Wednesday, August 17, 2011

Anakku sakit..

Bila anak sakit memang sedih dan sangat risau. Now Imani demam sikit2 sebab cucuk pneumococcal tu. Tindak balas ubat tu rasanya, badan dia tgh bina antibodi. Tapi ibu mana lah yang senang hati tengok anak sakit kan? Sudahnya hati aku ni. Dia batuk2 berkahak yang agak kuat. Kesian dan sayu gila tengok anak batuk teruk malam2. Nak je aku ambik semua sakit dia T_T

Minggu lepas, Edy pergi Jakarta. Memula kata kejap je dlm 2-3 hari. Hari nak balik tu, petang tu patutnya flight, tapi petang tu jugak la baru dpt tau kene postpone balik lagi 2 hari. So, pergi 5 hari. Kesian kat anak kat sini, memang Imani rindu papa dia kot. Serba tak kena aku tengok dia. Dia dah ada perasaan kot. Dah kenal siapa ibu, siapa bapa. Hari ke 5 tu dia dah macam tak keruan. Tak nak tido siang, tak nak tido malam. Kalau tido pon kejap2 sgt, dalam 10 minit gitu je padahal dia sangat ngantuk. Rupa-rupanya dia tunggu papa dia balik.

Pukul 11 lebih baru Edy sampai rumah. Edy ambik dan dukung die je, terus dia cebik2 pastu meraung sekuat hati. Aku rasa dia sebak la sebab dah lama tak nampak muka papa nya. Terus meletup dia punya sedih. Teruk sesangat Imani nangis malam tu sampai kejung2 badan. Risau aku. Gaya nangis macam sakit je. Padahal takde sakit ape pun. Aku rasa dia dah tak mampu nak tahan sebak, nampak muka papa je terus meletusss. Hiba gila aku tengok dia masa tu smpai aku pon leleh dalam diam. Sob sob. Bukan takat takleh tengok muka Edy, dengar je suara Edy terus meraung lagi, sampai bawak ke tidor termimpi2. Mimpi je, bangun kejap2 nangis. Esoknya terus batuk2 sebab kuat sangat meraung kot, sakit tekak. Malam tu 2+ baru dia tido tu pun susah sesangat nak pujuk dia.

Bangun tido esoknya asyik nak melekat je dengan papa. Aku ni macam dh 2nd choice dah. Memang dia nak manja2 je dengan papanya, nak papa tukar pampers, nak dukung2. Tak sangke aku budak kecik macam ni dah ada perasaan yang kuat macam tu ye. Tido sebelah papa, sedar2 je tangan gapai2 muka papa. Nak papa dia pegang tangan dia je masa dia tido. Sepanjang hari dia nak manja2 je, pastu kalau tido, bangun je terus macam tercari2 papa nya. Sumpah, aku dah tak sanggup kot nak tengok benda ni berulang.

Pastu 16hb tu gi cucuk, dan hari ni dia ada demam sikit2 campur batuk2 teruk. Dah bagi ubat cair kahak, ubat demam pun still dia meragam nak manja2 je. Kalau ngan aku dia boleh gelak2 je, dengan papa terus nak nangis2. Manja sesangat. Sian anak mama, merajuk kot dengan papa sebab banyak hari papa tinggal.

Aku risau, lepas raya nanti Edy kena pegi lagi 4,5,6 hari. Macam mana anak aku ni..Tak sanggup dah aku tengok dia sedih mcm tu sekali. Rapuhnya hati ibu. Aku paham dah sekarang mcm mana seorang ibu risaukan anaknya. So makcik2 dah aku sekarang kot, pikir anaaak je..Sob sob..Ape tak pikirnya, nak keluar sorang ni koyak rabak aku, okey..Korang yang takde anak lagi tak akan paham sangat kot, mcm aku dulu2 la tak ambik port sangat pon kalau orang cite pasal anak2. 

Macam mana eh, Edy kata nak bawak aku dan Imani pegi sama. Tapi aku ni asyik2 cuti je sekarang, anak demam la, ape lah. Takkan nak cuti panjang2 kan? Susah hati aku. Mintak2 la bos luluskan cuti, atau mintak2 la bos cakap kat aku, u pergi resign laaaa..Kalau bos cakap camtu, aku rasa aku dah tak kisah kot, yang aku nak cuma kehidupan aku bersama anak kecik nih..sob sob..
Sekian alkisah kesedihan seorang ibu..dah dah korang takyah gelakkan aku, aku memang sedih nih..


5 comments:

Ciare Baha said...

rayyan pon sakit skrg. batuk teruk.. pastu demam on off. aku suspect nak tumbuh gigi kapak kat gusi atas...

Ezzan Yusop said...

kesian imani...lisa amik cuti tanpa gaji lah. boleh cuti lama sket. ;)

ezan pun nak resign gakkk....wuwu!

bini edy said...

ciare,
yeke habang rayyang demam gak? demam xpe lagi kot yg batuk2 tu aku kesian sgt..demam kalau makan ubat kejap tu sejuk la balik badan, kalau batuk tu seksa sgt aku tengok dia smpai termuntah2 T_T

ezzan,
jom ezzan, kite resign..bosan keje gomeng kan..tu ah mcm nak amik unpaid leave tp dpt arahan kene tanggung keja org plak..ishkk..tension tul x tau nak decide mcm mana nih..tu la mmg paling senang resign jek..tp nanti x leh ah joli2 plak T_T

Ezzan Yusop said...

sangat bosannnn woooaahhh...
mmg ada keinginan nak resign dah ni hehehe...

yienjr said...

sob..sob..sedihnya baca entry ni..