Thursday, December 1, 2011

Termometer

Setiap rumah yang ada baby dan kanak-kanak mesti kena ada termometer. MESTI ADA! MESTI ADA! WAJIB!!

Sebab anak-anak memang mudah demam, lagi2 bayi, ada pulak jenis anak2 yang naik bulan pon demam(anak aku le tu). AKu pun tak tahu apa kaitannya dengan naik usia, demam. Nak pandai meniarap, demam. Kebetulan kot. Anak aku senang demam sebab jangkit dengan budak taska pasal taska pasang aircond. Aku tanya cikgu, rupanya 18 degree kau dia pasang. Aku kat rumah kalau on air cond pon paling2 rendah aku set 22 degree. Biasa malam2 especially, 25 je..taknak sejuk sangat, sekadar hilangkan bahang panas.

Korang guna termometer macam mana eh untuk anak korang? Dulu kan aku guna yang first years.
Tapi hazabs sangat sebab nak kena tunggu lamaaaa letak dalam telinga pastu lama skit baru dapat bacaan suhu. Lembab gile. Dah la anak aku buas. Pusing sana pusing sini kan dah lari2 dah bacaan suhu.

Ha ni lah termometer lembab itew. Murah kot. Sebab tu macam kekwat sikit, saja nak aku tunggu2. Ujung2 tak dapat ambik bacaan suhu sebab anak aku demam2 pun tak reti duk diam.

Now aku dah tak guna yang tu. Sebab aku pergi klinik pastu nampak doktor guna yang laser. Tembak atas dahi baby, dapat bacaan suhu. Aku kan orang kampung, so macam WOW!!! Aku harus memilikinya! Gitu la cita2 aku hahaha.

Balik rumah terus laki aku online, pastu jeng jeng jeng dah beli dah. Now weols guna yang tembak2 jek. Senang lah sekarang. Sebelum anta anak gi taska aku ingat nak tembak dahi Imani tengok suhu. Aku kena make sure anak aku sihat baru hati lega, sebab ada 1 hari tu dia start demam kat taska. Aku anta elok2 jek, balik tu teacher kata badan dia panas sangat. Hurm....
So, inilah termometer pistol aku. Hehehe. Cepat ah korang gi beli gak baru aku ada gang.





So entry ni saja je nak bagitau aku ada termometer tembak2 dah sekarang he heeeeeeeeee.














Kamilia Imani, mama rindu awak......
Aghh buah hatiku!

Sibuk nak kacau papa lah pulak...bahaya nih, kalau nak minum air panas janganla dukung dia...


Kalaulah..

Lama tak update blog.
Em nak cerita pasal ape ye. Actually aku nak call agensi lain ni tapi kena tunggu jap2 lagi la. Orang baru sampai opis kot so buat itu ini, maybe belum sesuai terima call orang.

Baca blog dd tadik. Wahh dah mak2 dah ko ek. Baru ko paham nape aku tetiba jadik sensitif lepas dah keluar sorang budak kecik dari perut kan? hikhik.


Budak kecik tu sekarang manja sangat sangat sangaaaat dengan mama. Memang kalau nampak muka mama buat2 nangis padahal takde ape pon. Tengah elok2 tengok babytv sambil mulut macam kumat kamit nak nyanyi sama tapi tak pandai nak sebut muahahahhaa, bila nampak aku lalu je terus nangis tipu2. So kalau aku nak lalu kawasan dia main, aku kena lari pecut laju2 tau. Motip kan dalam rumah sendiri nak lari2 laju2.

Malam-malam pulak nak tidur atas riba mama. Memang boleh dikatakan setiap malam aku tidur sambil memangku dia. Ok fine, 2 malam kebelakangan ni je dia nak tidur atas tilam. So aku boleh la tidur lena sikit, kalau taaaaaaaaaaaaak memang kena tidur sambil duduk and memang tak lena sangat la. Tapi mama tak kisah pun, sebab mama tak rasa anak mama menyusahkan mama. Anak mama nak manja2 je kan?

Pastu dalam keheningan malam sambil meriba2 anak selalu terfikir kan, apa lah jadi kalau aku pergi dulu dijemput Allah. Dengan siapa anak kecil ni nak bermanja, nak menyusu badan, nak merengek2 manja T_T Dangggg, sebak pulak aku. Pastu mengalir air mata. Syahdu okeh sebab masa tu memang tengah sunyiiii je..Lepas tu aku raise la hal ni kat si suami, nak tau dia jawab apa:

Mama: Papa, mcm mana ye kalau mama pergi dulu, mati dulu?
Papa: Kalau dah pergi, pergi la...
Mama: Motip????Macam tak kisah and takmo layan isu aku mati dulu.

Mama: Papa, mcm mana ye kalau mama pergi dulu, mati dulu? Imani ni macam mana?
Papa: Takpe, Imani paham kot...
Mama:MOTIP????????????????????????????????Tadi macam dia tak kisah aku mati, ni anak macam tak kisah aku mati lak.

Mama: Papa, mcm mana ye kalau mama pergi dulu, mati dulu? Imani ni macam mana?
Papa: Takpe kot, masa tu Imani dah besar kot.
Mama: MOTIP????Tetap macam tak kisah aku mati dulu walaupun beberapa taun lagik.

Mama: Papa, kalau mama pergi dulu nanti carikanla ibu susuan, or ibu tiri yang boleh jaga Imani macam anak sendiri. jangn la cari ibu yang dera dia.
Papa: OK...
Mama: %%*^$&^@#$*(&#&*#(*$

Terus aku yg sebak2 pikir anak ni macam mana kalau aku pergi dulu bertambah2 sebak. Motip suami???Saje je kan nak kenakan aku.

Tuesday, November 15, 2011

Mengantuk

Dari semalam aku duk tweet² pasal mengantuk. Eh memang mengantuklah sebab anak aku kan suka bangun malam² tiba² ajak main. Elok je dia tengah tido, tetiba bangun menyusu(mata pejam, lega aku) pastu dah siap menyusu tarik nenen pastu terus bukak mata sengihhhhh panjang. Dang! Aku takda can dah la nak tido.

Biasa dia bangun pukul 2, pukul 3 macam tu lah. So nak tak nak kena la bangun dan layan je dia main. Main panjat² badan aku lah, panjat bantal lah. Kalau dibiar main sorang harusla terjun katil lagi. Lagipun memang tak boleh dibiar sorang-sorang dia tak akan bagi can aku tido punya. Dengki kalau aku or papa dia tido maka laju2 datang panjat muka orang, tak pon jilat², or cakar², gigit muka ke. Ni muka aku calar. Papa dia pon dah kena calar. Jap lagi aku dah jadi harimau malaya ada celoreng celoreng kat muka. Euw ganas nya.

Dah malam tadi bukan takat kes cakar je, bangun 3 am, aku bangun makan nasik(motip? sebab aku dah tak larat malam tuh memang collapse, sampai tak sempat makan nasik daaa), so papa dia tukarkanla pampers. Memang tebiat ok anak aku, dalam pampers tak mau shi shi..kering je, bukak je pampers shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii shiiiii atas katil, dah lapik dah getah tapi buas sangat memusing sana sini abis kena cadar T_T (pilu di pukul 3 pagi), pastu papa dia pon bawak la anak yg separa vogel tu ngadap aku yang tengah makan kat hall konon ngadu la anak kencing atas katil , sekali lagi haaaaaaaa kau banyak gileeee shi shiiiii kat hall pulak dahhhhh. Habis papa nye, habis lantai..(T_T pasrah je pada pukul 3 pagi nak lap kencing budak 7 bulan) Wuwuwww...

Then makan la laju² nak setelkan kes shi shi dia nih. Pulak tu mata cerah jek, ngadap babytv pulak. Aku meneruskan aktiviti mengepam, masih memerlukan 6oz. Tetiba dah siap ngepam ngamuk nak aku pulak. Ok ok jom laaa lepak ngan mama, anak. Lepak-lepak atas katil pastu aku pon tidokan dia. Breastfeed kejap sambil mata dia pejam(yes yes!!!) tetiba dah tarik nenen danggggggggg, mata terbukak cerah dan sengih manjang..masa tu dah pukul 4 pastu tak mau tido dah. Dekat2 pukul 6 baru tido tu pon nak tido beriba. Aku pun dengan pasrahnya riba lah beliau. Nasib baik aku tak boleh solat so sambung jela tido bersisa bape menet itu. Wuwuw.

Pagi ni aku tinggalkan dia kat rumah sebab dia tengah tido ngan papa dia. Seronok ye tido siang? Malam2 berjaga. Tak kesian mama???? T_T

Oklah actually kisah2 Imani aku rasa aku patut publish di blog dia kot sbb we all ada register blog utk dia. Later nak print semua entry dan bukukan. Wah giteww verangan sangat kan. Tapi macam nak open only to invited reader sebab kot2 lah kat blog aku ni asyiklah duk cite pasal anak ada orang menyampah ke ape. Tapi dah menyampah tu sapa suruh bace? Memang busuk ati kan? (eh apsal aku emo?)

Ok ah nak check kalendar, ape benda aku kena buat arini. Kalau takde penting sangat nak read documentation je sambil2 boleh tido. Eh? Hahaha. MENGANTUK GILE NI WEHHH..

Wey budak nakal. Dah boleh jalan, boleh merangkak semua apa laa lagi dia nak buat kat aku agaknya.

Haaa tengok tu tarik rambut Rayyan diam2. Pasrah je si Rayyan ni Imani buat ape pon kat dia.

Hobi adalah menyembur okeh...


Baiklah untuk cerita lebih mendalam nanti pegi blog dia sendiri. Tapi tak udpate pon. Motif?


Friday, November 11, 2011

Tak suka ah

Ish menyampah gile kat manusia yang suka type pemalas atau mengade nak mampus macam AQ,DE,K..etc etc.

AQ=aku
DE=dia
K=ke

Neraka apakah ini????Pemalas gile. susah ke nak tambah satu huruf 'e' untuk KE? bodoh okey. aku selalu ingat orang tu nak cakap OK instead of KE.

Tapi takleh nak menyampah sangat kat dorang sebab aku pon suke guna noks, choi, blablabla bahasa pondan kan. Sebab ada budak opis aku ni ala2 lembut gitu, so macam lagi selesa cakap gitu ngan dia.

Tapi boleh tak kalau nak komen FB ke, nak sms ke, guna la shortform yang orang paham, pandaiiiiiiiiiiiii..

Thursday, October 27, 2011

Demam yang lama

Assalam.
Wah baik bagi salam dulu. ;P


Hari ni baru aku start kerja untuk minggu ni sebab anak aku demam panas. Aku exaggerate ye pasal anak sakit? Demam je pon...Mungkin ada yang cakap macam tu. Kan? Kaaaaaaaaaaan?

Ok lah memang la demam je pun, tapi demam bayi tak boleh kita ambil ringan. Sebab suhu badan yang amat tinggi boleh merosakkan otak, enzim, saraf, macam2 sakit yang lain lagi. Orang kata sebelum menyesal, baik lakukan sesuatu.

So aku pun cuti la 2 hari, campur Deepavali, 3 hari la tak kerja kan. Imani pulak demam teruk kali ni. Suhu badan constant je 38.1 degree. Sapa tak risau kan? Dah la Edy cakap ada kawan dia punya kawan demam panas, umur dalam 25 tahun, lepas demam panas tu jadi terencat, perangai mcm budak2 balik. Adoiii takut aku dengar. Pakcik aku pun ada hari tu demam panas sampai kejang2 mcm nak stroke dah. Herot berot mulut. Tak sanggup aku benda ni jadi kat anak kecik aku tu.

Demam kali ni paling mencabar sebab dia nak merengek2 je, nangis2 lama, nak aku dukung2 je. Itu je yang buat dia comfy kot. Aku tak boleh lesap sikit even nak gi ke dapur pun dia nangis2. Dan sejak demam ni la dia dah pandai sebut Mama..:) Happy sangat dengar dia sebut Mama..Tapi suka sebut Mama time nak merengek or nangis je. Time sihat2 x sebut pulak T_T

Aku dah cuba bagi ubat parasetamol 250mg utk baby, tak jalan. Bagi parasetamol 125mg sumbat ikut bontot pon(habis 3 bijik) tak jalan. Suhu tak nak turun. Risau la aku kan panas2 lama2 macam tu. 4 hari okeh!! Pastu bagi progresic(ejaan??) pun tak jalan. Biasa budak2 lain jadi je ngan ubat bontot tu. Kenapa anak aku ni?

Pada satu malam, pukul 3 dia bangun nangis2 kuat lepas tu suhu badan sangaaat2lah panas. Kitorang bukak semua baju lap2 semua pun suhu tak nak turun. Last2 kitorang siap2 gi mandi, packing barang2 dan niat nak hantar to emergency jelah, Az Zahra or An Nur, sebab tu je yg dekat dengan rumah kan, nak gi DEMC jauhla pulak, masa beranak je rajin nak menapak ke sana. Cadangnya nak detailed checkup la kot2 demam tu bukan demam biasa, and ada yg suggest utk masuk air sebab takut dia dehydrated. Sepanjang demam tak nak makan, okey. Direct feed pun ikut mood, kadang2 nak, most of the time tak nak. Lepas tu tak kencing sangat, so nampak sangat la kan dia dah kekurangan air dalam badan sampai nak kumuh pun tak nak kluar. Pastu dah siap2 barang tu, tengok2 dia calm balik. so we all postpone tunggu lepas Subuh tengok OK ke tak.

Barang2 Imani, barang aku semua dah ready la in case nak warded dan masukkan air kan. Tibe2 pagi tu suhu badan dia turun secara normal. 35+. Kitorang pun bawak la ke poliklinik, boleh pulak dia membuas2 macam tak demam and suprisingly suhu betul2 dah normal. So doctor bagi ubat yg kuat sikit(sebab dah lama demam kan..) Nama ubat adalah Neurofen. Bagi makan 2x, dah OK. Doktor check dalam mulut semua alhamdulillah takde ruam cuma tekak ada bengkak sikit. Sebab tu kot dia reject makanan. Check kot2 ada HFMD pon takde jugak. Alhamdulillah....

Semalam cuti Deepavali adalah recovery day tapi sedih tengok sebab dia macam trauma dan ingat dia masih sakit. Time tidur je, kalau terjaga menangis kuat macam nampak ape tah. Begitulah sepanjang hari dan malam. Merengek dengan aku tu toksah cakap la..kejap2 maaaaaaa maaaaaaaa..Sedih mama.

Hari ni dah ke taska. Sian anak mama. Mintak maaf ye sebab kena minta orang lain jagakan Imani, mama kena kerja. Sabar la syg untuk beberapa ketika, lepas ni harap2 mama boleh jaga Imani fulltime. Hari ini aku adalah susah hati takut anak aku meragam T_T. Sian Imani, mama tau Imani nak perhatian lebih, tapi nak buat mcm mana, Imani kan duduk taska, kena la faham ada baby lain juga teacher nak kena jaga. Ok dah, enuff aku emo nak nanges T_T

BYE

Tuesday, October 18, 2011

Jangan la tuduh mereka derhaka...

Assalam..

Terpanggil untuk buat entry ni sebab aku lepak2 kat 1 forum dengan tajuk "ANAK DERHAKA???"/Forum tu forum glemer, kalau bab artis memang no 1 dan current issue juga nombor 1 la..Ramai forummers kat situ pandai  buat CSI sendiri nak siasat kes2 dan topik2 thread kat situ. Kire ganas laa. Aku pon layan jek forum tu..

Cuma bila baca tajuk "Anak derhaka??" tu rasa tak sedap sikit. Sebabnya, isunya adalah kes saman 11 anak kepada pengusaha bas express terkenal tu. FYI, 2 daripada anak tokey bas ni adalah ex schoolmate aku. Si kakak adalah senior aku manakala adiknya junior aku and same batch dengan adik aku.

Untuk makluman korang la kan kot2 korang pon tergolong jugak dalam kategori yang menjatuhkan hukum pada dorang sebagai anak derhaka tu kan, dorang ni tuntut harta daripada ayah dorang ni adalah harta sepencarian bagi pihak ibu mereka yang dah meninggal. Ibu dorang ni dh banyak bersusah payah sama2. Memang sedih kisah ibu anak2 tokey bas ni. Dia eksiden, koma 4 taun, a few months dalam koma, bapak dorang kawin lain. Kalau korang, sedih ke tak sedih hari2 selama 4 taun tengok mak, masih bernyawa tapi macam tak bernyawa..Kan??salah ke dorang nak tuntut harta sepencarian, lagi pon ayah dorang kawin lain kan.

Jahat betul mulut orang2 kat thread forum tuh, cakap anak2 tokey bas nih hadap sangat harta bapak, tamak haloba, abang sulung punya angkara tamak la, anak2 derhaka lah. Ye lah tajuk thread tu memang ada tanda soal tapi perlu ke buat tajuk anak derhaka??kalau letak tajuk anak saman bapak je pon dah cukup kan?? Aku tak rapat pon dengan anak2 tokey bas ni tapi aku tau la anak2 dia yang sama sekolah dengan aku nih baik2 orangnya. Diorang bukanlah tamakkan harta pon, cuma meminta hak ibu mereka je. Stop2 la mengata orang, kalau korang tak tau ujung pangkal. Pastu ada yang sibuk2 mempersoalkan kenapa tokey bas ni anak ramai sangat, selang setahun asyik beranak la ape la. Takyah la korang nak persoal dan speku macam2. Dah Allah nak bagi rezeki lagipon dia mampu nak besarkan anak2 yang ramai, sekolahkan tinggi2 sampai jadi anak2 yang berjaya. So, korang sibuk kenapa???

Tokey bas ni pon baik jugak. Dulu dia AJK PIBG sekolah aku, siap hadiahkan bas sebijik kat sekolah. Kau mampo???Pastu sponsor kain langsir semua blok asrama la. Baik kan? Anak2 dia pon baik la. Aku tengok kat FB mak tiri dorang konvo pon ada je anak dia yg attend, so takde la isu gaduh2 ke ape rasanya. Masyarakat je lebih2. Aku just nak bagi clear kat circle of friends aku jek pasal issue ni. Kot2 la korang pon fikir anak2 dia ni derhaka calon neraka ke ape kan.

Kak Effa, your comment on issue kakak you ni??kesian dorang......

Friday, October 14, 2011

Suami zaman sekarang

Kalau zaman dulu2 suami je mesti tak payah/taknak/tak akan buat kerja2 rumah, basuh pinggan, masak, tukar pampers anak, etc. Kalau zaman dulu orang nampak mana2 suami buat mcm tu mesti isteri sang suami kena kutuk kat sedara mara or orang yang melihatnya kan? Ke sebab isteri2 zaman dulu kebanyakannya jenis suri rumah sepenuh masa so memang kerja isteri je?

Suami aku baik. Tetibe puji suami. Jarang la saya puji suami saya. Hari ni nak puji boleh? Orang lain hari2 puji dalam blog. dan dan cakap saya awak kan. Sebab saya rasa suami saya dah banyak berkorban macam2 untuk saya. Dari segi ekonomi memang la tak payah cakap, senang cerita gaji saya memang dia tak sentuh langsung, saya sangat terharu tapi saya pelik juga sebab duit saya tak pernah ada banyak. Masa saya nak bersalin kan, masa tu sebenarnya kami dalam keadaan agak getir sebab suami saya buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan kerja sendiri. Kebetulan masa tu projek tak jalan, so memang income upside down sangat2 sedangkan saya membuyung dan kebetulan jugak beberapa perkara telah berlaku dan menyebabkan kami kena spend banyaaak duit.

Tapi suami saya dah decide nak saya bersalin di private hospital sebab saya bermula checkup dengan hospital private tu dan doktor tu memang tau segala-galanya pasal saya dan anak dalam kandungan(dah jangan kutuk suami saya cakap tak sedar diri duit takde nak pegi private, sapa kutuk siap!!). Dia cuma nak yang terbaik untuk kami. Nervous tak u all, nak bersalin kat private tapi kena bayar sendiri lepas tu duit tak cukup. Macam mana?? Tapi dia memang sangat berusaha keras siang dan malam dan akhirnya last minit dekat2 nak keluar dah baby kami si Kamilia, suami telah berjaya simpan 4x ganda kos bersalin hanya untuk Kamilia seorang je dalam masa sangat singkat bersama segala-gala kelengkapan untuk saya, isi rumah dan Kamilia serta beberapa ribu duit tambahan takut2 tak cukup. Saya memang terharu gila sebab saya tak sangka dalam keadaan tak menentu macam tu dia boleh yakinkan saya dan buktikan dia mampu buat walaupun projek dia tak start2 pun sampai sekarang. Alhamdulillah sejak dari hari itu, Allah tambah lagi rezeki kami , mungkin rezeki Kamilia tu kot. Setiap bayi yang lahir kan ada rezeki mereka masing-masing.

Masa saya mengandung semua kerja rumah dia buatkan, tak payah cakap la kan ape dia, memang hampir semua la. Sampai sekarang pun macam tu lagi, dia kesiankan saya yang bekerja dan nak jaga anak. Kadang2 dia masuk dapur dan masak dan dia masak lagi sedap dari saya dan dia jugak ajar saya masak. Malam2 masa saya tidur dan berjaga kejap2 susukan anak, dia sibuk sidai pakaian dan basuhkan baju. Terharu sangat2. Kalau orang tua2 nampak mesti saya kena kutuk kaw2 kan. Tapi saya rasa suami orang lain pon masuk dapur, basuh baju semua2 jugak kan?? Zaman sekarang boleh tak nak cakap kire halal laaa suami buat kerja rumah sebab isteri pun kerja jugak, boley tak? Hehehe.

Belum lagi masuk bab masa saya berpantang, setiap minggu dia ulang alik KL-Kelantan untuk jumpa saya dan anak. Dah sangat banyak dia berhabis untuk kami. Kalau dikira sejak Kamilia Imani lahir saya rasa kos nya dah lebih dari spending masa kawin majlis kedua2 belah pihak. Kellass kan penangan seorang anak. Saya ingin memanjatkan kesyukuran memiliki seorang suami yang bertanggungjawab. Mak ayah saya pun duk perhati jugak perangai dia masa saya bersalin dan berpantang dan mereka juga bersyukur saya tidak jatuh ke tangan lelaki lain yang mungkin durjana. Semasa melahirkan Kamilia tu, dia yang mandikan dan sanggup tukar dan basuhkan pad saya(tak malu pun nak cerita sebab saya sangat terharu, boleh?). Saya tak sangka dia sanggup buat sebab kalau saya jadi lelaki mesti saya malu nak basuhkan.

Kadang-kadang bila saya tengah sedap2 tidur dengan anak kecil tengah2 malam ada seorang lelaki sedang sibuk basuhkan pakaian, sidai, mop rumah, vacuum carpet, basuh pinggan, nasib baik dia takde susu, kalau tak mesti dia pamkan sekali susu untuk anak kecil kami hehe Saya tak pernah mintak pun dia buat tapi dia buatkan dengan ikhlas dan tak pernah merungut, tak macam saya, saya nampak rumah bersepah sikit je mesti saya bising2 merungut2 dan berleter. Betapa buruk nye perangai saya.

Kepada suami saya, saya mungkin tak pernah puji awak kat public tapi saya sangat bersyukur memiliki awak. Sila jangan curang ye. we love u papappapapapappaa bak kata Kamilia.

siapa yang rasa dia isteri orang, saya tiba2 rasa nak tag anda dan ceritakanlah perihal suami masing2. hehe..tetibe je.

ok bye.

p/s: eh tetibe macam nak mention jelah nama orang yg aku tag:
1.dd dudu
2.mony
3.kakak mony
4.lina comel
5.ciare
6.kak efa
7.ja di bawah lapan
8.rosa
9.semua yang nak la. takyah ah rasa syok sendiri, aku memang nak korang buat okeyyyy
sori ah malas nak buat link. keji tak? tak kira korang kena jawab