Wednesday, August 24, 2011

Bodoh sombong

Ish ada orang dalam dunia ni kan dia suke perasan dia lah paling bagus dan suka kondem orang dan selalu nampak apa yang orang buat tu semua tak betul dia sorang jelah yang betul dia jelah yang perfectionist ape yang dia buat takde ape yang cacat celanya tapi bila orang buat semua tak kena haih la manusia wujud jugak ye manusia yang macam ini di muka bumi Allah Ta'la ni dan manusia tersebut memang spesies tak sedar diri dan tak pernah menilai kelemahan diri sendiri sebab dia perasan cambest je all the time dah la dia tak sedar pon orang bukan suka dia pun sebab dia perasan dia cambest kan so dia ingat orang suka sangat dengan dia. Siapakah manusia itu? Sapa terasa padan muka. Bye.

hantu ke??


Sudah..sudah
Stop........! Stoppppppppppppppp!!

Tolongla stop turun berat lagi. Aku dah risau pulak dah sebab berat aku skang ni macam paip bocor. Semakin menyusut2. Berkurang dan berkurang.
Ok2 fine, bagi manusia yang berat dia memang sentiasa sekitar 43-45 maybe tak rasa la perkara ni merungsingkan, kan. Kira ideal la kot bagi uols, begitu?

Dulu time aku berat 45 gitu, aku tak rasa la aku kurus, kira just nice. Now aku punya berat adalah 45. Susut sebanyak 22kg dah. Dan aku rasa aku kurus. Ke sebab dah lama sangat aku tak mencapai berat ni eh, lantas aku rasa macam aku terlebih turun berat pulak.

Situasinya begini. Dulu aku 45, tapi montoit rasa macam it's ok it's orait lagi kan mcm ada laaa lagi.Eh memang ada laa..Aset ok, aset! Dan dulu muka aku memang spesies chubby yang mampoo pakai tudung bawal jek, tudung lain, memang rijekkkkkkk!

Situasi sekarang adalah, aset aku yg kat belakang ni dah hilang dah. Matikla cakap pasal senset2 gini kan. Bajet jelah semua pompuan yang baca blog mak ni noks. Ha, memang dah tak timbul sangat dah. Ampunkan aku suami kerana bercerita perkara begini. So jadi macam sekeping gitu. Senang gak sebenarnya bagi aku sebab senang la nak cari baju, seluar semua kan. Tapi aku rasa macam pelik la sebab aku punya fizikal tak pernah begini kan. Pastu pulak, muka aku yang bulat dan gebus penuh isi ni dah takde dah isi kat pipi. Dah naik tulang pipi, pastu macam jadi cengkung siap mata aku nampak mcm ke dalam dah. Dah la mata bulat ok.Ko bayangkan mata yang terkedalam tapi bulat. So hazab kan.  Macam jerangkung kadang2 aku rasa especially kalau aku penat. Edy mulut jahat ckp aku tengkorak. Motip kutuk bini tengkorak? Salah aku gak sebab aku pernah termengadu kat dia cakap aku tengkorak. Nanges. Nasib baik masa bangun tido tu tak tengok cermin terus, kalau tak mesti menjerit punye aku. Oh Tuhanku, aku terbayang muke Yunus kawan aku kat UPM boleh??Tak maooooo!Ke sebenanye mata aku tak ter kedalam tapi ade dark circle so nampak la begitu. Macam mana nak hilangkan eh. Setiap masa aku nampak macam keletihan je. Ni bukan aku sendiri yang komplen ok, dah ramai sangat manusia kat opis ni tegur cakap aku nampak semakin kurus, dan cengkung dan mcm sakit. Mak tak kuasa nokssss, mak sihat! Harap2 Lina yang tengah servis kete dia aritu terserempak ngan aku tak perasan muka aku cengkung sikit sebab aritu pakai tudung yang boleh sorok2 sikit muka dh cengkung kehkeh.

Now berat 45 tu kira berat penuh kesyukuran la sebab aku memang aim berat ni dulu2, masa aku tetibe naik badan skit2 tu kan. Tapi masa tu 45 kire ok la sebab aku tak bukak lagi kilang susu. Sekarang kan aku pengusaha hasil tenusu gitu, jadinya 45kg termasuk 2 kilang susu adalah ringan kot. Aku risau aku turun berat lagi. Dah la stop smpai 45 ni je. Aku x tau dah nak buat mcm mana nak kekalkan mcm ni. Ok la janganla korang cakap aku tak bersyukur(bagi insan2 yang sedang diet), aku cuma risau je takut aku tinggal tulang je nanti. Tapi buat masa sekarang mcm just nice dh la, maybe aku belum
biasa lah kot dengan pipi tembam yang hilang...erm...

erm hakikat sebenar aku suka je dapat turun sampai macam ni, tapi aku jadi tak best bila org tegur cakap muka aku macam muka sakit dan tak cukup tido.Aku cukup je tido sekarang, Imani dah tido dengan jayanya dah malam2. Ok lah tu je nak bagitau. Bukan nak gebang dah berjaya kurus ni tau, tapi nak bagitau pasal kerisauan di hati. Macam mana wey takmau orang tengok muka kita ni, dorang cakap muka kita macam tengah tak sihat? T_T

Tuesday, August 23, 2011

Tudung raya?

Apakah tips2 membeli tudung? Sebenarnya let be frank je, dalam kehidupan aku selama 26 taun memang aku tak beli tudung sendiri. Sebab tak reti. Reti pakai jek. Semua hasil tudung dalam lemari aku adalah rembatan dari adik atau mak aku je. Adik aku terer beli tudung. Tudung2 dia beli semua cantik2 pastu elok2 je di muka aku. So kalau aku nampak tudung die cantik, aku akan berpura2 pinjam kejap pastu aku akan puji2 cakap eh cantik ah tudung ni. Pastu adik aku pun akan cakap..Cantik ek,...kalau gitu ambik jelah. keh keh. Misi selesai.

Kalau aku try beli sendiri, konfem tak seswai ngan aku bile pakai. So aku pun buat keputusan tidak membeli tudung. Kisahnya, tudung raya takde lagi nih. Eh bukan setakat takde tudung raya, aku siap takde baju raya pon lagi. Ada la 2 pasang baju baru yg baru dijahit, tapi tu pon kain baju hantaran tunang 2009+ kawin 2010. Motip aku baru jahit? So outdated dh aku rasa corak tu. Aku malas nak tempah baju raya hari tu sebab aku kan masih gajah beberapa bulan lepas kan. Baru beranak katanya. So malas la nak gi jahit baju. Kot2 la jahit besar, tetibe aku dah kurus ke, pegi jahit kecik, tetiba aku masih gems ke ape kan. So mmg plan nak beli ready made je.

Tapi masalahnya, setiap kali weekend anak aku meragam kan. Memula meragam tanda protes kena tinggal kat papa dia. Minggu lepas demam plak. Minggu ni aku pulak yang demam. So macam manakah ini? Bila agaknya aku nak ada baju raya. 26hb mesti ramai orang dah start balik kampung kan. Ok tak kalau malam tu baru aku pegi cari baju raya. Bukan setakat baju raya takde, kuih raya pon takde. Nak baking2 sendiri, harapan la kan..Anak aku mane boleh orang tinggal die kejap nanti die meraung bosan.

So, misi minggu ni memang kena gi beli kereta, eh beli kereta pulak, silap2..beli kuih raya, ngan baju raya aku. Sapa ada kawan yang jual kueh raya dan baju ready made? Taun ni aku nak pakai baju kaler biru sebab baju melayu Edy dan baju kurung Imani adalah biru. So sapa2 ada kawan, sila bagitau aku. Aku nak beli nih. Ini adalah serius, ok.

p/s: aku adalah demam kus2 nih sekarang. jangkit ngan anak. siapa tau cara nak hilangkan batuk dengan cepat sila bagitau. SMS pun takpe kalau korang kerek sangat x mau bagitau kat sini. hehe. thanks

Friday, August 19, 2011

Mama nak bagi aunty dd tengok

Nah aunty DD kate jejari tembam nih feveret dia..Nah ambik ni aunty DD..

alamak gebusnya jari

 fewitt gamba percuma kat belakang tu, alhamdulillah...

Aunty DD takyah tertipu, ni semua camera trick, jari saya very the runcing okey..


See, saya tak gemuk pon kan???



Nah 1 lagik kalau tak caya..Stendet la tu baby ada dagu percuma 1 layer.

Apa tengok2?? 

Kat klinik..mama dah berjaya pakai seluar skinny walaupun macam sarung nagka gitu...mama muke tak malu, compaq powder die tertinggal kat opis, maka dia pow bedak aiken imani. motip bedak aiken pakai kat muke? patut la kusam..

Wey cane nak ilangkan lapisan kolesterol kat pipi mama nih? Ni kolesterol nih, dah jadik macam ketuat ke ape..takmau hilang. camne????
Juga sudah mampu menyarung cincin kawin kat kesemua jari dah termasuk ibu jari, sebab cincin kawin dah longgar. Boleh??

Motip semua gamba Imani adalah masam? Sebabnyaaaa saya demam, mengerti??
Pastu sapa yang tengok janganla terpedaya, semua tu ilusi optik je, saya tak la besar pon. Biasa2 jek, baru 6.5kg..Mama hampa sebab dia nak Imani 7kg, pastu bila dukung banyak kompen pulak cakap berat la apa la..
Anyway mama dah susut sampai ke 46kg..Tapi tak paham macam mana boleh jadi 46kg tapi tetap tak nampak macam dah kurus kan, melainkan pipi labuh extra banyak2 dulu2 tinggal sikit je..Kalau takkkkkkkkk..

Pipi yang sepatutnya..Walaupun masa nih 44kg je tapi pipi memang tegar kan nak turun..





nah percuma pakej gamba masa belon dan anak gajah yang 67kg so skeriiii


makcik idung kembang..


so anak gajah dah aku rasa..serius tak larat bawak diri sendiri..


mak oi memang hazabss..baju size XL nh siap ketat lagik..skang baju ni boleh kukatakan bye2 sebab dah longgar dan very the gedobos..kembang gile idung..benci aku tengok..!!lengan sasa ..eeee bodohnye rupa masa nih..kesahnye, ni baru lepas pitam okey, sebab perasan malaysia boleh, jalan laju2 gi toilet..

Thursday, August 18, 2011

Harapan

Harapan seorang anak...


Papa, promise ya, don't leave me again :'(
Nanti papa bawa Imani dan mama ye..

Wednesday, August 17, 2011

Anakku sakit..

Bila anak sakit memang sedih dan sangat risau. Now Imani demam sikit2 sebab cucuk pneumococcal tu. Tindak balas ubat tu rasanya, badan dia tgh bina antibodi. Tapi ibu mana lah yang senang hati tengok anak sakit kan? Sudahnya hati aku ni. Dia batuk2 berkahak yang agak kuat. Kesian dan sayu gila tengok anak batuk teruk malam2. Nak je aku ambik semua sakit dia T_T

Minggu lepas, Edy pergi Jakarta. Memula kata kejap je dlm 2-3 hari. Hari nak balik tu, petang tu patutnya flight, tapi petang tu jugak la baru dpt tau kene postpone balik lagi 2 hari. So, pergi 5 hari. Kesian kat anak kat sini, memang Imani rindu papa dia kot. Serba tak kena aku tengok dia. Dia dah ada perasaan kot. Dah kenal siapa ibu, siapa bapa. Hari ke 5 tu dia dah macam tak keruan. Tak nak tido siang, tak nak tido malam. Kalau tido pon kejap2 sgt, dalam 10 minit gitu je padahal dia sangat ngantuk. Rupa-rupanya dia tunggu papa dia balik.

Pukul 11 lebih baru Edy sampai rumah. Edy ambik dan dukung die je, terus dia cebik2 pastu meraung sekuat hati. Aku rasa dia sebak la sebab dah lama tak nampak muka papa nya. Terus meletup dia punya sedih. Teruk sesangat Imani nangis malam tu sampai kejung2 badan. Risau aku. Gaya nangis macam sakit je. Padahal takde sakit ape pun. Aku rasa dia dah tak mampu nak tahan sebak, nampak muka papa je terus meletusss. Hiba gila aku tengok dia masa tu smpai aku pon leleh dalam diam. Sob sob. Bukan takat takleh tengok muka Edy, dengar je suara Edy terus meraung lagi, sampai bawak ke tidor termimpi2. Mimpi je, bangun kejap2 nangis. Esoknya terus batuk2 sebab kuat sangat meraung kot, sakit tekak. Malam tu 2+ baru dia tido tu pun susah sesangat nak pujuk dia.

Bangun tido esoknya asyik nak melekat je dengan papa. Aku ni macam dh 2nd choice dah. Memang dia nak manja2 je dengan papanya, nak papa tukar pampers, nak dukung2. Tak sangke aku budak kecik macam ni dah ada perasaan yang kuat macam tu ye. Tido sebelah papa, sedar2 je tangan gapai2 muka papa. Nak papa dia pegang tangan dia je masa dia tido. Sepanjang hari dia nak manja2 je, pastu kalau tido, bangun je terus macam tercari2 papa nya. Sumpah, aku dah tak sanggup kot nak tengok benda ni berulang.

Pastu 16hb tu gi cucuk, dan hari ni dia ada demam sikit2 campur batuk2 teruk. Dah bagi ubat cair kahak, ubat demam pun still dia meragam nak manja2 je. Kalau ngan aku dia boleh gelak2 je, dengan papa terus nak nangis2. Manja sesangat. Sian anak mama, merajuk kot dengan papa sebab banyak hari papa tinggal.

Aku risau, lepas raya nanti Edy kena pegi lagi 4,5,6 hari. Macam mana anak aku ni..Tak sanggup dah aku tengok dia sedih mcm tu sekali. Rapuhnya hati ibu. Aku paham dah sekarang mcm mana seorang ibu risaukan anaknya. So makcik2 dah aku sekarang kot, pikir anaaak je..Sob sob..Ape tak pikirnya, nak keluar sorang ni koyak rabak aku, okey..Korang yang takde anak lagi tak akan paham sangat kot, mcm aku dulu2 la tak ambik port sangat pon kalau orang cite pasal anak2. 

Macam mana eh, Edy kata nak bawak aku dan Imani pegi sama. Tapi aku ni asyik2 cuti je sekarang, anak demam la, ape lah. Takkan nak cuti panjang2 kan? Susah hati aku. Mintak2 la bos luluskan cuti, atau mintak2 la bos cakap kat aku, u pergi resign laaaa..Kalau bos cakap camtu, aku rasa aku dah tak kisah kot, yang aku nak cuma kehidupan aku bersama anak kecik nih..sob sob..
Sekian alkisah kesedihan seorang ibu..dah dah korang takyah gelakkan aku, aku memang sedih nih..


Saturday, August 13, 2011

Jatuh

Waaaaaaaa aku bersalah aku bersalah. Imani jatuh swing tadi. Nangis tak hingat. Salah aku ada 2. Satu, aku tak pakaikan seatbelt swing tu. Kedua, aku tinggalkan dia kejap masuk bilik nak ambik baju nak basuh, bilik ni sekangkang kucing je, kangkang kucing lagi kecik dari kangkang kera kan, sekangkang kucing je dari hall dia duduk. Biasa dia ok je dalam swing tu sambil2 layan babytv. Sebabnya dia nak duduk, tak mau baring2. So no choice la, yang ada cuma swing je. Nyesal pulak aku tak beli bouncer ke ape.

Aku rasa dia pusing-pusing dan balikkan badan kut. Uwaaaaaaaaa aku dengar dia bertempik lantas aku gi ambik, bedebuk, dia dah jatuh tertonggeng senget2 sikit. Tangan kanan tu macam bertongkat sikit. Aku dah risau. Dah pujuk2 dia OK balik pastu aku testing check 1 badan dia. Tak de ape2. Kaki tangan semua aku lipat2 tarik2, dia tak nangis pun. Kalau sakit mesti dah nangis kan. Cuma kat dahi ada merah sikit and now dah hilang. Kepala pun aku dah usap2 check takut ada benjol2 dan dia pening2 ke, alhamdulillah takde ape2. Pastu dah sengih-sengih agah2 pulak. So rasanya takda apa lah. Now dia dah tido dengan tenangnya. Tunggu tengok dia bangun nanti ada meragam tak, harap2 takdelah. Sebab apa yang aku check, semuanya OK.

Susah okey takda suami, nak gi basuh baju pun tak boleh nak tinggalkan anak. Anak nak berkepit je kan. Oh dia baru je tersedar tadi, takde nangis2 pun and aku tepuk2 balik, dia tengok muka aku yang cantik ni(cantek ke kau???), terus lena balik. Terharu sangat kalau time dia tido tu, terjaga and nampak aku, dia lena balik sebab dia rasa selesa ada mama di sisi. Sob sob. Tak ganas dah aku sekarang ye. :')

Tetibe aku rasa nak jual je swing nih. Harga 300+ gak, sapa nak? Aku jual murah la lagi, baru guna 3 bulan. Tak kuasa dah pulak aku tengok swing tu, rasa macam dendam membara, walaupun..salah aku.


Buai yang bedebah tuh..
Fisher price- take along swing. Sebijik camnih, langsung takde kotor, aku jarang sebenanya letak dia dalam nih. Ni auto gerak nih, ada 5 kelajuan. Tak la laju sangat. Just nice jekk..
Agh aku benci swing nih..

Friday, August 12, 2011

Agh susahnyeeeeeeeeeee

Adoi saya sangat susah hati. Suami ke Jakarta atas urusan keja. Kejadah apakah henpon tak boleh roaming, tadi beliau call tengah hari pakai skype, topup kredit pakai skype kot. Beliau cakap tempat stay tu jauh sikit dari shopping complex and tak sempat nak beli prepaid/pulsar lagik. Dengan ini, saya adalah sedih sebab tak dapat contact beliau, walaupun ada message fesbuk sebijik dua dan beliau dah call dah tengah hari. Adakah cik abang sibuk? Sila call anak dan isteri ye malam ini kerana kami merinduimu..Jangan lupa belikan telekung, perfume, dress anak dan apa2 jelah sesuatu untuk isteri.


Esok kita jumpa! Yeaaaaaaaaaaaaa...Semoga selamat dalam perjalanan..Amin.
p/s: Memang susah hidup tanpa suami. Janganlah korang mintak cerai ye, sebab memang susah takde suami.


Wanted.

wah jambunya..tanjat boboi..



Ish nak update blog Imani tapi lupe password pulak. Hurm..

Agh tak sedar diri.

Eh bukan tak sedar diri ah, tapi tak sedar bangun sahur.

Adoii, parah sungguh tanpa suami. Aku tak sedar sahur tadi. Eh terbangun sangat lambat, bukan tak sedar langsung. Bangun2 bukak astro oasis terus, dah bacaan surah  dah. Kalau dah baca surah gitu, means abis je surah tu memang Azan Subuh kan.  Tak ikut imsak dah, terus aku gi panaskan pizza. Kau mampu, sahur makan pizza? So Italian katanya hahaha. Tapi panaskan bagi pakcik aku makan. Pakcik aku datang temankan aku dengan Imani sepeninggalan Edy. So, aku sendiri memang tak sempat makan, hanya sempat korek 2 hiris sosej je kat pizza tu. Kesian plak pakcik aku, dah la kena makan pizza, sempat makan 1 slice je dengan air kosong.

Tapi masa dah saat-saat genting tu aku terpandang kurma. Motip aku tak gi terkam kurma dulu, kan tu pemberi tenaga terbaik????????????Sebab nya aku duk teringat pasal hah sudah, hari ni mesti takde susu, mesti takde susu nih nak pam nih kalau tak minum air masak banyak-banyak. Lupe la pulak kalau tak boleh pam pun bukan Sabtu tu cuti ke? Anak kau takkan kebulur okey. Aku gi capai air masak je laju-laju. Sempat ah minum 1/4 je dari sebotol mineral. Nanges. So, aku tak sempat makan kurma. Nanges lagi. Eh takde la nanges pun tipu je. Drama nye nak nangis pagi-pagi.

Sempat la sambar obimin pluz dengan pil ASI utk susu ibu tuh. Pil kalsium tak sempat ambik. Biasa aku ambik pil2 pregnant ni lagi masa sahur.(Obimin pluz, neurogain PB, kalsium, pastu campur pil ASI). Entah la risau gak makan pil tapi perut kosong kan. Kalau pagi-pagi buta dah tak best perut aku ni, terpaksa bukak puasa kot. Dah la malam tadi Imani duk ekkk ekk ekkk takmau duduk sorang-sorang, nak aku teman jek borak-borak dengan dia. Macam mana aku nak bukak puasa kan. Biasanya 6.30 dia dah tido tapi malam tadi tak mau tido plak. Aku order piza je semalam, ye ah aku bukak puasa sorang2 kan. Piza sempat makan 1 slice, lasagna 1/4 je, pastu choc lava tak habis seketul pun. Agak-agak macam mana la puasa aku hari ni tanpa makanan yang ruji dan cukup. Dah la nak menyusu, stress mak!

Suami oi, lihatlah kehidupanku, terumbang ambing tanpa kamu. Cepat-cepatle  balik, lain kali kalau outstation, iols nak ikut uols, boleh??Tak kira, bawak jugak budak kecik naik flight walaupun uols kata haramkan dia naik flight sebelum umur 1 year demi menjaga telinga dari pressure. Motip cakap iols uols ngan suami?

Thursday, August 11, 2011

Kami berdua je.

Uwaaah lamanya aku tak online dari laptop cabuk nih. Compaq. Rasa macam tebalnyeeeeeeeee laptop nih. Kehkeh, pasal biasanya aku numpang laptop suami. Pastu kan semalam Edy bawak balik ipad 2 dengan blackberry playbook. Ops bukan weols punya lah, tapi projek dia punya. Bestnye. Jakun jap. Tapi memang best ah.

Mula-mula aku kutuk si playbook tu sebab lembab sikit kot. Tiba-tiba dah terer guna rasa macam best je pulak.Tapi ipad 2 vs playbook, aku rasa aku di pihak ipad 2 kot. Ipad 2 adalah sangat laju, tap tap jari jek cinggg keluar apa-apa nak bukak tu. Playbook slow sikit, nak boot pun agak lambat ah. Dah la kecik kan, ipad ala-ala saujana mata memandang. So nak browsing or main game adalah syok sikit, plus designnya lebih cantik.

Dua-dua pon best tapi aku nekad untuk memiliki ipad 2. Eh aku rasa bakal memiliki kot, rasanya Edy ada order dah kat aku, hadiah bersalin. Motif ada hadiah? Hahah ni aku declare sendiri. Hihi.

Nih jumpa comparison antara tablet2 gadjet. Aku dah tak pandang yang kanan2 tu, tengok Ipad dengan BB Playbook je. Tapi dari segi kamera nampak macam menang Playbook jek kan. Aghh tak kira nak menangkan Ipad 2 jugak.

Credit to technobuffalo.com. Klik ah kalau nak view besar-besar uols.

Anyway, sangat patah kaki kot hari ni, esok dan lusa, sebab Edy pergi Jakarta. Maka tinggallah aku berdua dengan si kecik. Tak tau lah boleh ke tak nih nak handle. Harap-harap semuanya O.K. Dah la Edy takde contact lagi nih, dah sampai ke belum ke apa. Ni konfem line telepon takde roaming ni. Syg, cepat-cepat gi beli pulsar.

p/s to mu hubby: Kalau sempat, belikan perfume kat airport, pastu belikan telekung, pastu dress untuk Imani, ok. We love u.

Tata.

Dah 4 bulan dah dia...

Selamat ulang bulan yang ke empat, anakku..
Sori ye sayang pagi tadi tak sempat borak-borak, mama nak cepat, papa pun tengah packing barang.
Kesian anak mama, kena tinggal kat papa. Sebenarnye kesian kat mama hahaha.

Gambar semalam, pukul 6.30 pm. Mama nampak macam perut awak terkeluar sikit la. Buncit ke? Ha ha ha. Hari ni tak sempat snap gambar celik, sebab papa bawak kamera pergi Jakarta. Nanti Imani claim hadiah apa-apa lah dari papa ye. Papa, please take note, jangan buat-buat tak baca blog. Kalau tak jumpa benda menarik kat mama, belikan perfume pon okey. Sebab perfume mama semua dah habis, tinggal 1 je yang bau tak tasty itew. So not my taste ralph lauren botol turqoise tuh.

Dah menjadi bualan cikgu taska dah, Imani dah debab kata diorang. Hari-hari mama hantar, teacher cakap,  tembam la Imani ni, besar la Imani ni..Pengetua taska pun hampir-hampir tak kenal Imani, dia kata Imani dah semangat sangat. Mama rasa tak besar sangat pun kot. Ke sebab dulu anak mama ni slim sangat ye. Tapi dulu pun tak la slim sangat. Just nice je kot.

Nanti kita pergi cucuk pneumococcal (yeke eja gini?) ye sayang. Mama hadiahkan 1 jarum setiap bulan. keh keh keh keokkk..Harap-harap pergi cucuk nanti, bila timbang dah bertambah la berat anak mama. Bulan lepas naik 900g je, mama nak awak naik sampai 1kg or lebih sikit, boleh? Mama dah usaha tau sediakan susu yang cukup, jadi Imani kena minum semua dan tukar semua tu jadi isi badan yang bambam gituh, baru la sedap mama nak gomol. Tapi dah besar nanti jangan lupa kurus balik ye. he he he.

Imani, sila rajin golek-golekkan badan, sekarang rajin pusing2 je, bukan pusing yang balikkan badan tu or meniarap, tapi pusing lokasi kedudukan. Motif? Nak meniarap pun malas, suka sangat cepat give up. Bulan ni Imani kena berusaha ye untuk pandai meniarap dan jangan malas-malas dan cepat moody macam mama. Sila kool macam papa, ye!

Ish rasanya aku kena pergi update kisah-kisah Imani ni kat blog dia lah. Papanya dah buatkan blog kat anak dara dia ni masa dia dalam perut lagi. Dah berkurun mama tak update kan. Mama shutdown terus blog ni OK tak, lantas mama bertukar menjadi ibu mithali lagi lemah lembut terus duduk bersimpuh gitu. Takmau ganas-ganas dah. Masalahnye, seswai ke?? Mampu ke?????
Hahaha. Biarkan menjadi tanda tanya.



Saturday, August 6, 2011

Lapau

Semalam dah pakat dengan Edy nak makan kat luar je. Bukak puasa light2 je, makan kurma, air mango, air masak, roti john(light ke eh?hahahaha), pastu plan nak keluar. Tapi si kecik masam tu tidur tak mau bangun. Jadi mama pun nak teman baby tidur. Lepas tu datanglah papa tumpang sekaki. Nak tak a nap je. Sudahnya semua tak bangun. Jadi itulah menu berbuka kami.

Hari ni harap mampu lah puasa sebab dah lapa gile nih..Aduhhhhhhhhhhhh. Cari nahas kan dah tau menyusu anak,semua tapi gi makan mcm tu pulak masa berbuka. Saya perlu nasik saya perlu nasik saya perlu nasik!! Hari ni nak masak..harap2 plan berjaya. Sekian.

Yeeeeeeeee memang entry sampah.

Friday, August 5, 2011

Entry macam bese ahhh. hahaha

Bila entah aku ni nak OK dengan hakikat aku kerja dan kena hantar anak ke taska. Hari-hari pun nak sedih. Kata ganas. Dah la font YM dah tuka kaler pink, suami isteri kura-kura dudu dan kuku cakap aku dah tak ganas. Alah akak pink tu pon pinky2 jugak,tapi ganas ape, sampai laki dia org no 1 pon takut kat dia. Kan???Entah-entah ade je lelaki yang badan besar dan kepala botak tapi dalam hati dia ada taman, kan? Sapa tau kan kan? Ha haaaaaaa.

Hari Jumaat sebelum-sebelum ni selalunya Imani pegi taska halfday kot, tengah hari aku ambik or memang tak masuk langsung. Pasalnya memang asyik kebetulan je, Jumaat ada checkup la, Jumaat laa mak datang la, adik aku ada laa..Macam-macam kebetulan. Inilah Jumaat pertama yang dia kena duduk taska dari pagi sampai petang. Dah la hari jumaat aku rehat 12.15 hingga 2.45 kan, so aku rasa bersalah pulak bila dia kene duk taska, aku pulak boleh ronggeng2 pegi Jusco ke, balik umah tido ke. Suka ati korang la nak kata aku mengada ke ape, ni perasaan aku k, jangan sapa2 nak menidakkan nanti aku putuskan sahabat ngan korang hahahha. Serius camtu sekali ye aku punya in denial terhadap hakikat aku keja, kena anta anak taska.

Ape aku nak buat eh pukul 12.15 sampai 2.45. Aku memang tak boleh ada kat rumah kalau dia takde nanti aku nampak pampers dia la, baju dia la, aku jadi sedih sebab dia kat taska. Haha masalah mental eh aku ni? Tak kisah ah mental tak mental, aku penat2 bawak perut 39 minggu, penat2 teran kan, so why not berperasaan begitu. Fragile nye aku. Wah so woman la uols...

Aku sebenanya ada plan lagi nak unpaid leave ni nak jadi suri rumah sambil2 ada la buat keja lain kan, byk lagi keja lain menimbun tu yg Edy dah dapat, tapi tetibe plak sorang officer tu nak sambung belajar, so aku kena tanggung keja dia. Dapat ah elaun tambahan 600-700 gak kot kat aku selama 2 taun ye uols..pasal dia tu baru jek naik pangkat dan aku dapat beberapa portion la dari basic dia..Tapi aku tak hepi pon aku rasa macam terbeban pulak nak buat keja dia lagi, keja aku lagi, sogok aku dengan 600-700 memang tak bagi makna pon kat aku. Sebab si kecik kat rumah tu lagi bermakna. Takutnya lah hai pasni aku kena outstation ke, pasal unit dia tu memang selalu oustation, pastu takut gak kena balik lewat. Cukup2 la masa bawak perut je aku balik keja puku 7,8+. Sekarang aku nak rilek2 jek.

Imani maafkanlah mama ye, mama kena keja la sebab nak bayar Astro. Mama dah bagi2 dah bil2 lain semua kat papa, tinggal mama kena bayar astro je, kalau mama tak keja macam mana Imani nak tengok babytv. Hahhahaa..Boleh ke ek kata2 semangat cmtu?

Ok lah, nak babai dah. Sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh!

Thursday, August 4, 2011

Berpuasa dan menyusukan bayi

Setakat 3 hari berlalu ni alhamdulillah mampu lagi puasa penuh.
Ajaib jugak sebab aku tak rasa lapar sangat macam puasa-puasa sebelum ni. Biasanya kalau puasa, pukul 4 macam tu aku dah pening kepala gila sebab tak makan. Aku pelik sikit, bila lapar, jadi pening kepala berdenyut-denyut.

Puasa kali ni aku rasa agak mencabar pada awalnya. Tapi tak sangka mampu bertahan. Alhamdulillah susu pun macam semakin OK balik. Cuma sangat haus je, pasal air memang amat diperlukan kan kalau menyusu badan. Kemarin masa Imani menyusu 3x waktu tengah hari tu memang haus sangat-sangat. Dah la pagi tu dah pam dah siap-siap. Pastu balik rumah dia menyusu lagi 3x. Petang tu nak kena pam lagi. Balik taska tu dia menyusu lagi 2x. Memang boleh agak lah kan berapa banyak air yang hilang.

Memang tak cukup kot kalau pagi2 masa sahur minum sebotol air mineral besar sekalipun. Aku sangat risau takut takda susu untuk dia. Bekalan frozen pon ada 20 botol je. Harap2 cukup lah sepanjang Ramadhan nih.

Yang pasti,setiap pagi aku akan timbang berat(lepas sahur), 47.5kg. Dekat2 berbuka yang bila aku dah rasa kering gila dah tu, timbang lagi, turun jadi 46kg. Ingatkan penimbang rosak, tapi dah 3 hari mcm tu dan pagi ni pon 47.5kg gak, petang nanti mesti kalau bukan 47, 46kg la. Aku saspek 1-2kg yang tiba2 hilang sementara tu adalah kekurangan air pada diri aku ni kot. Pasalnya bila dah restore balik tenaga, air, makanan semua, berat naik balik. So, macam agak ketara kan pengeluaran air dari badan nih? Sampai aku sehari suntuk tak ke tandas pasal takde air dah untuk di shi shi..Hebat betul penangan menyusu badan ye.

So supaya diri ini berhati2, takut dehydrated kan, kena lah paksa diri minum air banyak-banyak. Tapi malam tadi tertido awal lagi, so tak sempat minum banyak2. Pagi tadi sahur sempat sambar tak sampai separuh botol minerah besar, jadinya pagi nih dah kehausan setelah pam 9oz pagi tadi beserta budak kecik yg menyusu 2x dah lepas sahur tadi. Belum pun gerak gi opis aku dah kehausan gila. Macam nak kecur liur tengok air mineral kat sebelah ni hahaha.

Semoga hari ini aku dapat berpuasa penuh lagi. Amin......

p/s: u all, longan/mata kucing tu rasanya membantu aku kot mengembalikan susu. Aku makan longan fresh, makan buah bukan minum air longan. Ke sebab aku dah consistent balik ambik pil kalsium pun tak pasti lah. Eh, boleh tak nak makan kalsium 2 bijik sehari, instead of 1 jek, sebab dulu2 masa pregnant makan 1 je sehari. Ni mcm perlu lebih kalsium pulak pasal setiap kali penyusuan kan, akan guna balik kalsium kite. Baby akan tarik2 kalsium kita. Tak mau ah aku reput tulang. Keh keh.

Wednesday, August 3, 2011

Baru aku tau...

Korang yang bersalin(haa dah buat cerita mak-mak lagi).Biar lah, untuk panduan bersama. Aku sudah terlambat. So aku nak bagitau sapa2 yang masih ada masa.

Baru hari ni aku terbaca pasal period lepas bersalin. Kan biasanya orang period lambat kalau breastfeed. Aku amat tertanya-tanya kenapa aku tidak lambat macam orang lain.Orang lain sampai setahun lebih tak datang2. So senang je kan nak plan for 2nd birth.

So antara jawapan yang aku jumpa adalah, period akan delay, kalau kita menyusukan anak exclusively(tak exclusive pon takpe kot), dengan kerap DAY AND NIGHT. Waktu malam tu tak boleh ada gap yang panjang di antara 2 penyususan, contohnya 4 hingga 6 jam.

Patutla aku punye kaedah natural planning tinggal asap je kan, sebab Imani ni kuat tido. Dia biasanya minum susu sangat banyak sampai kenyang gila pastu tidur, dan tidurnya adalah sangat lama. Bila bangun balik je dia akan minum dengan banyaknya jugak.Now dia sangat jarang kot bangun malam2 dengan kerap. Kalau bangun pun sekali gitu je, lepas tu sambung tido.

Siangnya pun kalau hari minggu katakan, dia tidur awal, then bangun lewat. Memang dia akan sambung tido jugak apa-apa hal pon. So kiranya, aku rasa salah satu puncanya adalah gap between 2 penyusuan tu kot. So benda ni dah tak menjadi kat aku, maka aku dah pasrah la. Aku dah start beware dengan ovulation and fertile tuh. Sangat leceh kot nak beware2 tiap2 bulan. Now dah download pun ovulation calendar kat rumah. Kena beware kat red alert nih. T_T So sad dan jealous dengan kawan-kawan. uuuuuu. Papa Imani, approve la mama utk IUCD PELISSSS...

So kawan-kawan yang baru bersalin tu semua, sila lah pastikan penyusuan anda adalah kerap DAY AND NIGHT, gap between 2 penyusuan tak boleh lebih 4-6hours. Imani pun memang menyusu kerap tapi sekarang time tidur dia memang nyenyak sangat. Aku yang dah sekian lama tak cukup tido(pernah tau aku tak tidur 2 hari straight pasal jaga dia), bila dia dah boleh tido lama tu aku macam happy la, tak tau plak boleh mempengaruhi sesuatu yang penting. Mana la aku tau benda ni akan effect kepada terjadinya period(korang yang laki yang baca blog ni anggap jela ilmu utk isteri masing2 ye. Sori lah kalau rasa annoying tapi ada aku kisah? hahaha). So kawan2 yang belum kena, sila lah berjaga2. Maybe aku memang kategori yg tak bernasib baik kot. Sian tak kat aku?

Hari ketiga puasa.

Eh aku tak mau stereotype la cerita pasal terawikh kat mana, makan ape berbuka, bleh? Sahur makan apa. hahahah. Mesti korang dah bosan. Tapi cerita aku kali ni pun bosan sebab macam biasa ah cerita anak dan mak ah kan. Takmau baca sudah. Tak suruh...wekkkk..(tetiba)

---------------
Semalam naik penimbang tanpa Imani. Lepas tu naik penimbang bersama-sama Imani. Lepas tu berat aku tolak berat Imani. Motip gigih aku nak tau berat anak?Tapi penimbang tu bukan digital, so mesti ada ralat nih. Pastu tetiba papa dia pon buat macam tu. motif laki bini gigih?Si papa nya pulak sibuk tanda tinggi anak dari mana ke mana pastu ambik pengukur yang orang guna buat construction tu gi ukur. Eeeee seram aku takut pengukur tu tergulung sendiri(paham kan), kan pita yang jenis tu kalau kena kat tepi dia masa die tergulung sendiri laju2 tu boleh lukakan kita. Ahh takmau imagine sebab seram, tetiba mcm ngilu2 sikit.

Hahah sebabnya aku rasa perut budak kicik makin besar. Macam terkeluar isi bila pakai seluar. So funny la Imani. Lepas tu isi belakang badan pun dah berlipat-lipat. Leher pun dah terselindung di sebalik entah berapa lapisan dah. Pipi kalau time tido dah rupa Shinchan dah. Dah la rambut gitu, macam Shinchan gak. Ke ni kenan eh sebab hari2 masa ngandung aku baca 2-3 komik Shinchan. Ha ha ha.Seronok nya anak yg slim dan slowly menembam.Imani kan sebelum ni suka bertambah panjang je, berat tak berapa nak naik.

Tapi susah hati sebab anak makin berselera, susu makin merudum. Hari tu sebab peristiwa berdarah, kali ni sebab puasa. Dah minum banyak air dah, ambik calcium pill, ambik pil air susu ibu(ASI),makan cheese, tapi sehari dapat bawak balik 2 botol je(dah ko malas ngepam kan!!lagi banyak komplen).Risaunya kalau berterusan macam ni. Baru nak masuk 4 bulan je ni. Aku nak susukan dia sampai 2 tahun. Ya Allah, murahkanlah rezeki budak kecik ni.

Semalam aku ada event so habis event awal sikit tapi dekat2 lunch hour dah. So aku pun balik la rumah kan, tengok anak. Oh anakku, dah tengah hari tak bangun lagi. Papa yang jagakan halfday. Bila dah bangun ha kauuu dia nak menyusu 3 session. Banyak pulak tu, sampai aku dah lembik kering je aku rasa. Biasa lepas susukan or pam aku minum la air kan, ni tak boleh minum pasal puasa. Petang tu je dah memang tak boleh nak pumping langsung sebab aku yakin buang masa je sebab takda dah. Sampai tahap aku tak kenchhh sepanjang hari pasal badan dah hilang air dah, takde air dah aku nak kumuh. Keh keh. Hasilnya aku dah turun lagi sekilo in 2 days puasa je. Now total dah turun 20kg. Tak payah la aku nak berpremium beautiful bagai, budak kecik dah tolong dah.

Eh tapi kan ni nak share ni, masa pantang dulu dan berbengkung kan, aku tak tau nak tepek ape kat perut pastu Edy belikan aku set bersalin puteri rembulan(Arina kot) dengan alasan tuan kedai tu pun pakai yang tu dia sihat dan kurus balik dan pil2 serta krim dia tak panas serta sesuai untuk breastfeeding, Imani pun memang tak cirit pun. Memang diakui sangat memang tak panas. Yang paling aku guna adalah krim dia sampai 4 botol krim selulit tu aku pakai. Tiap kali balik kg, Edy mesti bwk balik krim tu.AKu tak pasti la krim ni ke yang buat aku kurus balik tapi sekarang aku tak pakai pun krim ni, tapi turun je lagi berat. So aku rasa aku kurus memang disebabkan breastfeed kot, dan krim tu membantu firm kan apa yang patut. Sebab aku rasa xde part yang menggelebeh dah. Semua firm(ye ke? kehkeh). Kalau ada lemak sikit je lagi, kat perut la, tp dimaafkan sebab pakai baju xs tak nampak pon haha, situ pun tak menggelebeh. So sapa nak try krim, try la yang tu. Memang tak panas pun. Aku suka. Beli kat JJ Equine. Nama kedai dia Afrina kot, dekat2 dengan pejabat pos mini tu.

Aku dah jarang pakai kirm tu sebab aku tak bengkung. Imani marah aku berbengkung pasal time nak susukan dia, kain bengkung tu mcm tegang dan keras sikit, so dia tak selesa kot lepas tu ngamuk2. Aku pun pasrah jelah x bengkung dah.Aku berbengkung betul2 sebulan kot pastu selang-selang ikut mood dan kerajinan sampai 2 bulan. Pil2 bersalin pun aku tak habiskan lagi. Ala mampus aku kalau Edy baca blog ni. Pil tu full set 300+ gak, dekat2 nak 400 dah aku rasa dia belikan. InsyaAllah aku akan habiskan walaupun anak dah nak masuk 4 bulan kan. Sayangnya duit...Ye ah aku bukan bini PM kan, dia takpe boleh beli cincin USD24mil katanya.

Eh motif entry aku ni apa eh sebenanya. Oh aku sebenanye rindu Imani. Tadi tinggalkan dia kat taska, dia nangis. Sedih dah aku, tapi aku pon dah lewat, so terpaksa lah. Sori ye sayang, petang nanti balik kita gomol2 ye.

Ok uols tata nak buat keja..

nak jadi cam ciare la, setiap entry dia promote butik dia, so aku nak bagitau lagi ni, aku jual stroller okeyy!!hahaha.