Thursday, February 9, 2012

Sedih.

Tak taulah mampu bertahan ke tidak. Risau sesangat dah ni. Sebab macam susu makin menyusut. Dulu dpt 5 botol, menyusut ke 4, now 3 je paling max siang..hari ni dapat 2 botol je..Aku kerisauan. Susu aku dah tak cukup ke nak tampung selera anak. Aku rasa selera anak aku biasa2 je mcm dulu2 juge tapi susu aku ni macam makin berkurang. Kenapakah kenapakahhhhhhhhhhh? Malam tadi aku dah pergi beli longan kering dan dah minum air dia. Manis nye ya rabbi...aghhh..tapi x pasti la menjadi ke x. nampak macam biasa je takde perubahan. Then dah pergi beli pil tambah susu, pil organic nama galacta kat kedai susuibu tu. Ya Allah, kembalikanlah rezeki anakku. Seriously aku tak ready gile nak bagi formula milk lagi sebab aku tak tau yang mana yang sesuai dengan dia, dengan usus dia. Kalau bagi formula then macam mana? Yakyak sembelit ke tak, sakit perut ke tak. Woooooooooooooooo.

Aku takde la fanatik sangat bab2 susu ibu ni sebab aku faham tak semua orang ada rezeki untuk bagi anak susu ibu sepenuhnya. Korang janganla sekali2 mengutuk ibu yang beri anak formula milk. Janganla korang cakap 'a big no no' or whatsoever kepada ibu2 itu. Diorang bukan nak sangat pun, ada yang terpaksa bagi susu formula sebab ibu sakit dan perlu makan ubat, ada yang sebab susu badan dah tak mampu menampung, etc..etc..Kadang2 aku terfikir dan naik menyampah dengan golongan yang pandang serong pada ibu2 yang beri anak formula milk, tapi pernah ke dorang selidik sebabnya? Aku ada kawan(i know u're reading..aku mintak maaf kalau ko terasa ye..) yang memang TAK BOLEH beri susu badan pada anaknya sejak anak berusia beberapa hari sebab ibunya sakit, perlu rawatan susulan, perlu makan ubat yang mana kalau dia susukan anaknya boleh bahayakan anak(pada usia yang sangat kecik.) So korang tak payah la nak berlagak suci sangat just because korang boleh susukan anak sepenuhnya sampai beberapa bulan sampai 2 tahun, nak pandang serong pada ibu2 yang terpaksa bagi anak susu formula. TERPAKSA tau tak, TERPAKSA!

Ada tu kan aku pernah baca komen kat facebook wall yang fanatik sangat pasal susu ibu (aku pon support breastfeeding 100% dan anak aku dah 10 bulan masih fullbreastfeed tapi tak pernah lah nak kutuk ibu lain yang tak berpeluang nak full BF ok!!), cara diorang komen tu sangat menyakitkan hati sebenarnya, ada tu komen melampau macamkan bagi anak formula milk tu macam bagi anak makan benda haram. Ada yang selalu cakap A BIG NO NO!!etc etc dan memilih ibu susuan dulu kalau tak boleh nak breastfeed sendiri, sebab katanya nak elaaaaaaaaaaaaak sangat sangat sangat formula milk. Hey korang ni sanggup tengok anak lapar ke sementara nak cari ibu susuan? Alangkan aku ni ibu kandung ada depan mata anak pon semput2 nak sediakan demand susu anak, inikan pulak ibu susuan yang duduk entah berapa batu dari rumah. Memang susah kan? So, people, please la..bersyukurlah kalau korang boleh susukan anak dengan susu badan sepenuhnya, tapi janganlah pandang serong pada ibu2 yang tak ada rezeki nak beri anak mereka nikmat yang sama. Jaga la sikit hati orang lain..

Eh aku pun tak tau kenapa tetibe aku emo...sebab aku dah bosan kot tengok orang mengutuk ibu yang bagi anak formula milk. Dah2 la, gi jaga tepi kain sendiri.

Ditegaskan di sini, saya adalah ibu yang menyusukan anak secara full breastfeed, tapi saya tak suka nak pandang sebelah mata pada ibu yang tak mampu...dan kat sini jugak nak cakapppppppppppppppppppppppppp, aku risau gila sebab susu aku dah tak cukup. Plan A adalah dengan mencari faktor2 penambah susu, nak susu meriah sangat2 macam dulu. Sekali pam 10oz..saya cuma nak yang terbaik untuk anak saya. Saya tak sanggup tengok anak saya kelaparan...Saya tak nak mengharap susu orang lain untuk anak saya. Dan plan B nye adalah, kalau anak tak cukup dengan susu aku sebab supply dah berkurang, maka terpaksa laaa bagi formula milk jugak and aku nak tau, formula milk apa yang bagus ye...kalau boleh yang rendah kandungan gula or takde gula langsung pon takpe.

Please...help me.....................

4 comments:

Ciare Baha said...

lisa aku ke ibu yang sakit tu? hehe. tu lah kan, aku pon penah baca blog ibu yg fanatik pasal BF. Sampai mengutuk2 ibu yg bg anak FM dikatakan cacat la ape lah. Kesian ibu2 yg xmampu BF anak ni. Dia tak sedar ke susu dia tu datangnya dari ALLAH?? Dia tak sedar ke Allah bole tarik susu dia tu bila2 masa je like tingg!! Haaa elok kena sekali org macam ni

-tumpang emo-

hehe

bini edy said...

bukan ko la ibu tu...ko sakit ape nok? hahaha. aku dah lama tau tengok, baca dan cuba letak diri kita pada org yg terpaksa bagi FM tu..rezeki dorang banyak bolehla cakap cmtu..huhu..bila2 je Allah boleh tarik mcm aku skarang la. dari semeriah2 dah mcm kais2 dah pulak T_T

dd dudu said...

ciare sakit apa. -tetibe menyampuk

serius, sy pun menyampah bile tgk kat fb yg over2 sgt tu. saya ahli group Kump. ibu2 Menyusukan dalam FB. rajin gak laa baca tapi kdg2 rasa macam x berapa gakk laa klu yg over fanatik tu..


lisa, nak tau sesuatu x? haris dah 3x minum susu formula sbb susu yg sy bekalkan x cukup, ma atau taska terpaksa bagi. sy mmg ada bekalkan tin susu sebagai bekap, sbb sy keje jauh.


tapi x pernha cite kat blog, sbb takut kene kutuk, bole?

bersyukur dengan rezeki susu untuk haris walaupun x semeriah mana. harap2 haris dpt antibodi yg byk, tu je...

xsanggup nak tgk dia berlapar..

nway tekejutnye lepas baca ko ckp pasal ibu susuan tu. macam tu skali ke....

Kak Long Mun-e said...

Lisa, akak pun dah mengalami situasi susu merundum.. dont worry.. semua org akan mengalaminya... cuma mungkin akak untung sikit sebab anak hanya minum 3X3oz je waktu siang... Ada jee akak dah train bagi niya minum susu formula.. tapi tuh la dia x nak... so, gigih jugaklah nak sediakan 3 botol untuk siang... rezeki masing2 kan.. akak pun kdg2 rimas bila sesetengah ibu dok kondem ibu yg lain... x baik... masa mula2 nak cari susu tepung tuh kan.. kelakar.. sampai kedai blur tak tahu susu apa yg patut bagi... hahahhaa... tp try la anmum essential.. sbb dia tanpa gula tambahan... -->> skrg ni akak masih lagi cuba nak bg niya minum susu tepung... bkn senang jugak anak nak terima...perghh...