Thursday, May 12, 2011

Imani and Mama at Day 31

1.Imani kulit merah2, ikut papa kot, kalau ikut mama harus la cerah kuning2 gitu, tak vogue langsung kalau ikut mama,kdg2 pucat je kan. Yang lain2 pun aku tengok banyak ikut papa dia. Ada 1 lesung pipit belah kiri rasanya, kdg2 ada nampak bila dia senyum,rambut dah tumbuh lebat balik tapi belum panjang. Hohhh lambatnyaa nak panjang... Kalau menggeliat/nangis...macam udang kena bakar baru keluar oven gitu.  Merah sesangat..Tapi takpe, mata ikut mama, hehe bulat pastu bulu mata panjang dan lentik. Good, mengekalkan tradisi keturunan belah mama.Nanti dia dh besar sikit lagi aku upload le gambar, bagi korang terkejut2 gitu bila dia dah berkilo2..wahhh!Tapi baby hari2 pun berubah kan..Dah besar sikit baru betul2 tau ikut rupa sape..Tak kisah la mama ke papa..Anak papamama kannn..

2.Semalam kena inject utk 1 bulan, belum inject dah meraung, masuk jarum, sila bayangkan sendiri..menangis tak hingat.Sua susu je terus diam, tido sampai ke rumah.

3. Belum dikhatankan lagi. Rugi plak rasa tak khatan siap2 masa memula lahir. Ni nak kena cari klinik yang sesuai la pulak.Lagi satu hal pulak aku kena siap2 dia meraung tak hingat.

4. Patutnya hari ni dia ade appointment dengan Paed dia, Dr Roliza. Tapi terpaksa cancel la sebab aku tengah confinement kat kg. Tunggu 3 bulan la baru sambung balik.Rugi la pulak sebenanye, sbb rasanya selain kena cucuk, doc akan check benda2 lain lagi, mcm follow up jaundice ke ape, sbb ade sesetengah baby, dah sebulan pun ada jaundice lagi walaupun kita tak perasan, nama dia breastmilk jaundice. Jaundice disebabkan menyusu badan. Tak silap aku laaaa..Tapi rasanya Imani takde kot..

5. Nanti lepas pantang, bulan 7 mama plak kena pegi follow up dengan Gynae mama,tapi tak tau la pulak ape nak di check, yg pasti neves gila nak timbang berat nih, umah kat kg ni takde penimbang lor. Tapi rasa mcm ade certain part dah kecik2 tapi kilang memproses susu Imani ala2 tak surut2. Adoi laaa..Tu yang nampak badan aku mcm masih bersemangat waja gitu. Lepas tu peha ni macam x mau surut gak. Rasanya seluar lama dah boleh muat kalau boleh masuk tang peha. Aku stress hokey drumstick nih. Tak perlu!!Maybe kes berjaga malam kot so mcm ade la perubahan berat slowly, dari takde langsunggg?? Tak ke haru? Gemokkk.

6.Imani dah ok dari demam sebab bengkak jab BCG hari tu. Yang inject semalam dia belum demam. Hope tak demam la kot sbb dah tuam siap2 dah tempat cucuk takmau bagi bengkak dan nak elakkan dia demam.

7. Hari tu Imani tak poo poo 4 hari.Tak langsung even terkincit sekalipun. Hasil google, aku dapat tau, baby yang breastfeed exclusively adalah normal tidak poo poo berhari2, ada org tu anak die tak berak 29 hari, gila ke ape? Sebabnya, susu ibu diserap sepenuhnya oleh bayi, takde ape2 yang nak dibuang dan dikumuhkan. Then masa tu berat die dari 3.19 jadi 3.65 pastu 4kg.Masa x tau benda tu normal, aku pun pegi makan sunkist banyak gak, nak bagi dia poo2.Tapi lepas je aku hilang risau Imani tak poo poo, tiba2 dia poo poo dengan kerap gila banyak pulak tu. Lepas menyusu je, kentut2 dengan jayanya pastu praaaapppp terkincit. Motif, Imani? Diaper baru beli je yg 52 keping, dah nak habis. Aku rasa hari2 dlm 10-12 diaper nak kena tukar, sekali dgn pee pee dia tu la. And now, aku risau sebab Imani kerap poo poo and aku takut badan dia tak serap pulak nutrien susu aku, dah la timbang semalam pun 4kg, sebelum tu dlm 4-5hari sebelum tu jururawat kg dtg, timbang 4kg gak. Hopefully penimbang jururawat kg tu yang ada ralat.Tapi tgh graph perkembangan tu, dia di bwh skala normal. And aku pun bukan makan sembarangan, mkn ok je x makan pon benda2 bisa2 ni.

8. Semalam cukup sebulan dia mcm dah pandai2 di agah2 oleh atuk dia. Atuk dia cakap dengan dia, die senyum2 bagi respon. Gud girl!

9.Dia dah pandai cari aku. Kadang2 die nangis2, pastu aku dari jauh panggil nama dia kuat2, anak mata die melilau2 cari aku, then dia senyap. Hikhik. Hari tu aku baru lepas mandi, lalu depan dia tapi aku tak tegur dia dan tak singgah jap kat dia, pastu dia pandaaaaaaang je then panggil aku, 'HEEEEEEHHHH!!'. Kui2 terus mama gostan pegi singgah kat Imani. Kadang2 ramai2 duk sekeliling dia tengok2 dia, tp mata dia paaaaaaaaaaappp pandang aku sorang je. Hehe..Bagus2. mama terharu!

10. Semalam dia start pandai tgk tv dan respon kat rancangan die tgk tu. Nanti aku update channel ape ek. Aku baru je tau wujudnya cenel tuh.

Oklah, sekian..Nak mandi, panaaaaaaaaaaaaaaaaasss. Panas lagi api neraka la...!
Mode mama adalah happy petang nanti papa balik..Yahooo nanti mama pegi fetch papa eh! Pedulikkan la confinement, suami didahulukan, okey!!
Tata.

No comments: