Saturday, July 31, 2010

Facebook aku gila

Facebook aku tiba2 gila dan mereng..
Bila aku login, aku masuk page dia ni, tapi ada add as a fren. motif?







Motip nama hazab sangat? Dan tuan punye badan pun hazab. Kot ye pun nak gila FB oi, carikanla yang hot2 sikit bagi aku. Ni???Korang tak penah kena ke?

Friday, July 30, 2010

Surat rasmi

Hari ini ada orang mintak tolong aku.
Dia cakap dia nak tulis surat rasmi dan tak tau tulis.
So aku tolong la karangkan surat yang sangat berunsurkan gomen gituh..
Pastu motip orang tu gelakkan aku sebab dia kata SO NOT LISA.
Pastu orang tu cakap dia pun tak sampai hati nak paste surat tu dan reply kat orang yang send email kat dia, sebab dia kata THAT IS SO NOT HER!!!


Ni hah nak bagitau. Sebab tu aku tak suke sangat keje sini, sebab aku menjadi hipokrit.
Sangat lucu ok type surat skema bersalam2 1Malaysia bagai. Ada salutation Dato' Datin bagai.Ayat sangat tak boleh blah. Kalau sape2 nak tau cara2 aku jawab email rakyat, try la create 1 email tipu2 buat2 tanye ape2 kat email rasmi aku. Sah2 korang gelak guling2 silap haribulan siap boleh epilepsi skali okey.
Hahahha. Memang sangat behave, OK!!!! Aku kan mulut puaka. Motif nak bersopan2 gituh??? Dulu2 kan email semua in English. Skang ni, siap Walaubagaimanapun, Maka, Sehubungan Itu...Wakakakka..Sila la gelak, pastu muntah sekali, jangan lupe!


Siapakah org yang mintak tolong aku type surat  itu.........?
CHOI!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Mari mendajalkan orang yang mendajal

Hehe..Tadi aku jumpe website ni. Baru tau beliau wujud.
http://whocallsme.com

Sesapa dapat prank call/scam/ape2 org yang call iklankan produk ke, nak ngorat ke, korang pergi je submit number tu kat situ. Biar semua orang kutuk.

How come aku baru tau website ni wujud?
haha. jakun jap.

Personality Plus Test





Hari ni nak share tentang personality plus test.
Masa pergi kursus aritu, ade 1 slot for motivation, and the speaker ada bagitau pasal types of personality.
Kebetulan kawan aku ada buku tu.
So dan-dan aku check and evaluate diri sendiri and falls into category of : PERFECT MELANCHOLY.

Nanti u all jangan lupe test tau, sebab kalau ikut buku tu, semua list pasal diri aku adalah benar dan dah test jugak kat my hubby..dia plak..POWERFUL CHOLERIC, yang jenis born leader, outspoken, adventurous, goal-oriented.totally different dgn aku. Huhu. Sebab tu kalau gaduh.....auchhh sangat tegang, tapi kejap je OK balik hihi.

baiklah, sila test di sini:



this is mine:
Perfect Melancholy

The Perfect Melancholy is an opposite of the fun-loving Popular Sanguine and because “the opposites attract”, they usually get into relationship and merry. The Perfect Melancholy is serious, thoughtful, deep and perfectionist. The Perfect Melancholy is called “the thinker”.

Their precision for the details and the logic may discourage and depress them when they see the obvious faults of their partner. Because of that they need sympathy and compassion in order to express themselves. They need their own space and time to think before they speak or act.

The Perfect Melancholy is careful, organised and task-orientated. They flourish on order and logic and because of that they are very reliable to complete a promised job on time. Their perfectionism is towards themselves as well and this can make them pessimistic and self-critical, measuring to their high standards.

Usually the Perfect Melancholy is called “the thinker”.

Here are some of the strengths and weaknesses of the Perfect Melancholy:

Strengths
Analytical 
Persistent
Planner
Scheduled
Thoughtful
Idealistic
Serious and purposeful
Talented and creative
Sensitive to others
Self-sacrificing
Conscientious
Keeps home in order
Neat and tidy

Weaknesses
Hard to please
Withdrawn
Negative
Introvert
Too sensitive
Moody
Sceptical
Loner
Critical
Will not talk
Unforgiving
Depressed
Not spontaneous


Semua di atas adalah benar. tapi saya sangat tak puas hati sbb i think some of the popular sanguine criteria pun i ada jugak lahh..ikut buku memang ada. tapi bila kaji balik, katanya, org melancholy tak mungkin akan jadi sanguine..whatever!!

aku dah baca dah buku tu, memang best. a good motivation and bagus jugak utk kita kenal diri kita dulu sebelum kita kenal orang. dan mcm aku la, dah tau aku jenis mana, dan hubby jenis mana, so nanti senang nak react dengan emotions and actions dari pasangan..anyway husband i memang garang. i takut dia. hahha.

orang yg personality mcm aku ni kan, jenis critical and analythical thinking, jenis tak layan lawak bodoh bebal. memang betul, aku tak suka dan benci sangat raja lawak sebab aku rasa tak lawak langsung..Aku boleh tengok rancangan tu dari awal sampai habis tanpa sedikit gelak pun. wow, why so serious? hahaha. bosan ekkk aku ni???hahhahaa

inilah bukunya..

kalau yang malas baca buku, boleh baca pulak details pasal u all punye personality tu after buat test.
selamat mencuba.

ni bukan test/game facebook yang bodoh2 tu tau, tapi ni personality test based on research findings okkay..this is so seriuos..hahhaa..

Khas Buat Dudu

Nih hah, bukti blog ko kena harm..

Sila klik kalau mata kero..a.k.a tak nampak.
Baik ko remove saje lah URL daniel tu walauponnnn beliau adalah sangat profesional.

Monday, July 26, 2010

Minta Tolong

Siapa rasa sudi nak tolong boleh laa send sms ke, call ke, comment ke. Whatever lah.
Esok aku kene mengajar. Tapi belum ready. Arini baru masuk opis. Lama aku outstation. Banyak benda x siap ni.

So aku nak download je flash player tutorial. Masalahnye kalau file tu .swf, tak boleh nak grab la pulak.
Aku dah test guna software, tak dapekkkkk.
Guna firefox page info pun dah try,tak dapekkkkkk.
So mcm mane?

anyone boleh tolong? Please...
Aku memang x sempat siapkan ni. Bajingan betul masuk2 keje je kene bagi training pulak.
Kan dah cakap, aku benci keje mcm ni, ngadap2 manusia ni.
Aku suka ngadap mesin, PC jek. BOleh???

Tolong....sape2 yg sudi.
Thanks.

Luahan

Aku rasa macam nak masuk private sector baik la.
Aku bosan la kerja mcm ni. Aku memang la cepat bosan.
Tapi kalau kena gaya, walaupun bosan, still boleh bertahan.
Tapi jobscope sebegini adalah sangat bukan aku.
Diakui la mcm ada kuasa, etc.
Tapi, aku bukan suka kerja jenis mcm ni.
Aku suka lagi jadi kuli yang buat kerja teknikal je, rather than aku ada anak2 buah, lepas tu org refer aku itu dan ini utk decide ape2, lepas tu uruskan hal2 pentadbiran.
That is so not me.
Aku dah bosan lah.
Aku dah bosan oh aku dah bosan.

Nak kerja private pun kena start balik kot.
So????
TENSION LAH!!

bila nak kaya ni..aku nak resign terus!!

Friday, July 23, 2010

Hantu Kom KOm

Korang ingat lagi tak kisah hantu kom-kom ni? Zaman2 late 90s gitu la. Lebih kurang 96-98 camtu.
Siapa ingat angkat tangan?

Kisah hantu kom-kom ni memang jadi fenomena dan orang semua takut. Macam biasa la, sokkaba sampah harian metro siap keluarkan lagi kisah hantu ni berlegar2. Konon2 pmpuan ni budak IPTA kat Terengganu kot, pakai susuk, tapi dah langgar pantang, dia tengok cermin sebelum habis tempoh pantang. Muka dia jadi buruk gila. So perempuan ni pakai la purdah nak tutup muka dia yang dah buruk tuh.

Dalam metro tu siap ada temubual dengan mak hantu ni. Mak dia cakap anak dia semakin mengganas, sapa jumpa, bunuh je. Sampai tahap tu. hahaha.

Pastu kan, nak kembalikan balik wajah dia, katanya kena isap darah anak dara sunti. 20 ke, 40 orang, aku pun tak pasti. Hantu ni bawak kancil merah. Lucu lak, membayangkan hantu naik keta kancil merah. Hikhik.

Masa zaman tu, ramai sangat orang percaya kisah hantu tu sampai budak2 takut nak keluar rumah. Aku sampai tahap siap pinjam songkok jiran lagik masa nak main zero-point. Tau ke zero point tu ape? Ala, lompat2 getah tu la..Name jiran aku, Apis. Kesian si Apis, aku ambik songkok dia sebab nak nyamar jadi budak laki, takut hantu tu cam aku perempuan, boleh? Hakhak. Bodoh betul.

Hantu ni memang laju bergerak. Jap je masa tu aku pegi umah atuk sebab pakcik kawin, pastu orang kampung tu cakap, hantu tu dah sampai kampung sebelah. Punye la gabra aku ngan adik2 aku. Semua 3 orang adik beradik, kalau sorang nak kencing ke ape, lagi 2 orang kena teman utk escort, takut kena tangkap hantu hahahaha. Bodoh nyee la hai percaya cite camtu. Orang kampung atuk aku pon bodoh gak sebab pecaya hantu tu dah kat kampung sebelah. PAstu bagitau budak2. Mana nye kitaorang tak takut kan?

Lagi kelaka, kisah hantu ni mula2 kat Ganu & Kelate je, last2 sampai Sabah Sarawak. Hantu tu boleh terbang dengan kereta Kancil dia, siap pergi Brunei sekali cari back up mangsa. Lawak lawak. Lepas tu dia jadi makin ganas dan hebat sampai boleh tembus ikut dinding lah. Haih la, ni siapa la yang tambah2 cerita. Lucu OK.

Apsal nama dia hantu kom-kom? sebab dia bagi salam..Assalamualaikum kum kummmm..Hahahha. Anyway kesian sangat orang2 berpurdah yang drive keta kancil merah pada masa tu, konfem orang lari bila nampak dia.

Korang ingat ke taaaaaaaaak kisah ni? Aku ingat sebab aku pecaye dan aku takut..HAHAHHAA.
Motif percaya dan takut? Sooooooo kanak-kanak. Yang tak tahan, aku sanggup pinjam songkok jiran tuh..

Sila ceritakan pengalaman anda menghadapi hantu kom-kom ini. hahha.
Tapi sampai sekarang tak tau, actually kisah ni betul2 wujud ke? Kenapa metro sampai hati jadikan cerita ni headline? Kojaqqq OK!!
Ok, sekian babai.

Thursday, July 22, 2010

ooo macam tu...

Apsal aku gedik eh. Bila blog up and running, aku malas nak update.
Bila aku tutup akaun je,, aku gatal nak bukak n blog again..
Penat nih. Baru habis kursus yg maha hazab..
Biasa la keje go*** ni kan macam2 benda nak kena lulus before confirm.
Ber exam2 bagai lagi.Aku risau ni sebab tadi aku jawab kan main banyak pages.
Ada 1 soalan tu 15 marks, essay. Laju gile jawab. Last2 dapat tau aku tersalah bagi jawapan.
This is so shit. Uuuuuuuuuuu sedih. Harap2 yang lain semua betul fullmark. Wah, yakin gitu kan.
Kellez...ko hado? hahaha.

Jadi untuk mengubati kesedihan ayuhlah balik kampung.
Kellez kau, sedih2 balik kampung kan.
Sebab aku malas nak kerja lagi esok. Takde mood.
Aku tengah tension nih sbb sepanjang kursus aku asyik bangun awal bute je like 3am, nak study.
Huhu, sangat bukan aku. Gile serius beb bangun pagi2 sebab nak study.
Ala2 dunia hampir kiamat gituh, aku study maut kan. Maut ke???? Hahaha.

Tapi semalam ingat nak study, last2 tengok sex and the city, boleh?
hari2 dari hari 1st aku konon2 nak study tapi last2 tengok Chuck la, movie itu la, ini la..

Sepanjang berkursus juga terima kasih diucapkan kepada suami sebab beliau sangat rajin.
Rajin gila hari2 masak. Nak harap bini dia, bini dia malas. Ngaku jela kan malas, senang.
Takyah la buat2 alasan penat la, ape la. Kan senang ngaku malas je. Hahaha.
baby boi besar..(erk mcm asam boi dan amat geli sekali gelaran baby boi..kof2),
InsyaAllah, saya akan rajin2 ye lepas ni..

Teringat lak pesan sorang akak masa pegi kursus.
Dia cakap laki cepat bosan. Tahun ketiga dan ke atas kawin nanti akan nampak la sikap bosan dorang tu.
So, sebagai isteri kena jaga 3 perkara pada suami iaitu makan, pakai dan sex.
Motip tauuu akak secara terbuka je sebut pasal sex. Malu sangat i dengar. kof2.
Harap2 tak terjadi pada diri sendiri, kawan2 dan sedara mara..Jauhkan jauhkan jauhkannnnnnn

Semoga suami tidak bosan dengan isterimu ini. Saya berikrar akan menjaga suami saya dengan baik.
Piagam Pelanggan Puan Lisa.
(MENJAGA SUAMI DENGAN BAIK).
Pelanggan=En Eddy.

Semoga mencapai piagam tersebut.
hikhik..
Sori aku dah gila, so entry sangatlah merapu.
Sekian, terima kasih.

Bai.

Saturday, July 17, 2010

Halu

Lama tak blogging. Busy skit lah seminggu dua ni. Ada induction course. Bosan memang bosan. Tapi nak buat mcm mana, kena pergi jugak. Bertahan gak ye aku keje gomen nih. Hahahha.

Semalam berjaya membeli laptop murah dgn spec OK. RAM 2GB(standard la), dual core(standard la jugak), yg penting hard disk 500GB. price, rm1500++. OK la tuh ,lagipun utk adik aku.  Hehehe. Terima kasih kat hubby la sebab dia kenal org keje situ.

Nak tanye lah, ipad dh masuk Malaysia ke ek? Malas nak google, boleh? So sapa tau sila jawab. Nak beli la satu, senang skit pergi kursus ke ape, bawak kecik2 sudeh..Kosser nak hangkut laptop besar2 berat2.

OK lah, nak baca gossip jap. Very the mak esah kan? Hahaha.
Babai uols.