Wednesday, June 26, 2013

Potty Trainer

Assalamualaikum u all..
Salam jerebu.
Salam mohon hujan..

Gitu pendahuluan..macam ape ntah kan..


Lama tak update blog. Takde mase dan takde nafsu. Mengaku jela dunia blogging semakin tewas kepada Instagram, Keek, InstaVideo and all those apps kan. Belum lagi tewas besar kepada Candy Crush..Erk

Hari ni akak nak cakap pasal potty trainer. Ok, memang aku tak terfikir lagi kot nak ajar anak aku poo poo sendiri. Haha. Terlepas pandang fasa nih. Boleh gitu? So aku macam biar je malas nak gigih2 suruh berak sendiri. Berak jela dalam diaper tu nanti mama basuh, gitu kaedahnye.

Anakanda dah 2 tahun 2 bulan. So macam takde la lewat ke ape kan nak potty train ni. Aku sebenarnya tak tau sangat fasa-fasa sepatutnya anak ko dah tau ape and tak tau ape. Bukan ignorance maybe sebab aku tengok perkembangan anak aku macam ape yang sepatutnya lah cuma cakap je pelat. Sebab anak aku duk taska kan, ade 2 orang je umur 2 tahun. Kawan2 dia umur 3 tahun pun berak dalam pampers lagi hahaha so aku ingat macam ok lah takpe Imani tak pandai berak tanpa pampers lagi. Lagipun macam malas nak tanye2 eh anak ko dah pandai ape anak aku dah pandai ini -ini. Sentap plak nanti. Dah nampak dah ciri2 bertanding tu kan. Belum lagi anak ko nak UPSR nanti asyik2la tanye eh anak ko exam dapat markah berapa? Anak aku gitu gini. Adoi benda ni aku amat risau sebab takut dibanding2kan. So baik aku tak payah tanye orang takut disalah erti. Aku cerita je anak aku dah boleh buat ape2 untuk kenangan diri sendiri je,  and utk mak aku kat kampung nun. Sape tak suka tak payah ambik port lah.  Mak aku suke refresh FB aku okeh nak tau cucu dia buat ape hari ni. Ape benda kelaka cucu dia buat hari ni. Tapi mak aku takde FB so dia tumpang2 FB adik2 hahaha. Aku kena paksa mak aku berwhatsap sekali ni mudah la skit..

Berbalik kepada isu potty train.Benda ni terjadi secara alami tanpa dipaksa. Wah alami kau..ok, naturally la..Minggu lepas Imani dah mula inform dulu sebelum poo poo. Biasanya dah settle baru bagitau. So aku dengan Edy macam malas nak layan la sebab dia suke buat trick je sebelum tu, dia cakap die pee la..poo poo la sebenarnya saje2 nak mandi nak main bubble. So dah lebih 5x aku kene trick dia kan, so aku tak percaya la. Pukul 12 tengah malam aku penah kena kelentong dia poo2 siap dah tunggu dalam bilik air ceh rupanya nak main bubble. Tak poo2 pon!

Masa berlaku ni dia tanggalkan diaper sendiri pastu duk cakap mamamani nak poo poooo. Kitorang tak layan sebab ingat kena kelentong lagi. Sudahnya hah ambik mama...seketul atas karpet. haha padan muka aku lah kan sape suruh tak percaya. Tak pasal2 kena cuci karpet. Dah la aku tengah masak kot masa tu.

So now bila nak poo2 dia akan inform.  2 hari jerebu ni aku tak hantar taska so dia duk rumah. Memang setiap kali nak poo2 dia inform so dah boleh ke ek nak try2 tak pakai diaper? Tapi kalau terkenchh plak macam mana? Anak korang bila korang train?

Now tengah survey potty trainer. Haha gigih. Padahal ko pergi je beli kat jusco ke ape berlambak kan. Tapi nanti tengok member2 beli yang lagi cantik pastu macam tetibe jeles bagai kan. Choi!

Ini yang paling menarik hati..hahah eh perlu ke nak poo2  pon nak beripad bagai?




Aku prefer yang ni sebab tak yah susah2 aku nk cuci2 balik kan. Flush je terus. Kalau yang atas tu beripad tu nanti kite kena cuci kan bila diorang siap melabur kan kan? Entah la aku tak tau sebab kecik2 dulu mak aku tak belikan aku benda ni haha.


Ha camni lah kan. Cute je. Alahaii mak2 zaman sekarang (aku la tu) nak kasi anak berak pon nak cute2..Cerca diri sendiri sebelum orang cerca aku, bleh?

Oih kiutnye siap ada flush2 tapi ko nak flush ke loji kumbahan mana ni? Ade bersambung ke mana2 ke ape. hahaha

Motif adik manis??

Alahai ni nak naik basikal ke nak berak ke nak ape? Konfius mak..

Yang ni lagi lah..tak disiplin anak ko nanti. Berak merata. Kejap kat sana. Sembelit pastu nak kan keamanan dan ketenangan terus tukar port baru plak. Haha. Cannot Cannot!


Ntah la rasanya aku beli yang biasa2 jelah. Dah terer pakai toilet bowl  biasa buang je. Kosser nak simpan2 tempat poo2 kan. Pakai buang. Maybe la beli yang ada tangga tu senang nak flush terus. Sah2 la aku malas nak cuci2 balik kan.

Ok lah bye!





Wednesday, June 5, 2013

Update pasal anak je..

Tiba2 rasa nak update blog. Tapi takde idea. So cite pasal Imani jela.
Imani dah 2 tahun 2 bulan.

Now Imani dah pandai cakap. Tapi ermmm memang pelat sangat2 lah. Takpela Imani janji u tried.
And most of the time mama je paham. Kadang2 cakap terbalik.

Contoh:
Situasi tengah mandi.
Tetibe Imani bersuara:
Papa, heppp. Tolong towel. Amek Mamani.
(Papa, help, tolong ambik towel Imani).

Nama sendiri tak pandai nak sebut.
Kamilia Imani = Babalia Mamani.
Hhahaa.

Tokmi = Nami
Playground = Pakau
Sayang = yayang
Frog= flog
Flower= Fawer


Sekarang Imani suka membebel kat papa dan teacher. Selalunye Edy yang kena.
"Ish..papa..papa..tak bakak lampu.." (Ish papa..papa..tak bukak lampu).

"Ish..teacher teacher..ikat lambut mamani.." (Ish..teacher..teacher, ikat rambut Imani)
Dia paling tak suka rambut diikat. Tapi kat taska dia OK je kasi teacher ikat. Bila mama datang ambik je terus suruh mama 'bakak'..pastu bebel2 kat teacher hehe.

Ada satu hari tu..

Mama: Imani, nak adik tak?
Imani: Naaaaaaaaaaaaak!
Mama: Yeke?
Kalau dapat adik, nanti adik sleep dengan mama tau. Tido tengah. Kiri kanan papa. Imani kena sleep bilik lagi satu. Pastu adik minum susu mama. OK tak?
Mama: Nak adik tak?
Imani: NANAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKK!!! (terus jeling).

Next year plan nak hantar playschool yang ada mcm2 aktiviti tu. Harap2 dia dah tak pelat lah. Haha cabaran sangat bab pelat ni. Now kat taska ofis ni pun dia ada la belajar2 jugak. At least at the age of 2 dah boleh la a sampai z (sebutan pelat), 1 to 10, alif ba ta sampai zai kot.Takpela slowly.Pastu sekarang dah tak confuse English and BM. Kirenye dua2 dah tau. Kalau dulu tau chicken tak tau ayam. Sekarang dah faham la chicken tu ayam. Salah mama la sebab lupe nak inform hehe.

One more, Imani ni suka menyanyi. Kalau tengah main nyanyi lagu Elmo la, lagu Mr Bean la..lagu Shae Sayang pon nyanyi gak. haha bleh detect melody dengan ayat last tu je. Sebab tak pandai nak sebut sangat. Dia cakap lagu Shae tu lagu Kakak..Kalau dengar lagu tu aku dengan Edy kena bangun dancing. Motip kan ajak dancing. Tension ok!

Taun depan nak anta playschool yg seimbang dunia akhirat lah. Tak nak berat ke satu je. Biar la dia belajar semua. Now kitorang ajar doa, solat. Tu pon kadang2 je nak ikut. Takpela tak paksa. Imani ni kadang2 dia buat2 x dengar or x nak buat tapi dia faham sebenanye. Sebab tibe2 je dia rasa nak buat or cakap ape yang kitorang cakap, dia akan cakap. Masa tu baru kitorang tau dia dah tau benda2 tu.

Now aku nak ajar dia attitude dan tanggungjawab plak. Kalau buat silap mintak maaf. Makan tumpah lap sendiri. Haha.

Biasanya kalau aku marah dia, tak perlu nak tengking2 ke ape pun, just pandang dia tak berkelip jegil sikit je terus meraung. Pastu dia akan datang kat aku peluk dan cakap, "i'm laliii mamaaa.."(I'm sorry mama). Pastu aku ajar la dia tambah ayat panjang skit mcm Imani janji tak buat lagi. Maaf maaa. (Amaf maaa..tak pandai sebut maaf. amaf plak jadinye. Memang dia tak pandai sebut awalan Ma..contoh nama Mail dia sebut Amil..hahah)

Tu jelah. Ingat nanti2 nak share pasal Imani aritu sakit kena mouth infection tu. Later lah.
Ok gamba amek kat FB je.

My current FB profile pic.

Play and learn with Darwish at school. Sudahnye aku punye penapis teh kat rumah dia buat kanta. Nangesss.

Playtime with papa at 'pakau'

With her favourite "Shaun"

Antara ajaran mama pasal tanggungjawab. Hehe sapa conteng dinding kena lap balik. Ini dia sendiri yang ambik wet wipes tu pergi lap tu. Bukan mama marah or paksa. Tapi orang cakap mama dera. Uwaaa.

Motif? Besar nyehhhhhh talipongggg. hehe


Sebenarnya teringin nak fulltime tengok dia membesar. Sedang merancang sesuatu. Harapnye boleh la tumpukan pada dia dalam setahun dua dia nak sekolah ni. Bab adik takpela tunggu dulu...sabar yek









Thursday, May 23, 2013

2013

Hai selamat datang 2013.
panggg! nah penampar sebijik..

Dah nak masuk bulan 6, baru sekali update ke?
Lupe okey ada blog.
Seiring perkembangan teknologi kan, malas nak layan blog dah la, banyak berkuntum kat instagram, twitter.

Eh ni update sebab nak tanya je, macam mana nak cerai susu ye?
Imani dah 2 tahun 1 bulan. Takde tanda nak stop. Tapi now dia tak nak kiri. So sebab lama tak minum kiri, kiri jadik masin. Aku pon baru je google, memang macam tu ye..kalau lama anak tak minum jadi masin.
Tapi punca jadi masin tak sempat google lagi sebab dia suruh beli majalah pa&ma. Entah keluaran bila tah.

Oklah kalau aku sempat google tips2 cerai susu nanti aku update lagi blog eh.
Ke tunggu 2014 baru update? ke camne?

Ok bye.

Tuesday, November 20, 2012

Awesome..

Korang kalau boring2 jom tengok nih..

Awesome..acapella..semua buat manual..tak pakai instrument..
aku suke mamat ni..banyak lagi hasil keja dia kat Youtube Channel dia..






Wednesday, October 31, 2012

Parenting #1 10 Tanda Anak Anda Bijak

Walaupun copy+paste..tapi amat berguna. Jom baca dan berbanggalah dengan anak anda. :)

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
[Alhamdulillah so far duk perhati juga, Imani boleh kekalkan maklumat. Contoh teacher dia yg cakap, if teacher letak barang ke ape, sekali je bagitau dia, then Imani akan ingat and kalau dia nak guna benda tu dia pergi cari kat tempat teacher dia cakap. So far dia boleh differentiate bunyi2 haiwan, nama haiwan, cara haiwan cari mangsa..etc]


2. Minat yang meluas
  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.
[Rasanya kebanyakan anak macam ni kot ye. Contoh paling mudah is rancangan TV. Macam Imani dia ada rancangan kegemaran yg dah jadi history la macam Draco, Hickory Dickory and a few kat Babytv. Now dah tak nak layan la semua tu. Ke arah kanak2 dah rancangan2 yang dia suka. Now minat sangat Bananas in Pyjamas(kalau dengan je lagu cite ni dia dah tercongok depan tv sambil sebut nanana), Upin Ipin(yang ni aku tak suke dia tengok huaaa), Shaun The Sheep, Timmy Time, Doc Mcstuffin(dia sebut dokter dokterr)]


3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
[Ish ini konfem tak lagi laa haha]

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
[Aku memang minat nak anta dia kelas muzik tp ongkosnya mana? Dah besar skit bagi belajar piano ke ape boleh la kan nak asah kreativiti dia mencipta melodi. erk tapi mahal kan uols? Mampu ke?]

5. Menunjukkan Konsentrasi
  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.
[Ini diakui dia boleh concentrate on sesuatu. Contohnye dia suka sangat buku..kalau bagi mainan ada certain dia minat, ada yang dia x minat..kalau bagi buku biasanya boleh la duduk depan buku or buat2 conteng2 dalam 30minit..so boleh la aku lesap pegi setel basuh kain baju, masak ke masa ni]


6. Mempunyai ingatan yang baik
  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.


7. Susun kata yang maju berbanding usia
  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
[Huwaaaa ayat imani yang paling panjang so far is: Mama, papa, cepat nyikitttt..(cepat sikit)..sebab kitorang lembab sangat bersiap nak balik kampung..uhuk]


8. Memberi perhatian yang terperinci
  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.
[ade la a few..yang lucu tu kalau aku mintak dia carikan remote, dia akan pegi celah2 sofa sebab biasanya remote akan terlekat celah sofa..haha..alat mainan dia pun kalau aku cakap please clean and tidy up dia akan simpan balik lego2 or brg2 tu dalam bekas dia..]


9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Best kan journey of parenting ni..aku sebenarnya tak sangka aku mampu menjadi seorang ibu. Biarlah pada pandangan orang lain aku tak perfect, sekurang2nya mak, ayah, family, and most important suami bangga dengan pencapaian aku. Kalau tak bangga suami i tak minat anak no 2 k..cuma aku je belum ready..tunggu la setahun dua lagi...hehe..ok bye

Monday, October 15, 2012

Kenali Autisme

Jadi parent ni banyak benda kena belajar. Aku adalah ibu baru. Jadi banyak benda nak belajar lagi.

Hari tu aku baca gosip kat forum. Thread Rita Rudaini. Pastu ada orang paste gambar anak dia susun kasut dia cantiiik sangat. Then ade forummer cakap risau plak dia takut anak RR tu ada tanda autisme. Aku dah la tak tau ape benda tanda autisme so rasa macam pelik la takkan susun barang cantik2 pon kire autisme kan. So aku pon harus study nih..And ape2 pun kita minta dijauhkan la anak RR tu tanda autisme kan..Hope Rayyan yang hensem tu ok2 je, sekadar main2 je.

Mintak dijauhkan penyakit ni atau apa jua penyakit lain kena kat anak aku, anak kawan2 dan anak sapa jelah.

Then ada forummer paste ni. So jom sharing:

Semoga anakku dijauhkan dengan penyakit2 ini..Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekadar berkongsi dengan rakan2 untuk tujuan pembelajaran dan pengetahuan, k.

Friday, October 12, 2012

Masa untuk anak.

Ok aku kerja kerajaan. Masuk pukul 8.30 balik 5.30.
Hari2 aku pulun buat kerja sampai siap sambil2 buat mcm2 lagi yakni instagram, twitter, fb, kehkeh.
Gile ke ape nak ngadap segala jenis kerja ni tanpa iklan2 tu semua. Boleh menopos aku tau...Dah la bos aku cerewet...Aaaaaaa sumpah stress..

So setiap hari aku akan make sure dekat pukul 4 tu aku dah siapkan kerja. Kalau tak sempat siap aku dahulukan mana yang nak kena submit dulu la. Then yang sisa2 tu simpan dalam email briefcase, bukak kat rumah bila Imani dah tido. Tapi most of the time aku tunggu punya tunggu punya tunggu Imani tak mau tido gak sampai la 2 pagi. Nanges.

Anak aku ni nak perhatian. Yela sempat main ngan mama pon bermula pukul 6.30 ke atas. So bila ada dengan aku dia selalu buat perangai, macam2 peel. Laki aku plak tugas dia adalah, pagi2 hantar anak. Sebab Imani bangun lewat. So aku memang tak sampai hati kejutkan dia lagipon dia tidur lewat kan. Kalau dia tidur awal sikit dia bangun la 9am..tapi tu pon aku dah takde kat rumah.

Edy kerja sendiri. Kerja dia flexible tapi dia buat macam2 sebab nak jaga periuk nasi, nak secure pendapatan untuk beberapa bulan selagi ada projek. Projek pulak bukanla boleh terus dapat payment. Kena siap dulu laa baru dapat. So waktu tidur dia pun tak menentu. Malam pun jumpe programmer, jumpe client, macam2 la. Pernah balik bila dah subuh. Selalu balik dah pukul 2,3 pagi. Kadang aku nak jumpe laki sendiri borak2 pun memang tak dapat la masa yang banyak sangat. Imani lagi lah, seboleh2 kalau we all sama2 ada dua2 kat rumah, dia akan buat perangai sangat2. Sebab dia suke bila mama and papa ada kat rumah at the same time. Dia macam faham laaa situation tu.

Kadang aku geram sangat bila dia buat hal, tapi istighfar banyak2 sebab dia nak masa dengan kitorang sebenanye. So kalau weekend kitorang tak selalu sangat keluar jalan2. Banyak habiskan masa kat rumah main dengan dia. Sebab kalau keluar jalan2 Imani akan tido je dalam kereta. Haha.

Kesimpulannya Imani ni malam sebelum tido masa dia dengan aku. Pagi bangun tido kejap dengan papa. Lepas balik dari babysitter tengok nasib la papa ada kat rumah ke tak. Kalau ada, dia nak basuh poo2, nak mandi semua dengan papa.

Kitorang bukanlah mengejar duniawi dan kebendaan sehingga tak ada masa untuk anak. Tapi nak buat macam mana. Kalau tak kerja dan tak komited dengan kerja, nak makan pasir ke?? Entahla aku tak tau macam mana nak buat supaya masa dapat dimaksimumkan dengan anak. Sebab tu la aku gigih tau setiap hari lunch hour aku pergi jumpe Imani kat babysitter. Biar la aku kurus kering tak sempat makan pon. Janji aku curi sikit masa untuk anak. As for Edy plak, dia akan layan ape kehendak Imani kat rumah kalau Imani buat hal. Bab tahap kesabaran dengan anak, Edy punya tahap kesabaran lagi tinggi dari aku. Aku cepat stress sebab aku tak tahan penat(baru merasa kurus kering kot so mcm banyaknyee hilang tenaga). lepas tu aku akan menyesal sebab marahkan anak yang sedang cuba dapatkan perhatian dari aku je sebenarnya. So now aku dah boleh tahan sabar dah sikit.

Aku ni jenis macam ni. Biar aku marah anak aku. Aku marah tak pe. Edy marah, or orang lain marah, aku akan marah n naik angin ngan orang tu balik. Or aku sentap. Keh keh. Entah ape punye perangai. So aku sorang jela bleh marah anak kaedahnyeee...Tapi now aku dah tak marah2 dah la..kesian sangat Imani kalau aku jerit2 gi marah dia. Aku selalunye marah kalau aku tak sihat or over stress dengan rumah bersepah tak hingat, pinggan mangkuk tak sempat basuh and susun, lauk tak sempat nak siang, tak sempat iron baju, tak sempat kemas pakaian anak. Memang aku stress la bila laki aku plak takde kat rumah which means aku kena buat sendiri jee semua benda tu pastu Imani plak tak boleh berenggang dengan aku. Paham tak paham taaaaaaaak kenapa aku stress?

So, papa Imani. Mama nak bagitau ni, mama memang betul2 tak ready for second baby. Kita besarkan je dulu Imani ni bagi dia boleh berfikir, boleh tolong tengokkan adik. Nanti dah sampai masa mama bagitau.
NAK BUAT IUCD PLEASE............APPROVE LAAAAAAAAAAAA.........PLEASE....Doctor Mazita I need your help..