Friday, June 3, 2011

Entry buat anak lagi...

Imani anak mama..kenapa la Imani sekarang dah tak mau feeding thru bottle lagi? Mama beli 6 botol susu kat Imani. OK aku mmg melampau.

Masa awal2 die lahir dulu, susu aku ala2 tersumbat and die marah2 dan gaduh2 ngan nenen kalau aku nak susukan dia sampai tahap aku terpaksa pam dan bagi dia guna botol, sambil nangis okey aku pam, sebab sedih anak reject nak direct breastfeed.

Then aku slowly ajar die erti kesabaran untuk feeding directly dari breast, dan tak marah2 nenen aku lagi, akhirnya berjaya sampailah dia dah addicted kot, kejap2 nak susu sampai terjeluak2. Takmau bagi kang, tak sampai hati sebab nafsu menyusu beliau sangatlah tinggi. Kalau aku tak bagi, dia duk isap2 tangan dia pulak. Sedih! Bagi jela walaupun lepas tu aku dudukkan dia, bluweeeeeeek terjeluak balik. Malam2 lagi la, dah sendawa pun keluar jugak balik. Baju tido je 1 malam boleh sampai 4,5x tukar.

Itu sekarang la, nak direct breastfeed je. Aku ingat dulu2 dia suka nak feeding dari botol, sampai sekarang dia suka, rupe2nya silap, dah tak mau botol dah. Kalau bagi botol, wekkkkkkkkkkkk reject smpai terbatuk2, tersedak2. Risau aku. Kena gigih ni ajar balik before aku kerja balik. Risau beb kalau2 tersedak ke ape kat babysitter or nursery. Ni 1 hal nih, nursery, BS pon belum dapat. Tension aku.

Lagi satu problem aku notice pasal Bfeed ni, aku memang kena jaga makan sangat2. Takde la aku membantai makan merapu2 sgt,tp ade sesetengah makanan tu buatkan baby poo poo terlebih. Kesian la pulak. Lepas ni aku kena extra careful lah, dan a bit teliti, memilih makan, tak boleh la ikut nafsu kan, kena berjaga2 demi anak. Now kalau aku notice Imani poo poo terlebih disebabkan pemakanan aku, susu2 yg aku pam aku akan tuang dan buang semuanya. Sebab, katakanlah susu tu aku pam hari ni, and hari ni pemakanan aku menyebabkan dia cirit, stok susu tu let say dia minum lusa, so, lusa dia akan cirit jugak la kan. Kesian, anak mama. Maafkanla mama sebab tak teliti bab2 macam ni sebelum ni. Penat pikir ape kebenda aku makan buatkan dia kadang2 berak2 banyak hari, rupe2nya kes stok susu hari sebelumnya yg tersalah pemakanan aku ni. Dah la makanan Malaysia ni banyak berunsurkan santan lah apa. Pindah England baru tau. kih kih.

Imani, mama mintak maaf kalau mama careless, mama janji mama akan berusaha jadi yg terbaik. Memula papa cakap, mama dah lulus dah jaga Imani dengan baik, tapi bila mama cakap,mama gerun nak mandikan Imani, selama ni nenek Imani yang mandikan, terus papa cakap mama tak pass lagi. Kelayakan ditarik balik. Ceh! (baiklah mama akan mandikan Imani lepas ni!).

p/s: tiba-tiba bila dah view post, aku tengok tajuk entry ni macam double meaning, macam aku nak buat anak lagi..hahah, adik Imani. Takde takde, aku tak terniat lagi ke arah itu.Tunggu Imani 3-4 tahun dulu.

4 comments:

Madam Amie said...

Lisa, try minta tolong nenek Imani or sesapa yg bgkan susu bottle kat Imani.. mcm Niya hari tuh.. org lain bagi botol dia nak minum.. kalau dgn ibu dia ngada2 sikit..

pestisid said...

haha akak, die dibagi botol time saya takde laa..time sy klua2 ke, tggl die kejap..kalau dia dh ala2 kebulur sgt baru die minum. kalau tak die tenyeh2 gusi je main2 plak..pening kepala kerenah anak dara baru 53 hari ni

alamanda said...

jgn risau kalau die tak nak botol sekarang. nnt lepas 3-4 bulan sure die nak.

dd dudu said...

ko patut taip, 'entry untuk anak lagi' kowt ;p

hahaha tekejut ok tgk tajuk ko memula ;p