Tuesday, August 23, 2011

Tudung raya?

Apakah tips2 membeli tudung? Sebenarnya let be frank je, dalam kehidupan aku selama 26 taun memang aku tak beli tudung sendiri. Sebab tak reti. Reti pakai jek. Semua hasil tudung dalam lemari aku adalah rembatan dari adik atau mak aku je. Adik aku terer beli tudung. Tudung2 dia beli semua cantik2 pastu elok2 je di muka aku. So kalau aku nampak tudung die cantik, aku akan berpura2 pinjam kejap pastu aku akan puji2 cakap eh cantik ah tudung ni. Pastu adik aku pun akan cakap..Cantik ek,...kalau gitu ambik jelah. keh keh. Misi selesai.

Kalau aku try beli sendiri, konfem tak seswai ngan aku bile pakai. So aku pun buat keputusan tidak membeli tudung. Kisahnya, tudung raya takde lagi nih. Eh bukan setakat takde tudung raya, aku siap takde baju raya pon lagi. Ada la 2 pasang baju baru yg baru dijahit, tapi tu pon kain baju hantaran tunang 2009+ kawin 2010. Motip aku baru jahit? So outdated dh aku rasa corak tu. Aku malas nak tempah baju raya hari tu sebab aku kan masih gajah beberapa bulan lepas kan. Baru beranak katanya. So malas la nak gi jahit baju. Kot2 la jahit besar, tetibe aku dah kurus ke, pegi jahit kecik, tetiba aku masih gems ke ape kan. So mmg plan nak beli ready made je.

Tapi masalahnya, setiap kali weekend anak aku meragam kan. Memula meragam tanda protes kena tinggal kat papa dia. Minggu lepas demam plak. Minggu ni aku pulak yang demam. So macam manakah ini? Bila agaknya aku nak ada baju raya. 26hb mesti ramai orang dah start balik kampung kan. Ok tak kalau malam tu baru aku pegi cari baju raya. Bukan setakat baju raya takde, kuih raya pon takde. Nak baking2 sendiri, harapan la kan..Anak aku mane boleh orang tinggal die kejap nanti die meraung bosan.

So, misi minggu ni memang kena gi beli kereta, eh beli kereta pulak, silap2..beli kuih raya, ngan baju raya aku. Sapa ada kawan yang jual kueh raya dan baju ready made? Taun ni aku nak pakai baju kaler biru sebab baju melayu Edy dan baju kurung Imani adalah biru. So sapa2 ada kawan, sila bagitau aku. Aku nak beli nih. Ini adalah serius, ok.

p/s: aku adalah demam kus2 nih sekarang. jangkit ngan anak. siapa tau cara nak hilangkan batuk dengan cepat sila bagitau. SMS pun takpe kalau korang kerek sangat x mau bagitau kat sini. hehe. thanks

2 comments:

Ciare Baha said...

aku batuk n sakit tekak gila. malas nak mkan ubat. tp aku try la letak madu kat langit langit (ke lelangit) n mcm kemam selow2. aku wat mlm td. sahur td mcm da okey sket :) sakit gila okey tekak aku. tiap kali nak telan air liur mcm ada batu2 tajam kat anak tekak T__T

noks, gila byk kot baju ready made, kalo kat giant/JJ tu bersepah booth jual baju ready made. saiz ko XS kot. melambak. g la terjah

bini edy said...

aku rasa malam karang nak terjah giant jelah noks..baju cap giant hahah. dh la duit raya belum tuka nih..maybank giant kinrara mesti xde org kan noks