Wednesday, August 3, 2011

Hari ketiga puasa.

Eh aku tak mau stereotype la cerita pasal terawikh kat mana, makan ape berbuka, bleh? Sahur makan apa. hahahah. Mesti korang dah bosan. Tapi cerita aku kali ni pun bosan sebab macam biasa ah cerita anak dan mak ah kan. Takmau baca sudah. Tak suruh...wekkkk..(tetiba)

---------------
Semalam naik penimbang tanpa Imani. Lepas tu naik penimbang bersama-sama Imani. Lepas tu berat aku tolak berat Imani. Motip gigih aku nak tau berat anak?Tapi penimbang tu bukan digital, so mesti ada ralat nih. Pastu tetiba papa dia pon buat macam tu. motif laki bini gigih?Si papa nya pulak sibuk tanda tinggi anak dari mana ke mana pastu ambik pengukur yang orang guna buat construction tu gi ukur. Eeeee seram aku takut pengukur tu tergulung sendiri(paham kan), kan pita yang jenis tu kalau kena kat tepi dia masa die tergulung sendiri laju2 tu boleh lukakan kita. Ahh takmau imagine sebab seram, tetiba mcm ngilu2 sikit.

Hahah sebabnya aku rasa perut budak kicik makin besar. Macam terkeluar isi bila pakai seluar. So funny la Imani. Lepas tu isi belakang badan pun dah berlipat-lipat. Leher pun dah terselindung di sebalik entah berapa lapisan dah. Pipi kalau time tido dah rupa Shinchan dah. Dah la rambut gitu, macam Shinchan gak. Ke ni kenan eh sebab hari2 masa ngandung aku baca 2-3 komik Shinchan. Ha ha ha.Seronok nya anak yg slim dan slowly menembam.Imani kan sebelum ni suka bertambah panjang je, berat tak berapa nak naik.

Tapi susah hati sebab anak makin berselera, susu makin merudum. Hari tu sebab peristiwa berdarah, kali ni sebab puasa. Dah minum banyak air dah, ambik calcium pill, ambik pil air susu ibu(ASI),makan cheese, tapi sehari dapat bawak balik 2 botol je(dah ko malas ngepam kan!!lagi banyak komplen).Risaunya kalau berterusan macam ni. Baru nak masuk 4 bulan je ni. Aku nak susukan dia sampai 2 tahun. Ya Allah, murahkanlah rezeki budak kecik ni.

Semalam aku ada event so habis event awal sikit tapi dekat2 lunch hour dah. So aku pun balik la rumah kan, tengok anak. Oh anakku, dah tengah hari tak bangun lagi. Papa yang jagakan halfday. Bila dah bangun ha kauuu dia nak menyusu 3 session. Banyak pulak tu, sampai aku dah lembik kering je aku rasa. Biasa lepas susukan or pam aku minum la air kan, ni tak boleh minum pasal puasa. Petang tu je dah memang tak boleh nak pumping langsung sebab aku yakin buang masa je sebab takda dah. Sampai tahap aku tak kenchhh sepanjang hari pasal badan dah hilang air dah, takde air dah aku nak kumuh. Keh keh. Hasilnya aku dah turun lagi sekilo in 2 days puasa je. Now total dah turun 20kg. Tak payah la aku nak berpremium beautiful bagai, budak kecik dah tolong dah.

Eh tapi kan ni nak share ni, masa pantang dulu dan berbengkung kan, aku tak tau nak tepek ape kat perut pastu Edy belikan aku set bersalin puteri rembulan(Arina kot) dengan alasan tuan kedai tu pun pakai yang tu dia sihat dan kurus balik dan pil2 serta krim dia tak panas serta sesuai untuk breastfeeding, Imani pun memang tak cirit pun. Memang diakui sangat memang tak panas. Yang paling aku guna adalah krim dia sampai 4 botol krim selulit tu aku pakai. Tiap kali balik kg, Edy mesti bwk balik krim tu.AKu tak pasti la krim ni ke yang buat aku kurus balik tapi sekarang aku tak pakai pun krim ni, tapi turun je lagi berat. So aku rasa aku kurus memang disebabkan breastfeed kot, dan krim tu membantu firm kan apa yang patut. Sebab aku rasa xde part yang menggelebeh dah. Semua firm(ye ke? kehkeh). Kalau ada lemak sikit je lagi, kat perut la, tp dimaafkan sebab pakai baju xs tak nampak pon haha, situ pun tak menggelebeh. So sapa nak try krim, try la yang tu. Memang tak panas pun. Aku suka. Beli kat JJ Equine. Nama kedai dia Afrina kot, dekat2 dengan pejabat pos mini tu.

Aku dah jarang pakai kirm tu sebab aku tak bengkung. Imani marah aku berbengkung pasal time nak susukan dia, kain bengkung tu mcm tegang dan keras sikit, so dia tak selesa kot lepas tu ngamuk2. Aku pun pasrah jelah x bengkung dah.Aku berbengkung betul2 sebulan kot pastu selang-selang ikut mood dan kerajinan sampai 2 bulan. Pil2 bersalin pun aku tak habiskan lagi. Ala mampus aku kalau Edy baca blog ni. Pil tu full set 300+ gak, dekat2 nak 400 dah aku rasa dia belikan. InsyaAllah aku akan habiskan walaupun anak dah nak masuk 4 bulan kan. Sayangnya duit...Ye ah aku bukan bini PM kan, dia takpe boleh beli cincin USD24mil katanya.

Eh motif entry aku ni apa eh sebenanya. Oh aku sebenanye rindu Imani. Tadi tinggalkan dia kat taska, dia nangis. Sedih dah aku, tapi aku pon dah lewat, so terpaksa lah. Sori ye sayang, petang nanti balik kita gomol2 ye.

Ok uols tata nak buat keja..

nak jadi cam ciare la, setiap entry dia promote butik dia, so aku nak bagitau lagi ni, aku jual stroller okeyy!!hahaha.

7 comments:

noname said...

motif masukkan watak Lord of The Ring dlm post ni? xde kaitan kot, ngumpat tu ngumpat ;D

bini edy said...

sape watak lord of the ring? tak paham la, uols..

noname said...

pemilik cincin 24mil tu.. Lord of The Ring la tu.. cba g cni:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=216863125026137&set=o.174381365962884&type=1&theater

hohoo~

bini edy said...

oh kisahnye..so skrg sape yg ngumpat ni..oo diam2 uols skodeng fb gini eh..ngumpat jari..hikhik

noname said...

hahaha a fren of a fren post kat wall dia ;D xtau2

Ciare Baha said...

motip nak selitkan nama aku skali??? :P

bini edy said...

ciare,
ala saja je noks..kata besan.miahahahha.