Thursday, October 27, 2011

Demam yang lama

Assalam.
Wah baik bagi salam dulu. ;P


Hari ni baru aku start kerja untuk minggu ni sebab anak aku demam panas. Aku exaggerate ye pasal anak sakit? Demam je pon...Mungkin ada yang cakap macam tu. Kan? Kaaaaaaaaaaan?

Ok lah memang la demam je pun, tapi demam bayi tak boleh kita ambil ringan. Sebab suhu badan yang amat tinggi boleh merosakkan otak, enzim, saraf, macam2 sakit yang lain lagi. Orang kata sebelum menyesal, baik lakukan sesuatu.

So aku pun cuti la 2 hari, campur Deepavali, 3 hari la tak kerja kan. Imani pulak demam teruk kali ni. Suhu badan constant je 38.1 degree. Sapa tak risau kan? Dah la Edy cakap ada kawan dia punya kawan demam panas, umur dalam 25 tahun, lepas demam panas tu jadi terencat, perangai mcm budak2 balik. Adoiii takut aku dengar. Pakcik aku pun ada hari tu demam panas sampai kejang2 mcm nak stroke dah. Herot berot mulut. Tak sanggup aku benda ni jadi kat anak kecik aku tu.

Demam kali ni paling mencabar sebab dia nak merengek2 je, nangis2 lama, nak aku dukung2 je. Itu je yang buat dia comfy kot. Aku tak boleh lesap sikit even nak gi ke dapur pun dia nangis2. Dan sejak demam ni la dia dah pandai sebut Mama..:) Happy sangat dengar dia sebut Mama..Tapi suka sebut Mama time nak merengek or nangis je. Time sihat2 x sebut pulak T_T

Aku dah cuba bagi ubat parasetamol 250mg utk baby, tak jalan. Bagi parasetamol 125mg sumbat ikut bontot pon(habis 3 bijik) tak jalan. Suhu tak nak turun. Risau la aku kan panas2 lama2 macam tu. 4 hari okeh!! Pastu bagi progresic(ejaan??) pun tak jalan. Biasa budak2 lain jadi je ngan ubat bontot tu. Kenapa anak aku ni?

Pada satu malam, pukul 3 dia bangun nangis2 kuat lepas tu suhu badan sangaaat2lah panas. Kitorang bukak semua baju lap2 semua pun suhu tak nak turun. Last2 kitorang siap2 gi mandi, packing barang2 dan niat nak hantar to emergency jelah, Az Zahra or An Nur, sebab tu je yg dekat dengan rumah kan, nak gi DEMC jauhla pulak, masa beranak je rajin nak menapak ke sana. Cadangnya nak detailed checkup la kot2 demam tu bukan demam biasa, and ada yg suggest utk masuk air sebab takut dia dehydrated. Sepanjang demam tak nak makan, okey. Direct feed pun ikut mood, kadang2 nak, most of the time tak nak. Lepas tu tak kencing sangat, so nampak sangat la kan dia dah kekurangan air dalam badan sampai nak kumuh pun tak nak kluar. Pastu dah siap2 barang tu, tengok2 dia calm balik. so we all postpone tunggu lepas Subuh tengok OK ke tak.

Barang2 Imani, barang aku semua dah ready la in case nak warded dan masukkan air kan. Tibe2 pagi tu suhu badan dia turun secara normal. 35+. Kitorang pun bawak la ke poliklinik, boleh pulak dia membuas2 macam tak demam and suprisingly suhu betul2 dah normal. So doctor bagi ubat yg kuat sikit(sebab dah lama demam kan..) Nama ubat adalah Neurofen. Bagi makan 2x, dah OK. Doktor check dalam mulut semua alhamdulillah takde ruam cuma tekak ada bengkak sikit. Sebab tu kot dia reject makanan. Check kot2 ada HFMD pon takde jugak. Alhamdulillah....

Semalam cuti Deepavali adalah recovery day tapi sedih tengok sebab dia macam trauma dan ingat dia masih sakit. Time tidur je, kalau terjaga menangis kuat macam nampak ape tah. Begitulah sepanjang hari dan malam. Merengek dengan aku tu toksah cakap la..kejap2 maaaaaaa maaaaaaaa..Sedih mama.

Hari ni dah ke taska. Sian anak mama. Mintak maaf ye sebab kena minta orang lain jagakan Imani, mama kena kerja. Sabar la syg untuk beberapa ketika, lepas ni harap2 mama boleh jaga Imani fulltime. Hari ini aku adalah susah hati takut anak aku meragam T_T. Sian Imani, mama tau Imani nak perhatian lebih, tapi nak buat mcm mana, Imani kan duduk taska, kena la faham ada baby lain juga teacher nak kena jaga. Ok dah, enuff aku emo nak nanges T_T

BYE