Friday, May 27, 2011

Saya suka 14..tetibe

Hahhaha aku mmg eksaited terlebih hari ni sebab semalam baru jumpe penimbang umah nenek aku. Dup dap dup dap sesangat nak naik penimbang tu mcm kan nak kena hempas batu bata dari atas kepala gitu. Prap pap papppp ade bunyi sound efek sikit.

Sekali......wahhhhhhhhh iols dh menjauhi 60kg dan juga di bawah paras 55..Bgtau jelah aku dh turun smpai 53kg kan....4x aku timbang hokeyyy sbb takut ralat gitu..hokhok..Memang suatu pengalaman obesiti sesangat sbb latest checkup before bersalin berat aku sampi 64.5..dan aku mmg sgt yakin masa hari bersalin tu kalau bukan 65, memang 67 berat aku. Sbb aku memang over, dekat2 beranak tu naik 2 kilo gak dlm 2 minggu or seminggu..Kembang air ke ape xtau la tp mcm dipam2 betul..mcm belon udara..jom bayangkan aku sebagai belon udara tgh terbang di pesta hot air balloon putrajaya..kwang kwang kwang.. Memang besar gajah sesangat dh la kaki sembab mcm anak gajah jugak..Gajah Idol, uols!Wah, perlu ke mention anak gajah? kecik la sikit kan dari mak gajah..Mane la pernah dlm hidup aku berat cmtu kan..berat paling best 45 sebenanye tp sejak2 naik badan ni jd 48..50 saat paling kembang sebelum bersalin, iaitu berat masa kawin,mmg aku gemuk gak masa kawin tu..so skang aku 53..kalau ade can turun jd 50 pon aku syukur dah, yela sila bersyukur la, dari 67 tu??..tp kalau dpt 47 ke, 45 ke..bestnyeeeeeeeee..betul2 holiauuuu..

Aku dah syak berat aku dah turun sebab aku bleh sarung balik dah cincin kawin, walaupun bukan semua jari, dan selipar yg aku pakai masa ngandung adalah longgar di kakiku..boleh baling dlm stor okeyy!!tunggu ngandung balik lagi 4-5 taun sarung balik..aku kalau betul2 dah kurus, memang penanda arasnye, jari2 aku akan jd sama size dan semua jari boleh muat cincin yg sama, kecuali ibu jari laaa..tp cincin percintaan memang tak muat lagi la..wah ada cincin percintaan plak..ala, cincin Edy bagi masa cintan cintun dedulu..Nak muat mcm mane, dh dulu berat aku 43 je masa die ngorat aku...

Pastu minggu lepas aku try la baju kebarung size XS sbb aku neves sangat, aku dh la bwk balik baju tu selai je pastu adik Edy nak kawin lak bulan 6 ni, kalau tak muat, tak ke aku kene gi beli baju plak satu hal..tp yg aku hazab sgt dh tau gemuk pegi bwk balik baju selai bersaiz XS tu ape kes??tetibe, wahhh terharu sangat2 sbb muat okey size XS..wahaaa terus text suami..

entry ini ditujukan kepada ibu2 mengandung yg risau semakin menggemuk..InsyaAllah uols, boleh turun balik..lagi2 ibu yg breatfeed..memang kalau breatfeed byk bakar kalori kot, plus malam2 berjaga, anak meragam ke ape..walaupun aku masih kategori belum kurus, tapi aku syukur la stakat ni boleh turun sampai 14kg..aku nak turunkan lagi dlm 5kg, so that boleh la muat baju2 lama yg banyak tu dengan segala jeans, slack size 26..yeee aku ideal dgn size 26..ok la tu..kecik2 sgt lagi dh rupe jerangkung pulak nanti..

okla uols..nak membakar kalori ni..iklan pam susu jap..tata..selamat kurus wahai ibu2 lepas bersalin!

Wednesday, May 18, 2011

Gusarnya!!

Wooooh gusar sungguh hati ini. Ni dah middle of May. Nanti end of June nak balik Seri Kembangan semula. Banyak benda ni nak pikir. Yang paling penting adalah sapa nak jaga permata hati mama?
Buat masa sekarang tak nampak sinar lagi, sebab belum jumpa pengasuh or nursery. And aku tak prefer nursery kalau boleh sebab risau jugak nak kena jaga anak ramai2 ni. Tapi kalau dah terpaksa, nak buat mcm mana. Lagipun kalau di nursery anak senang nak kena sakit2 berjangkit like demam, selsema and ada je kes penyakit kaki tangan dan mulut semua tu.

Kat mana la aku nak cari pengasuh ni. And aku amat risau kalau time nak balik sana tu aku still x dpt2 lagi pengasuh. Nanti mak aku mintak nak jagakan Imani, and worst case nye Imani kena tinggal kat kg, and aku and Edy la ulang alik balik kg, which is aku memang tak naaaaaaaaaak tinggalkan dia jauh dari aku. Lagipun plan mmg nak breastfeed exclusively sampai die 2 tahun or susu kering, ok! Kalau nak cari nanny aka bibik laggiiiii la aku tak nak sebab aku memang tak suka org ketiga yang takde hubungan kekeluargaan ada dalam rumah aku. Lagi2 bibik yg tak tau la mcm mana orgnya, ikut nasib kan, kalau dapat yg ok, ok!

Like makcik aku, dia selalu tak bernasib baik, dapat bibik semua pelik2. Duit beribu2 dah habis nak bawak masuk sorang bibik. Latest die dapat bibik saiko. Kejap2 gelak sorang2, cakap sorang2. Aku rasa bibik dia gile meroyan sebab dia cakap anak dia dulu meninggal sebab gempa bumi. Aku tak tau la dia auta ke ape, tapi dia memang pelik..Dah la gatal, suka tengok laki. Kalau pakcik aku nak balik keja, merah menyala die pegi pakai lipstik ngan krim ape kebende tah berminyak2 muka. Dah la minat kat Edy laki aku ni. Kalau aku dgn Edy pegi umah makcik aku, balik je kitorang, asyikkk laa dia duk tanya pasal Edy kat makcik aku. Pasal aku x tanya plak. Dah la nama aku tak ingat, nama Edy ingat pulak.

Lepas tu bibik tu pakai tangkal pulak tuh, dia lilit2 kat pinggang dia. Aku pun x tau kenapa die nak bertangkal bagai. Sekarang bibik tu makcik aku dah hantar balik Indon terus. Sebab asalnya dia kata nak balik melawat anak dia sakit, tapi makcik aku syak dia nak balik ambik tangkal baru sebab tangkal die pakcik aku dah buang. Last2 bila sampai Indon, dia call pakcik aku cakap anak dia dah meninggal which is aku rasa die tipu jugak.Dah la selalu sangat call2 sms pakcik aku tanya khabar kat Malaysia ni, padahal number henpon makcik aku elok duk ada je ngan dia. Motif gigih ko sms and call2 bapak? Ibu nya ade kannn??? Pastu kat almari dalam bilik dia duduk penuh dia gi tampal gambar artis2 laki yang stok rembes2 gitu uols..Pastu tulis situ I MISS U..motip??? Haha kelaka....Makcik aku penah bawak dia jumpe doktor, tp doktor bagi dia ubat saiko..ubat penenang. Takut tak korang, kalau org macam ni hari2 duk jaga and handle anak korang? Kalau aku, sumpah aku tak mau..

And ape motif aku tetibe gigih cerita pasal bibik makcik aku nih???
Aku skang hari2 pandang muka anak, pastu sedih sebab x tau mcm mana orang yang akan jaga anak aku nanti nih, jaga dia..Elok ke x?Sebagus aku dan nenek dia jaga ke?? Wuaaaaaaaa aku sedih.
Dan2 aku rasa mcm nak benti keja dan berbisnes sendiri..bleh? Tapi aku nak jual ape???
Or aku ambik cuti tanpa gaji sampai Imani umur 6 bulan ke at least? Camne eh? Nursery baru opis aku patutnya bukak Jun ni tapi buat masa skarang aku x de nampak pun lagi tender ke, sebutharga ke, bukak utk new nursery tu, so aku anggap jela projek tu delay, alaaa biasa la gomen kan..Aku sokmo handle bab2 penilaian quotation, tender segala ni, memang selalu delay pon..Kalau tidak, boleh la aku anta ke nursery ofis je sbb staf opis aku x ramai pon and memang tak ramai baby sgt..ade dlm 2-3 org jekk..Pastu sekangkang kera je dari bilik aku. Kalau bos aku takde harus aku bawak Imani masuk bilik aku gitu kan?Pastu mestila dorang jaga elok2 kan sebab staf2 memang ada je dekat anak2 dorang ni. Ughhhh cepatla bukaaaaaaaaaaaaaaaak nursery oiiiiiiiiiiiiiiiiii! aku risau ni..

oklah uols..iols nak bukak ebay cari barang. tata

Monday, May 16, 2011

Little Imani Again


Our Kamilia Imani at Day 33 (14 May 2011).

Gambar sama mcm dalam FB mama. Sori picture tak clear sbb mama guna handphone dia yang HTC zaman paleolitik punya. Bila mama nak up to date pakai BB ke iphone ke?? Papa, bagila henpon baru kat mama saya!
Mama dan papa nak bawak saya pergi berkhatan, malang bagi mama sebab semua klinik tutup tapi nasib baik la bagi saya, terlepas..he hee..
Tu hah leher saya jinjang sebenarya, saya ikut papa, tapi tengok ape dah jadi??Dah berlapis2 sebab saya dah berisi sikit..Tengok dahi saya tu, nenek saya pakaikan bedak sebelum tu tapi lupe pulak dahi dengan kening saya tu tengah menggelupas nak salin kulit.Kan lucu tu lekat2 bedak..Harap2 lepas ni mulus la kulit saya. Heheeee..

Nah ambik la lagi gambar saya ni..
Masa lahir ada orang kata mata saya mcm anak Jepun sepet. Padahaaaaaaaaaal mata saya bulat macam mama laaaa..

Alamak mama oiii tutoppp tutopppppppp balik kepala botak saya...!

Nah percuma gamba mama saya yang tengah gigih mengurangkan berat tapi macam tak berjaya je..Kesian ish ish ish..Nampak tak tanda lahir saya, besaaarnyeee kat lengannn..

Okla babai, mama nak sambung tido ni...Imani bangun 5.30 hari ni...Imani pun dah sambung tido jugak..papa pun tido..so mama pun ape lagikkk..Jom pakat2 tido. 



Sunday, May 15, 2011

Babytv

This week aku baru discover channel baru kat Astro, babytv. Tak pasti la sejauh mana barunya channel ni. Channel ni bagus sangat sebab rancangan dia more on infant education. Ada nyanyi2, ada ajar2 mcm shapes, counting, etc. Then animation sangat laah comel dengan bunyi2an yang mengasyikkan.

Mula2 tune in channel ni, Imani macam terpaku tengok. Masa tu die 32days kot. Aku confuse gak betul ke budak ni kecik2 mcm ni dh tau tengok channel mcm ni, tapi die memang betul2 focus ke tv. Mata dia duk tengoook je, then pernah tu sampai tertido. Pagi ni pun dia bangun 5.30..Pukul 7+ macam tu letak dia ngadap tv then bukak babytv. Aku tinggalkan dia, sbb nampak dia syok tengok babytv tu, jap je tengok2 dah lena diulit lagu2 kat situ.

Lagi satu channel ni kan fully English, so kalau nak baby faham English awal2, rasanya boleh la kot bagi dia tengok, budak2 kan cepat belajar. Aku suka lagu2 kat channel  ni sbb cute dan macam mendodoi2 aku pulak.

Astro announce channel ni kat 614, tapi tiba2 dapat kat channel 618 pulak(utk kebanyakan rumah la), cuma aku confuse sebab rumah aku kat kampung ni, channel dia 614. Kawan2 aku plak kata 618. Aku test 618 tak dapat, dapat 614. So kalau try 618 takde, uols try la 614 ye.. Ok la ni website dia, puuuun comel.


Ni plak contoh videonye..



Mary had a little lamb..

Thursday, May 12, 2011

Imani and Mama at Day 31

1.Imani kulit merah2, ikut papa kot, kalau ikut mama harus la cerah kuning2 gitu, tak vogue langsung kalau ikut mama,kdg2 pucat je kan. Yang lain2 pun aku tengok banyak ikut papa dia. Ada 1 lesung pipit belah kiri rasanya, kdg2 ada nampak bila dia senyum,rambut dah tumbuh lebat balik tapi belum panjang. Hohhh lambatnyaa nak panjang... Kalau menggeliat/nangis...macam udang kena bakar baru keluar oven gitu.  Merah sesangat..Tapi takpe, mata ikut mama, hehe bulat pastu bulu mata panjang dan lentik. Good, mengekalkan tradisi keturunan belah mama.Nanti dia dh besar sikit lagi aku upload le gambar, bagi korang terkejut2 gitu bila dia dah berkilo2..wahhh!Tapi baby hari2 pun berubah kan..Dah besar sikit baru betul2 tau ikut rupa sape..Tak kisah la mama ke papa..Anak papamama kannn..

2.Semalam kena inject utk 1 bulan, belum inject dah meraung, masuk jarum, sila bayangkan sendiri..menangis tak hingat.Sua susu je terus diam, tido sampai ke rumah.

3. Belum dikhatankan lagi. Rugi plak rasa tak khatan siap2 masa memula lahir. Ni nak kena cari klinik yang sesuai la pulak.Lagi satu hal pulak aku kena siap2 dia meraung tak hingat.

4. Patutnya hari ni dia ade appointment dengan Paed dia, Dr Roliza. Tapi terpaksa cancel la sebab aku tengah confinement kat kg. Tunggu 3 bulan la baru sambung balik.Rugi la pulak sebenanye, sbb rasanya selain kena cucuk, doc akan check benda2 lain lagi, mcm follow up jaundice ke ape, sbb ade sesetengah baby, dah sebulan pun ada jaundice lagi walaupun kita tak perasan, nama dia breastmilk jaundice. Jaundice disebabkan menyusu badan. Tak silap aku laaaa..Tapi rasanya Imani takde kot..

5. Nanti lepas pantang, bulan 7 mama plak kena pegi follow up dengan Gynae mama,tapi tak tau la pulak ape nak di check, yg pasti neves gila nak timbang berat nih, umah kat kg ni takde penimbang lor. Tapi rasa mcm ade certain part dah kecik2 tapi kilang memproses susu Imani ala2 tak surut2. Adoi laaa..Tu yang nampak badan aku mcm masih bersemangat waja gitu. Lepas tu peha ni macam x mau surut gak. Rasanya seluar lama dah boleh muat kalau boleh masuk tang peha. Aku stress hokey drumstick nih. Tak perlu!!Maybe kes berjaga malam kot so mcm ade la perubahan berat slowly, dari takde langsunggg?? Tak ke haru? Gemokkk.

6.Imani dah ok dari demam sebab bengkak jab BCG hari tu. Yang inject semalam dia belum demam. Hope tak demam la kot sbb dah tuam siap2 dah tempat cucuk takmau bagi bengkak dan nak elakkan dia demam.

7. Hari tu Imani tak poo poo 4 hari.Tak langsung even terkincit sekalipun. Hasil google, aku dapat tau, baby yang breastfeed exclusively adalah normal tidak poo poo berhari2, ada org tu anak die tak berak 29 hari, gila ke ape? Sebabnya, susu ibu diserap sepenuhnya oleh bayi, takde ape2 yang nak dibuang dan dikumuhkan. Then masa tu berat die dari 3.19 jadi 3.65 pastu 4kg.Masa x tau benda tu normal, aku pun pegi makan sunkist banyak gak, nak bagi dia poo2.Tapi lepas je aku hilang risau Imani tak poo poo, tiba2 dia poo poo dengan kerap gila banyak pulak tu. Lepas menyusu je, kentut2 dengan jayanya pastu praaaapppp terkincit. Motif, Imani? Diaper baru beli je yg 52 keping, dah nak habis. Aku rasa hari2 dlm 10-12 diaper nak kena tukar, sekali dgn pee pee dia tu la. And now, aku risau sebab Imani kerap poo poo and aku takut badan dia tak serap pulak nutrien susu aku, dah la timbang semalam pun 4kg, sebelum tu dlm 4-5hari sebelum tu jururawat kg dtg, timbang 4kg gak. Hopefully penimbang jururawat kg tu yang ada ralat.Tapi tgh graph perkembangan tu, dia di bwh skala normal. And aku pun bukan makan sembarangan, mkn ok je x makan pon benda2 bisa2 ni.

8. Semalam cukup sebulan dia mcm dah pandai2 di agah2 oleh atuk dia. Atuk dia cakap dengan dia, die senyum2 bagi respon. Gud girl!

9.Dia dah pandai cari aku. Kadang2 die nangis2, pastu aku dari jauh panggil nama dia kuat2, anak mata die melilau2 cari aku, then dia senyap. Hikhik. Hari tu aku baru lepas mandi, lalu depan dia tapi aku tak tegur dia dan tak singgah jap kat dia, pastu dia pandaaaaaaang je then panggil aku, 'HEEEEEEHHHH!!'. Kui2 terus mama gostan pegi singgah kat Imani. Kadang2 ramai2 duk sekeliling dia tengok2 dia, tp mata dia paaaaaaaaaaappp pandang aku sorang je. Hehe..Bagus2. mama terharu!

10. Semalam dia start pandai tgk tv dan respon kat rancangan die tgk tu. Nanti aku update channel ape ek. Aku baru je tau wujudnya cenel tuh.

Oklah, sekian..Nak mandi, panaaaaaaaaaaaaaaaaasss. Panas lagi api neraka la...!
Mode mama adalah happy petang nanti papa balik..Yahooo nanti mama pegi fetch papa eh! Pedulikkan la confinement, suami didahulukan, okey!!
Tata.

Wednesday, May 11, 2011

Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Lambatla nak jumpe suami lagi.
Sedihnye malam ni.
Sbb hubby busy sangat2 smpai sekarang belum balik kerja lepas tu tak boleh nak kacau dia banyak meeting, nak calling2 or sms2 pon terhad. T_T

Aku risau sebenarnya Papa Imani ni dah makan ke belum, cukup rehat ke tak, baju berbasuh, beriron ke tak,pagi2 breakfast ke tak, jumpe ke tak, cari boxer? Dulu selalu tanya mana boxer dia..mana singlet, mana stokin? Padahal ade je dalam almari..Lepas tu malam2 makan lambat ke, nanti perut masuk angin pulak, etc etc.

Lambatnya nak Khamis.
Sebab Khamis hubby nak balik kampung lagi jumpa aku dengan Imani.
Padahal Ahad lepas dia baru je balik KL semula. Berpisah 3-4 hari pun rasa mcm stress je aku ni. Sebab baru bersalin kot, and tengah sesuaikan diri nak jaga anak. Perlukan suami sangat2...Padahal setakat berjaga malam, tidokan anak, tukar diapers semua tu aku boleh buat sorang2 je pun, suami  x buat pun takpe, tapi kalau dia ada kat sisi tu lain la sikit rasanya.

Happy kalau dia ada kat sisi di kampung. Tak kisah la kalau die penat dan nak tido lama2 pun xpe janji ada kat sini.T_T Malam2 anak bangun nak didodoi2 diriba2, sedih lagi aku sebab kadang2 mak temankan, kadang2 sorang2. Hampir setiap kali Imani bangun berjaga malam aku akan sms dan bagitau dia, baru lepas susukan Imani, tidokan dia, blablabla. Padahal aku tau je dia kat sana tengah tido..Yela malam2 buta buat ape lagi, sah2 la tido kan.

Kalau hubby balik sini, Imani bukan tido tengah2  antara aku dengan papa dia,tapi dia yg tido tengah2 sebab tangan belah kanan pegang aku, belah kiri pegang Imani. Dua2 pun nak papa and papa pun nak dua2 kot. :) T_T Seksa nye lah duk jauh2.  Lepas ni projek yang dah lama pending pun dah nak start, risau nya Papa Imani kena keja keras sangat dan takde masa yang sesuai lagi nak balik jumpa kitorang T_T

Esok nak khatankan Imani dan dia pun kena cucuk hepatitis for 2nd dose. Tak pernah pun sejak aku bawak perut dari Imani minggu ke 5 masa tu yang nampak cumelah kantung bayi je, pergi jumpa doktor tanpa papa dia ikut sekali. Ahad lepas Imani demam pun papa dia ada sekali pegi jumpe doktor. Ni la kali pertama. Uhuuuk aku sedihhh..Sensitif gila kot sekarang....T_T Hidup aku dah terlalu bergantung pada suami sejak kahwin, dan aku dah tak pandai nak berdikari sendiri T_T

Muka Imani, gaya Imani, banyak ikut papa dia. Tengok Imani teringat papa dia plak aku ni. Gaya tido Imani pun sebijik macam papa dia..suka tido letak tangan atas dahi..Jari jemari dia pun sebijik2 ikut mcm papa dia. Tengok jari anak pun aku sedih, ok..sebab teringat papa dia...wuu wuuuuuuuuuuuu..

Papa, mama book tiket terus utk Mei dengan Jun, boleh? balikla.........walaupun busy...
We need you..............


Sekian sahaja. Motif aku meluah2kan isi hati kat blog nih? Inilah aku versi lemah. Beranak dulu pun tak lemah mcm ni..uhuk..

11/05/11
12:17AM
Happy 1 month, Kamilia Imani!

Tuesday, May 3, 2011

Random

Bosan nye. Sedih sebenanye ni. Sob sob. Nak type benda2 random lah..

1. Sedih kena tinggal suami yg pulang ke kota nan bosan gile sebab keja. Hukhuk sedihnye sebab kena berjaga malam tanpa ditemani suami saat2 baby bangun pee2 or poo2 or menyusu or baby saje2 bangun ajak papa and mama dia berjaga sama tanpa sebab T_T. 

2. Imani dah 22 days. Wuuu lengan, peha semua dah berisi aku tengok. Riba dia pun dah rasa beza berat. Masa lahir 3.19kg. Masa day 12 dah 3.65kg. Now dia dah day 22. Aku rasa now berat dia dah 4.3kg kot. Ikut rate biasa dia naik la masa dlm perut pun about 300g per week(towards the end of pregnancy).

3. Tak boleh tido nih sebab sedih berpisah dengan suami. Paham lah aku perasaan kawan2 yg confinement tanpa suami. 

4. Aku dah tak makan kering2 dah. Takde maknanya ikan2 bakar tu sekarang. Sila jangan cerca saya sebab tak gigih makan ikut org berpantang smpai 40 hari gitu. Tapi tetapla benda2 bisa dan gatal2 tak makan. Makan nasik pun sekali je sehari. Lauk biasa2 aje. Bosan bosan. 

5. Wooooh sangat seksa jiwa aku tengok orang lain minum ais di saat2 cuaca sangat panas. Dendam dan dengki. Motif sampai dendam? ;p 

6. Imani tak poo poo 4 hari. Punyela aku risau. Sampai aku pergi makan sunkist dengan jus sunkist sekali takut dia sembelit ke ape, siap tambah stock ubat kasi berak mcm yang demc bagi masa lepas bersalin aku takut die sembelit. Rupe2nye setelah menggoogle, baby yang fully breastfeed yang tidak berak berhari2 adalah normal, okey! Kebanyakan orang dari hasil google tu, dorang punye paed yang cakap, itu adalah normal. Sebab, nutrien dari susu badan tu diserap sepenuhnya oleh baby, dan takde yang perlu dibuang pun. Bangga dan terharu jap aku gigih menetekkan baby lalu baby minum dan serap kesemuanya. Oh sungguh terharuuuuu.

7.Hari tu aku berhasrat untuk capture pic Imani at least 1 picture 1 hari. Lepas tu letak dalam folder dia and rename as Imani Day X and so forth, tapi tiba2 lupe. Dah beberapa hari tak buat. T_T Esok start balik.

8.Bermula balik episod hidup aku yang asyik2 bukak website air asia, firefly, MAS untuk check rate ticket husband untuk balik bertemu anak dan isteri. Bermula balik lah jugak episod sending picture Imani kat papa dia hari2 dan bermula balikla episod skype mama-Imani-papa. Imani pandai jugak, elok2 tido aku angkat skype ngadap papa dia, dengar je suara papa kat laptop terus bukak mata. he he. Anak papa.

9. Nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sahabat2, saudara mara yang bagi duit, hadiah dan visit Imani dan aku walaupun perkataan yang aku dengar dari pelawat2 ni, 'Laaaaaa mama dia tak macam baru lepas bersalin pun?' Motip semua bagi soalan tu? Boleh tak aku buat jawapan siap2 gantung kat leher? T_T
Tapi bab hadiah tu best jugeee..Paling banyak bab baju leee. Dah puluh2 pasang dah kot baju dia siap dah ada hadiah baju raya. Part paling best dpt stroller mahal free sekali dengan car seat. Wohooo so tak payah la aku alih2 car seat kalau nak tukar kereta. Dah ada 2 car seat. Yay! Terima kasih, akak yang kasik tuhhh.

10. Tensen gile tadi nak gi airport hantar Edy duk test selai2 baju before pregnant semue ketat. Adoiiii. Macam mana ni? Anakanda menyusu dengan gigih dan kerap tapi mamanya tak kurus2 pon? Edy cakap aku dah kurus sikit tapi motip aku rasa macam makin melebar????

11. Imani dah fully recovered from jaundice, dah tak kuning sampai kulit merah2 gile mcm udang kena bakar. Merah sesangat budak ni, kalau nanges or menggeliat lagi laaa, takut aku tengok dah mcm udang kena bakar betul hehe. Tunggu dia berisi lagi tak merah sangat dah la kot.. Aku rasa dah nak start makan set2 bersalin tu. Harap2 ok dan tak menjejaskan dia.

12. Dah 2x Imani gelak. Aku dengar suara dia gelak. Hahahha heaven sesangat dpt tengok dia gelak. Tiap kali papa dia bacakan apa2 ayat al quran sambil riba2 dia, dia senyum2 sepanjang bacaan tu, and ada sekali tu dia gelak keluar suara. Masa tu baru hari ke berapa kot. Motif gelak? he heee. Die kenal kot suara papa dia, sebab lepas bersalin aritu masa lepas azankan dia, papa dia bacakan ayat al quran. Aku rasa start dari tu dia dapat detect suara tu. Tak pon memang dari dalam perut dah detect hehe.

Ok lah aku nak survey perfume dengan barang Imani ni. Keja aku sekarang ni beli tiket flight, beli barang anak online. Gitu la. Bosan eh? Memang tu jela pun keja aku kalau online Entry ni kata random, tapi aku tengok aku duk type pasal Imani jek. Hoho, aku rasa baik aku tido sekarang sbb rasanya Imani berjaga jap lagi..

Sekian entry yang katanya random tapi tak. Babai.

p/s: Suami, isteri dan anak merinduimu...Lambatnye nak weekend lagi...:(