Thursday, July 21, 2011

Oh anak mama..

Hari ni aku hutang 40 minit dengan Imani. Semalam 14 minit.Motif hari2 kira hutang berapa minit?Hutang kat sini adalah dalam konteks lewat pergi ambik Imani. Ha ha ha aku kan emosional sikit pasal hantar-hantar anak ke taska ni. Maka setiap hari, pukul 3 lebih tu aku akan make sure semua kerja dah hampir siap.

Nak dijadikan cerita hari ni server web office down pulak. Dah la web tu kena pantau kat ministry and jugak MAMPU tuh. Siot je. So memang kene 99.9% uptime. By 5.04 belum up-up lagi. Aku masuk kerja pukul 8 sampai 5 ye FYI. Dulu2 masuk pukul 8.30 dan balik pon kadang-kadang almost 8 malam gak walaupun tengah sarat bawak perut sampai budak kicik dalam perut dah menggelupur tendang-tendang ajak balik, sampai keras kejung perut aku(rindunya perut kejung itu). Tak semua orang keje gomeng rilek, okey, aku busy aje memanjang. Orang lain la kot yang tak busy. Aku buat keja macam-macam sebab unit aku ada  2 orang je. Hurm, nasib badan lah.

Aku dah susah hati, sebab setiap minit aku kira, kalau tak, aku rasa bersalah pulak ambik Imani lewat, sampai minyak kereta dah E pun aku redah je lah balik jugak, tak mau singgah stesen minyak. Keh keh. Hari ni 5.40 pon tak setel2 keja aku. Nasib baik tingggg aku teringat si Fird teknikal serba tau. Terus aku YM ngan Fird, dalam 30 saat je settle masalah aku. Hua hua kalau aku tau, sebelum server down lagi aku dah YM dah mintak ahli nujum Fird jampi siap-siap. Tima kasih Fird, ko dah selamatkan waktu emas aku bersama-sama anak.

Hari ni dah la Imani dispilin, masuk pagi2 lagi, balik lewat pulak. So buat pertama kali nya, dia habiskan semua susu aku bekalkan, 4ozX4botol=16oz. Banyak la tuh sebab selama ni siang dia kuat tido, selalu habis 3 botol je. Malam-malam, bukan main lagi dia menyusu kalah orang kebulur gitu. Biasa dia masalah disiplin sikit, sebab sambung tido, so papa dia akan jaga halfday(sebab papa dia keja suka hati je nak masuk bila dan nak masuk ke tak nak, melainkan ada kerja betul2 yg kena masuk ofis la).

So, biasanya pukul 1 dia bangun, aku balik la rumah yg sekangkang kera dengan ofis ni, mandikan dia(lewatnyaaa pukul 1 baru nak mandi ke?), pastu terkocoh2 aku sambil bertudung semua mandikan dia, kadang2 kena pancut kencing sekali hohohhh pastu laju2 antar ke taska pulak..So kiranya dia biasanya kat taska, kalau tak masuk pukul 11, masuk pukul 2, so hari ni la paling lama. Masuk awal pagi, balik lewat lepas aku setel urusan server bengong itu. OK je dia kat taska, aku je lebih2 rindu. Bila nak berakhir daa perasaan ini.


Baby yang kekenyangan habiskan susu sebelum mama ambik. Keh keh. Terus tertido dalam kereta. Pasni nak kejut dia, biar dia bangun2 later malam ni takde la dia bangun balik dan tido lewat.

Hobi suka tidur macam papa dia. Gaya sama. Mua ha ha. Asalnya aku yang kuat tidur, Edy jangkit dengan aku. Tapi sekarang aku dah tak kuat tidur, dan kurang tidur tapi Edy telah menjangkitkan simptom tu ke anaknya.

Ye, tidur lagi. Memang susah nak snap gambar dia yang tak tidur sebab kalau tak tidur dia akan manja-manja dengan aku. So time dia tidur la aku gigih snap2. Biar la Imani, walaupun kadang-kadang orang cakap Imani nampak macam baby boy tapi Imani memang gegurl di hati mama. Kita tunggu rambut Imani panjang lagi ye, mama tocang2 kasik gegurl habis-habisan.

Hah sudah! Dia menguap lagik!

Imani, mama sayang Imani sangat2. Imani jadi anak tunggal ye smpai umur 3-4 tahun ye. Tapi mama adalah sangat hampa sebab mama takut tereksiden. Tiba2 mama mengalami peristiwa berdarah la pulak semalam. Hadiu lah, bukan ke sepatutnya ibu yang menyusu badan sepenuhnya lambat datang ke Miss P tu? Apsal mama punya dah datang? Tak diundang langsung!!!Takpe2 mama janji, mama control ye, mama jela yang janji, tak tau la papa awak tu macam mana pulak kan?

Mood sangat2 down sebab dah datang Miss P tuh, aku ingatkan nak natural family planning jek. Habis hancur musnah harapanku. AGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

4 comments:

dd dudu said...

kelakanye entry ni kui2

lawa2 baju imani!!!! sukeee

cepat2 pinkkan imaniii

Ciare Baha said...

betul la dd baju imani comel...aku ni mencari baju bb boy setengah mati nk yg comel2..tp baju gegirl xyah berusaha sgt pon sbb bykkkk choice. mak jeles. hukhuk

cara tido imani tido (yg tiru cara edy tu) sgt comel :D rayyan suke tido pelok bantal sambil mengiring

Bright Eye said...

comelnye dia menguap....

bini edy said...

dd,
lawa2 ke baju dia. sy dh mati akal nak beli baju cmne..ni stok yg ada mcm semua non hado..

ciare,
yeke? tanye lagi skali yeke comel baju dia. Bukan aku pakaikan t shirt biasa je ke ni? kaler biru plak tu, so boleh jek Rayyan nak pakai jugak. hehe. Ish baju gegirl kena usaha jugak ciare pasal price die lagi upppp..huhu kopak..
imani pon suke tido ngiring gak, kadang2 je camni hehe.

B.E,
mekasih B.E...:)