Wednesday, May 2, 2012

Anak yang sakit sudah sihat

Jadahnye blogger tukar layout buruk  nak mampus cenggini? Bajet maju ke?
Aku dah lama tak update blog so tak tau la memang takleh revert ke old version. Huhhh!

Lama tak update blog sebab busy jadik mak dengan kuli kerajaan katanya kan. Pegawai lah sangats. 
Hurm busy, cuti seminggu jaga anak sakit. Lepas je besday Imani tu, malam tu meragam tak hingat dia, sebabnye demam. Esok tengok2 ada ulcer kat lelangit dia. Bermula dengan 2 ulcer pastu bertambah.

Cuak gile aku rasa sebab ingatkan HFMD kan. Dah la berlaku Ahad, kebanyakan klinik tutup, specialist pon takde. Gigih la pusing Equine ni cari klinik last2 jumpe Klinik MediClass, klinik baru kat Putra Walk.


Kebetulan masa tu Imani keluar ruam sekali kat seluruh badan macam dia biasa2 kena time demam panas kan. Lagi lah mak cuak takut kena HFMD sebab kat taska dia kebetulan ada kes HFMD. Check2 semua, jenis ruam tu bukan macam blister HFMD, kat tapak kaki dan tangan pun tak ade. So ruam tu bukan klasifikasi HFMD walaupun HFMD ada kes kena ulcer banyak2 dulu. So dia bukan HFMD tapi doktor bagi surat utk pemantauan dan tak boleh bawa ke taska sebab takut jangkit HFMD sebab dia tengah demam dan weak. Begitu kisahnya. 

So, bermulalah episod aku x tido seminggu sebab jaga budak ni. Dah rupe mayat dh aku kot dengan muke dah la sedia cengkung badan papan plywood pastu mata dah lebam ke dalam. Buruk gile mujur laki aku masih cintakan aku. Wah gituuu!

Seksa jugak nak tunggu anak sembuh, dengan keja opis lagi. Bila dia tido aku curi2 masa gi check email ofis, macam2 lah nak kena settle. Alhamdulillah Imani dah sembuh sepenuhnya.

Sepanjang demam tu dia manja nye Ya Allah Ya Rabbi Tuhan je tahu. Taknak dengan sesape selain aku. Dah la aku ni dah separa gile tak cukup tido dan rehat pastu siang malam nak dukung anak lagi haaa, nak pujuk kasi makan lagi..macam2 lah..


Tapi sekarang lepas sembuh dia punye mulut jadi ringan skit, dia pandai ikut org cakap ayat ujung2 la, walaupun kadang2 sipi2 je dengar. Pastu dia pandai sebut ALLAH!! Happy gile aku. Cuma dia takmau jalan je lagi. Dan dia sedang menambah gigi dengan gigihnye menyebabkan luka parah pada aset sulit aku si kilang susu itu. Aghhhh! Yang penting sekarang sangat behave dah tak manja sangat dan dah nak pergi taska!!!

Dulu dia nangis xmo berpisah dengan aku. Tapi hari pertama hantar lepas cuti lama tu, dia nak sangat gi taska. Yeay anak mama dah matang. Erkkk. Kof kof.

Alamak aku sakit kepala nak tido kejap boleh? Sebab malam tadi gigih bangun 3x tau malam2 pam susu pasal susu tak cukup akibat kecederaan T_T. Nanges sangat!



Eh time kasih kepada semua yang hadir ke besday Imani.
  1. Mintak maaf rumah kecik.
  2. Mintak maaf korang kena park jauh.
  3. Mintak maaf korang kena naik tangga lah pulak sebelum sampai blok. Mujur ada lif.
  4. Mintak maaf sebab aku busy tak sempat layan korang sangat.
  5. Mintak maaf sebab besday girl bad mood tak hingat.
  6. Mintak maaf mangkuk mi kari tu tersilap beli..keciknyelah hai mangkuk aku tuh.
  7. Mintak maaf untuk segala kekurangan pada majlis.
Ok, sekian dan babai!!

1 comment:

Envimedi Solutions said...

Saya Mohd Mujahid,pemilik Klinik MediClass. Terima kasih kerana datang ke klinik saya utk rawatan anak anda. Jika tuan perlukan rawatan sila datang lagi klinik saya. Klinik saya juga ada suntikan vaksinasi utk umrah & haji, berkhatan, kecemasan, ujian darah dan pelbagai lagi.