Thursday, September 20, 2012

1 tahun 5 bulan

Assalamualaikum..

Hai kawan2..Lama sesangat tak update blog. Takde follower tegar takpe. Kalau ade tu yang kesian.
Nak cerita apa pun tak tau. So macam biasa la cerita pasal anak.

Imani dah masuk 1 tahun 5 bulan dah 11 September hari tu. Next month gi jab. hehehe. Itu jela hadiah yang paling kerap aku bagi dia.

Now Imani tengah nak belajar cakap. Ada lah a few words yang dia dah boleh sebut. Kadang2 kelaka pon ada. Hobi malam2 suka tengok cerita hantu kat astro. Lepas tu menjerit takut tapi gigih toleh2 nak tengok lagi. Kalau tukar channel marah. So apakah motif dan hobi baru suka tengok cerita hantu tu? So tak sesuai k..Tau sebut ghost tapi bunyinye goooohhh..

Antara word yang dia boleh sebut..

Lion : sebab feveret jugak tengok channel 556 (animal planet). Huish kalau tengok animal planet memang penuh perasaan siap sedih2 bagai. Sedih sebab lion eats buffalo..kellas tak? Memula lion ganas2 eat buffalo tu, dia tiru2 aksi cakar tu semua siap buat suara lion grrrrrrr auuuuuuumm semua tu lah. Tetibe sedih plak bila buffalo mati. Mengalir air mata hahaha. Emo!!

Rhinoceros(camni ke eja?): Aku terperanjat sebab dia sebut ghenoseghooohhh(hahah bunyi takleh blah tapi ada sipi2).

Mole: Taik lalat dia tu la kat tangan..if tanye mana taik lalat, mana mole, terus tunjuk kat tangan ngan kaki. memula tanya dia, imani mana taik lalat? masa tu dia tak kenal ape bende taik lalat tu. pastu dia duk haa? haa? aaa? ala2 nak kan confirmation la. funny ok sebab macam borak2 je ngan dia. Now pon boleh ajak sembang..benda dia faham ke ape dia angguk2 or cube sebut kalau tak faham n susah sangat nak register kat otak dia akan tanya aaaa?? aaaaaaaaa??? hahahha.

Mama,papa: yang ni dah lama tau

mamawa: adik aku..nama wawa so panggil mamawa..

Qaira: Nama kawan kat BS, haha terkejut jugak sebab tau sebut huruf R.

Tiger : Aiger (boleh la, janji ada sipi2).

Flower: hihi ade satu hari tu kat kampung dia tunjuk bunga pastu dia ckp kat nenek dia..aaaweeeerrr(nenek ckp amboih ckp omputih ngan nenek). maybe sebab byk tgk tv kot so ade je word yg aku tak pernah ajar tapi dia tau..syukur la camtu so tak perlu banyak effort sangat nak ngajo hihi(mama ngelat).

teacher: icherrrrrrrr...boleh la panggil teacher siti and teacher ain (dua2 babysitter tapi ajar panggil teacher ala2 kat taska). ada tu dia panggil siti je...iskkkk..

upin ipin: sebab tengok iklan je asalnya pastu dah tengok plak cite tu. ok cite ni byk pengajaran, banyak ajar2 semua tapi tak berkenan sungguh la cakap aku-kau kan....imani dah la tengah belajar cakap. so now stop kejap bagi tengok upin ipin..kalau bagi pon yg kat disney..at least i-you..pernah je ada pengalaman akak sama taska ngan imani dulu,,anak dia cakap aku-aku ngan mak sendiri sebab terpengaruh upin ipin..so amat risau gak la..tapi upin ipin ni memang memberi tarikan kat budak2.so how eh?? kenapa cite luar like dragon ball ke ape bila alih bahasa boleh je pulak guna saya-awak..tetap nampak ganas ape.??

betul3..: boleh sebut dah betul3 ni tapi tengok mood.if mood elok asyik duk sebut kalau bad mood memang tak aaaa..

Lepas tu pandai buat muka. suruh muncung mulut buat muncung..suruh buat mata, kelip2 mata..sebut nose terus tangan otometik gi korek idung, boleh??? yang tak menahan kalau cakap mcm mana pretty face? terus kelit2 mata senyum2..pretty ke???


Yang tak tahan teramat sangat, susah sangat nak tido biarpun aktif. Siang memang tak tido. Malam tido pukul 11 or 2.30 pagi, boleh?? Mana la aku tak meroyan kan. Selalu la aku merajuk2 la konon kat dia sebab dah puas buat semua cara takmau tido gak..bila aku merajuk camtu baru dia nangis teresak2 sedu sedan semua. then baru boleh tidokan.

Kalau kat rumah babysitter, BS cakap imani tak suka layan mainan sangat. Kalau bagi buku dia boleh tengok buku tu fokus lama2 sampai setengah jam ke ape. Syukur la kalau rajin membaca..sumpah yang ni tak ikut mama langsung hahaha. Dia suka fokus ape benda dalam buku tu. Gambar2 tu semua dia tengok dengan teliti. Alhamdulillah..

Malam2 pun kalau kat rumah suka ajak mama drawing ke, (conteng2 jelah sebenarnya). Dah habis kertas pergi sendiri bilik papa. dah tau mana papa simpan A4. so senang jela jaga dia takde la susah pun cuma sedih je tak cukup masa sangat kan nak main dengan mak pak..tu pasal kot dia takmau tido awal,nak main ngan kitorang kot..

Ok gambar semua amek kat FB je takde usb connector lah..ulang tayang dah la..


sibuk ikut papa repair2 printer rumah. tau je dia kalau jumpe tempat2 skru tu semua dia tau la mana nak tuju screwdriver tu smue kan. (perlu pengawasan ye,alat2 ni tak sesuai buat main)

balik from babysitter terus on laptop..nk tengok youtube le tu. kenapa mama kedekut nak beli ipad ek? Mama sila beli. Eh papa mohon beli!!!


Pada 1 ketika bersama Rayyan. (Gaduh, ok!)


Atas tu semua gambar lama..ni yang baru dah panjang rambut..dah ada gigi banyak skit..

Gigi kapak agak besar tp rasanya bila dia besar size ni kire standard.gigi lain kecik2 petak2..alhamdulillah takde gigi yang senget ke serpih ke ape. Aku godek2 gak gigi kawan2 dia ada yg terlebih besar, ada yang senget, ada yg tumbuh mcm kembar pastu terbelah..so syukur ok imani awak dpt gigi cantik..

Hobi baru adalah melaram..gi kedai nampak spek ha terus takmau lepas. dah banyak dah koleksi tapi terpaksa ah beli jugak kan sebab dah tak mau lepas.. 
baju ni dah lama sangat beli.since dia frame kecik, baru 10kg, so muat lagi. baju ni mmg untuk usia 1Y pon, papa beli kat Jakarta. Banyak tau baju baby kat sana yang fashionable. Kat sini susah la nak cari..bosan k aku duk rotate baju imani kebanyakan duk pakai yang sama je..

My current FB profile picture..
Tips untuk kekalkan tocang n spek ni, masa mula2 pakaikan semua orang kena excited gila puji dia dengan gaya sekali OMGGGGGG cantiknyeeeeeee..cantik sangat!!!(camtu la antara ayt penyedap utk dia) pastu jangan lupa bawa dia tengok cermin lepas puji..
sebab dia akan rasa dia sangat cantik then dia senyum..maka sepit rambut, spek semua brg2 hiasan akan kekal lama di badan hahahha. kalau tak puji..hmmmmmmmm kejap je k!

Lagi bukti suka melaram. malam2 pakai neclace ala2 pearl gitu..sambil buat homework(erkk homework ke??)


Buat idung...


Banyak lagi kalau nak cerita pasal imani ni. takpela lah will update time to time...Entry ni akan dicopy paste ke blog dia plak.

Okay bye2..cepatla update pasal anak korang pulak..nak baca!!!




3 comments:

dd dudu said...

lisa. sy dari hari tu dok riso gigi kapak haris besar, haha pastu bile tgk gg kapak anak kawan sy kat fb besar gak, terus lega sbb rupe2nye normal.

pastu bile ko tunjuk gigi imani dan cakap normal gg kapak besar, bertambah2 lega!! hahahahahhahahahahaha

bini edy said...

dd,
tp besar pon ada banyak jenis la..qaira kawan dia tu besar yang memang besar betul..hahaha..

Ciare Baha said...

aku rasa dia bukan nak sebut lion tp nak sebut nama pakwe dia RAYEN hehehehehehehehehehhehe


eh ;p

uols, gigi anak iols tak kapak. tapi kecik2 sooooo tiny. normal ke ek? tp gigi aku kecik jugak kan.. ala camne ek..mcm kecik2 sgt gigi dia