Monday, January 30, 2012

Jom print gambar

Yuhuuu dah dapat dah gambar yang aku print online kat eoe..Thanks sahabatku Yien ibu kepada Wafiy encem itu. Aku je ke baru tau pasal website printing online ni? Semua orang dah tau kot ye. Lembab betul.



Sebelum2 ni memang banyak sesangatlah gambar yang nak print tapi asyik la delay2. Atau pun tak pegi2 perint terus. Rugi kan kalau gambar digital banyak2 kot2 ape2 berlaku kat hard disk abis crash ke, tak ke ko nanges pasal gambar anak baru lahir semua hilang. Aku print kebanyakannya gambar Imani la since labour. Aset aku dunia akhirat ok, so kena albumkan.

So ada 1 hari tu aku mengadap jela pc edit2 kasi cerah sikit mana yang kelam tu, then upload terus ke website eoe tu, bayar then hari ni dah dapat. Puas hati okey dengan kualitinya. Yang penting tak payah nak susah2 pergi kedai. Everything buat online je. Next batch nanti nak print gambar aku yang lain2 pulak and nak print untuk tok nenek Imani kat kampung, buat sepraisss!! Mak aku memang obses cucu, kat henpon penuh gambar cucu sulung ni. Mintak2 laa anak aku ni jadi cucu tunggal lama skit biar menjadi kesayangan.

Gambar Imani baru lahir tu ada 1 tu aku buat 13R. Wah besar nye, pastu dengan gambar tu baru nampak jelas rupenye anak aku ni Day 2 dah ada jaundice okey!


Ni website tu http://www.eoe.com.my/. So sila2 la terjah ye. Diorang buat promotion(tak pasti la ke memang macam ni ke ape harga dia). Harga sekeping 4R RM0.30 je, 5R pulak RM0.45. Worth it kan pasal tak silap aku kalau print 100 keping dapat free postage. Else, RM5 ke, RM6 gitu lah. Dah alang2 print, print le banyak2. Aku print habis dlm RM90+ tu pon ada 13R, 8R semua. Yang bengang nye masa nak masukkan amaun gambar tu, ada 1 gamba tu gamba Imani tengah minum kolestrum aku masa day 2 lahir, 10 keping aku pegi print. Tak perasan okey. Rugi kat situ. So u all sila hati2 k nanti check betul2 untuk elak berlaku benda macam ni.




Ok aku sakit badan ni, nak tidur..Eh takdela, nak buat keja. tata uols..
Saja je share pasal kot2 ada yang tak tau lagi kan...so sila la print gambar banyak2 sebab memang murah kot 30sen sekeping. Ko pun boleh freely edit2 dulu, edit sikit2 then store kat storage eoe tu dulu ke, pasal dorang provide jugak personal album storage kat system dorang tu.

K, nak tengok gambar dulu. Ok bye.

Friday, January 27, 2012

Nose Cleaner

Saya nak beli ni. Kat mana ada jual?


Thanks..

Thursday, January 26, 2012

Bersalah

Malam tadi kan aku penat sangat. Pastu set alarm 5am sebab nak bangun masak puree and porridge Imani. Puree tu tinggal nak blend je, porridge tu yg belum buat apa. Bahan2 masak pon non hadooo tak potong lagi.

Imani 2,3 hari ni selsema tapi takla teruk. Cuma aku rasa hidung dia tersumbat. Ada je nostril punya spray tu tapi kalau aku nak sua ke hidung dia cam geli-geli pastu tersedar. Malam tadi dalam pukul 3.30 macam tu dia bangun merengek2 nangis2. Bukan sakit pon tapi nangis mengigau and manja. Aku dah boleh kenal dah nangis dia jenis macam mana kan. Pastu aku penat so aku macam stress la sebab dia dah tak mau tido, nak tengok babytv la, nak berguling2 la, nak panjat2 terjun katil la. Kire nak aku bangun sama la.

Pastu aku dh la penat, then pikir susu tak pam lagi ni , then macam2 lagi nak buat pagi tu, dah la 3.30 dia bangun nak main2 kan, ape lagi ngamuk le aku. Pastu aku bebel2 kat dia mcm marah2 gitu la..pastu sekarang aku rasa bersalah gile. Wuwuwuw so arini hari yg tak best sebab dah marah anak awal2 pagi buta.

Dah la tadi gi hantar taska dia tengah tido lagi, so dia belum senyum2 tengok muka aku. Biasa pagi2 mood die elok dia bangun senyum2 la masa nak hantar tu kan. Dah kat taska masa bagi kat teacher die tersedar pastu nangis meraung pasal terjaga kan. Aku dh la tak sempat susukan dia pagi ni. Last pon dalam pukul 6.30 tu pon bukan la menyusu yg betul2 pon, just dia isap sebab dia terjaga and nak kasi tido balik jek.

Aku rasa tak best gila sebab aku sebagai ibu patut berkorban la kan, setakat tak cukup tido tu perkara biasa la. Ni aku nak hangin2 plak. Anak dah la sorang tu je. Takde la aku marah dia kuat gila sampai dia nangis..dia sengih2 je masa aku marah tapi aku rasa x best. Pada usia 9 bulan bukan dia yang kena paham aku, aku la yang kena paham dia..Ni aku pegi hangin pulak..Imani, maafkan mama ye...Sedih lak sebab tak sempat manja2 pagi nih..tak sempat breastfeed, tak sempat gurau2. Dah la hantar dalam keadaan dia bad mood and aku pulak tengah kejar masa takut jammed depan Giant tuh.


Ya Allah, lindungilah anakku, Kamilia Imani..berikan kasih sayang buat pengasuh2 yang menjaga dia.Berikanlah kesabaran buat aku dalam mendidiknya, dan jadikanlah anakku anak yang patuh pada ibu bapa dan kepadaMu.

Aku harap pasni aku boleh jadi ibu yang lebih sabar dan ibu terbaik buat Imani...bersalahnyeee aku rasa. Tak patut aku buat camtu...tapi tak boleh juga terlalu memanjakan...cuma aku punye emo tu tak bertempat kot...Hmmm

Masa ni umur bape bulan ek, 7 bulan kot pasal rambut tak cukup panjang lagi. Baru start demam time ni, lepas balik dari melawat DD bersalin. Saja je letak muka sedih kasi cukup rasa sedih entry ni...


Gamba tido lagi..Aku suka tengok Imani tido sebab kalau dia tido kadang2 macam muka aku kan. Kalau dia jaga konfem 99.8% muka papa dia jek..


Mesti IMani sayang papa lebih kan sebab papa tak pernah  marah dia...










Mama janji mama takkan marah Imani sembarang2 macam malam tadi lagi okey....

Wednesday, January 11, 2012

Sindrom Bayi Tergoncang

Info menarik untuk para ibu bapa..saya ambil dari sini:
http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung/112863158776550
Husband saya yang share di FB, erk tapi mcm mana laki aku boleh pegi page persatuan ibu2 comel mengandung? comelnye perbuatan..

Untuk ibu bapa yang mengamalkan tidurkan anak dalam buai pun rasanya boleh ambik panduan ye.


SINDROME BAYI TERGONCANG


Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)

Kenapa bayi digoncang?

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.

2. Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas akibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan

Kenapa ianya merbahaya?

Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.

Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?

Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung
Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangka panjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.


Bagaimana mencegahnya?

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokong bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
6. Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika  (p/s to suami: jangan ambil mudah permintaan saya utk jagakan anak sebentar kalau saya cakap sy betul2 penat, sebab kalau sy cakap sy penat dan tak larat dah nak pegang, i really mean it. saya memang tak akan mengelat utk menjaga anak sebab anak adalah harta saya dunia akhirat. sob sobs..tapi suami saya memahami bab nih. TQ syg..)
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis


Kalau pengalaman kami laki bini lah kan, dari sekecil2 perkara ke sebesar2 perkara kami tak assume sendiri2. Memang akan pergi jumpa doctor. Sampai Imani dah kenal dah doctor tu dan dia tak suke doctor tu, sebab dia ingat kalau masuk je bilik doctor tu, dia akan diapa2kan, sampai kitorang kadang2 kena ambil option pergi jumpa doctor lain yang dia tak cam lagi, boleh?? 

Kes bayi tergoncang ni pernah berlaku kepada kawan saya, kawan matrik. Saya nampak dia dalam TV dalam wawancara perubatan Islam bersama Ashraf Muslim. Anak kawan saya tu ada gegaran otak kot, peristiwa berlaku tak silap di rumah babysitter.

Bab babysitter ni pun satu hal lagi, baru je berlaku anak kepada kawan saya, (yien pinjam kisah jap), meninggal sebab jatuh tangga di rumah babysitter(betul kan ni Yien?), mungkin berlaku kecederaan dalaman, sampai buah pinggang gagal berfungsi, lalu meninggal dunia. Jadi, pilihlah tempat terbaik utk anak anda dijaga dan ditinggalkan sementara kita keluar mencari rezeki. Babysitter/taska, both ada pro n con masing2 tapi saya memilih utk tempat yang ada perlindungan insurans. Later lah cite pasal taska vs babysitter nih.

Ok babai nak buat keja opis sampai lebam..

Friday, January 6, 2012

woiwoi

Hoih dah 2012 lah. Update blog lah hoih. Kalau tak nak update kau delete lah hoih. Kata aku kepada diri sendiri.


Lamanye tak update. Mak keja kerajaan tapi mak busy okey. Uols ingat semua akak kerajaan goyang kaki? No no noooooo(gaya Abon). Wah motip ngaku 'akak' kerajaan?

2012 dimulakan dengan agak malang sikit. 1 jan 2012 nenek aku kena langgar lori pikap. Lori la kot sebab aku sampai sekarang tak sure ye ke tak? nenek korang mampu? Haa nenek aku kena langgar kat jalan besar depan rumah dia, patah hidung, mata kiri kanan berjahit, peha belobang, nenek korang ada lubang kat peha? nanges ok kesian orang tua tu. Nasib baik dia kuat semangat and ada doktor pakar tulang tu jiran pakcik aku. So now on private observation and supervision dari doktor itu.

2 jan 2012, aku demam. Batuk2 selsema bagai. Anak pun jangkit juge.

3Jan 2012 pulang ke KL dari kampung naik Air Asia. Sialan betul sebab masa nak take off tu, stewardess nak turunkan seat, anak aku tengah nyenyak tido, so aku suke la sebab nanti takde la dia rasa sangat effect pressure tu semua, tetibe anak aku meraung sakan, rupenye terkepit jari kat penyendal kerusi flight tu. Sangat babi okey aku dendam2 jek. Nak take action over2 pon kemalangan kan, aku pun salah dah tak check tangan anak kat mana. Menagis la anak aku kuat gile sampai menggelupur2 atas flight tu menahan sakit selama 15 menet.Pastu lekuk jari dia, terkoyak kulit sket dan bengkak lepas tu. Sampai je LCCT terus ambik cab, balik rumah,  ambik kereta pergi klinik. Pintu klinik yg besi tu dah turun separuh, aku mintak laki aku pegi merayu kes emergency nak check jari anak takut patah. So doctor pon kasi masuk, Imani tengah tido masa tuh. Check2 boleh bengkokkan semua dan lekuk dh hilang tapi bertukar menjadi bulat dan bengkak. Since takde xtray kat klinik tu, dah kul 10 malam lebih dah, doktor suruh observer. Diberi ubat bengkak dan tahan sakit. Esoknya kalau makin bengkak dan meragam maka kena xtray dan further treatment. Esok tu aku tengok dia lupe terus dia sakit, jari dah surut bengkak siap pukul2 barang lagi guna tangan tu, maka aku rasa dah ok dan takde fractured ke ape(motip main rasa2 jek? kau ni bukan mak yang baik okey!!).

5 Jan 2012.
Sakit gigi. Kesemua gigi geraham aku sakit. Aku tak paham kenapa semua gigi nak bermusuh dengan aku nih. Tak boleh ke kalau korang tak sakit serentak???Gigi belobang okey. Nanges. Sakitnye sampai ke kepala mencucuk2 gitu..Hazabs sangats. Dari pagi sampai ke malam sakit. Tahan jelah. Dah la sakit badan sebab demam tak hilang, tangan aku kedua2 belah tengah sakit otot sebab meriba dan mendukung anak yang berat sepanjang kat kampung sebab anak aku meragam takmo dengan semua orang kecuali aku jek..motip kan??Now dh keras2 dah lengan aku. macam nak bermuscle jadiknye.

Sekarang pon masih sakit gigi. Ah cakap banyak tak guna. Aku nak balik tido. dah rehat nih tata