Monday, July 22, 2013

Sedihnya

Hai u all..
Bosannya, banyak sangat kerja sampai tahap tak nak buat satu pun.
Pernah tak korang macam tu.

Hari ni emo sebab tengok news adik yang meninggal terperangkap dalam kereta.
Entahla nak salahkan mak dia pun bukan mak dia sengaja.
Tapi macam unaccepatable sebenarnya tak perasan anak ada dalam kereta.
Semog adik Nawal Iris tenang di sana. Tapi memang sedih sebab dia meninggal dengan seksa.

Bayangkan.
1. Teddy dipegang penuh air mata.
2. Ditinggalkan lebih 5 jam
3. Terkencing dan terberak sebelum meninggal.
4. Wajah dah bertukar biru.
5. Baju koyak rabak.

*lagis sedih gila sebab aku rajin pergi google pic nama adik ni. Jumpa pulak gambar yg tak blur muka. Tangan adik Nawal masih menggenggam tangan lagi satu. Menahan perit dan sakit agaknya.

Bayangkan seksa dia. Aku sedih sangat sampai nangis bila fikirkan.
Seluruh kekuatan adik tu guna untuk melawan seksa tu. Bayangkan aje budak umur 3 tahun boleh melawan sakit sampai baju dipakai koyak-rabak. Cuba kita tarik2 baju kita, mudah ke nak terkoyak.

Sedih kan?

Aku doakan keluarga adik Nawal tabah mengharungi dugaan besar ni. Of couse mak dia akan rasa bersalah selama-lamanya. Tapi saya percaya beliau memang tak sengaja.

Peringatan juga untuk diri sendiri supaya jangan sekali2 cuai menjaga anak.
Itula sebabnya selalu aje meroyan nak berhenti kerja, semua pun sebab anak je. Tak sanggup dan tak nak anak terabai.

Aku selalu nak anak aku dapat ape yang aku dapat masa kecil dulu. Yela mak aku tak kerja, semua memang terurus. Sekarang pun setiap malam usap2 ubun2 anak selalu rasa bersalah sebab sekecil tu hari2 kena berdikari dihantar ke tempat jagaan. Tapi nak buat macam mana, takde pilihan.

Tolong doakan aku takde halangan untuk sambung belajar. Nak cuti 2 tahun. Aku takde la bercita2 besar sangat dah pun sekarang, entah la malas nak kejar dah Masters semua, aku apply Master sebab nak cuti 2 tahun jaga anak je sebenarnya. Huhu. Habis Master aku nak apply PHD pulak. Dalam tempoh 2 tahun cuti nak plan for business secara tersusun sikit. Aku cuma nak anak depan mata je. Rindu anak (padahal 200m away je dari ofis.)

3 comments:

dd dudu said...

sedih sgt uols :( duk terbayang2 dr smlm camne arwah menahan segala kesakitan masa tu :'(

sedihnye uols :'(

apa? terberak dan terkencing juga?
nak nangessssssss...

Ciare Baha said...

wuaaa selama ni aku buat2 malas nak tau sgt psl kes ni sbb mmg tau akan sedih bila tau details. ni ko dah kabo gini aku nangis noks. terbayang2 muka rayyan dalam kereta tgh lambai2 iols. rindunyaaaa anak!!

(tak byg hasya sbb hasya x tau lambai2 lg. huhu)

bini edy said...

dd, ciare,

eeeeee korang aku pun sedih. 2,3 hari ni sejak kes tu aku asyik la duk peluk cium anak aku sampai dia rimas.mintak dijauhkan la kan..sedih..

nak anta anak taska pon aku jadi sedih. cis sangat. imani pon tetibe jadik manje x pasal2 nangis plak aku anta taska. biasa ok jek. huhu