Friday, October 14, 2011

Suami zaman sekarang

Kalau zaman dulu2 suami je mesti tak payah/taknak/tak akan buat kerja2 rumah, basuh pinggan, masak, tukar pampers anak, etc. Kalau zaman dulu orang nampak mana2 suami buat mcm tu mesti isteri sang suami kena kutuk kat sedara mara or orang yang melihatnya kan? Ke sebab isteri2 zaman dulu kebanyakannya jenis suri rumah sepenuh masa so memang kerja isteri je?

Suami aku baik. Tetibe puji suami. Jarang la saya puji suami saya. Hari ni nak puji boleh? Orang lain hari2 puji dalam blog. dan dan cakap saya awak kan. Sebab saya rasa suami saya dah banyak berkorban macam2 untuk saya. Dari segi ekonomi memang la tak payah cakap, senang cerita gaji saya memang dia tak sentuh langsung, saya sangat terharu tapi saya pelik juga sebab duit saya tak pernah ada banyak. Masa saya nak bersalin kan, masa tu sebenarnya kami dalam keadaan agak getir sebab suami saya buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan kerja sendiri. Kebetulan masa tu projek tak jalan, so memang income upside down sangat2 sedangkan saya membuyung dan kebetulan jugak beberapa perkara telah berlaku dan menyebabkan kami kena spend banyaaak duit.

Tapi suami saya dah decide nak saya bersalin di private hospital sebab saya bermula checkup dengan hospital private tu dan doktor tu memang tau segala-galanya pasal saya dan anak dalam kandungan(dah jangan kutuk suami saya cakap tak sedar diri duit takde nak pegi private, sapa kutuk siap!!). Dia cuma nak yang terbaik untuk kami. Nervous tak u all, nak bersalin kat private tapi kena bayar sendiri lepas tu duit tak cukup. Macam mana?? Tapi dia memang sangat berusaha keras siang dan malam dan akhirnya last minit dekat2 nak keluar dah baby kami si Kamilia, suami telah berjaya simpan 4x ganda kos bersalin hanya untuk Kamilia seorang je dalam masa sangat singkat bersama segala-gala kelengkapan untuk saya, isi rumah dan Kamilia serta beberapa ribu duit tambahan takut2 tak cukup. Saya memang terharu gila sebab saya tak sangka dalam keadaan tak menentu macam tu dia boleh yakinkan saya dan buktikan dia mampu buat walaupun projek dia tak start2 pun sampai sekarang. Alhamdulillah sejak dari hari itu, Allah tambah lagi rezeki kami , mungkin rezeki Kamilia tu kot. Setiap bayi yang lahir kan ada rezeki mereka masing-masing.

Masa saya mengandung semua kerja rumah dia buatkan, tak payah cakap la kan ape dia, memang hampir semua la. Sampai sekarang pun macam tu lagi, dia kesiankan saya yang bekerja dan nak jaga anak. Kadang2 dia masuk dapur dan masak dan dia masak lagi sedap dari saya dan dia jugak ajar saya masak. Malam2 masa saya tidur dan berjaga kejap2 susukan anak, dia sibuk sidai pakaian dan basuhkan baju. Terharu sangat2. Kalau orang tua2 nampak mesti saya kena kutuk kaw2 kan. Tapi saya rasa suami orang lain pon masuk dapur, basuh baju semua2 jugak kan?? Zaman sekarang boleh tak nak cakap kire halal laaa suami buat kerja rumah sebab isteri pun kerja jugak, boley tak? Hehehe.

Belum lagi masuk bab masa saya berpantang, setiap minggu dia ulang alik KL-Kelantan untuk jumpa saya dan anak. Dah sangat banyak dia berhabis untuk kami. Kalau dikira sejak Kamilia Imani lahir saya rasa kos nya dah lebih dari spending masa kawin majlis kedua2 belah pihak. Kellass kan penangan seorang anak. Saya ingin memanjatkan kesyukuran memiliki seorang suami yang bertanggungjawab. Mak ayah saya pun duk perhati jugak perangai dia masa saya bersalin dan berpantang dan mereka juga bersyukur saya tidak jatuh ke tangan lelaki lain yang mungkin durjana. Semasa melahirkan Kamilia tu, dia yang mandikan dan sanggup tukar dan basuhkan pad saya(tak malu pun nak cerita sebab saya sangat terharu, boleh?). Saya tak sangka dia sanggup buat sebab kalau saya jadi lelaki mesti saya malu nak basuhkan.

Kadang-kadang bila saya tengah sedap2 tidur dengan anak kecil tengah2 malam ada seorang lelaki sedang sibuk basuhkan pakaian, sidai, mop rumah, vacuum carpet, basuh pinggan, nasib baik dia takde susu, kalau tak mesti dia pamkan sekali susu untuk anak kecil kami hehe Saya tak pernah mintak pun dia buat tapi dia buatkan dengan ikhlas dan tak pernah merungut, tak macam saya, saya nampak rumah bersepah sikit je mesti saya bising2 merungut2 dan berleter. Betapa buruk nye perangai saya.

Kepada suami saya, saya mungkin tak pernah puji awak kat public tapi saya sangat bersyukur memiliki awak. Sila jangan curang ye. we love u papappapapapappaa bak kata Kamilia.

siapa yang rasa dia isteri orang, saya tiba2 rasa nak tag anda dan ceritakanlah perihal suami masing2. hehe..tetibe je.

ok bye.

p/s: eh tetibe macam nak mention jelah nama orang yg aku tag:
1.dd dudu
2.mony
3.kakak mony
4.lina comel
5.ciare
6.kak efa
7.ja di bawah lapan
8.rosa
9.semua yang nak la. takyah ah rasa syok sendiri, aku memang nak korang buat okeyyyy
sori ah malas nak buat link. keji tak? tak kira korang kena jawab

8 comments:

dd dudu said...

"nasib baik dia takde susu, kalau tak mesti dia pamkan sekali susu untuk anak kecil kami hehe"


HAHAHAHAHA!!

ko ni, pang~

dd dudu said...

tajuk tag kene wat "SUAMI ZAMAN SEKARANG KE"


kekekeke

bini edy said...

tajuk tag "SUAMI SAYA."

mE™ said...

sungguh sweet suami puan lisa... ^_^

*bahaya oo statement puji suami nih kang ade ynag berkenan ooppss puh..puh tiup jauh..jauh..

nyway Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yg penyayang. semoga korang bahagia ke akhirnye..amin...

bini edy said...

mekasih aino..haha tebiat kan puji laki sendiri..abis tu sapa nak puji kalau bukan diri sndiri..hahaaaaa

ja_on_seven said...

ha ha

kejinye aku sbb dah jawab tag ko..

ha ha ha

Ezzan Yusop said...

hahahahah terhibur dgn entry ini...xde button like ke? ;p

Kakak Mony said...

eh kakak mony tuh aku kew?? ker akak perasan je ni? bhya ni nak puji2 laki muda aku tuh..muahahahha!