi kalau at week 38 nak induce pun xpe, cepat sket. Letih yg amat nak bawak budak kecik nih dlm perut. Lagipun aku dah malas dah nak kerja. Cuti laa 3 bulan.Lepas abis cuti 3 bulan terus resign, boleh? Wakakakkakaka. Tak ah, gurau je.

Ok babai.

Wednesday, March 16, 2011

Letih dahhhh

Aku tak tau la bila nak terberanak ni.
Now memang dah tahap tak larat sungguh.
Malam2 kadang2 aku tidur sambil duduk je.
Nasib baik la katil jenis ade kusyen kat belakang tuh.
Kedudukan baby memang buat aku tak boleh tidur dan sakit2.
Aku sakit rusuk kanan menyucuk2.
Sakitnya macam ko kena cucuk2 dengan jarum.
Kadang2 tu rasa sakit tu macam sakit lebam tu.
Kalau badan lebam kan, bila kita pegang tempat lebam tu, dia sakit mcm tu ah.
Lepas tu rahim aku dah kerap gak sakit.
False alarm kot. Or braxton hicks. Tapi sakit laaa.
Lepas tu kan kaki dah sembab2.
Nanti kaki surut, tandanya nak bersalin ke?

Tapi now baru week 35..nak masuk 36..Aduss. Nak tunggu week 40 entah apa jadi lagi ni kat aku.
 Kerja ofis banyak lagi aku tak sempat siapkan.
Staf unit aku 2 org je kan. Now aku tumpu kat website revamp and migration. Sorang2.
Aku kena gigih ni setelkan semua website ni totally by 1 April.
Aku ingat lepas tu nak cuti awal lah.
Edy suruh aku ambik unpaid leave kalau cuti bersalin awal tu tak cukup.
Lepas tu kerja-kerja lain semua aku bagi kat assistant aku. Biar ah dia buat kerja-kerja  tuh.
Tapi budak ni hari2 pulak buat muke risau ngadu kat aku, takut aku cuti bersalin nanti dia kena buat semua keja sorang2. Choiii.

Nak duduk atas kerusi ofis pagi sampai petang pun aku rasa mcm problem.
Dah la opis ni tak best. Takde lif. Kedekut nak mampos.
Pastu nak jimat2 letrik pulak, air cond pasang 25 degree masa tengah2 panas terik,boleh?
Choi sangat. Berpeluh2 aku ni hah. Sambil2 mengomel. Dah la ngandung, mulut potpet2 berleter panas. T_T

Kaki sangatlah sakit. Aku rasa macam kurang kalsium la.
Walaupun dah ambik pil kalsium hari2.
Maybe baby lebih memerlukan kalsium kot. So semua dia serap T_T
Aku tak kisah sebenanye demi anak. Tapi aku risau ape laa jadi kat aku ni kang.

Start minggu lepas kot, aku rasa tak larat sangat2.
Ade orang nampak aku kat ofis asyik tanye jeeeeeee eh tak cuti lagi?
Cuti korok mung, aku kan baru nak week 36.
Jumaat ni ade check up. Aku nak tanya doc la. Kalau doc offer induce, nak jeeeeee aku induce on week 38.
Boleh aku suruh mak aku siap2 datang. Takde la nak tunggu hari yang tak pastu itu...

Now dah la sensitif tak pepasal. Selalu je aku cari pasal dengan laki aku.
Dia busy balik lewat sikit, lambat pickup call, lambat reply sms smue aku nak hangin.
Sebabnye, aku risau nanti nak beranak kalau tetibe dia ade keje and meeting malam2, pastu lambat pickup call, lambat reply sms, ape jadiii ek kat aku? Aghh emooooooooooooo emoooooooooooooooo.
Aku tau dia baca ni jap lagi dia cakap, 'ooooooooooo cite kat blog...'
Tapi dia dah janji dah pasni takmau balik lewat2 keja. Kena jaga aku kat rumah. He hee..
Tapi yela, bisnes sendiri kan. Ko gigih, ko cepatla kaya. Ko malas, ko takde duit.
Aghh memangla kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan. Tapi, orang yang berbisnes sendiri saja yang akan faham konsep cari duit ni. Kena gigih, ok..

Aku pun rasa macam nak benti keja dah sebab aku benci bos cina bukit aku tu.
Siap ko, ko cari pasal dengan aku lagi, aku resign. Padan muka ko. keh keh.
Suruh buat tu, aku buat. Tapi dia lupe benda tu last week dia suruh buat mcm tu, minggu ni suruh buat lain pulak. Bengong. Ko ni ape? Nyanyuk??Aku buat ape yang ko suruh laa.
Masa meeting aku suke je lawan2 dia balik. Padan muke ko. Sampai terdiam.

Sama la macam aku nak pegi checkup. Aritu dia suruh aku ambik time slip je.
OK fine. Pastu masa tu dia cakap, kalau u boleh ambik 1 day leave lagi ok.
Pastu ni this Friday aku nak checkup, aku pun bgtau dia, i nak ambik 1 day off, pastu dia cakap, kalau u boleh ambik mc lagi bagus. Pastu berleter2 kat aku. Bongok betul cina bukit nih.Motif ko berleter kat aku padahal ko yg suruh aku buat mcm tu minggu lepas. Bengong. Benci betul aku org cakap tak serupa bikin nih.
Nak je aku hempuk2 kepala dia tuh.

Mana satu ko nak sebenanye? nak time slip ke, mc ke, paid leave ke ape?
Aku anta surat resign terus baru ko tau.
Tapi aku pelik gak, nyanyuk2 dia, aritu masa appraisal dia bagi aku 93 markah. kahkah. Bagus ehh aku buat keje? Kahkahkah.

Sejak nak beranak pinak ni entah apsal aku rasa macam jadi career woman adalah sangat tak best.
Lagi2 ade bos cina bukit yang memang hampeh gila sumpahh tak best langsung.
Aku tak nak anak aku dijaga pengasuh, entah mcm mana dia basuh botol susu anak aku.
Entah mcm mana laa dia susukan anak aku.
Tak mau tak mau tak mauu kes tersedak susu, tak mau kes jangkit kutu, penyakit kaki dan mulut semua tu.
Semua tu jangkit dari nursery. Aghhhhhhhhhh tidak!!

Wey panjangnye aku meluahkan perasaan. Baiklah sekian terima kasih.

Tuesday, March 15, 2011

Robot ke kayu?

Ish aku kan kalau tgk tv cukup anti kalau Rosyam Nor berlakon. Sebab dia bajet muda. Tau laa cite tu production dia yg produce kan. Jimat kos ke ape, watak fresh grad umur 20s pun sendiri yang ambik. Kelaka laa..Nama plak asyik2 Haikal, Daniel, Iskandar. Cube ko ambik nama Jusoh ke,Mahmud ke. Kan? Pastu yang jadi mak dia plak, Rosnah Mat Aris la, Aida Khalida la. Motif mak dengan anak dekat2 sebaya jek?

Tapi tak tau kenapa aku terfollow plak cite trilogi cinta tv1 tu. Skang ni suke tgk drama melayu. Motif? Sebab ngandung ke? hahaha salahkan ngandung pulak. Maybe sebab asalnya weekend kalau ada kat rumah pun, Astrok memang tak tayang cerita best2. Pdahal weekend. Duk laaaa ulang2 cite Indon yang tah ape2 tu. Cenel movie pun ulang2 gak. Last2 aku tengok gak laa trilogi cinta ni. Sebab aku suka mak rosyam tu berleter kot mula2. Skang ni kalau ingat, tengok la.

Tapi ada sorang pelakon tu, menyampah betul aku. Memang kayu betul. Robot pun ada. Kejung nak mampus die belakon. Nama dia Reza Hasbi aku check2 kat senarai pelakon semalam. Oh tetibe tadi google, rupanya peserta pilih kasih eh? kosser aku nak kenal budak2 pilih kasih ni. Ya ampun...kejung yg amat. Belakon kelaka je..Tak seswaiiii! Motip rosyam ambik dia ni belakon.


(sepatutnya kat sini gamba mamat robocop. tapi  blogger tak leh load image attachment? jap lagi la tambah)

Oh aku pun bukak FB dia. Motip ade org gigih komen cakap lakonan dia sangat best, mantap bagai? Hakhakhakkkkkkkkkkkkkkk robocop sangat mamat neh belakon.

Oklah, tu je nak merapu.

Aku letih nak kerja sebenanya. Memang sentiasa sakit2 rahim dan kaki skang ni. Dah la kena drive. Tekan2 clutch. Padan muka aku, dulu semua org suruh beli kete auto, aku degil nak manual sebab nak rempit, boleh? Menyesal kemudian, tidak berguna. Sapa nak beli kete aku?

Tuesday, March 8, 2011

Gemsss

Hai uols..
Mak buyung gemuk menaip lagi.. Wah gemuk..benci nye word tu. Dan sangat benci cermin. Sebab boleh nampak kegemukan, kan?? Agh!! Aku dah naik 12kilo. Tapi doktor cakap, eh ok la tu puan, tu kenaikan berat yang normal utk preggers..As long as berat tu pergi ke puan, it's ok, jangan pergi banyak sangat ke baby, takut diabetic. Oh, ok! I pasrah je doktor!!..

Seluar, baju, last week boleh pakai elok2 longgar, minggu ni semua ketat. Kellezz kan?? Tension je. Nak beli baru pun, tunggu masa nak bersalin dah. Baik aku beli baju anak..34 weeks dah kan. Mak aku cakap anak sulung kadang2 keluar awal sikit. Aku dulu lahir at week 38. Aku risau gak baby excited keluar awal. Banyak lagi kerja nak setel kat ofis ni. Gigih aku hari2 balik lewat. Arini dah ada kat umah masa ni sebab tadi ade event, so balik awal je dari venue event.

Baiklah, alkisah..pada suatu malam aku request husband search keyword ni kat google 'berat bayi uri ketuban' hahaha. Sebab nak tau pertambahan berat secara itemised gitu..

Hasil google en suami adalah seperti berikut:

Tambahan Berat
------------------------
 Berat bayi : 2.5 – 3 kg
 Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg 3000
 Penambahan darah : 1.5 – 2 kg 2000
 Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg 2000
 Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg 1000
 Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg 1000
 Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg 1000
 Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg 750      
----------------------------------------------------
TOTAL: 13750  gram..a.k.a 1.375kg.

wahh pembesaran payudara a.k.a payujanda(cikgu math tuisyen aku dulu suke sebut payujanda. beliau adalah cikgu yg mulut lepas, suka mencarut. cis). besarnyaa pembesaran payudara, 0.75 ke 1kilo..wah aku membayangkan sekilo ayam letak kat dada..well, memang berat, bahiya..berat berat..patutla rasa berat...aghh beratnyaaa..eh over pulak.

air ketuban aku hopefully 1kilo..sebab dah deliver nanti biar keluar semua, free2 boleh hilang 1kilo. bab teteks tadi tu mcm berharap jugak utk turun, tapi macam taaak je kan, sebab menyimpan susu. oh T_T.nak yang dulu...tetibe rindu..hahaha.

plasenta hopefully aku dpt yg maximum which is 0.75kg..almost 1kilo gak tuh..dah bersalin harap2 ilang berat nih.

wooo memang kena ada eh penyimpanan protein, lemak semua tu. maybe tu untuk pastikan ibu sentiasa bertenaga utk carry baby. or pastikan ada lapisan lemak utk melindungi suhu badan baby. Aku assume je. Belajar bio tak abis la, sampai matrik je. erm..whatever pon, pasrah jelah buat sementara waktu walaupun berat naik 12kilo T_T demi anakanda tersayang..

tapi aku pelik, aunty aku umur 34, berat before pregnant 43..masa pregnant nak deliver tu, berat dia only 47...motip? size baby dia masa keluar 2.4kg..apsal dia tak mengalami berat2 tambahan itu???konfius laaaa...


Eh, ok ah..nak siapkan kerja ofis dan kerja2 lain ni. See u alls..

Friday, March 4, 2011

Kus semangat..

Woh baru balik check up. Semangat semangat.
Eh motip lepas checkup jadi semangat semangat??

Tadi timbang naik lagi 2 kilo. Ko gila, setiap bulan naik 2 kilo? Seluar aku baru je minggu lepas pakai elok2 je lagi, minggu ni dah ketat? Takde la makan overdose. Biasa2 jeee. Kembang air ke ape?

Ke berat ketuban, berat uri semua tu dah 5kilo? Logik x? Tak logik kan? Tak logik..tak logik.
Sendiri tanya, sendiri jawab. Bagus.

Hari ni berat baby adalah...
2.18kg..
Berat aku bertambah sebanyak 12kg sejak pregnant. Semangat sangat kan?? hahaha.
So 10 kilo tu kat aku lah. Adui macam mana nak kurus balik ni.
Aku target nak berat 45 lepas bersalin. Wahhh tetibe terus nak 45. Ko ingat senang ke?
Sape2 terer sila la ajar. Ke kalau menetekss baby jee leh turun eh? Harap2 anak aku kuat minum susu. Nak kurus nak kurussss..

Hari ni dah tau apsal slalu sakit belah kanan. Rupenye anak i memang cas diva..dalam perut lagi feeling2 tido mengiring tau. Memang die selalu mengiring kot. Tadi dia mengiring gak masa jumpa doctor. Patut la perut i senget2.

Eh ok lah, busy ni ade benda nak buat. tata..

Thursday, March 3, 2011

Mimpi bersalin la pulak..

Adus sekarang ni asyik2 mimpi dah bersalin je.
Mimpi yang amat2 tak logik sesangat2 lah.



Eh hari ni sangat busy tau kat ofis tapi sangat stress dan sangat sakit rahim dan sangat sakit kaki. Kenapa aku sekarang over ni? Kossser tauu. Nasib baik baby dalam perut tengah tido. Dia baik, behave je..Jangan la ikut perangai mama dia cepat hangin dan negative thinker. Ikut la perangai papa, so cool dan positif. Tapi kalau papa marah, mama yg emo pasti nangesss ngamuk2 gila2 sebab nak cover kena marah kan, mesti la kena nangis baru la suami benti marah. Kalau aku buat muka kental, mesti lagi kena marah or leter2 hikhik. Harap2 Edy tak baca. Dia mana layan sangat benda2 sampah mcm blog aku ni. Hahahha.

Tetibe cite pasal kena marah kat suami pulak. Ape laa.

Ok la sebab dah stress ni siapkan keje nih, so blogging jap. Bukan nak makan gaji buto pun, lagipun hari2 balik lewat dari ofis hour kan,tak rasa bersalah ponnnn nak bukak FB or blog hikhik. Balik rumah pun kadang2 ngadap keja jugak kalau broadband ok. So tak rasa bersalah pon.. Eh apsal kena ulang banyak kali dan kena explain gigih2 nih? Ke sebenarnya dalam hati rasa bersalah? hahaha.

Alkisah camni.
Anmum ke susu brand ape ye, ada hantar diari ibu mengandung. Dalam tu dia akan cerita ape yang sedang berlaku pada ibu dan bayi pada minggu2 tertentu. Lepas tu minggu ke 32 kot aku baca, dia cakap now baby dah boleh notice siang dan malam, sebab kelopak mata dan mata dah elok terbentuk.

Lepas tu terus aku main2 dengan Edy, jom2 kita suluh perut tengok baby react tak. kuikui. Sebab rumah takde torchlight, so guna handphone screen punye backlight je. Tak kuat kot cahaya tu, so baby buat tak tau je haha.

Terus malam tu aku mimpi aku suluh perut pakai lampu suluh, pastu baby marah. Baby pon tendang aku dengan amat kuat sampai terkeluar2 kaki dia dari perut. Motif ganas baby girl???Jangan macam itu anakku..Kesian ibumu..Lepas tendang tu, baby terus klua dari perut. Motif beranak camtu je????Ngeri ok!! Pastu aku terus bangun mengucap. Nasib baik mimpi..Ngeri ok kaki baby menembusi perut pastu tetibe baby dah lahir. Hahaha.

Kaki baby lagi kuat dari ni tau.

Eh betul ke boleh nampak tendangan sampai macam ni skali? aku naaaaaaaaaak sangat kalau betul2 ade. Nak ambik gamba taruk dlm frame..best best.


Pastu malam tadi mimpi lagi. Ni semua gara2 youtube ni

semalam tengok youtube ni pasal mcm mana lahirkan anak normal. Oh begitu rupenya. Sori, blog tercemar dengan youtube ini. Abis tu, dah nama video beranak takkan nak tutop2 kanss..Terus malam tadi aku mimpi.

Aku mimpi bersalin normal pada usia kandungan 32 minggu pastu berat baby 3.8 kilo lebih. Mak aihhh semangat badannnnnnnnnn baru 8 bulan camtu sekali beratnya. Pastu dalam mimpi tu baby keluar2 air dari mulut dia macam dlm video ni ah. Sebab dah tengok video kan, so aku mcm rilek2 jela tgk baby keluar air dari mulut tu.

Pastu terus anak aku pandai borak2 dah ngan aku. Baru keluar dari perut siap pandai berjalan dah tapi bogel. Heyyyyyyyy motif bogel??mama dah belikan baju 15 pasang utk anakanda. Motif nak cekci2???hihi.

Yang lagi tak logik lepas tu aku ni dah la baru bersalin berjahit2 kan, bangun2 bawak anak aku tour 1 rumah mak aku kat kampung. Macam staf baru masuk ofis la, tour ofis dan kenalkan diri kat staf lain.

Bezanya, aku sebagai mak bawak anak aku jalan2 dalam rumah  mak aku pastu perkenalkan kat ahli keluarga, ni makcik bongsu dia, ni mak aku, ni ayah aku. Aadoiiiiiiiiii laaaaaaaaaa tak larat aku nak sengih sebab mcm kelaka gila kot...Merapu sangat2 aku ni. Lepas tu kaki aku pon cramp pastu terus aku terjaga dari tido..Hahahha. Merapu gile....

Dah la malam ni x nak mimpi2 dah. Baby girl behave ye. Malam ni papa balik awal, so baby takyah la tido awal dan bangun lewat malam sebab nak sambut papa balik. Hari2 kalau Edy balik lambat, aku pesan kat baby, baby tido dulu ye, papa ade keja malam ni, nanti papa balik, baby bangun ok..Pastu terus baby aku diaaam je dalam perut tak gerak2. Bila Edy balik, tak kira la pukul 12 ke, 1 ke, 2 pagi ke..rasa je Edy pegang2 perut nak cium dia, terus dia bangun dan gerak2. Heheh sangat indah la momen tu...Baby, tonite takyah tido awal eh, tido lambat sikit sbb papa balik awal!

Bosan ek sebab asyik cite pasal pregnant? Takpe koranggg kalau korang bosan, nnt korang ngandung aku nak balas dendam nak bosan balik kat korang kalau korang cite............ahahhahah

Ok. Nak sambung siapkan keja. Caiyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Maxis.......

Pernah dapat sms notifyme tu tak kat maxis jembalang itu?
Maxis ni jahat tau, org x nak subscribe die pergi auto subscribe. Dah la we all pakai bil. Pastu kalau pergi oversea tak auto roaming plak tu. Aritu masa Edy outstation terkulat2 aku tak tau ape jadi kat laki aku sebab we all terputus hubungan akibat maxis hantu ni. Harusla risau, laki aku sorang tu je, ape jadi kat dia pon x tau.

Rupanya maxis tak auto roaming. Pastu memula dapat tau, kalau nak activate roaming kena byr RM300. Tak pandai tak pandai tak pandai betul maxis ni. Tapi nasib baik we all dah lama guna maxis. So, maybe dpt waive kot. Ish dah tau orang guna postpaid, bayar mahal bulan2 bagi la auto roaming. Prepaid beli 8 hengget 1 sim pon dpt free roaming, puaka tau ko ni maxis. Bil we all bulan2 pon 500. Tak kuasa betul lah.

Tetibe cita auto roaming kan. Sebenarnya nak cite pasal maxis sms notification tu. Kalau kita call orang, then orang tu off handphone, maxis hantar sms cakap yg phone org tu switch off. kadang2 banyak kali send pulak tu. Dulu memang la RM0.00. Now dah caj 1 sms 5 sen. Jahat nya kamuu jahatnya kamu, maxis. Untung atas angin atas servis yg orang tak nak. 1 sms dah 5sen. Kalau sehari 10 dia hantar dah berapa. Sebulan? free2 aku derma kat maxis yg dah kaya raya. So, marilah sama2 kita off servis tu kawan2. Jangan biarkan orang kaya bertambah kaya, org miskin semakin miskin sebab nak kena bayar kat org kaya. Jahat sangat dunia yang fana ini.


Nih cara dia:

Turn off maxis notifyme:
call *100*#
reply 5 for service
reply 2 for NotifyMe
reply 1 for turn off if is not off







baiklalh. setel.
Berkira2 utk tuka service provider la. Asyik kena tipu kat service provider je. Jahat laaaaaaaaaaaaaaaaa semua org!!

xoxo
-ibu mengandung yg emo
motip xoxo?

kan dah cakap

Kan aku dah cakap, org2 kat sini mmg aaar tak pandai. malas la kan ckp bodoh. tak pandai tak pandai tak pandai.

Penat aku jalan park jauh2 arini sebab manusia tak baik dan tak pandai ambik parking lot aku. Memang kau tak pandai.

So, cmne, sopan kan aku? Sebagai ibu mengandung katanya. Muntah!!
En Edy, jalankan tanggungjawab anta saya gi keja je la eh pasni..Letih laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. T_T



bukan aku yang cakap, google image yg cakap..mane aku tau. 

Wednesday, March 2, 2011

Tension aku manusia ni

Ish pagi2 buat aku hangin. Menyampah betul aku dengan staf2 kat sini. Nak kata bodoh, pass la pulak interview keje nyeee nak masuk sini. Hari tu kata bagi parking bay kat pregnant lady. Ok, fine and thanks banyak2. Sangat2 bersyukur. Pastu siap bahagian yg urus parking tu buat announcement ckp petak nombor tu khas utk aku jeee sebab aku tgh sarat.

Tapi yang bodoh pon ramai, dah sah2 kat situ ada tulis no plate kete aku, tulis no plate OK!! tak pandai bace???yang buat bodoh menonong korang pergi park kete korang tu kenapa?? Ade sorang tu siap penah ambik petak aku, pastu jumpa aku kat lobby ckp, eh puan..saya ingat puan dah bersalin. bersalin kepala otak ko..ko tak nampak ke perut aku membuyung lagi ni. Aku ingat dia dh tau aku tak bersalin lagi dia reti la nak park tempat lain. Tapi arini dia park situ lagi. sah2 laaa memang sesuatu pmpuan ni. Jenis tak paham bahasa. Dah la pembantu pejabat lak tu pmpuan tu. Geram aku. kalau dia taraf2 pengarah ke aku tak kisah laaa. Tetibe lak aku dah emo2 tahap berkasta2 bagai nih. Bukan niat aku nak merendah2 kan jawatan ko ke ape, tp boleh tak sebagai manusia ko bertimbang rasa sikit. Ofis orang lain takpe ah nak park pon dekat je kot, pastu ade lif. Ofis aku, lif non hadoooo. Dah la kalau waktu kerja time2 mcm aku ni dapat parking ujung2 dekat kuarters. Kosser wey nak jalan jauh2. Pastu nak kena naik tangga lagi. Dah la bongok punya pintu sebelum naik tangga tu, susah gila nak bukak siap aku nak kena tolak2 guna daya tenaga berganda. Bodooooooooo ahhhhhhhhhh bangunan niih. Pastu department aku kat ujung skali plak tuh. Aghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Tensionnnn!!!

Dah la kelmarin cramp kaki kanan. Sakit tak ilang lagi. 6pagi tadi cramp kaki kiri plak, sekarang sakit dua2 kaki. Belum tambah sakit hati. Tadi nasib baik ada 1 petak kosong sebelah petak aku tu. Aku pun park situ. sebelah kete pompuan tak paham bahasa tu lah. Tapi tu pun reserve parking gak sebenanye utk ape2 event, arini takde event, so terpaksa aku park kat situ. Harap2 pasni dia paham bila dia tengok kete aku kat situ, tapi dia plak yang ambik petak aku suka2 dia. Nasib baik tadi takde orang lagi kat petak sebelah aku, kalau ade??? tak ke jauhhhnya aku nak menapak.

Bukan pompuan tu sorang je tak paham bahasa. Sebelum ni ade jugak jantan gagah yang tak paham bahasa park situ. Ko gagah ke, gayah sebenarnya??? Kelmarin dan semalam plak ade orang park situ gak, orang tu outstation kot, suke2 die je 2-3 hari park petak orang ngandung So, kesimpulan nye orang2 ofis ni non hadoooooooo dan tak berperikemanusiaan dan tak peka alam sekeliling. Benci aku duduk opis ni. Benti keje kangg baru tau. Kalau aku takde, ade sesuatu akan berlaku pada april dan akan menjejaskan prestasi ofis ni. padan muka.

Kat Malaysia ni memang banyak pon spesies tak paham bahasa ni. Macam dalam komuter wanita la kan, bersepah gak yang ade burung pergi masuk. Simpan kotey ko kat rumah laaa.. Kan dah mencarut. Kat tempat takleh buang sampah, dah tulis dilarang buang sampah, betul2 bawah tu laa ko nak buang sampah. Ape jenis manusia laa macam ni. Mak bapak ko tak ajar ke????Sekolah tak abis ke?? Nasib baik kat rumah dia takde signboard dilarang berak di dapur. Kalau tak, mesti die berak je dalam sink dapur. Ok la, exaggerate sikit


Dah2 aku tau ade org akan cakap sabar sabar..pmpuan ngandung tak elok marah2. Ok fine, dah nak 9 bulan ngandung...baru 5-6 kali kot akuuu meletup camni..maksum sangat ko kan nak menten ayu bagai disebabkan ko  ngandung. So hipokrit. So kirenye orang mengandung ni kena menten ayu, penuh kesabaran dan ketaatan dan boleh dibuli sesuka hati????Tahniah buat anda yang berjaya. Saya tarik diri.
Benci aku. Aghhhhhhhhhhhhhhhhh benci!!!!

Nanges jap..dh la banyak keje arini. Aghhhhhhhhhh tension tension.

Tuesday, March 1, 2011

Letih

Aghhh baby, sakitnye tendangan kamu. Dulu geli2 bila dia gerak/kicking. Now dh rasa sakit2 sikit. Sebab dah byk tenaga kot baby ni.

Start weeekend hari tu mcm dah kurang larat skit. Berat dah kot baby. Or position die dah tetap, kepala bawah dan baby mcm dh turun sikit dh dulu. So, rasa berat sgt skang ni. Naik tangga dah mengah2. Duk kat ofis dah la lama seharian, sakit pinggang, sakit kaki, sakit rahim.

Nape tah hari ni mcm ade contraction braxton hicks yg agak kerap. Risau la pulak baby comel ni tak sabar2 nak keluar. Hopefully dia keluar ikut timing, mama dia banyak keja nak setel ni. Bulan 3 ni memang kena pulun siapkan keja before ambik cuti. Nak cuti awal ahhhhhhhhhhh. Rilek2 duk kat rumah je dh dekat2 due.

Now tgh sakit kat bhgian bawah. Rahim mengembang lagi kot sbb baby dah tambah berat. Berapa la agaknya berat baby skarang. Ikut ticker 2kg. Nanti 4mac ni ade next routine checkup, nak check la position baby betul2. Bahagian ape kat tengah2 perut and pusat ni, sakit dan keras kat situ. Bahagian belakang badan dia kot. Tp kerasnyeee pastu suka senget2. Jap2 perut aku berbentuk pelik je. Sebab baby duduk pelik2. Suka ngiring kot.

Eh mcm nak benti menaip. Solat. Nak keluar jap lagi.
Tata uols.