Thursday, September 8, 2011

Aku takde mood dah.

Ish pagi ni aku kepochi tanya cikgu taska, sebab aku nampak muke baby tu mcm tak familiar. eh eh tu baby baru ye...so aku tanya dia, now baby dah ada bape org ek? sbb dalam rekod kepala otak aku, ada 6 hari tu. Tup2 cikgu tu cakap, baby dah ada 7 org dah..tapi yg baru masuk ni dah besar, dah 6 bulan. oh em gi...6 bulan..belum pandai  makan sendiri ape semua kan uols.

Aku pun texting lah yaya comel bini pijoe. sbab anak weols ni kan skulmet katanya..skul la sangat kan, padahal taska hahaha. Dulu kan kami sgt gembira sbb katanya taska nak limitkan 5 orang je utk baby. Memang aku naik visit tmpat baby smue pun memang ade 5 babycots. Each baby with their own cot kan. So sangat comfy di situ. Kalau kat facebook, orang akan like gitu kan. Tapi bagai batu bata menghempap bile pagi ni aku dapat tau baby dah 7. Tetiba yaya cakap sorang cikgu baru resign. So now ade 2 teachers je nak jaga baby+kanak2 yang 19(ni rekod hari tu laa, masa aku tanya latest dorg kata ada 19. aku rasa now dah bertambah kot.).

So sebagai ibu yang ada blog, tak salah kot aku menhamburkan kata2 kerisauan di sini. AKu tak mau kutuk, x mau caci dan cerca sebab aku memang puas hati dengan servis taska tu sebelum ni. Memang bagus la setakat ni. Tapi sejak dh bertambah baby dan cikgu berkurang, cuba bagitau aku, ibu mana yang tak risau. Kita sendiri nak handle anak sorang pun tercungap2 kan dengan peel anak. Cuba bayangkan anak muda yang nak handle 7 baby sekaligus. Ok la nama taska aku x mau la bagitau sebab aku tak nak tinggalkan bad reputation kat taska, lagipun ownernya baik, cikgu jaga anak aku elok2. Aku sangat berterima kasih. Pointnye di sini adalah aku risau ni takut anak aku tak terjaga. Korang paham2 la kan baby ni macam2 peel pon ada kan..Mana yang nak menjeritnye, nak nangis la ape la. Anak aku dah la sejak2 pandai meniarap ni, tengah gigih nak kedepan2 kan badan. Kalau tak berjaya dia mcm sua2 muka ke tilam(nampak macam nak lemas kan.) Tu under supervision aku sendiri aku tengok mcm tu, oh risaunye mamaaaaaaaaaaaa kalau anak mama buat peel mcm tu dan cikgu tak nampak..

Kalau korang,korang buat ape? .Aku dh takde mood nak keja ni sebab aku pikir anak je nih..Imani, bangun minum susu,mandi, pastu tido je balik okeyyyyy..tolongla sayang... Imani tido la sepanjang hari kat taska, mama tak nak anything bad happen to u masa imani tengah sedar dan bermain2 tu,anakanda...

Aku rasa nak pindah masuk umah lebih besar dan cari bibik lah....ahhh aku buntu nih......tension gila.

2 comments:

sweetdrugADDICT said...

bibik lagiii la hampeh kot

bini edy said...

anak ko anta mana nanti maria..nak cari bibik yg dh tua dan beriman,mane nk cari ek? kene g indon ni cari kat pasentren or masjid2 kot kehkeh.