Monday, June 13, 2011

merapu jom...

1. Hari ni anak aku dua bulan 2 hari.

2. Hari ni hari pertama(utk minggu ini la) aku dan Imani ditinggalkan En Eddy kerana beliau telah kembali semula mencari rezeki di kota metropolitan itu. Jangan lupa bahagian isteri, 40%! motip? ;P

3.Masa Imani masuk 2 bulan, aku pulak yang demam panas, dia rilek je siap tido je memanjang, tak meragam, tak menangis. Alhamdulillah, dah sesuaikan diri dah dengan dunia sebenar, anak mama.

4.Kena cucuk umur 2 bulan hari tu, beliau telah menangis selama 3 saat lepas tu diam balik lepas tu sambung tido. huahua bagus bagus. Lepas tu aku kena marah kat En Eddy sebab aku takmau kena inject, beliau telah memaksa aku diinject sbb aku demam panas, dia nak suruh cepat sembuh sebab takut berjangkit dengan baby. Aku telah berjaya menjadi degil untuk diinject. Helooo inject kat montot hokey, mak maluuu uols kat doktor laki..auw..

5. Imani dua bulan, 5kg, 59cm..graph tumbesaran berat adalah pada skala betul2 normal dan standard, tapi graph tinggi adalah kategori terlebih utk baby girl. Motip tinggi? bukan mama katik ke? T_T

6.Muka Imani berubah setiap minggu bersama2 warna kulit sekali. Sangat belum konsisten. Kejap muka mcm boy, kejap mcm girl, kejap mcm aku, tapi sekarang kerap mcm papanya. Memang anak papa!Kulitnya adalah kejap putih, kejap merah, kejap kuning, tapi belum lagii lebam..motip warna lebam? ade ke?hakhakks.

7. Aku sangat sedih sebab terpaksa mengepam2 lalu membuang2 kembali susu2 badanku ini sebab aku demam panas..Susu banyak dan cukup tapi terpaksa dibazirkan ke sinki sebab lepas minum susu aku, Imani cirit tak hingat, maybe sebab badan aku terlalu panas..dah la stok EBM xde yg frozen, semua dlm peti bwh jek, so dah lebih 3 hari, aku buang le jugak. taknak la bagi baby susu lama2 kan, sakit perut nanti kang. So terpaksa lah aku bagi dia minum S26 gold macam abang Rayyan(motip abang?)..

8. Dia boleh accept formula milk tapi x mau sangat la dengan feeding bottles tuh. Aku tension sebab aku takut nanti nak duk nursery or pengasuh, dia kebulur taknak breastmilk dari botol. InsyaAllah badan aku dah x panas so aku akan kerap2 bagi susu badan je. Susu formula hanya akan diberi kalau stok EBM tak cukup or aku ade termakan sesuatu yang menyebabkan dia cirit sahaja, or pada situasi aku tak sihat, demam2 mcm sehari dua ni..Semalam la kali pertama bagi formula milk..tapi dengan perasaan sedih sbb susu aku banyak, tapi kalau bagi, dia cirit plak..Kesian sangat aku tengok die meneran, mcm sakittt perut kot..sian anak mama..hok hokkkk nanges..

9. Errk nape aku rasa aku naik badan balik? oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaak!naik sekilo dua la kot.. ni mesti sbb aku minum air sejuk ni sbb cuaca panas. degil kan, baru abis pantang terus bantai air sejuk gitu...aku harus insaf secepat mungkin sebelum lemak2 ini kembali tepu!

10. ok, Imani bangun nak susu..see uols..

tadaaaaaaaaaa...budak kuat minum susu..

Dushh dusshhhh jangan kacau saya tido!!



1 comment:

dd dudu said...

hahaha motip abg rayyan?

kelakaa laaa