Wednesday, June 30, 2010

tak tau nak letak tajuk ape, boleh?

Aku baru je balik meeting mak mak Datin.
Kellezzz uols skang meeting ngan mak-mak Datin je kan.

Tadi meeting kat FRIM.
Adakah aku sangat jakun gile ibab? Sebab first time masuk FRIM.
PAdahal FRIM tu adik beradik je ngan agensi aku keje ni.
Santeeeeeeeeeeeeeek gila.
So sapa-sapa nak kawin, dinasihatkan pegila ambik pic outdoor kat sana.
Sangatlah menghijau, cantik dan damai..
Oh suka2..

Pastu dapat doorgift bekas kecik rubber wood..COmel sangat.
Sekali dengan sepokok...(err tak tau la penjodoh bilangan ape) mas cotek ke, misai kucing tah.
So go green lah door gift bagi pokok..Hikhik..

OK tak kalau gatal gelenya gedik nak shoot post-wedding outdoor kat sane?
ke tunggu aku preggy dan buat photoshoot mama/papa@mommy/daddy with baby?
Hikhik gedk dan getik sangat..
Orang memang biasa buat outdoor photoshoot kat FRIM eh?
Tak tau ponnnnnnnnnnnnnnnnn..
Motip jakun?

Saya merancang kehamilan tapi bila bagitau org, selalu ditentang keras.
Tetibe je tuka topic bab preggy plak.
Orang cakap jangan plan utk anak 1st..nanti susah dapat.
Tapi bagi aku, aku bukan plan dengan telan pil2 semua tu.
Just plan naturally je..so ade kemungkinan susah nak dapat baby gak ke kemudian?
Uols rasa cmne?

p/s: wahhh siyes aku baru tau blogger dh UP gile siap dah ada control panel utk template, background yg ala2 wordpress siot. lama gile aku tak login blogger. mcm banyak jek perubahan. naiissss


OK lah, babai.
Janji update.

Thursday, June 17, 2010

......

Lama sangat saya demam panas.
Dah 5 hari.
Sapa2 add FB sah2 la tau kan.
Saya ni memang hantu FB.
Actually tak hantu pun, tapi dah kerja ngadap PC je kan.
Bukak FB setakat 2-3 menet.
Kadang2 bukak je, tak tutup2 tab..

Eh melalut ke FB. ]
Sambung kisah demam.
Dah 5 hari demam. Makan ubat, OK kejap pastu panas balik.
Jangan speculate saya pregnant, memang TAAAAAAAAAAAAAK.
Ni demam ape pun tak tau.
Cuma risau pulak coz dgr2 kat opis ni ada org suspected H1N1..
I takut...
Tapi malas nak gi check, boleh?


Ni lah padahnye pegi masuk hutan sana sini.
Keje sini macam2 kursus kene attend.
Bosan ah aku.
Dah ke dalam air, ke hutan mane2 dah.
Sampai dah sakit2 badan, dah demam2 hah.
Kalah askar,ok.

Dah la timing tak kena, buat kursus time musim wedding kan.
Mintak maaf banyak2 la kat kengkawan yg saya tak sempat pergi wedding diorang tu.
Memang tak dapat pergi..bukan tak nak pergi..

Ish ok la, tak tau nak update ape sebenarnye.
Okla saya nak check dokumen dulu.
Bye.


p/s: hepi nye anak mat nor dh update blog haha

Wednesday, June 9, 2010

Paste sini untuk i baca kemudian.

From forwarded mail. No credit sebab tak tau sumber asal dari mana.

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.







Doakan umat Islam Palestine selamat. Amin.