Friday, September 23, 2011

Untuk para ibu...dan bapa..

Ya Allah Ya Tuhanku.
Kau permudah dan permurahkanlah urusan kerja dan rezeki suamiku.
Aku nak benti keja.

Ye la aku tau bajet terbaru nak bentang before pilihanraya ni dengar2 ada penyelarasan gaji baru utk penjawat awam(aku ke tu?), or ada bonus. Org swasta mesti tak puas ati kan sebab diorang cakap pekerja awam lembab nak mampos tapi asyik mintak naik gaji ngan bonus je dah la guna duit dorang bayar tax hahahhaha aku pon cakap camtu gak dulu masa aku kena bayar tax.. Haha, being in dua2 institusi ni, aku leh bagi kesimpulan, gomen dan swasta sama je, yg OK, Ok, yang lembab tu mmg lembab nak mampos bergantung kepada org tu sendiri kot. Keja kerajaan ni jadi lembab sebab byk level kot nak kene kelulusan. Takleh nak straight to the point je. So manusia kat level atas sekali yg sepatutnya meluluskan sesuatu tu la yg menyebabkan benda2 lain tergendala. Itu salah satu punca yg aku nampak la. Mcm bab2 waran perjawatan, kalau agensi kecik, kene rujuk kementerian dulu. Kementerian pulak nak kene rujuk JPA pulak. Situ la birokrasinye yg melembabkan proses. Gituh.

Vendor2 opis aku ni pulak which is kompom lah org swasta kan, lembab gak aku tengok. Kan main kan dalam bisnes kad kau, nama kau director la ape, nak designation cas bagus je. Aku tengok IC, oh tahun 1985..Sebaya aku ni wauuu dah jadik director. Ala setakat cmpany proxy memang begitu la dorang. Yang aku perasan tender2/quotation ni, 1 cmpany besar akan masuk banyak2, dorang guna subsidiaries dorang. Pastu dorang variasikan la spek teknikal dan kewangan supaya salah satu company dorang lekat kat jawatankuasa sebut harga. Ni aku syak cmpany yg lembab nak mampos yg dpt menang sebutharga opis aku ni kategori camni lah kot umur 24,25 masing2 nak jadik director katanya tapi email etika pon xde. Kesain pengarah aku send email kat dorang berjela2 merujuk perkara dia atas, blablabla sehubungan itu(well korang takkan x tau kan betapa rasmi nye emel2 dari gomen ni kan), alih2 pmpuan 'director' tu reply camni: OK NOTED.

Aku sebagai orang kanan bos aku ni rasa mcm chilakerr nye kau director swasta umur 25taun oi, kau balas emel customer mcm itew je. kau ingat dia anta BBM ke,. YM ke kat kau? Itu email rasmi hokey. Dah la xde Dear XXX, Thanks segala. Main belasah je terus jawab OK NOTED. Bahabi kan? So, bagus sangat ke swasta tu???? Wah tetibe sentap ngan swasta. Hahhaa.

Same jelah, keje gomen ke swasta ke, kalau org tu lembab, tetap lembab la. Cume org akan highlight org keja gomen je sbb duit org keja gomen kan duit rakyat. Tapi pastu duit rakyat tu, nanti peruntukan nye pergi ke gomen, pastu gomen plak dapatkan servis dari swasta, so duit tu patah balik ke swasta jugak kan. Gitu je pusing2nye.

Jadi sebagai manusia yg dengan pasrahnya masuk gomen sebab mak aku bising gile wey dulu, aku kene tadah telinga je ok bile orang kutuk gomen dan sedar diri. Hahhaa.

Eh motip kan entry ni jadi gomen vs swasta tapi sebenanye aku nak cakap aku harap rezeki keluarga aku bertambah, sebab aku memang nak benti keja la kalau boleh. Aku x puas ati la tak jaga anak sendiri. Aku ada bincang2 ngan kwn aku pasal anta anak ke neseri, ada 1 neseri tu kan(bukan taska anak aku daa taska anak aku ok je setakat ni), utk budak yg baru makan, umur dlm 8 bulan kot, dorang letak je makanan kat depan budak. Budak tu nak jilat2 makanan tu mcm kucing ke, nak guna tapak tangan ke, siku ke. Lantak kau lah budak janji aku dapat duit mak bapak kau bayar yuran. Haaa begitewww uols.

Tetiba aku bergenang air mata memikirkan anak aku. Adakah dia mendapat penjagaan yg baik? Kita yg keja ni x tau kan anak kita dijaga mcm mana. Cuma aku berharap anak aku dijaga dengan baik. Aku compare2 dengan kehidupan aku masa kecik2 semuanya superb mak aku sediakan. Tetibe aku rasa syahdu dan sangat sedih sbb aku tak boleh bagi penjagaan mcm tu kat anak aku sebab aku keja. T_T Nanges sangat2 uols.

Sedih bile aku bayangkan anak aku nanti dah sekolah kene naik bas sekolah, abis sekolah kena transit duduk taska pulak, petang2 baru aku gi ambik dia. Sedangkan kehidupan aku zaman dulu, balik sekolah mak aku dh tercongok depan pagar sekolah dalam keta dengan spek itamnye tunggu aku balik. Pastu balik rumah aku mandi2 dulu, makan2 semua sedap, pastu mak anta lagi pergi fadhu ain atau tuisyen. Aku sangat sedih sebab aku rasa anak aku x dapat ape yg aku dapat dulu. Aku bercita2 nak bagi Imani dapat sekurang2nya apa yg aku dapat masa aku kecik2 dulu, tapi sekarang semua kena harapkan org lain yg kite tak kenal buat semua tu dan kite bayar je duit bulan2.

Macam kat taska kan, aku selalu gak ngintai2 kan, budak2 memang suke jilat2. Ada yg jilat lantai la, jilat grill la. Cikgu2 memang tak sempat nak monitor sorang2 memang kite takleh salahkan dorang kan, sebab ramai dorang nak jaga. Aku membayangkan nanti Imani dah pandai merangkak, dia pegi ke segenap penjuru taska, jilat2 lantai, jilat2 grill waaaaaaaaa aku x dapat terima sangat2. Aku sedih. Aku kecik2 dulu nak jilat kekotoran2 ni sah2 mak aku dah halang awal2.

Jadi kesimpulannya takkan ada org boleh jaga anak kita sebaik kita sendiri, selain ibu dorang, melainkan mak dia memang seks rambang dpt anak luar nikah memang ah dia buang je anak dia. kan?? Aku memang cerewet sikit. Aku sebenarnya dah tak sayang pon kerja aku, duit gaji ni semua. Semua tu dah jatuh taraf dah dalam priority aku. Aku nak jaga anak sendiri. korang doa2kanlah rezeki kami murah dengan tiba2, aku memang nak kerja dari rumah je. Aku nak jaga anak..........

Imani, maafkanlah mama sebab terpaksa harapkan orang lain jaga Imani..Mama sedih sebenarnya tapi mama terpaksa. Doakan papa murah rezeki nanti kita boleh bersama 24/7..sob sob nanges aku type nih..uwaaaaaaaaaaaaaaa

4 comments:

Ezzan Yusop said...

ezan pn nak benti laa lisa....
uhuk uhuk...ada contoh surat resign dr gomen x? ;p

sugar.coated.mommy said...

aku ade contoh. complicated nak resign dari gomen. kene dengar syarahan dari orang2 atasan dulu. kalau nasib malang, diorg hanta ko pegi kaunseling kat JPA. layannn

dd dudu said...

heehee bace pendahuluan pasal nak benti keje, sekali entry tgh2 pasal gomen vs swasta :'D uols ni kelaka laa!!


gojes sgt mak uolsss tunggu kat luar pagar sekolah dgn spek itam, keh keh keh keookkk

Ezzan Yusop said...

boleh x nak contoh surat resign dr gomen? ezzan lagi la...xpyh dihantar, dah daftar dh kaunseling JPA. huhu...